Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca fs yang setia. Disini aku ingin berkongsi sebuah pengalaman yang dilalui sewaktu aku diusia kanak-kanak. Terlebih dahulu aku perkenalkan diri aku sebagai Ijam tapi nama aku yang sebenarnya zuladli tapi aku tak tahu kenapa aku rase terlalu tampan bile kawan-kawan panggil aku ijam. Okey teruskan
Ini terjadi sewaktu umur aku 12 tahun. Pada hari kejadian diwaktu petang sekitar jam 5pm aku telah pergi mengaji di rumah cikgu mengaji aku yang terletak tidak jauh dari rumah aku yang hanya selang beberapa buah rumah sahaja.Untuk aku ke rumah cikgu mengaji aku akan melalui sebuah lorong kecik yang akan tembus terus dibelakang rumah cikgu dan lorong itu aku kena melintas dihalaman sebuah rumah lama yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan penghuninya.
Rumah itu dulu didiami oleh pasangan suami isteri. Isterinya kurang siuman dan suaminya pula telah meninggal dunia kerana sakit tua didalam rumah itu sendirian. Setelah suaminya meninggal dunia isterinya pula tibe-tiba menghilangkan diri, mereka tidak mempunyai anak. Puas orang kampong tolong mencari dan telah membuat laporan polis juga namun sehingga sekarang masih tidak mendengar khabar berita.
Okey berbalik kepada cerita tadi, aku pun lalu la dihalaman rumah tinggal tersebut tiba-tiba aku telah ditegur dengan satu suara yang garau “hooiiii” seakan suara orang lelaki. Aku tersentak dan memberhentikan langkah kaki. Aku perhati sekeliling dan aku tenung kearah rumah tersebut sebab aku memang dengar suara itu seolah-olah datang dari dalam rumah itu. Lebih kurang 10 minit aku terpacak macam tiang kat situ dan tiada apa-apa yang terjadi aku pun meneruskan perjalanan.
Tiba-tiba gais… aku dengar ada suara memanggil nama aku “ijammm…..ijamm…ijamm..” aku pun berhenti lagi dan kali ini memang aku terkejut bercampur pelik sebab suara tu aku kenal, itu suara mak aku. Aku pun berpusing. Aku jalan menghampiri rumah tersebut dan aku pun memanggil mak aku… “mak….oh mak… mak ke tu..” tapi senyap je… tiada sahutan dan tiba-tiba… “ ijam….mehh le masuk jap tolong mak ni…” aku ni dah pelik dah tapi hilang la rasa cuak aku sebab itu suara mak aku, yang aku peliknya apa yang mak aku buat kat dalam rumah tinggal ni.
Dah la mak aku memang melarang keras kalau aku nak bermain dirumah tu dengan kawan-kawan. Mak aku siap bagi amaran kalau aku main juga kat rumah tu mak aku nak siang aku macam ikan gais. Aku pun menghampiri tingkap dan cuba nak menjengah kedalam rumah dan aku Nampak memang mak aku tengah terbongkok-bongkok macam tengah mengutip sesuatu. “mak…macam mane mak masuk..” aku tengok mak aku kat dalam aku pun mengelisat la nak masuk juga.. aku dah la memang teringin nak masuk nak tengok-tengok keadaan dalam rumah tu. Mak mengangkat kepala memandang aku yang tengah terloncat-loncat dicelah tingkap. Mak hanya menunjukkan tangan kearah pintu belakang yang aku Nampak terbuka sedikit.
Aku pun apa lagi memecut speed yang paling laju la ke arah belakang rumah. Aku pun masuk la kedalam rumah tu “ mak cari apa kat dalam rumah ni mak…” mak diam seketika selang beberapa minit “ mak pungut papan-papan yang lerai ni boleh bawa balik.. elok lagi kalau buat tampal-tampal reban balakang rumah kita tu..” aku pun tidak la memerhatikan sangat mak. Aku lebih teruja untuk meninjau-ninjau keadaan dalam rumah tu. Seram gais keadaan dalam rumah tu, semua usang dan berhabuk ada yang dah reput. Dan yang lagi seram aku terjumpa satu katil lama. Katil tu masih bertilam dan bercadar tapi faham-faham la semuanya dah sempudal warna apa cadar tu pun aku dah x cam. Tapi katil tu tinggi, diperbuat dari pada besi yang terukir dan besinya aku tengok tak karat lagi. “mak…katil ni macam elok je..xnak ambik ke mak buat katil ijam..” tapi mak tak menyahut.
