Jasad Terseksa:Keliru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku SenyumanPerantau. Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam dan moga memperolehi malam Lailatul Qadr.
Hari ni aku akan menulis berdasarkan kisah benar yang pernah dialami dan sedang menderita dek penangan ilmu mistik ini. Gadis ini bernama Nurul Safiyah Ezrul Khan. Dia PM fb aku, mengadu tentang masalah ini dan meminta agar diceritakan dan ditulis bagi mendapatkan rawatan untuk dirinya.

Cerita di bawah ini, aku akan gunakan ganti diri “aku” bagi melambangkan kata ganti nama Safiyah bagi memudahkan penceritaan. Ambil popcorn dan semoga terhibur dengan cerita ni. Cerita ini terpaksa aku kupas kepada dua bahagian kerana terlalu padat dan panjang.

KISAH NURUL SAFIYAH EZRUL KHAN

Nama penuh aku,Nurul Safiyah Ezrul Khan. Orang panggil aku Fiya. Kejadian ni mula terjadi padaku bermula pada tahun 2007. Kisahnya bermula selepas aku melanjutkan pelajaran di sebuah institusi awam di selatan tanah air. Aku ni merupakan seorang yang pemalu, pendiam, pasif, dan tak reti berkawan. Senang cerita jenis introvert.

Waktu semester pertama, aku lalui dengan jayanya walaupun semua aktiviti atau projek, aku merupakan orang yang terakhir dicari akibat sikap dan sifat aku ni. Aku ni kira orang untuk cukupkan korum je la. Kalau dalam bilik, dengan roomate pun hanya tahu nama je, nak sembang memang tak pernah, entah la,aku sendiri pun tak faham. Mungkin hanya insan jenis introvert je memahami aku. Sedihkan.

Ketika semester kedua, aku dan batchmate aku yang lain kena handle satu projek dekat satu sekolah agama berasrama penuh. Lepas dua minggu tamatnya program tu, ada satu nombor yang kerap misscalled aku selalunya lepas waktu Isyak.

Mula-mula.Aku tak layan.Tapi lama kelamaan, aku ingat kawan aku ke, saudara ke, aku pun cuba call balik. Dia cakap salah nombor. Sejak dari tu mula la perkenalan. Zaman tu mana ada Whatsapp bagai. Kebanyakkan perkenalan kami melalui telefon. MMS pn jarang sebab line dulu kan ciput,zaman student lagi. Sekali je aku bertukar gambar dengan lelaki tu. Tapi gambar muka je la,bukan yang tak senonoh ye. Gambar untuk berkenalan. Aku pun tak tahu macam mana dapat kekuatan untuk berkawan dengan dia. Lelaki ni bernama Wan Zakrul Izwan. Aku panggil Zakrul je.

Lepas seminggu perkenalan, tiba-tiba dia ajak aku jumpa dengan keluarga dia, berkenalan dengan ibu bapanya. Aku melenting dan marah masa tu, ye la, dengan tak pernah jumpa dan hanya tempoh berkenalan dalam seminggu, terus ajak jumpa keluarga. Bagi aku jumpa keluarga bukan main-main, sebab cara dia memang macam nak kenalkan dengan bakal mertua!

Tapi yang peliknya, dua hari lepas tu, hatiku jadi lembut dan seolah-olah menuruti je apa yang diminta tempoh hari untuk berjumpa dengan keluarga dia. Malam tu dia janji dengan aku untuk jemput aku di kampus. Aku sedar tapi seolah-olah bodoh mengikut je dia dalam kereta, terus pulang ke rumah Zakrul. Masa dalam perjalanan ke rumah dia, kami ada berhenti makan, dan yang peliknya DIA SUAP AKU MAKAN! Bukan nak kata romantik ke apa, aku pun tak tahu kenapa aku menuruti je apa yang dia buat. Dia cakap masa tu, biar dia suap aku makan. Hati aku masa tu takda la pulak rasa gembira ke syok kat dia. Hati aku rasa kosong. Rasa bodoh.

Lepas tu, kami teruskan perjalanan. Rumah dia dengan kampus aku dalam dua jam. Rumah dia terletak agak terperuk jauh di dalam kampung. Sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya, kiri dan kanan, penuh dengan pokok getah. Rumahnya sangat terpencil dan hanya sebuah rumahnya sahaja di kawasan itu!!!

