Janji Si Tanduk : Zaman Universiti

Salam semua warga FS. Penulis Janji Si Tanduk kembali lagi. Terima kasih atas sambutan yang korang berikan. Aku ada baca komen sorang pembaca ni yang copy paste link2 lama aku daripada forum. Terpulang jika korang rasa tak sabar2 nak baca, boleh klik link yang dah diberikan. Kalau rasa boleh bersabar & tunggu aku editkan coretan2 lama aku ke bahasa baku pun takde masalah. Baru la korang boleh baca dengan tenang tanpa sebarang typo atau shortform yang mengganggu mata kan..hahaha..

Ermm. Kalau korang baca cerita aku, korang mesti ingat satu je ayat yang aku asyik cakap. Iaitu janji si tanduk ni masa kitorang pegang Zafi kena sampuk.. “siapa pegang aku malam ni, aku janji aku akan cari korang balik, sampai cucu cicit korang aku kacau..,” ayat tu la yang si tanduk ni cakap masa aku pegang zafi. Walaupun dia ni cuma jin, tapi bagusnya dia pegang janji dia. Sorang2 lepas tu dia cari balik..

Giliran aku kena dengan tanduk adalah masa aku kat Kolej MARA Banting (KMB).. Korang baca la ehh kalau korang lupa. Malas pulak aku nak flashback.. Apa2 pun, cerita yang aku alami kat KMB tu sebenarnya cuma introduction kisah tanduk dalam hidup aku. Tanduk masa aku kat KMB tu ada jugak kacau aku sikit2, takde yang major. Alaa.. standard kacau la, tarik2 selimut, main tiup2 telinga. Tapi sepanjang aku kat KMB aku takde nampak la dia jelmakan diri dia. Sampai satu peringkat tu, aku dah macam terbiasa pulak kalau kena kacau malam2.. Bukan nak cakap besar, Nauzubillah.. Cuma aku cerita berdasarkan pengalaman aku kena kacau tak henti2 sampai aku naik terbiasa dengan gangguan dia.

Aku ingat dia punya kacau macam tu je.. tapi aku silap. Kisah betul2 rakus tanduk ni adalah masa aku kat uni aku. Universiti apa, biarlah rahsia bak kata siti. Bukan apa, kalau aku sebut je mungkin ada yang mengenali siapa aku, so tak spiderman la kalau orang tahu aku siapa dalam FS ni..

Ok, nak dimulakan cerita, masa aku kat uni aku, first sem aku stay kat apartment dalam kampus.. yer la kan masa tu mana ada transport lagi, menapak je dari hostel ke kampus.. kat uni aku, kitorang sewa macam apartment tau, satu apartment ada 4 bilik. So ada sorang roommate aku ni memang dia sekali dengan aku masa kat KMB dulu. Kitorang agak rapat la.. so dia pun memang tahu pasal cerita aku kena kacau kat banting dulu.

Aku malas nak seret cerita panjang2, so aku direct je ke part maximum aku kena.

Ok. Aku ingat lagi, satu hari tu aku break dua jam antara lecture aku. Biasa la student kan kelas selang2, nak balik rumah kang macam jauh pulak nak merempit, so apa aku buat, sejam yang pertama tu aku lepak makan minum dengan member2 aku dulu. Sebaik saja settle makan2, aku pun pergi ke surau & tunggu masuk waktu solat zohor. Uni aku ada masjid sendiri, surau yang aku pergi ni cuma surau kat blok akademik. So kecik jugak la.. Disebabkan kepenatan melebihi batasan, aku tertidur dalam surau tu.

Korang percaya tak.. time2 siang tu la aku kena rasuk dengan tanduk..

Hmm.. macam susah nak percaya kan. Sebab selalunya benda2 macam ni jadi time malam je. Aku pun lepas selesai semua benda tu, aku sendiri pun pelik, macam mana siang2 pun dia boleh rasuk aku. Ok macam ni cerita dia. Aku ingat lagi.. masa aku tengah tidur tu, aku ada termimpi naik van dengan member aku. Bapak dia drive van tu. Tiba2 van tu eksiden & aku tercampak keluar dari cermin & tiba2 semua pun jadi gelap.. aku ketakutan so aku pun macam terbukak mata sikit.

Masa mata aku terbukak tu, aku nampak member aku ni duduk kat hujung sana baca quran.. aku nampak budak2 lain tengah siap2 tunggu nak solat & aku nampak jugak member aku sorang ni tidur sebelah aku. Masalahnya, semua tu jelas di pemandangan aku tapi aku sikit pun tak boleh bergerak. Aku tak tipu, lepas tu member aku semua kata mana ada aku celik bukak mata, padahal aku tau aku memang perhatikan diorang lama gila cuma aku tak boleh bergerak.

Allah Maha Kaya, aku memang nampak satu2 apa yang berlaku kat depan mata aku. Sampai satu peringkat, aku dapat rasa sesuatu macam asap berkepul2 kat hujung kaki aku. Bukan macam asap bakar sampah, tapi aku nampak la kabur2 macam asap tu. Betul2 kat hujung kaki aku. Dan sumpah, aku nampak macam mana asap tu macam slow2 masuk ikut ibu jari kaki aku. Aku memang gelabah tapi aku tak boleh buat apa2. Aku boleh gegarkan badan sikit2 & aku nampak diorang semua tengok aku.. siap aku dengar lagi diorang kata aku mengigau la tu. Padahal masa tu aku memang nampak sebijik2 reaksi diorang, cuma aku tak boleh keluarkan apa2 perkataan. Benda akhir yang aku ingat, asap tu masuk sepenuhnya dalam badan aku dan aku pun tak sedar dah lepas tu..

“Wey joe.. apahal kau kepit aku ni weyy…”, itulah ayat yang aku mula2 cakap bila mata aku kembali terbukak. Aku memang terkejut gila masa tu, aku rasa hampir 10 orang saiz2 aku semua tengah bertungkus-lumus pegang aku.. yang joe ni la kepala dia.. Dikuncinya leher aku sampaikan bila aku terjaga tu, aku terbatuk2. mamat joe ni memang trainer silat pun.. badan keras la.. dia kunci kepala aku memang lock habis, aku langsung tak boleh gerak. Lagi aku gerak, lagi sakit tengkuk aku.. so aku cakap slow2. walaupun masa tu aku masih blur apasal diorang ramai2 kepit aku. Masa tu tak ramai lagi yang ada kat sekeliling, beberapa orang je..

“Joe.. apa ni weyy. Sakit la…” aku tinggi suara jugak la.
“siapa kau?” joe tanya. Aku rasa macam nak pelempang pun ada. Dah kau kunci kepala aku macam nak mampus baru nak tanya siapa aku. “Lawak apa ni weyy.. sakit la…” aku ingat beberapa kali jugak la joe tanya soalan bodoh yang sama.. siapa kau.. siapa kau banyak2 kali.. sampai satu peringkat dia lepaskan aku..

Next thing aku ingat, sebaik saja joe lepaskan aku.. memang aku pengsan balik & aku tak sedar apa2.. Aku langsung tak rasa apa2.. yang aku rasa cuma bila aku nak start sedar balik.. Kali ni dah lain langsung.. Joe dah tak kepit aku dan orang2 yang mula2 kepit aku tadi agaknya dah pergi ke kelas kot. Yang ada kat situ cuma member aku tadi dan jugak sorang ustaz. Aku agak dia ustaz la sebab dia pakai ketayap..

Bila aku terjaga je.. aku rasa tulang2 badan aku, dari hujung kaki sampai ke hujung tangan semua lenguh2. Aku macam tak berdaya nak bangun. Tapi dibantu member aku ni yang angkatkan aku, aku dapat jugak la duduk melunjur kaki.. Ustaz tadi datang hampiri aku & kata.. “badan awak ni lemah sangat.. jin awak senang2 je control awak..”

Masa tu tuhan je yang tahu berdegup macam mana dalam hati aku. Aku macam slow2 dapat terima kenyataan yang masuk tu adalah tanduk. Cuma aku tak faham kenapa ustaz tu kata tu jin AKU..

“Jin apa ni ustaz. Saya taktau apa2 pun.. “ aku try menepis. Yer la.. tengah mengah2 malas aku nak bercerita panjang2. “Awak tahu tak awak kena rasuk tadi..” tanya ustaz tu.. Aku macam biasa la buat bodoh je.. “rasuk..?”

“Awak tahu tak awak sedang diganggu satu jin yang dah lama ikut awak..” mula2 aku macam asyik menepis je, tapi member aku yang memang tau kes aku kat KMB tu bagi sign.. so aku angguk kat ustaz tu & cakap.. “ye saya memang ada kena kacau.. dah lama dah ustaz.. tapi ni first time saya kena rasuk..”

“hmm.. awak tahu tak, sepatutnya masa dia mula2 kacau awak. Awak patutnya terus halau dan berkeras dengan dia. Bila awak buat dek, benda tu akan terus berdamping dengan awak dan sama ada awak setuju ke tak, dia dah anggap awak tuan dia. Masa dia rasuk awak tadi, dia asyik ulang perkara yang sama, jangan kacau tuan.. jangan kacau tuan.. awak ada terima dia ke?”, sambung ustaz tu..

“Tak ada ustaz. Demi Allah, saya tak buat benda2 syirik macam ni..” yer la kan, aku ngek2 sembahyang pun time tu, aku tau la kalau bela jin ni boleh membawa pada syirik.. so jujur memang aku tak pernah accept mana2 jin dalam hidup aku.

“ok, macam mana dalam mimpi.. pernah dia muncul dalam mimpi..” ada lagi la beberapa soalan yang ustaz tu tanya aku, tapi jujur semua tu aku tak pernah buat. Yang ustaz tu pulak macam nak suruh aku mengaku yang aku ada membela.. Dah memang aku tak buat, nak mengaku macam mana.. Tapi aku tak salahkan ustaz tu, dia tak tahu cerita pasal aku pegang budak kena rasuk masa kat maktab dulu..

Sedikit demi sedikit.. orang ramai pun beransur2 bersurai & tinggal la aku dengan member aku dalam surau tu. Ustaz suruh member aku tengok2kan aku sebab ustaz tu pun ada kelas nak mengajar katanya.

Masa aku duduk dengan member aku ni, aku tanya dia. “Weyy pehal weyy, aku kena macam mana tadi”. Dia mula2 macam taknak cerita, dia asyik kata rehat laa rehat laa.. masalahnya macam mana aku nak rehat, apatah lagi tidur kalau aku tau benda tu boleh masuk time2 aku lemah macam ni.. aku tak tidur & aku paksa member aku cerita apa yang dah jadi..

Daripada versi member aku, dia kata mula2 dia nampak aku mengerang time tidur. Dan satu surau tengok aku mengerang (dalam hati aku nak je cakap.. aku tak tidur la.. aku nampak korang semua tengok aku & aku mengerang mintak tolong.. tapi aku biar jela dia cerita dulu)

“Lepas tu kau diam kejap sebelum tiba2 gelak & marah2 orang dalam surau”. Dia kata aku mencarut dalam surau. Maki hamun la buat apa korang sembahyang, buat letih je, esok m**i jadi hantu jugak.. hahahaha… agak lama jugak aku dibiarkan kat situ sampai satu peringkat member aku ni kata, aku merangkak & pergi teraburkan sejadah yang orang dah susun.. masa tu la si joe ni grab aku & mintak tolong yang lain pegang aku. Diorang dah agak dah aku kena rasuk.. Cuma tunggu time je..

“Lepas tu kau tahu tak berapa kali dia menipu seolah2 dia dah pergi & kau dah sedar.. padahal dia main2 je..” terkejut aku dengar. Terkejut sebab aku ingat lagi apa yang jadi kat zafi tu, macam tu la aku lalui tadi..

“sebab tu masa kau betul2 dah sedar, joe tak lepaskan sampai dia pastikan kau betul2 jawab nama kau & soalan lain betul2.. nasib baik dia tak tanya soalan algebra, kalau tak mesti dia tak lepaskan kau, kau kan bodoh algebra…hahaha”.. siot punya member, dalam bercerita tu sempat buat lawak bodoh.. ishh.. tapi aku berterima kasih la kat member aku sebab tolong tengok2kan aku..

Kemudian dia tambah cerita yang buat aku terkedu jugak la.. “kau tau tak, part paling cuak kan bila kau sound budak2 yang pegang kau.. siapa yang halang aku ni, aku akan ingat korang, aku akan kacau anak cucu korang.. serius aku terkedu bila dengar member aku cakap macam tu.. sebab dari ayat dia tu aku memang dah boleh confirmkan memang tanduk la yang masuk dalam badan aku tadi. Maknanya apa yang ustaz cakap tadi pasal benda tu anggap aku tuan betul la.. sebab dari KMB lagi aku kena kacau tapi aku takde pun nak halau2.. aku biarkan je..

Yang lebih membuatkan aku terkedu adalah bila member aku kata aku siap cakap siam..haha.. Dia gelak la.. aku ni yang risau. Kalau korang ingat, malam aku pegang zafi tu, kan ada dua yang ganas, tanduk & siam. Aku betul2 takut masa tu sebab aku ingat siam pun ada follow aku jugak. Tapi lama lepas kejadian tu, aku tahu memang siam takde pun. Tanduk je yang kacau aku. Nanti aku ceritakan..

Aku stay je kat surau tu sampai petang. Sekali sekala nampak jugak la orang jenguk2 kepala dalam surau.. dalam hati aku ni mesti geng yang cekup aku tadi & nak pastikan keadaan aku macam mana. Demm.. jatuh saham kat uni. Sure kena bahan lepas ni..

Part malam tu memang aku dah expect sesuatu akan berlaku. Dengan keadaan badan aku lemah gila & aku betul2 penat (tak guna punya joe.. cekik aku sampai lembik), aku betul2 takut nak menghadapi malam. Aku mintak member2 aku sama2 baca yassin malam tu. Lepas je maghrib aku dengan member2 duduk dalam bilik & start baca yassin. Masa tu aku tak baca sebab aku betul2 lemah. Tapi kan, agak cuak la time tu, yer la aku baring atas katil.. semua orang mengadap aku & baca yassin ke arah aku.. cuak giler. Terasa macam m**i pulak.

Ok, ni cerita dia. Masa diorang baca yassin tu, aku betul2 mengantuk & aku terlelap. Faham2 jela, sedangkan baca yassin kat surau pun aku bantai tidur, inikan pulak dalam keadaan berbaring plus ada bantal.. memang laju la aku lelap. Lama lepas tu aku padam..

Aku terjaga lepas tu aku tengok bilik aku dah takde orang. Dalam hati aku, dah habis dah kot.. semua balik bilik masing2 la ni & masa tu aku tengok katil aku basah.. demm..aku terkencing atas katil. Aku macam tergelak jugak la & tengok kiri kanan takut ada yang nampak aku terkencing.. tapi agak2 rimas dengan kencing tu, aku pun bangun la dengan berkain pelikat nak pergi tandas & basuh kasi bersih..

Astagfirullah.. terkejut gila aku bila keluar je dari bilik aku, ramai rupanya kat luar bilik.. dan bila diorang nampak aku keluar bilik, diorang macam cepat2 berundur seolah2 nak keluar dari apartment tu, aku macam heran..

“pergi kau… jangan kacau anak cucu adam… tiba2 sorang mamat ni jerit kat aku” masa tu straight away aku tahu sah aku kena sampuk balik tadi. Dan tiba2 aku macam faham apasal aku boleh terkencing atas tilam, yer la dah diluar kawalan aku..

Masa tu untuk yakinkan diorang yang ni aku yang sebenar, sorang2 nama diorang aku sebut & aku cakap serba sedikit pasal diorang, baru la diorang percaya itu aku, bukan tanduk.. Masa tu aku memang sedih gila sebab aku betul2 tak tahu apa nak buat. Takkan aku nak jumpa balik bomoh kat besut tu.. jauh tu.. aku betul2 takut, sedih & tanpa aku perasan aku menangis gila2. Masa tu aku macam menyesal sangat involve masa pegang zafi kat besut dulu. Kalau aku tak terlibat, mesti aku tak kena kacau macam ni..

Korang susah nak faham apa yang aku rasa.. cuba korang imagine, bila korang tahu yang korang pernah tengok sekor jin yang rakus gila, ganas gila & sekarang korang tahu korang sedang diganggu jin tersebut & korang tak tahu bila dia akan kacau korang. Paling teruk ialah korang memang tak boleh buat apa2 untuk halang dia.. takut oo..

Start daripada malam tu, aku slow2 pergi berubat.. Alhamdulillah hari tu saja hari yang aku dirasuk & syukur tak ada patah atau apa2 cedera masa kena rasuk tu. Untuk pengetahuan korang, memang jin ni tak boleh b***h manusia.. tapi apabila jin yang jahat masuk dalam badan kita, dia boleh langgar dinding, cakar kuku kita kat dinding, hantuk kepala kita, sampai kita parah & kadang2 cacat langsung. Tapi syukur Alhamdulillah, aku tak seteruk tu..

Owh satu lagi yang aku nak cerita, masa aku berubat tu.. diorang bukannya halang tanduk dari kacau aku, sebaliknya diorang macam latih aku jadi kuat semangat sikit. Sebab bak kata ustaz yang aku asyik pergi berubat tu, hanya jiwa yang kuat je dapat lawan..

