Jembalang Anak Iblis

assalamualaikum semua, nama aku afif aku pembaca setia FS, thanks admin kalau cerita aku ni disiarkan, memandangkan banyak kisah terjadi pada aku, jadi aku akan tulis secara points,

1. tahun 2007 masa ni aku baru darjah 6 adik aku darjah 5. kami berdua sangat aktif dan menjadi wakil sekolah untuk olahraga. suatu hari tu adik aku gatal teloq pergi hujung padang sekolah masa kami tengah buat latihan, kira2 waktu petang macam tulah. ntah apa dia buat aku tak tau. tiba2 kami dengar orang menjerit aku dah gelabah dah, semua pandang adik tengah aku menjerit macam pondan, aku malu giler kot dah kenapa adik aku ni. sampai je dia kat aku, aku terus tanya kenapa, dia geleng2 kepala je, jadi aku fikir tak ada apa2 lah kot,

malamnya, kebiasaan adik aku akan masuk tidur dulu, tapi malam tu tak. adik aku masih tercongok sebelah aku, rupanya dia tunggu aku masuk bilik baru dia follow.(aku kongsi bilik dengan adik aku lain tilam) aku nampak adik aku dah berselubung, oleh kerana aku bukan abang yang prihatin, aku biaq pi jelah dengan dia. tak lama aku dengar suara menangis, bukan nangis biasa2 tapi nangis macam bayi melalak tu. sudahhhh, aku relakan diri aku pujuk, tak berkesan, aku cepat2 panggil bapak dengan ibu aku. puaslah pujuk sama je melalak. bapak aku tampar2 manja muka adik aku baru dia macam dah reda sikit.

barulah dia cerita kat ibu bapak aku, dia kata masa dia g hujung padang tu dia nampak ada lembaga hitam, tinggi lebih kurang macam tinggi bapak aku dia cakap (around 170 something) berbulu seluruh badan lepas tu mulut besar mata hitam tengah nganga kat adik aku. masa tengah tengok tv tu adik aku kata ada something tiup2 kat tepi telinga dia, dan dah masuk bilik bila adik aku cuba tidur dia dengar orang nyanyi lagu seroja alahh lagunya macam ni “mari menyusun, seroja bunga seroja” tu dia takut berselubung melalak macam bayi sebab ketakutan. bapak aku nasihat lah adik aku ntah apa aku terus sambung tidur

2. masa ni aku tak ingat tahun bila, tapi masa tu tengah pilihan raya kecil ke besar tak ingat. memandangkan ruang tamu kat rumah aku besar jadi kat rumah aku lah dijadikan sasaran untuk orang2 kampung bermesyuaratnya tu, yang tak muat duk khemah kat luar, termasuklah orang2 luar pun ada kat rumah aku. mesyuarat diakan selepas isyak. kebetulan ada jualan kecil2lan kat depan rumah aku, jual lampu warna warni, jual kekacang, jual kitab2 dengan cd, jual sticker bagai, jadi masa orang tengah berucap dalam rumah, aku pergi lah jalan kejap, aku just tengok2 je.

 

dengan aku2 gatal teloq pi jalan sampai jalan raya usha2 kereta2 yang parking kat bahu jalan, tiba2 aku nampak cahaya warna warni macam yg orang jual tu berlegar2 dekat dengan kereta2 sana lebih kurang jauh nya 20 ke 40 m lah jugak, aku taknampak siapa yang pegang sebab gelap tak ada lampu jalan. aku kan suka sangka baik, jadi aku fikir tu mesti kanak2 yang main.

ehh makin dekat pula, tapi aku tak nampak siapa pun yang pegang, makin lama makin dekat, jeng jeng jeng, betul2 lampu warna warni tu je, terapung2. aku lari macam tak cukup tanah ke rumah nenek aku kat sebelah rumah aku tu tapi ke belakang sikit rumahnya, then pakcik aku nampak aku, tiba2 dia baling botol kosong kat lampu warna warni tu sampai terjatuh sebab benda tu duk follow aku.

aku pergi lah ke belakang pakcik aku, masa aku intai tu sikit ntah macam mana aku nampak budak kecik, rambut serabai. baju kotor ntah anak siapa pi kutip balik lampu tu , pakcik aku baling apa yang ada yang sekeliling ke arah budak tu, nahhh tembus badan budak tu pulak. ahh tak boleh jadi, siapa pulak bawak jembalang anak iblis ni ke sini, budak tu perhatikan je aku dengan pakcik aku sambil pegang lampu. lama2 dia ketawa dan ghaib. aku takleh buat apa lah, demam kut, nenek aku juga yang jaga.

3. kali ni masa aku dah habis spm. oleh kerana kakak dengan abang aku dah g kerja jauh2, aku pun tidurlah bilik abang aku. kat rumah aku ada 6 bilik, jadi ada lagi 3 bilik kosong sebab tinggal aku, adik, dengan ibu bapak aku je. ntah kenapa satu malam tu aku rasa tak tenteram, rasa gelisah, takkan sebab permohonan aku ke poli ditolak, oh no. aku pun cuba buat macam biasa, hakikatnya Allah je tau hati aku berdebar tu macam mana.

