#Jay – Cinta Kerana Nafsu

Suatu pagi yang tenang. Di sebuah rumah terdapat seorang wanita jelita sedang bernyanyi riang. Seorang wanita yg sangat jelita hingga digilai ramai. Namanya Laila yg ketika itu sedang sarat hamil. Usia kandungannyaa 8 bulan sedang leka melakukan kerja rumah. Ketika itu suaminya Hadi tiada rumah kerana sedang keluar ke kebun.

Setelah selesai melakukan kerja rumah dan ketika Laila sedang leka menganyan bakul yg ditempah oleh orang kampung. Terdengar seorang lelaki mengetuk pintu sambil memberi salam.

“Kamil! Atas urusan apa kau datang ke mari?!” Marah Laila dalam keadaan takut.

“Iyaa aku Laila aku datang ingin membalas dendam kepada kau” Balas Kamil sambil membelai muka Laila.

Laila terkaku dan ketakutan. Kamil pernah menyatakan isi hatinya dan ingin Melamar Laila sebagai Isterinyaa. Tetapi Laila menolak kamil dengan baik. Kerana dia sudah bertunang dengan hati ketika itu. Namun Kamil tidak berpuas hati kerana dia sangat suka akan Laila. Sudah lama beliau mendambakan tubuh gadis tersebut. Apabila dapat tahu Laila mengahwini Hadi kawan baiknyaa sendiri dia sudah memasang dendam ingin mendapatkan Laila walaubagaimana cara sekalipun.

“Lepaskan aku! Jauhi aku!” Laila yg sudah menangis ketakutan ketika itu. Dalam hatinya hanya mengharapkan kepulangan suaminya.

“Jerit laa kalau kau berani, tiada siapa di sini. Hanyaa kita Laila. Aku sudah lama menginginkan tubuhmu. Kau kelihatan lebih seksi sejak hamil. Hahaha ”

Kamil merogol Laila berkali kali sebagai membalas dendam kepada Hadi. Laila pula sudah tidak terdaya utk menjerit meminta pertolongan hanya mampu menangis kesakitan diperlakukan kamil sebegitu. Setelah puas Kamil keluar dari rumah begitu saja sambil tersenyum puas. Laila pula sudah tidak terdaya kerana mengalami pendarahan yg teruk lalu meninggal tidak lama kemudian.

“Assalamualaikum Laila, abang dah balik ni” Hadi memberi salam setelah tiba dirumah. Namun salamnya tidak berbalas seperti sebelum ini. Dia berasa tidak sedap hati kerana pintu rumah terbuka luas dan rumah agak bersepah seperti ada pergelutan. Dia menuju ke bilik utama. Di mana bilik mereka berdua. Alangkah terkejutnya kelihatan isterinya dalam keadaan tidak berpakaian dan tidak sedarkan diri. D***h memenuhi ruang katil mereka.

“Laila!!! Siapa yg buat kau begini sayang?” Raung Hadi sambil menangisi nasib Laila…

-Tamat-

Eh belum lagi? masih ada sambungan. Teruskan membaca

Tidak jauh dari kampung Laila perempuan malang tersebut, ada sebuah kampung lagi disitu ada seorang bidan, yang cukup dikenali ramai iaitu Mak Esah. Kampung Laila dan Mak Esah berjarak 1KM.

Suatu malam rumah Mak Esah didatangi perempuan yang mahu melahirkan. Tetapi yang peliknya perempuan itu datang seorang diri dan di tengah malam. Tepat jam 11 malam. Sebelum perempuan tersebut masuk ke rumah, Mak Esah sempat bertanyakan perempuan itu.

“Anak datang dengan siapa malam-malam begini?.” Tanya Mak Esah.

“Saya datang bersama suami, Makcik” Jawab perempuan itu.

“Tetapi di mana suamimu nak? Mak Esah tak nampak pun?” Tanya beliau setelah terjengah jengah ke luar rumah.

“Suami saya ketinggalan ke belakang Mak cik. Mak cik sy tak tahan dah ni, sakit sangat.” Jawab perempuan yg bernama Laila itu sambil memegang bawah perutnyaa.

Tanpa berfikir panjang, Mak Esah memapah Laila masuk ke dalam rumahnya dan membaringkan Laila di dalam bilik khas untuk menyambut kelahiran. Dengan sepantasnya beliau menyiapkan alat-alat yang sering beliau gunakan ketika menyambut kelahiran. Sambil kedengaran suara esakan Laila yg sedang menahan kesakitan. Lalu Mak Esah pun menjalankan tugasnya menyambut kelahiran Laila. Sepanjang proses kelahiran tersebut langsung tidak nampak suami si Laila.

