Jelmaan Sepasang Kekasih di Lebuhraya Timur-Barat, Grik

Assalamualaikum. Hai nama aku Icham. Kisah yang ingin aku kongsikan ini berlaku kira2 7 tahun lepas sewaktu menuntut di sebuah universiti swasta di Lumut, Perak. Kisah ni tak la seram sangat tapi sekadar perkongsian pengalaman aku yang betol2 aku alami.

Aku berasal dari Kuantan dan dah jadi kebiasaan aku ulang alik Lumut – Kuantan sebulan sekali. Yang bestnya time tu naik motor je. Yelah aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Tambahan pulak time tu d***h muda, mesti seronok tak ingat konvoi2 ni. Dah jadi kebiasaan kalau nak balik kampung aku melalui jalan Grik. Jarang aku lalu Genting – Karak. Mungkin kawan2 yang naik motor ramai Terengganu Kelantan kot.

Ok berbalik pada pengalaman aku di lebuhraya timur barat, Grik. Siapa yang biasa lalu jalan tu mesti tahu keadaan jalan yang berbukit dan berliku tu. Jumpa gajah liar tu perkara biasa. Waktu tu cuti semester macam biasa kawan2 aku yang seperjalanan (biasanya kawan2 Kelantan, Terengganu dan Pahang) akan berkumpul untuk berkonvoi. Lagi meriah dan lagi selamat kot in case jadi apa2. Seminggu sebelum cuti sem bermula kami sudah sepakat (kira2 10 orang jugakla yang berjaya dikumpul) bersepakat untuk konvoi bersama.

Sehari sebelum bertolak, 6 orang dari kami buat keputusan untuk balik awal pagi. Salah sorang dari kami motor bermasalah, jadi terpaksalah hantar ke bengkel dulu. Jadi aku dan 2 orang kawan aku buat keputusan untuk tunggu sampai motor tu siap. Mereka yang berenam tu selepas subuh dah bertolak. Tunggu punya tunggu, tepat 12 tengahari kami bertolak dari Lumut melalui Beruas seterusnya Kuala Kangsar. Kami berempat menaiki 3 buah motor. Kiranya lagi sorang tu membonceng la.

Setibanya di highway Kuala Kangsar menuju ke Grik, salah sorang dari kami terbabas langgar divider besi. Alhamdulillah kawan aku tu tak alami apa2 kecederaan yang teruk. Kami ke balai polis untuk membuat report kemalangan, yang kebetulan beberapa ratus meter je dari tempat kejadian. Polis nasihatkan kami untuk tinggal motor kat situ sementara kami pula teruskan perjalan ke kampung. Kiranya 4 orang naik 2 buah motor. Zaman tu aku naik ex5 je, zaman ex5 meletup beb. Korang bayangkanlah macam mana motor ex5 naik 2 orang mendaki jalan2 berbukit kt Grik tu, dengan backpack 2 biji.

Seingat aku meter motor penah drop sampai 20km/h daki jalan berbukit yang agak curam tu. Setibanya di puncak Titiwangsa (kawasan rehat), azan magrib mula berkumandang. Kkami berhenti untuk rehat seketika. Suhu time tu aku agak dalam 20 darjah celcius. Dulu kat puncak Titiwangsa tu sejuk tak ingat, tak macam sekarang. Kami teruskan perjalan lepas 30 minit berhenti. Lepas 5 minit teruskan perjalanan ni la gangguan bermula. Aku mula nampak sepasang lembaga berpakaian putih duduk bertenggek atas divider menghadap gaung. Aku sangat pasti kawasan tu memang takde rumah atau kedai langsung. Tengah2 hutan tebal kot.

Korang bayangkan naik motor ex5 tengah mendaki jalan berbukit (meter 20-30km/h), kami lalu betul2 tepi pasangan lembaga tu. Jarak antara kami kira2 2-3 meter je. Yang aku boleh gambarkan perempuan tu duduk atas riba lelaki tu (bertenggek atas divider) sambil ngadap gaung yang dalam. Mungkin pasangan bercinta kot hehehe. Bila dah betul2 melewati diorang (orang ke?), perempuan tu menoleh ke arah kami. Mukanya yang putih melepak tu ala2 muka hindustan tiba-tiba tersenyum ke arah kami.

Masa tu kami hanya mampu mengucap panjang. Rasanya dah fully throttle motor tu aku lenjan tapi meter masih di takuk yang sama. Motor (yamaha 125) yang lagi satu tu dah lesap dari pandangan kami. Kami hanya mampu berdoa masa tu. Nasib baik pasangan tu tak follow kami. Alhamdulillah Tuhan bantu kami. Walaupun badan masih menggigil ketakutan tapi kami teruskan perjalanan. Kami sangkakan gangguan tu dah berakhir tapi selepas 15minit perjalanan dari tempat gangguan pertama tadi, kami sekali lagi diuji.

Kami lihat beratus cahaya api seakan2 pelita memenuhi dinding bukit di sebelah kanan kami di hutan belantara tebal tu. Aku cuba2 pantau keadaan sekeliling. Tiada tanda2 kawasan tu under construction ke apa ataupun tiada kelibat rumah2 orang. Kali ni kami tekad buat2 tak nampak. Alhamdulillah gangguan tu setakat situ je. Setibanya di Jeli kami berhenti untuk isi minyak di stesen minyak Shell. Tak seorang pun dalam kalangan kami berani untuk bersuara. Setibanya di Machang kami sepakat untuk bermalam di rumah salah seorang dari kami memandangkan jam pun dah pun menginjak ke angka 12.30 tengah malam.

Perjalanan haritu terasa agak panjang tapi kami bersyukur takde apa2 yang teruk berlaku selain kemalangan di Kuala Kangsar tu. Keesokan hari baru la kami yang bertiga ni meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu seterusnya aku berseorangan ke Kuantan. Pengajaran yang aku dapat jangan mulakan perjalanan di antara pertemuan waktu, maksud aku antara waktu pagi bertemu petang iaitu tengahari. Siang bertemu malam iaitu maghrib. Ni pesan orang tua aku la.

Mungkin ada sebab lain kot pasal pesanan ni. Kami mulakan perjalanan jam 12 tengahari dari Lumut dan mungkin semua ni hanya kebetulan. Apa2 pun semua ni qada qadar Allah. Sekian kisah aku kali ni. Insyaallah ada masa aku ceritakan kisah2 lain yang betul2 terjadi pada diri aku sepanjang aku menggunakan lebuhraya timur barat.

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]
Cham

15 thoughts on “Jelmaan Sepasang Kekasih di Lebuhraya Timur-Barat, Grik”

  1. Aku dulu konvoi jgk rxz. Penang ke KB. KB ke Penang, alhamdulilah xde gangguan. Cuma masa aku dgn mmber hntr kwn dia masuk U sintok tu kena sikit. Melitas depan kereta. Dlm pkul 12 tgh mlm

    Reply
  2. Assalamualaikum…
    memang betul petua org tua. jangan mulakan perjalanan di hujung2 waktu. baik awal waktu. sebaiknya jangan sebelum ZOHOR. Kalo tengahari biar selepas solat Baru Jalan. in shaa Allah perjalanan dipermudahkanNya

    Reply
  3. Tah-tah couple tu pernah b***h diri kat situ. Siap dok atas riba yang tak boleh blah tu.
    Kalaulah dia tumpang kau nak, habislahhh….

    Reply
  4. Betul la ek. Tengahari waktu manusia tgh lemah.. Maghrib waktu syaiton ni berparti.

    Alhamdulillah tak pape. cayalah naik ex5 . mujur motor penuh kann haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.