Sampai di rumahnya, aku pun masuk la dalam rumah Zakrul ni. Rumah dia malam tu walaupun dah terbuka lampu terang benderang, tetapi suasananya agak suram, kelam dan sepi.
Malam tu, aku pun berkenalan dengan keluarga dia. Semua ok, kecuali mak dia. Mak dia macam tak berapa setuju dengan perkenalan ini. Aku bingung masa tu, padahal anak dia yang beria-ia nak ajak ke rumah. Sampaikan satu ketika, masa aku nak masuk bilik untuk tidur, mak Zakrul bisik kat telinga aku.
“Makcik tak suka Fiya kawan dengan Zakrul,ingat tu.”

Aku pun keliru masa tu,aku masih bingung. Esoknya, aku pun minta izin untuk balik dan Zakrul hantar aku balik. Masa salam-salam nak balik tu, aku rasa satu perasaan sedih yang amat sangat. Seolah-olah aku sedih nak meninggalkan keluarga aku sendiri. Sampai menitis air mata. Aku pun tak tahu kenapa aku sedih. Walhal bukan keluarga aku.

Benda tu tak habis kat situ je, balik dari rumah Zakrul ni, hati aku sentiasa sedih dan rindu rumah Zakrul. Rindu Zakrul. Rindu keluarga Zakrul. Tapi yang paling ketara, aku langsung tak boleh lupa Zakrul. Padahal sebelum ni ada je lelaki yang lebih hensem aku kenal dari mamat Zakrul, tapi angau kali ni bukan seperti angau kebiasaan gadis remaja.

Aku rindukan Zakrul 24 jam. Segala assignment terabai. Keluarga aku pun aku lupa. Tak peduli. Jarang terus call kecuali kalau mak aku call. Roomate aku lagi la, terus aku tak layan. Aku pun tak tau apa perasaan roomate aku dengan aku masa tu, duduk ngan budak bela hantu kotπŸ˜‚πŸ˜‚ Maafkan aku, bekas-bekas roomateku.

Aku jadi makin teruk, pantang ada masa terluang mesti aku kena jumpa Zakrul. Dia tak datang jumpa aku, aku gadaikan semua rantai dan gelang aku, nak dapatkan duit nak beli top up, duit tambang teksi atau bas semata-mata nak jumpa dia.

Keadaan paling kemuncak, apabila keluarga aku dapat laporan yang aku tak pergi kelas selama seminggu. Masa ni paling teruk, benda aku pernah lakukan. Aku naik bas bawa beg semua, tinggal dekat rumah dia selama seminggu. TUJUAN??? Aku pun tak tahu, aku buat tu semua dalam minda separa sedar. Mak ayah aku masa tu marah kat aku sangat-sangat, depa suruh aku naik bas balik kolej. Esoknya, terus mak ayah aku jemput aku dan bawa balik ke KL.

Masa kat KL, satu hari, ayah mak aku ajak jalan-jalan. Aku pun setuju la, ingat nak keluar jalan biasa-biasa. Tapi, masa nak sampai rumah pakcik aku, tiba-tiba aku jadi kecut perut, rasa seram sejuk semua datang. Aku rasa macam nak terjun kereta je, tapi nasib baik ada adik aku tahan. Bila masuk je rumah pakcik aku, aku lagi jadi tak tentu arah. Tengok muka dia pun aku tak nak. Aku nampak muka dia menakutkan. Wallahu a’lam. Tapi aku rasa benda yang dalam badan aku ni takut dengan pakcik aku.

Pakcik tu minta aku duduk berlunjur dengan kedua belah kaki aku mengadap tepat ke arahnya. Pakcik tu minta izin daripada kedua ibu bapa aku untuk mula “memeriksa”. Mulanya, dia tekan belakang tengkuk aku menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Aku rasa benda sangat tajam mencucuk-cucuk. Lepas tu pakcik tu cuba dekat lengan aku. Tapi dekat lengan aku tak rasa sakit. Dia berulang kali tekan tengkuk dan leher. Setelah selesai, pakcik tu berbisik dekat ayah aku, agar aku dibawa untuk mendapatkan “rawatan”.

“Kena berubat Fiya ni, badan panas bahang, tapi tangan sejuk..”
Yang ni je benda yang aku ingat, yang lain aku lupa apa yang diperkatakan pakcik tu.

Beberapa hari lepas tu, ayah dan pakcik aku bawa aku ke Darussyifa’ Bangi untuk mendapatkan rawatan. Masa tu perasaan takut dah tiada seperti pertama kali dirawat pakcik aku. Kali ni posisi rawatan, aku duduk di atas bangku,pakcik aku duduk belakang aku, dan ustaz perawat duduk di hadapanku. Masa perawatan tu berjalan, Alhamdulillah tiada apa-apa yang pelik berlaku, cuma perasaan aku berasa sedih yang amat sangat. Aku menangis teresak-esak semahunya. Air mata aku berjujuran, basah lencun tudung aku.

