Jangan kau ambil milik kami (part 2)

Sambungan cerita aku yang lepas, okey terima kasih untuk mana yang komen cara penulisan aku tu ye. Maaf sesangat aku cuba perbaiki kali ni ok. Okey malas nak intro pepanjang mana yang tak baca kisah aku dulu better baca yang tu dulu mybe baru kau akan paham kisah yang ni. Okey habis sekolah rendah aku ditawarkan ke MRSM di sebuah bandar, acu walaupun result dia okey parents aku decide nak hantar dia sekolah berdekatan sahaja, so acu sekolah di sebuah pekan yang dekat dengan rumah abang sulung aku. Tapi acu duduk di asrama ye bukan dengan abang aku sebab abang aku dah kahwin masa tu and baru je bekerja.

Selepas kejadian masa dia darjah 5 tu and dah berubat dengan atuk tu acu kejadian tu dah tak berulang lagi tapi kami betul-betul ikut apa yang atuk tu nasihatkan. Selepas je waktu maghrib acu dah tak dibenarkan keluar rumah(dengan aku sekali kena perintah berkurung ni). Tiap kali malam acu mesti tido ditemani aku atau mak (lepas kejadian tu acu tak duduk asrama dah) tapi apa yang kami perasan selepas kejadian tu acu suka menyendiri and dia selalu nampak apa yang kami tak nampak.

Macam mana kami tahu sebab ada satu hari tu dah nak maghrib ( naik umah lewat dari biasa time ni)kami dah naik rumah acu belakang aku so dia yang kena tutup pintu. Bila dia pusing nak tutup pintu tu tiba-tiba acu menjerit and nangis, gelabah gila kot aku lari pegang acu then tanye dia kenapa3?. Acu just tunjuk dekat luar tu and tangan dia betul-betul tunjuk ke pintu pagar. Mak datang ambik air and renjiskan ke muka acu mak cakap acu baca ayat kursi selawat aku baca then acu follow. Lima belas minitak nak tenangkan acu.

Lepas dia dah tenang mak suruh kitaorang mandi then solat. Lepas solat aku tanye acu apa yang dia nampak tadi acu cakap dia pusing nak tutup pintu then dengar orang panggil nama dia so acu tengok la kat luar tu. Tiba-tiba acu nampak laki tinggi sangat badan gelap tak nampak muka tapi hulur tangan ajak acu balek. Acu tak nak ikut tu acu nangis dia datang lagi dekat bila dengar ateh selawat laki tu undur balek pastu hilang. Uishhh kus semangat aku dengar cerita acu time tu. Lepas pada tu mak haramkan kiteorang duduk luar rumah lepas pukul 6.30, hahaha. Lepas pada tu banyak kali gak acu nampak tapi semua tu mak and abah yang handle sebab aku duduk asrama.

Okey start pada sekolah menengah aku dengan acu terpisah tapi kami selalu berhubung. Masa acu tingkatan 1 sesi suaikenal je kot( antara dia dan makhluk-NYA yang lain). Masa tu sebab acu selalu cerita dia rasa macam ada orang perhatikan dia je. Acu juga selalu rasa letih mana-mana aktiviti sekolah seperti sukan dan program dia dah jarang sertai sebab dia kata dia tak larat sangat nak join semua tu. Acu masih gak boleh nampak apa yang kita tak nampak tapi dia jarang layan atau kekadang buat-buat tak nampak je. Tahun tu berlalu tanpa ada apa-apa kejadian yang teruk berlaku pada acu. Aku ingatkan semua tu dah berakhir la kot-kot makhluk tu dah bosan nak try acu. Tapi meleset pun sangkaan aku tu.

Bulan 5 tahun 2011 aku tingkatan 3 and tengah sibuk dengan kelas dan bermacam program sekolah untik persediaan PMR, acu tingkatan 2 masa ni , satu hari tu lepas study(pukul 11) , budak junior tingkatan satu datang cari aku di blok aku and sampaikan pesan bahawa warden nak jumpa aku masa tu juga. Aku gabra la kot-kot aku ada buat salah ke apa tiba-tiba warden nak jumpa aku kalutbersiap dan ajak membe teman aku pergi pejabat warden, sampai kat pejabat warden aku nampak kereta abang aku. Weh tak sedap hati dah aku masa tu and aku tahu mesti ada perkara buruk yang berlaku. Aku masuk pejabat warden tengok abang and abah aku ada dalam tu. Abah mintak aku naik bilik ambik barang-barang yang perlu sebab nak balek rumah abang. Aku tanya kenapa, ACU dengar jawapan abah terus aku berkemas dan turun ke kereta abang aku. Dalam perjalanan pulang aku tanya abah apa yang berlaku, abah suruh abang yang cerita.

ABANG
Petang tadi abang datang asrama acu bawak mirul (anak saudara aku, 4 tahun ) pergi hantar makanan dan barang yang acu nak masuk kat pagar blok dia. Mirul tegur dan cakap kat abah-abah “tu acu kat tingkap”(acu duduk tingkat 4 tahun tu). Abang tengok dekat tingkap mirul tunjuk tak de nampak pun acu. Mana acu , abah tak nampak pon tanye abang pada anak dia. Tu acu, tengok acu lepas rambut tu kan acu tengok abah dari tadi dah ( mirul lambai-lambai kat tingkap tu) abang senyap jela tengok kat tingkap tu memang tak de orang pun. Sampai kat lapangan tu abang namak acu tengah tunggu kat bawah pondok. Acu datang kat kereta salam abang, lama dah ke acu turun , acu turun kul 5 tadi dah kena riadah tak leh duduk dalam bilik( abang pergi dalam kul 6) abg senyap jela lepas tu. Mirul main dengan acu lepas bual dalam lima belas minit gitu abang balek.

Dekat maghrib tu mirul demam panas sangat badan dia, abang bawak gi klinik cek-cek tak de ape pun doc situ cakap. Lepas tu abang balek rumah sampai kat rumah warden asrama adik call abang cakap adik tak sedar tido dari lepas maghrib tadi dah. Abang cepat-cepat siap gi tengok acu sampai sane warden bawak abang masuk bilik acu. Abang cuba kejut acu , tak bangun gak renjis air pun acu tak sedar. Abang decide angkat acu nak bawak balek rumah abang. Kat rumah acu abang baringkan dekat depan tv. Then abang call mak dengan abah suruh mari sini. Mirul yang tido dalam bilik dengan kak ina (kak ipar aku) tiba- tiba merengek and pangil -panggil acu . Pelik la kami sebab abang pergi asrama tadi tak bagi tahu dia pun kak ina pun tak cakap acu ada kat sini. Abang panggil orang-orang masjid suruh tengokkan acu bila abah sampai abang terus ajak gi ambik ateh.

RUMAH ABANG
Sampai rumah tu aku nampak acu kat tengah tu dikelilingi orang ramai. Aku pergi dekat acu pegang acu then aku panggil acu tapi tak de sahutan pun malah tangan acu yang aku genggam sejuk sanggat-sanggat. Aku pegang juga acu mak pegang gak acu kami cuba panggil acu tapi tak ada respon pun. Masa ni kami rasa benda yang jadi 2 tahun lepas akan berulang abah datang dengan seorang ustaz kawasan situ. Ustaz tu datang then tengok acu, “bape umur dia?” tanye ustaz tu aku jawap la 14 tahun ustaz . Then ustaz tu senyum dia cakap umur dia sini 14 tahun sane kita tak tahu, ahh sudah ustaz ni cakap pe lak dah blurr gilaaku masa tu. Mirul yang dalam bilek aku dengar masih merengek pangil acu-acu , sedangkan apa yang aku tahu mirul lebih rapat dengan aku berbanding acu.

Ustaz duduk sebelah acu mintak izin dengan mak nak pegang acu , pastu ustaz tu pegang dekat pergelangan tangan acu kat tempat nadi tu. Dia tak pergi jauh lagi ni, kita cuba bawak dia balek sebelum tu bagi budak tu air ni, ustaz bagi air sebotol mineral kecik tu kat mak then mak bagi kat kak ina suruh mirul minum. Tak lama lepas tu aku tak dengar dah rengekan mirul. Ustaz tu mula la ubatkan acu, dia guna garam and air je masa tu air tu dia baca-baca then renjiskan kat muka acu and sapu kat pergelangan tangan acu manakala garam tu ustaz tu bawak keluar rumah then tabur keliling rumah abang aku tu. Aku still pegang acu masa tu, lepas setengah jam gitu acu mula sedar tapi berbeza dengan dulu dia bangun-bangun je kali ni terus nangis and peluk mak serta aku(kiteorang dekat dengan dia masa tu) . Ustaz tu bagi air suruh acu minum dah minum acu di suruh rehat. Ustaz pun mula la soal siasat kami apa yang terjadi, and mak pun cerita la kisah dulu tu.

USTAZ
Patotla (sambil senyum) niat dia nak bersama dengan anak makcik ni nak buat teman di sana tapi anak makcik sendiri yang tolak dia mungkin cara penolakkan tu yang tak kena tu yang dia masih nak cuba nasib sampai hari ni. Apa yang mirul panggil tadi mungkin dia nampak acu dia berkeliaran dalam rumah ni tu yang dia panggil biasalah budak-budak. Lepas ni ambil garam yang saya bekalkan ni tabur la kat mana-mana kawasan yang anak makcik selalu duduk, kita ikhtiar mana yang mampu ya.

Lepas pada tu acu tak duduk asrama dah, dia berulang dari rumah abang aku sampai la dia abes sekolah. Sejak duduk rumah abang , abah selalu bawa acu berubat untuk hindarkan perkara-perkara tu berulang lagi. Mak pun cakap dah serik bila kenangkan apa yang jadi, sampai sekarang acu masih pergi berubat dan boleh nampak kadang-kadang apa yang kita tak nampak. Tu sahaja dari aku , banyak lagi yang terjadi masa acu gi berubat tu tapi aku takut nanti ada yang bosan .kalau ada tempat yang okey untuk kami pergi berubat untuk acu boleh la suggest. Nak-nak sekarang kami dah remaja meningkat dewasa acu kerap sangat di tindih dan letih. Terima kasih..

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Jangan kau ambil milik kami (part 2)”

  1. boleh x klau menulis tu guna satu bahasa ja klau nk guna BM guna sepenuhnya dan klau nk guna BI guna BI saja….pening bahasa campur ni….then then …

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.