“Jangan Lupa Ziarah Kubur Aku” – Roh Rohana

Assalamualaikum kepada pembaca FS! Terlebih dahalu saya nak ucapkan terima kasih kepada Admin sebab post kan cerita seram kuku aku ni. And first of all saya adalah salah seorang silent reader FS dari Brunei Darussalam. Dah lama jugak la aku jadi silent reader FS ni. First story yang aku baca ketika tu ialah ‘Sesat Di Midvalley’ dan sejak tu aku ketagih dengan membaca kisah seram dan di situ jugak lah aku ‘menjumpai’ page seram Fiksyen Syasya. (And ofkos aku menjadi seorang yang penakut selepas tu dan mudah berhalusinasi tentang hantu haha) Ok maaf intro terlalu panjang sebab ini kali pertama aku menyiarkan kisah seram aku.

Sebelum itu, aku ingin mengenalkan diri aku sebagai Adriana (opkos nama tipu). Keluarga aku terdiri daripada 5 orang. Mak, ayah, kakak, aku dan adik aku. Kejadian ni berlaku tahun lepas sekitar bulan Oktober.

Untuk pengetahuan anda semua, mak aku ni memang dari aku kecik, dalam badan dia ada penunggu. Dah macam2 cara kami cuba untuk pulihkan keadaan mak aku. Tapi susah jugak natang tu keluar dari badan mak aku. Sejak dari itu, mak aku jadi seorang yang pemarah dan tak dapat dengar bacaan ayat suci Alquran, lebih2 lagi ayat Rukyah. Dia akan jadi mengamuk dan menangis. Tipu lah kalau kita sekeluarga tak sedih tengok keadaan mak aku camgitu.

Pada satu malam tu, saya dan encik tunang (sekarang dah jadi suami) tengah siapkan tempahan nasi untuk customers order (ketika tu kitorang ada gerai sebelah rumah), waktu tu masih awal lagi dalam sekitar jam 9 malam. Tiba2 kakak aku lari pecut keluar dari rumah dan panggil nama aku sambil nangis. Aku tanyalah kenapa??

“Mak dirasuk!”, Kata kakak aku. Aku punya lah terkejut dan tertanya2 kenapa dirasuk? (Sebab kitorang memang tahu bila benda tu nak masuk dalam) korang tahu kenapa?? Sebab mak dan ayah gaduh ketika tu. Mak memang tak boleh sedih kalau gaduh dengan ayah. Ayah pulak takde ketika tu, sebab merajuk dengan mak. Korang boleh bayangkan tak macamana cuak kitorang?? Sebab kitorang tak reti nak buat macam mana.

Aku pun berlari lah naik atas tengok keadaan mak. Aku terpaksa tinggalkan suami kat gerai sorang2 siapkan tempahan tu hahaha. Bila aku dah sampai bilik mak, terkejut gile kitorang adik beradik bila tengok mak aku berdiri betul2 dekat beranda luar bilik yang menghadap hutan angker tu. Dia sambil menangis dan cakap, “mak awak dah pergi jauh” (sambil tunjuk kat hutan tu). Ya Allah meremang bulu tengkuk aku. Kitorang menangis tak tahu nak buat apa tambah takut sangat. Aku sampai ketuk pintu rumah jiran aku kalau2 diorang boleh tolong ke apa. Tapi malangnya diorang pun tak arif bab gini.

Aku call ayah aku bagitahu keadaan mak. Baru dia balik rumah pujuk mak. Tapi natang tu belum nak keluar jugak. Geram aku. Aku dah banyak kali baca ayat suci alquran yang aku tahu, tapi kebal juga tak keluar2. Kemudian aku cuba call bapak saudara aku (dia seorang ustaz dari darusyifa), tapi ketika tu diorang tengah family dinner, jauh jugakla dari rumah kami. Kesian pulang diorang sebab aku kacau diorang tengah makan. Dia cakap dia akan datang selepas makan. Boleh kira sejam jugaklah kami tunggu kedatangan ustaz tu.

Sementara menunggu kedatangan mereka tu, ayah aku berjaya lah memujuk mak aku supaya masuk bilik. Takut lah kot2 hantu tu boleh bawak betul mak aku pergi hutan tu. Panik kita dibuatnya. Mak pun dah tak banyak meracau lagi. Tapi takut kitorang masih ada la sebab depan kita tu sebenarnya bukan mak aku yang betul. Tak lama lepas tu, ‘dia’ membuka perbualan pulak, tanya kitorang macam2. “Mak kau aku nak bawa jauh dari sini. Boleh tak? Sebab dia sedih, dia tak boleh sedih”. Meremang betul bulu aku dengar dia bersuara walaupun itu suara mak aku!