Laila sudah selamat melahirkan dan anaknya perempuan.

”Nak duduk di sini dulu ya?, Mak Esah nak cuci peralatan (bekas d***h) ni sebentar.” Kata Mak Esah sambil berlalu keluar dari bilik tersebut.

“Baiklah, Mak Esah.” Jawab Laila sambil membelai anaknya yg sedang dipangku.

Sedang mencuci peralatan tadi, tiba-tiba Mak Esah kaget ada suara benda jatuh, lalu menjenguk kearah bayi dan perempuan tadi takut terjadi apa-apa, tapi apa yang terjadi dan alangkah terkejutnya ketika melihat perempuan dan bayinya itu sudah tiada. Mak Esah terpinga seketika, sekalipun perempuan tadi keluar ikut mana? Sedangkan semua pintunya dikunci, Lagipula kalau ikut pintu pagar tepi rumah juga tidak mungkin,sebab sangat tinggi dan dari besi pula. Tiba-tiba Mak Esah terpikir utk melihat alamat yang perempuan tadi sempat bagi.

Esoknya Mak Esah mencari rumah perempuan semalam menggunakan alamat yg perempuan itu bagi. Sambil bertanya ke rumah orang tentang alamat itu, ada yg memberitahu orang yang dimaksudkan Mak Esah sudah meninggal. Tetapi Mak Esah tidak percaya dan masih mempunyai perasaan tertanya tanyaa serta ingin tahu. Setelah 3 kali bertanya akhirnya berjumpa juga rumahnya.

“Betul ke ni rumah Laila” Mak Esah bertanyaa kepada seorang lelaki yg menjawab salamnya tadi.

“Betul Makcik, sy suaminya Laila ada apa makcik mencari Laila?” Tanya Hadi yg berwajah sugul dan tidak terurus sejak pemergian isteri yg dicintainya serta anak yg belum sempat marasa hidup di muka bumi ini.

“Sy Mak Esah, malam tadi sy membidankan Laila setelah selasai sy ke dapur mahu membasuh peralatan. Kemudian sy kembali mahu melihat Laila. Tetapi beliau balik begitu saja tanpa memberitahu.” Laju Mak Esah bercerita.

Hadi yg mendengar cerita tersebut agak terkejut lalu menangis sambil berkata “Maaf Mak Esah, isteri sy sudah meninggal 7bulan yang lalu dalam keadaan hamil 8 bulan”

Mak Esah terkejut beserta hairan dan bingung “Terus yang semalam siapa?”

Lalu Hadi berkata “Jom kita ke kuburnya, kalau mak esah tak percaya.”

Ternyata nama dibatu nisan sama dengan nama perempuan semalam.
Dan Mak Esah baru menyedari kalau yang semalam adalah PONTIANAK!

Sebelum pulang Mak Esah sempat menitipkan kata semangat agar Hadi terus kuat menjalani kehidupan akan datang.

Dari kejauhan Hadi melihat Mak Esah yang mengatur langkah utk pulang. Sambil mengingati peristiwa sebulan lalu.

Terjawab sudah siapa yang melakukan perbuatan tersebut terhadap isterinya. Iaitu kawan baiknyaa sendiri. Kamil sudah dipenjarakan dan sedang menunggu hukuman gantung hingga m**i diatas perbuatan kejamnya. Kini Hadi hidup dalam kenangan bersama isterinyaa Laila.

Sekian.
Jay?

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

30 thoughts on “#Jay – Cinta Kerana Nafsu”

  1. cerita apa ni?
    tak ada motif
    tiba-tiba kena rogol, tiba-tiba jadi potianak, tiba-tiba kena gantung.
    hmmmm. tak ada kualiti

    Reply
  2. Cerita yang paling tak best bila citer tu bukan dari kisah benar..mmg laa fiksyen sasha..tapi kalau rekaan tak berapa suka nak baca..just my 0.02…tak semestinya kegemaran org sama…..

    Reply
  3. admin pun laaaa..byk sgt ke citer yg masuk…filter gak dulu sblm approve.lately ni byk nau citer yg ‘putus angin’…penat bca tup tup rasa buang masa.

    Reply
  4. hhahahahhaha kelakar baca cerita ni…punya la khusyuk baca…aq rasa penulis kekeringan idea nak panjangkan cerita…tup tup da masuk penjara..tamat~~~~~~hahahahha

    Reply
  5. Masa darjah 5 dulu aku pernah hantar karangan yg lebih kurang mcm nie dekat cikgu. Lepas tu cikgu koyak buku aku, bakar sampai jadi abu. Kemudian abu buku tu cikgu aku buang dekat sungai yg mengalir.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.