Dah selesai rawatan, ustaz perawat tu pun bertanya, “Kenapa nangis tadi dik?” sambil ustaz tu tersengih.

“Entah,saya pun tak tahu ustaz, padahal saya tak paham pun apa ustaz baca tu,” aku menggaru-garu kepalaku tanda kebingungan.

Ustaz perawat pun cerita, sebenarnya yang aku sedih sangat berpunca daripada sifat sedih benda tu nak tinggalkan aku. Benda tu jantan umur dekat 500 tahun. Meremang bulu roma aku masa tu. KORANG BAYANGKAN LA ADA ORANG TUA MENUMPANG KORANG UMUQ 500 TAHUN.muka mesti confirm buruk..Allah..

Habis semua.Aku pun pulang ke rumah. Dua tiga hari lepas mendapatkan rawatan. Aku makan dan minum macam orang gila, makan banyak nak mampoih, macam orang tak pernah makan, walhal sebelum tu, aku makan macam biasa je. Semuanya selesai, aku pulang ke kolej dan aku terus sambung pembelajaran aku macam biasa, nasib tak sangkut.

Tapi, ayah aku ada pesan, kalau Zakrul datang cari ke call ke, jangan dilayan. Kuatkan ibadah dan abaikan benda-benda pelik. Sebenarnya ayah aku dengan keluarga Zakrul ni pun ada konflik lepas aku berkenalan dengan dia. Adakah gangguan aku berakhir di sini sahaja?? Apa dendam amarah ayah aku kepada keluarga Zakrul?? Nanti aku sambung dalam bahagian kedua.

——————————————————-

Nanti Fiya cakap dia akan sambung lagi cerita ni, sebab dia pun tak berapa sihat sekarang. Kalau panjang umur Fiya dan aku. Nanti aku tulis lagi bahagian dua. Sebenarnya aku agak gusar untuk menulis cerita ni, sebab bimbang Zakrul memudharatkan Fiya lagi, tapi atas permintaan Fiya bagi memberikan keinsafan kepada pembaca dan mencari siapa yang boleh merawat, aku terpaksa akur walaupun dengan berat hati. Menguatkan lagi aku untuk menulis cerita ni selepas KamenRider atau Nadey juga terlibat dalam benda yang hampir serupa. Nadey lagi kesian, hodoh-hodoh pun orang nak guna sihir pengasihπŸ˜‚πŸ˜‚ Tambah orang yang putih melepak macam Fiya ni.

Bagi aku sendiri, sebagai lelaki aku pun pernah jahat dalam mempermainkan hati gadis-gadis. Tapi aku tak guna sihir la.haha. Tapi itu semua cerita lama, sekarang aku dah kembali kepada jalan kebenaran. Aku insaf selepas salah sorang kawan aku sakit teruk, terkena sihir daripada salah seorang ex girlfriend dia yang banyak yang telah direjectnya.Sampai sekarang dia sendiri tak tahu awek dia yang mana tergamak membuatkan dia merana sampai hari ni.

Kepada yang perempuan pula, hati-hati la dengan gambar-gambar dan nombor telefon anda di media sosial,aku pun tak tahu bagaimana benda ni boleh digunakan untuk menyihirkan anda, tapi berhati-hati lah. Nasib Fiya ni tak diperkosa atau diperlakukan benda pelik-pelik. Hati-hati ye semua perempuan.Laki-laki pun sama, jangan ingat kita selamat, ingat cerita kawan aku tu. Sampai sekarang masih sakit.

Pendek kata, jangan dok menghela sangat.
Ps: Ser shizu pun jangan gatai sangatπŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›hahaha.

Ada masa jumpa lagi semua pembaca FS.Assalamualaikum, selamat mengejar Lailatul Qadr😊😊😊

Loading...

16 comments

  1. akak tau fiya bc komen ni….
    harap Fiya kene kuat dan jaga hubungan kite dgn Allah salah satunya jaga solat! Ni tegas akak nasihat jaga solat tu pendinding plg kuat kita boleh usahakan…. selain tu amalan2 lain termasuk menutup aurat. Akak penah dgr ceramah UAI dia kata apa2 pon bab hati ni memang susah nak kawal tp akal kita boleh kawal perlakuan kita. So jangan risau bab hati (sayang kat zakrul tu ke tak) Allah akan permudahkan nanti. Yang penting skrg mcm mana kita jg diri… jumpalah 100 perawat ustaz semua… tapi kalau kita acah2 bab jaga hubungan dengan Allah ni semua xberhasil.