Aku pun diam jela teruskan penjelajahan aku. Aku masuk pula bilik yang seterusnya bilik yang ni takde katil yang ada hanya almari kayu yang dah nk berderai kebumi dah.. aku pn pergi la cuba buka pintu almari yang dah nak berkecai tu aku tengok dalamnya ada timbunan kain baju dan terdapat kertas-kertas yang tulisanya sudah pudar dan kertas tu pun sudah menjadi warna kuning dek kerana terlalu lama. Aku keluar semula untuk ke ruang tamu pula aku tengok ada sebuah tv lama yang confirm dah rosak, almari hiasan yang Nampak mcm kukuh lagi dan ada satu kerusi malas yang jenis kayu dulu-dulu punya yang boleh jongkang jongket tu.. aku tengok kerusi tu tiba-tiba aku jadi macam seram. Tapi aku buat tak tahu jela.. yela mak aku kan ada aku berani je. Aku pun cuba la buka tingkap kayu yang betul-betul menghadap halaman rumah yang biase jadi laluan orang ramai termasuk aku.
Aku pun menolak tingkap kayu tu macam iklan Adabi melazatkan..Adabi menyelerakan.. mengandungi pelbagai rempah melazatkan kari dan kuat.. tiba-tiba aku Nampak kelibat mak aku sedang membawa getah paip ditangannya sambal melangkas pantas seperti seorang askar melayu nak masuk baris. D***h aku tiba-tiba jadi kering kaki aku kaku kepala aku mulai basah disiram peluh, aku memusingkan kepala aku kearah rumah belakang yang mana mak aku tadi sedang mengutip papan katanya. Dan bila pulak mak aku keluar. Mane satu mak aku ni.. aku cuba berfikir sejenak dan aku lebih percaya yang diluar bersama-sama senjata keramat itu la mak aku yang sebenar.
Aku pun apa lagi melaungkan la nama mak aku… sekuat hati aku “mmmaaaaakkkkkk…!!!” mak aku pun tertoleh kearah aku dan mase tu aku rase indahnye dunia ini walaupun aku tahu jap lagi kaki aku pasti berbirat dek libasan boboboy kuasa tiga dari mak aku tu. Mak aku pn berlari anak kearah aku yang terpacak ditingkap adabi rumah usang tersebut. Gais… tahu apa jadi mase mak aku on the way nak ambil aku. Tingkap yang betul-betul depan muka aku tu tiba-tiba tertutup seperti dihempas angin kuat.. nasib la aku berdiri dari tingkap tu ada la setengah jengkal jarak.. kalau tak mau berdarah hidung aku. Aku menutup telinga aku dengan tangan.. aku mencangkung ketakutan..” makkk tolong ijam makk…mak ijam takot..” aku dengar suara mak aku menjerit memanggil nama aku sambil menepuk-nepuk papan tingkap dari luar.
Kerusi malas kayu jongkang jongket yang aku cerita tadi mula berhayun sendiri seolah-olah sedang menikmati melihat aku yang sedang ketakutan dan menangis teresak-esak. Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang kuat “bbraaaakkk” dari arah dapur.. rupa-rupanya mak aku telah menggunakan jurus IP Man bagi menendang pecah pintu kayu rumah belakang dimana pintu yang aku masuk tadi. Mak terus mencapai tangan aku dan menarik aku keluar, dalam pada kami berjalan laju menuju pintu belakang aku tertoleh bilik yang mempunyai katil besi tu aku ternampak ada seorang lelaki tua sedang duduk diatas katil sambil menjuntaikan kaki dan tersenyum melihat aku dan kami terus balik kerumah. Sesampainya dirumah mak memeluk aku nak menenangkan aku yang menggigil ketakutan. Aku Nampak mak membaca beberapak ayat. Mulut mak terkumat kamit dan ditiupkan diubun-ubun aku. Dan lepas tu gais aku merasa amat lega kerana terlepas dari rumah usang berpuaka itu dan juga lega bila getah paip yang mak aku bawak tertinggal kat rumah usang tadi.
Rupanya cikgu mengaji aku telah menelepon mak aku bertanya mengapa aku tidak datang mengaji pada hari tersebut sebab tu mak aku keluar cari aku dan telah Berjaya dalam misi menyelamatkan anaknya ijam yang tampan ini. Tapi esoknya aku pun menceritakan segala apa yang berlaku kepada mak dan ayah dan pada mase itu aku juga telah menerima pingat peringatan dipeha khas dari seorang emak yang menjadi hero aku dunia dan akhirat.
Sekian,..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kasih ibu tiada tandingannya. Sanggup berkorban walaupun terkorban demi anak2 yg dikasihi.
Semoga Allah swt mengampuni dan merahmati allahyarhamah ibu.
Amin3 yarobbal alamin.
Rindu pulak mak aku kat kg. Tapi xpernah lagi la kena getah paip. Kena cili mulut tu pernah la.
Hahahhaa best,,penceritaan yang kelakar tp seram huhu
hahaha. Citer NIE kelakar bercampur seram. Teruskan bercerita Ijam yang tampan.
Haha…semoga Allah merahmati mak aku & mak2 yg ada didunia ni..
Aminnn…
mujurla kebetulan nampak emak ko tu Ijam oi, kalau idak ko pun hilang entah ke mana…
pingat peringatan ijam ye ..hahaha
Tengs ijam,lawak tak hambar lansung,terubat hati aku yg tawar ni