Jangan Kau Seru

Assalamualaikum. Ni first time aku tulis dalam fiksyen shasha nie. Selame ni aku baca je lahh kan. Hahaha. Okeyy lah. Kejadian nie jadi mase aku darjah 6.

Skolah buat lawatan ke Terengganu untuk murid tahun 6. Sampai di Terengganu, kami terus ke rumah penginapan. Rumah ni betul-betul dekat sebelah bukit. Bila dah berkumpul ramai macam ni. Memang bising, bergalak sangat. Sampai je, kitorang terus makan dulu.

Lepas makan kitorg diminta berkumpul dekat ruang tamu rumah. Mase ni kami tak ramai pon. Dalam 90 orang macam tu lahh. Tak berapa nak ingat. Mase berkumpul nie memang cikgu berkali cakap jangan bising. Hahaha. Tuan rumah dah pesan, solat jangan tinggal, kalau yang perempuan ade datang bulan, cuci betul-betul. Cikgu pon pesan jangan buat bising. Masok bilik mandi dan terus tidur. Sebab esok nak gerak pagi- nak pergi jalan.

Nak dijadikan cerita. Malam tu aku, aku dduk satu bilik dengan semua geng aku iaitu mimi, syila, iza, ain, ita dan aku. Sebab kitorg bilik pertama, so kitorg kongsi 6 orang. Katil dia besar gile. Mungkin king size kot. Hahaha. Kami berenam tido atas katil ramai- ramai. Tapi, sebelum tido, budak-budak nie bising sangat. Kami tak solat seperti yang diarahkan. Kitorg memang bergalak sangat. Mase nie takde phone lagi. So gune kamera kodak je. Tu pon kamera aku yang jadi mangsa. Haha.

Diorang nie memang tak percaya hantu. Siap menganjing lagi. Macam-macam bunyi keluar. Ayam lah, kambing lah, lembu lah, bunyi hantu menangis dan ketawa pon diorg buat. Mase diorg buat bunyi hantu ketawa, aku ternampak tapak tangan dekat tingkap bilik. Katil kami menghadap tingkap dan sebelah tingkap tu tandas. Memang aku terkejut. Aku cakap “dah lah korang. Jom tido. Dah lewat nie. Kang jadi benda lain pulak.” Tapi kawan aku yang lain ni cakap ” kau nie pengecut lah. Mane ade pape.” Diorg memang tak nak layan ape aku bagitahu dan perlekehkan.

Lepas dah penat, kitorg tido. Malam tu, aku tersedar selepas terdengar ade suara panggil aku. Aku pusing ke kanan dan sebelah aku ade bende tu. Aku nampak muka dia. Seramnye allah je yang tau. Baju dy warna putih, ade kotoran macam tanah dan darah serta terkoyak koyak. Kukunya panjang, hitam dan meruncing. Rambut nya panjang smpai ke kaki. Matanya yang hitam macam mata ular. Mata yang putih, berwarna merah. Kulit muka warna tanah, berlubang dan keluar ulat. Aku rasa dia pontianak sebab macam mendukung baby. Dy panggil nama aku macam ajak aku ikut dia. Aku cuba menjerit, tapi mulut bagai terkunci. Aku nak bergerak, badan bagai terikat. Akhirnya aku baca segala jenis surah yang aku hafal tapi tunggang langgang sebab ketakutan. Akhirnye dia berundur sampai ke pintu tandas sambil menangis dan hilang macam tu je. Bila bende tu dah hilang, baru aku boleh bergerak. Aku kejut ita yang dekat sebelah kiri aku. Sebab aku tido tepi sekali, so dia je lah yg aku boleh kejut. Aku kejut dy, aku ambik handphone yang aku pinjam dari abang aku, aku tengok jam, tepat pukul 3 pagi. Aku suruh ita pelok aku. Aku menggigil.

Keesokan paginya, aku cerita dekat ita ape yang jadi malam tadi. Mase ni lahh kecoh. Ain, mimi n syila penuh dengan lebam dan demam. Aku syak bende tu marah dekat diorang lah kot. Bilik num 2 pon kecoh. Sebab diorang nampak kawan kitorang yang mira ni solat mase malam. Padahal elok je mira tu tido atas lantai dengan kawan lagi sorg. Dan tandas bilik pertama (bilik kitorg) dan bilik nombor 2 ( bilik depan kitorg ) ade titisan darah daripada depan pintu bilik air, naik ke tempat sidai tuala dan menuju ke tingkap bilik air. Bila ditanya, bilik diorang pon tak solat seperti diminta. Bilik lain ade jugak yang solat. Walaupon tak semua. Selepas pada itu, kami keluar dan pergi berjalan. Dan balik ke negeri asal semula.

Pengajarannya, kalau smpai tempat orang, duduk tempat orang, jangan terlalu bergalak, jangan lupa solat, jangan lupa jaga percakapan. Bukan kita je ade dekat situ. Ain cakap dia ade sedar, dia macam kene pukul. Tapi tak boleh bukak mata, bersuara or bergerak. Ade banyak lagi kisah lain yang terjadi dalam hidup aku. In shaa allah ade mase aku berkongsi pengalaman. Maaf kepada yang membaca andai tidak seram, bahasa dan penyampaian yang kurang menarik. Assalamualaikum.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

Be the First to Comment!

avatar
wpDiscuz