Aku apa lagi, aku tanya dia macam2. “Kenapa ganggu mak aku? siapa nama kau? Kenapa kau kat sini?”. Dia boleh jawap selamba “Nama aku Rohana. Aku m**i sebab beranak. Kubur aku ada dekat atas bukit tu (nama tempat disembunyikan bagi menjaga sensitiviti warga Brunei), aku bukan kacau mak kau, aku cuma nak teman dia sebab dia sedih”, sambil ketawa tersengih2. Ketika tu aku tak tahu kenapa aku tak takut nak berbual dengan dia. Tapi sudah lama ‘berbual’ aku beristighfar banyak2, sebab aku teringat pesan ustaz yang rawat mak aku dulu, yang kitorang tak boleh percaya sangat cakap Jin dan Syaitan ni. Diorang boleh menyesatkan kita.

Setelah panjang berdiaman, ‘dia’ boleh ketawa seorang diri pulak. Sambil tengok kita 3 adik beradik. Ketawa sambil main2 rambut mak, dan cakap “rambut aku panjang macam kau (sambil tunjuk aku), aku suka rambut kau”. Hahaha tipu lah aku tak cuak ketika tu, kalau dia tunjuk rambut sebenar dia tau kau lari pecut keluar rumah. Ketika tu memang aku nak keluar pun sebab nak pi lawat suami aku kat gerai since ayah dan kakak aku dah tolong tengok2kan mak. 10 minit lepas tu, bapak saudara aku pun sampai. Aku pun bawak dia pergi jumpa mak.

Sudah sampai bilik mak, mak aku takut, menangis bila tengok ustaz ni. Dia menjerit ketakutan. Ustaz tu pun baca surah yang dia tahu dan ketika tu jugak atap bilik mak aku ada bunyi seperti kelapa gugur. Padahal hutan kat belakang, takde sebarang pokok pun kat kawasan rumah. Ayah aku pun pergi keluar tengok apa benda yang jatuh tu. Dia nampak seekor burung besar warna hitam macam burung gagak. Burung tu pusing2 sekeliling bilik mak aku. Mak aku pun cakap dekat ustaz tu, “Korang dah buat burung aku marah!”. MasyAllah, burung tu dia punya rupanya. Setelah beberapa minit memulihkan mak aku, hantu tu pun keluar dari tubuh mak aku sambil berpesan dekat kitorang, “Jangan lupa ziarah kubur aku dekat atas bukit”.

Bila dah pulih, seluruh badan mak aku sejuk, sehingga berketar2 tubuh mak aku. Kitorang pun bagi minyak panas apa semua. Dan Alhamdulillah, mak aku pun dah okay dan pulih (tapi tak pulih sepenuhnya sebab bila2 natang tu boleh masuk). Keesokan hari, kami sekeluarga pun pergi tempat kubur roh Rohana tu, dan kami tak jumpa nama ‘dia’ dekat nisan kawasan sana sebab kubur tu dah usang dan tak terurus sebab nampaknya tu kubur lama dan tiada tanda orang datang menziarah. Tapi kami teruskan juga nawaitu kami untuk membacakan yassin untuknya. Walaupun rasa takut tu ada tapi alhamdulillah tiada apa2 berlaku.

Sekian kisah seram saya yang pertama, maaf kalau tak seram bagi korang atau bahasa fail ke apa sebab saya tak fasih sangat bahasa Malaysia ni (walaupun keluar masuk pergi sana hahaha). Kalau ada rezeki, saya akan sambung lagi kisah seram saya. Assalamualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

12 thoughts on ““Jangan Lupa Ziarah Kubur Aku” – Roh Rohana”

  1. Semoga mak awak pulih sepenuhnya. Utk pengetahuan bersama, roh manusia setelah meninggal akan berada di alam barzakh, roh manusia tidak boleh masuk ke dlm jasad manusia yang lainnya. Itu semua tipu daya syaitan utk merosakkan akidah kita sbg umat islam, Mohon dan semoga kita tidak terpedaya dgn apa yang diperkatakan oleh syaitan laknatullah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.