    Untuk istiqomah dlm jaga hubungan ni senang je inisiatif diri kita belajar solat sempurna semula.. belajar pelan2 ayat2 atau surah pendinding yg mudah2, al quran tu bc yg tafsir. Setiap kekusutan dlm hati cer try bc 1 muka surat mana2 in sya Allah, Allah bg jawapan tersurat tersirat. Selebihnya usaha mcm slalu dgr ceramah, kawan dengan org yg suke pergi usrah, boleh juga beritahu kwn atau family supaya pantau jika ada perlakuan pelik dorg perasan.

    Btw akak dulu solat pon lobang2, aurat apetah lg… tp kita boleh berubah. Boleh jd Allah uji kite ni sbb Allah rindu kt kita. Ape2 jadi pon kita perlu kembali pd fitrah Allah… carilah ubat hebat pon dlm dunia ni… alamak terpanjang pulak ceramah. Biaselah akak klo bebel xcukup page. Akak cite pengalaman akak pon sebab org aware sihir pengasih ni biase org cantik2 je kan? tp akak? Akak kategori andartua x cantik kot… jauh nk banding dengan fiya yang cantik pon. So kesimpulan bguslah fiya share cite ni… ok salam henshin!

    1. Hi Kak Nadey hahaha.

      Okey terkedu jap masa baca komen akak. Serius apa yang akak kata tu betul. Masa fiya kena dulu waktu tu zaman jahiliah. La ni alhamdulillah..makin senonoh perangai kahkah. InsyaAllah, fiya masih dalam proses membetulkan diri. Tiap kali tunaikan tanggungjawab 5 waktu fiya minta agar ditetapkan hati dan jiwa untuk terus istiqomah.

      Sejujurnya lepas kena tu fiya terfikir; “kenapa aku?”. Tapi lama-lama bila makin matang, mula belajar redha sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, sekarang dah dapat terima dengan lapang dada.

      Dah tua bangka ni baruuuuuuuuuuuuu la terbuka mata untuk ubah ke arah yang lebih elok…

      Hmm nanti fiya add kak nadey kat fb hahahah. Lagi mudah nak bersembang & kongsi apa-apa.

      Terima kasih berbanyak2 untuk nasihat akak. Fiya amat2 hargai πŸ™‚

      1. Cuba amalkan Al-Fatihah, Ayatul Qursi, surah Al-Baqarah ayat 102, 3Qul x3, dan selawat sebanyak mungkin selepas solat. Kalau ada waktu lapang misalnya tengah memandu, ringankan mulut baca Ayatul Qursi dan surah Al Ikhlas.

        Amalkan ayat dibawah ni pagi, malam, dan sebelum keluar rumah.

        A’uudzu bikalimatillahit tammaati min sharrimaa khalaq.

        Makna dia, aku berlindung dengan kalimah Allah yang Maha Sempurna dari semua kejahatan yang dijadikan-Nya.

        Niat dan tanam dalam hati kita bahawa sesungguhnya pada Dia lah kita meminta dan Dia lah pemberi sebaik-baik pertolongan..
        InsyaAllah..

          1. Sama-sama.. Tak perlu minta izin. Ilmu nie bukan milik saya.. Siapa sahaja yang nak amalkan boleh je..
            😊

    1. Tak cantik mana sebenarnya. Hidung kembang muka Acheh πŸ˜‚.

      Masa tu tak berapa reti bergaul dengan orang sekeliling. Mungkin sebab kurang keyakinan. Dari sekolah rendah agak pendiam. Masuk sekolah menengah manjang kena buli. Agak lambat sikit skill bergaul tu bercambah hahahah.

      Alhamdulillah, sekarang dah berubah. La ni otak terjal sikit. Dulu orang tua pening hal lain. La ni penin dok mikir anak depa ni perangai macam2 πŸ˜‚.

      Fiya suka kenal kawan baru. Tapi yang betul2 fiya rapat & percaya ada sebilangan saja. Dan fiya pun rasa cukup dengan apa yg dikurniakan la ni πŸ˜„

  2. samalah kita jenis introvert. pastu kena sihir πŸ˜‚ la ni masih lagi dlm rawatan. nama pun same gakk πŸ˜‚ tp org pnggil saf atay safya

    1. Moga diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan perjalanan cik safya. Kuatkan diri, lawan rasa yang bukan2. Cari kawan yg kita boleh berkongsi cerita/pendapat, yg ikhlas nasihat & tegur kita. Moga dikurniakan sahabat yg baik utk cik safya. Aminnn….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *