”Janganlah Menangis” #part2

Assalamualaikum readers FS semua, and thanks kepada admin tercinta sebab dah siarkan cerita first aku ‘’janganlah menangis’’ tu kat ruang FS. So harap cerita kedua ni pun disiarkan jugak lah ye, kerana rata-rata aku baca komen ramai jugak yang bengang, hangin, and emosi lebih sebab cerita tergantung eh?

Haha. Maafkan lah aku wahai pembaca semua. Takpe lah, aku pun tak boleh nak puaskan hati kome semua kan. Bukan sengaja pun nak bagi cerita first tu tergantung disaat korang semua baru nak feel. Okay, seperti yang aku janjikan, kat sini aku sambung balik cerita aku yang tergantung tu. Korang yang komen keje asyik nak bash aku je tu, hah! Hadam, telan cerita sambungan ni. Nak tahu sangat kan ape yang jadi, sekali lagi aku nak mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam penulisan cerita ini.

**
Dan pada masa itu lah aku ternampak satu kelibat diluar rumah ku melimpasi tingkap ruang tamu ini dengan laju. Nak lebih jelas lagi, kelibat or ‘benda’ tersebut terbang ye bukan main lalu lalang je sebab nye rumah sewa aku ini berada di tingkat kedua. (and time ni, bunyi seakan meraung/menangis tu dah tak kedengaran). Dalam suasana yang gelap gelita kat ruang tamu tu, dengan aku sorang je pada masa tu, memang dah tak boleh nak husnudzon lah kan.

Aku tak putus-putus membaca ayat-ayat suci serta pendinding walaupun terketar-ketar. Tak lama lepas tu, entah macam mana aku boleh pulak berani untuk bangun dan duduk bersila kat tilam aku, mungkin sebab bunyi tu dah takde kan. Hihi. Tengah aku duduk dalam gelap tu, aku perasan yang lampu dalam bilik aku masih terpasang walaupun pintu bertutup, jadi aku pun mengambil keputusan untuk menjenguk kot-kot lah kawan aku tak tidur lagi, at least ada lah peneman ye.

Lalu aku bingkas bangun dari tilam ku dan dengan pantas nye aku berlari bersama comforter aku menuju ke pintu bilik dan terus terjah(sebab masa ni perasaan takut datang bertandang semula dek kerana teringat ‘kelibat’ tadi). Bila aku buka je pintu bilik tu, fuhh~ legaa.. sebab ada sorang kawan aku tak tidur lagi, tengah study. So aku pun tanya soalan bonus kat kawan aku ni ‘’awak ade dengar tak bunyi kat luar tadi?’’ masa ni aku sendiri pun taktahu kenapa aku tanya soalan sebegitu rupa. Then kawan aku jawab ‘’emm. awak, jangan tegur..’’ sambil pandang muka aku macam takpuas hati je, hahaha. Aku masih lagi berdiri kaku di depan bilik berkata ‘’ takde apa kot, mungkin jiran kot.’’ Saja nak sedapkan hati walaupun dah jelas aku Nampak ‘kelibat’ terbang luar tingkap tadi.

Dan saat ini lah bunyi suara tu kedengaran semula.. tapi tak sekuat tadi.. allahuu~ keluh ku dalam hati. Aku dah tak tahu nak buat apa dah, fikiran dah celaru sama ada nak pindah masuk bilik or balik kat tilam aku diruang tamu tu. Sebabnye, handphone aku kat atas tilam tu(bengong nye aku still boleh fikirkan handphone masa tu). Kawan aku pun duk diamkan diri je buat macam takde apa, tapi aku perasan la muka dia pun tengah cuak tu.

Tanpa berfikir panjang, aku terus tutup pintu bilik, patah balik kat tilam aku diruang tamu dan selubung badan dalam comforter. Aku perasan bulu roma aku meremang masa aku duk borak kejap dengan kawan aku tadi tapi taktahu la kenapa aku ni bodoh sangat pergi patah balik kat ruang tamu. Sememangnya tak cerdik laa keputusan aku untuk berada diruang tamu kembali. Saat itu, bunyi tangisan diluar rumah semakin jelas kedengaran, makin menjadi jadi pulak merintihnye mendayu-dayu seolah perempuan yang sedang bersedih tersangat-sangat. Aku baring kaku je dalam comforter sambil mata ditutup rapat dan mulut terkumat kamit mengulangi ayat kursi, memang tak berani aku nak gerak-gerak dalam comforter ni walaupun peluh mula membasahi.