 

kat bilik abang aku ni ada carom, gitar dengan set radio sekali speaker yang besar 30 inci tu. masa aku main handphone, update status kat facebook luah kekecewaan tiba2 aku dengar ketak ketik orang tengah main carom, ahh sudah, apa lagi ni, jantung aku dah dup dap2 lawan ketak ketik tu. fuhh, aku tengok tengok elok je carom terselit celah belakang almari.

 

aku cuba abaikan, jrenggg, bunyi gitar. apa lagi nihh. sumpah aku cuak, aku abaikan dan cuba fikir mungkin itu mainan perasaan je. tiba2 bunyi radio macam tak ada siaran tu, gelabah aku gi lari bilik aku dengan adik aku dulu. aku musyikil, asal nak kacau aku iblis ni. padahal sebelum ni abang aku duduk bilik dia okay je, dahh aku pulak berselubung dengan selimut. adik aku dah nyenyak tidur masa aku masuk.

elok berselubung dengan menggigil lutut aku. jembalang anak iblis tu berani menampakkan diri dia, dia pi tarik2 selimut aku sampai ke kaki jadi aku nampak rupanya sebijik macam yang adik aku cerita kat bapak aku dulu. ye aku saksikan sendiri lembaga tu berbulu tinggi hitam, mulut besar tengah nganga, kuku panjang. aku nak selubung selimut ‘benda’ tu pegang, aku pun baca ayat kursi tu semua, tonggang langgang aku baca sambil pejam mata. aku bukak sikit masa tengok benda tu dah tak ada, tapi aku masih takut. esok siang aku story kat ibu, dan aku demam lagi. bapak aku kesian kat aku, dia bawak g berubat nak pulih semangat sikit. giler ko, jantung nak gugur kut. ahahaha penakut giler aku.

4. kali ni aku dah masuk kolej, aku masih semester 1 dan tinggal kat hostel . hostel kolej aku ni ada 5 tingkat, aku duduk tingkat atas sekali. 1 tingkat ada 4 rumah, 1 rumah ada 3 bilik, aku duduk bilik yg ada 4 orang, tapi macam duduk 2 orang je sebab lagi 2 orang tu merayap je, kadang tak balik.

dalam rumah aku ni kos lain2, dah tu aku sorang je, tak ada geng yang sama kos dengan aku. agak kecewa lah situ. sampailah satu hati tu budak rumah aku tak ada dah pi kelas. kelas aku pulak lewat sikit. masa nak siap2 ke kelas aku belek2 lah muka aku kat cermin locker. tiba2 sekali imbas aku nampak muka je dalam cermin. badan tak ada. aku toleh belakang nak tengok mende apa tadi. tapi tak ada sesiapa atau apa2 yang boleh aku kaitkan dengan wajah yang aku nampak dalam cermin tadi. wajah tu putih je ,tak ada kening, betul2 mata dengan mulut tengah sedih. okay, aku kena kuat, kang aku demam siapa nak jaga, parents dah lah jauh. aduhh. aku pun teruskan ke kelas macam biasa. malamnya aku g bilik sebelah nak story kat member. boleh dia nganjing aku kata aku kuat berimaginasi.

kat kolej juga dan masih semester 1, masa ni family aku datang, dorang ajak aku makan luar. aku pun cari lah mana wallet aku, gelabah gak aku cari sebab taknak family aku tunggu lama2 kat bawah. aku tanya housemate aku dorang kata tak nampak. aduss mana pulak wallet aku ni, last2 aku keluar tak bawak wallet. balik dari makan, family aku hantar aku ke rumah, aku sambung cari wallet aku. aku geram aku cakap kuat2, “siapa pulak berani ambil barang aku ni!!!” nahh amik, tiba aku nampak wajah yang aku nampak hari tu, kali ni ada badan tengah pegang walket aku sambil sengih atas locker aku beb. ketar2 lutut aku, tak mampu nak lari atau menjerit. nasib member aku nampak masa dia nak masuk bilim kami, dia tanya aku kenapa, aku hanya mampu tunjuk guna jari je ke atas locker aku tu sekali member aku nampak, masing2 ketar lutut. akhirnya kami rebah jua(pengsan lah berdua)

lepas pengsan tak tau apa jadi lepas tu, sedar2 je aku dengan member ada kat ruang study tengah berbaring, member aku tu aku tak sure dia pengsan terus tidur ke apa sebab dengkur bai, kah kah. ustaz pesan kat aku suruh amal kan ayat kursi dan 3 qul,baca sebelum tidur. alhamdulillah aku amalkan sampai sekarang.

sampai sini je dulu, sebab dah limit.terima kasih

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
afeef

6 thoughts on “Jembalang Anak Iblis”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.