“kalau ustaz buang yang ni pun, yang lain akan datang.. sebab jin ni antara diorang ada connection yang kita pun tak tahu macam mana connection tu..” dalam hati aku.. patut la malam zafi kena sampuk tu lebih dari 10 jin kacau dia.. hmm.. everything make sense now..

“apa yang ustaz usahakan ni adalah untuk kuatkan semangat kau, supaya benda tu pun takut nak dekati kau. Jangan takut. Kita sentiasa kuat dari mereka. Cuma jangan diuji kebolehan mereka. Jangan tunjuk berani & jangan tunjuk takut. Diorang takkan kacau dah..Sebab macam kita jugak, bila diorang dah rasa kita tak respon, diorang akan boring & pergi kacau orang lain..” nasihat ustaz tu yang sampai sekarang aku pegang..

Ustaz tu ada baca2kan ayat2 suci ke dalam air & suruh aku minum. Kadang2 dia bacakan satu botol air & suruh minum bila aku rasa takut.. Tapi satu part pasal ustaz ni yang aku suka sangat ialah dia sentiasa merendah diri..

“ustaz main baca je pun.. ustaz pun tak tahu menjadi ke tak.. sebab bagi ustaz senang je.. bukan air ni yang menghalang baik atau buruk.. tapi Allah SWT. Air ni hanyalah menunjukkan kita manusia dah berusaha dan biarlah Allah yang tentukan segalanya.. Segala apa yang dilakukan Allah ada hikmahnya yang Allah sahaja Maha Mengetahui..” pesan ustaz tu..

Walaupun lepas2 tu aku still lagi diganggu oleh apa2 entah.. tapi syukur berkat usaha kami sama2, aku dah kuat dari hari ke hari..

Pernah satu peringkat aku tengah tidur dalam bilik apartment aku & tiba2 aku dengar macam budak main sepak botol2 plastik kat bawah.. mula2 ingat macha la sebab macha uni aku memang suka buat bising time2 pagi.. tapi.. bila aku bukak je tingkap.. memang takde apa..

Antara cerita lain yang pernah aku kena adalah masa aku tengah tidur, member aku ni ketuk pintu bilik air. Pintu bilik air aku tu memang weng sikit.. selalu je terlekat.. so kalau terlekat, pintu tu hanya boleh ditolak dari luar. Malam tu aku tidur, aku dengar member aku ketuk2 pintu tu suruh bukakkan, sebijik suara member aku, tapi bila bukak kosong macam tu je.. sumpah aku tak reka cerita ni..

Dan yang paling best adalah seringkali bila aku bangun tidur, ada je pasir2 kat lantai bilik aku. Bilik aku je. Bilik member lain takde. Member aku selalu bangun pagi & tengok aku tengah sapu pasir. Pada yang first time nampak, diorang mesti tanya dari mana pasir banyak2 ni.. kalau yang dah lama dengan aku, diorang dah faham.. tak logikkan duduk apartment tingkat 5 tapi boleh masuk pasir tak pasal2..

Apa pun, apa yang aku lalui kat uni sangat pahit. Dari cerita ni memang nampak macam cepat je aku berubat & macam cepat je aku terima kenyataan kan. Tapi sebenarnya makan tahun. Peringkat awal2 tu, aku asyik nangis je kalau kena kacau sikit2.. makan tahun jugak sampai aku dah ‘terbiasa’ dengan benda2 tu & slow2 benda tu hilang dari hidup aku masa kat uni..

Sehinggalah semasa aku berada di Amsteel Banting, masa aku buat praktikal.

– to be continued –

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sawamura

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

9 thoughts on “Janji Si Tanduk : Zaman Universiti”

  1. Ok…amsteel ada citer tak…sis familiar dgn area2 banting ni sbb mak cik ada dok sana n sis pon tggl x jauh dr area banting…kira jiran la dgn daerah kuala langat tu….plss sambung cpt klu ada citer lg…

    Reply
  2. Ekau ni asyik sobut Banting Banting Banting buek akk ghindu kek kampong den yooo…
    Huwaaaa…nak blk Banting…
    Amsteel tu skrg dh shut down kan…???
    Ehhh ke Mega Steel…
    Lupe plak…

    Reply
  3. Mmg bukan cerita kau..kalo cerita kau xde maknanya tuan empunya nak edit cerita dh bertaun ko pos kat tempat lain tu..ko edit pn sbb ko nak claim ni cerita ko kan..xde hal la..kalo cerita ko bgus la klo bukan aku doakan semuanya terjadi pd ko sbb ni cerita ko kan..

    Ps: jgn bls aku bukan baca pun….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.