Aku paksakan diri untuk lelap sebab bunyi tangisan diluar tu terkadang berubah seperti mengilai pulak, lagilah aku rasa nak nangis and rasa betapa bengap nye aku memilih untuk patah balik kat ruang tamu ni. Tengah aku menggigil baca ayat kursi, tiba-tiba aku rasa badan aku seperti ditindih.

Berat sangat subhanallah hanya Allah je tahu, dah lah udara dalam comforter tu tak mencukupi, ditambah pulak dengan ditindih sebegitu berat, makin lah aku rasa sesak nafas ni. Tapi aku tetap baca ayat kursi walaupun aku rasa nak macam nak m**i je duk dalam comforter tu, tak lama lepas tu hilang rasa berat ditindih.

Dipendekkan cerita, Aku tak perasan macam mana aku boleh terlelap or pengsan barangkali, yang pasti aku sedar-sedar je tengok jam kat handphone dah pukul 6.50am and ada housemate aku yang dah bangun. So aku pun bangun untuk menunaikan solat subuh. Seusai solat, aku rasa badan aku lenguh gilaa mungkin kerana ‘ditindih’ kot.

Pagi tu, kawan aku yang dalam bilik semalam mula buka cerita, dia kata dia pun dengar bunyi suara perempuan menangis and yang paling tak boleh blah kawan aku pun nampak ‘kelibat’ tu terbang luar tingkap bilik and dia describe ‘kelibat’ tu berkain putih terbang laju sekali imbas je sebab langsir bilik terselak sikit. Tu yang dia boleh describe. Kawan aku kata lagi, dia memang tak expect and dalam masa yang sama, bengang jugak kat aku boleh patah balik pergi ruang tamu and tinggalkan dia macam tu je dalam bilik.

Sebab nye dia nak suruh aku teman dia, tapi entah kenapa mulut dia rasa berat sangat nak cakap, and lepas je aku tutup pintu bilik tu semalam, kawan aku terus tidur dalam keadaan lampu berpasang sebab dia pun dengar balik bunyi suara tangisan tu.

Lepas je kejadian aku ‘terkena’ ni, dalam 4 hari juga lah aku tak berani balik or keluar rumah malam-malam. Takut weh mana lah tahu bersua muka ke apa kan, naya je. Rupanya ada sebab kenapa kawan-kawan lelaki aku sakat pasal ‘pokok besar’ kat depan rumah sewa aku ni, kata mereka dulu ade student yang sewa kat rumah tu pernah ternampak sosok tubuh seakan cik ponti kat atas pokok. Sejauh mana kebenaran nya, aku tak pasti lah.

Sampai sekarang aku pelik kenapa ‘dia’ sedih sangat malam tu. Hikhik. Dan disaat aku mengarang kisah ku ini, aku dah lama pindah keluar dari rumah sewa tu sejurus selepas aku habis praktikal. Tapi kejadian yang aku and kawan aku alami tu memang takkan aku lupa, Cuma bernasib baik je ‘dia’ tak munculkan diri.

Oh ya, wahai housemate ku dan kawan-kawan yang tahu pasal kisah ni, aku harap korang sudi baca lagi kerana dalam FS ni lah baru aku cerita yang sebenar benarnye, yang aku cerita kat korang dulu tu hanya point-point penting je, hahaha.Sekian lah kisah seram yang tak berapa nak seram aku ni. Mohon maaf jika ada penggunaan ayat or perkataan yang salah didalam cerita ni. Hope korang sudi baca and suka lah ye.

-TRF

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

TRF

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “”Janganlah Menangis” #part2”

  1. “Then kawan aku jawab ‘’emm. awak, jangan tegur..’’ sambil pandang muka aku macam takpuas hati je…”

    Akk bace part ni ghase serem jer plak…
    Ghisooo jer kwn tu sebenarnye bukan dia…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  2. Eeee. Naseb ah cik ponti tu tak kokak deme. Haha. Sambungan yang bagus. X pyh peduli haih komen negatif tu, teman bace elok je.

    Reply
  3. Sian dtindih nya ,yg seram “bunyi tangisan diluar tu terkadang berubah seperti mengilai ”
    Hooo?nsib tk bca tngah mlam

    Reply
  4. aq rse yg dye rse mcm kena tindih tu kawan dye dtg peluk dye sbb takut dgn bunyi tu…ke aq sorg je fikir mcm tu?haha

    Reply
    • Berkemungkinan penulis ne nk ambik phone dia… Then lepas dia capai je phone, rasa takut + bengang kembali bersemadi ddlm diri si penulis.?

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.