Jin Asyik

Assalammualaikum semua pembaca FS. Sebelum tu aku nak ucap terima kasih dekat FS sebab keluarkan cerita aku yang sebelum ni pasal Melati UiTM tu. Ok,kali ni aku ada satu lagi cerita yang aku nak kongsikan. Puas jugak aku nak karang cerita ni sebab aku tak pandai nak cerita. Huhu. Tak best pun korang layan je la ye.

Masa tu awal tahun 2010, aku baru lepas daftar dekat satu kolej jururawat dekat Kuala Lumpur ni. Lepas selesai pendaftaran semua, aku dengan student lain dibawa ke satu bangunan macam bangunan lama yang dijadikan hostel untuk student tinggal situ. Dalam rumah tu aku ditempatkan dengan 6 orang student yang lain. Aku orang pertama yang melangkah masuk ke rumah tu dengan penuh rasa excited nye tanpa terfikir ada yang menanti sebenarnya. Huhu, sadis betul .

Dari berenam kami jadi bertiga sebab seorang demi seorang berpindah kolej yang lain. Hampir dua bulan tinggal di situ aku mula rasa aneh dengan keadaan rumah tu. Kawan yang lain asyik mengadu rumah tu berbau busuk yang teramat sedangkan aku sendiri tak terbau apa-apa langsung. Dan setiap kali juga barang aku selalu bersepah walaupun aku dah kemas dan susun. Bila aku balik kampung hati selalu rasa kuat untuk balik ke hostel. Bila sampai hostel katil dan barang aku akan bersepah macam ada orang mengamuk.

Masa tu, hati aku mula rasa tak sedap. Aku mula kerap rasa tak sihat dan sering bermimpi yang aneh-aneh tentang rumah tu. Aku bermimpi bangunan tu dulu dalam pembinaan dan ada kejadian seorang buruh m**i terjatuh dari tingkat atas dan jatuh betul-betul dalam rumah yang aku tinggal. Semenjak tu, aku sering terasa diperhatikan. Bila waktu tidur, aku selalu terasa selimut aku ditarik dan tapak kaki aku diusik-usik. Kadang-kadang rambut aku diusap, pipi aku disentuh. Bila aku bukak mata ada seorsng lelaki berbaju T-shirt berseluar panjang berdiri di hujung katil sambil memerhatikan aku. Aku terus tutup mata dan buat-buat lelap sampai hari siang.

Bila aku masak air guna kettle aku, air dalam tu mesti habis. Lepas tu segala tupperware kepunyaan aku mesti habis berselerak dekat dapur tiap kali aku mengadu dekat ibu apa yang jadi. Masa tu, aku bawak radio dan setiap malam aku akan pasang kaset yassin. Kaset tu pun boleh rosak macam ada yang tarik-tarik tali kaset tu. Bila aku nak keluar, aku selalu terasa diekori dari belakang. Bunyi derapan kasut dari belakang jelas terdengar sedangkan waktu tu cuma aku seorang je yang tengah turun tangga.

Sampai lah 1 malam ni, aku rasa badan aku lemah. Letih sangat-sangat. Aku duduk dibirai katil sambil perhatikan kawan aku tengah membelek muka dia kat cermin kecik. Dari bilik aku jelas akan nampak bahagian ruang tamu. Masa tu pintu bilik terbukak sebab kitaorang cadang nak pindah bilik sebelah sebab tilam aku tetiba ada d***h setompok sedangkan masa tu aku dalam keadaan suci. Masa aku tengah duduk tu, tetiba aku terpandang sosok seorang lelaki tengah berjalan dekat ruang tamu menuju ke dapur dalam keadaan yang sangat sedih sampaikan aku yang tengok keadaan dia masa tu jadi kesian sangat-sangat. Aku jadi terleka sampailah kawan aku panggil dan tepuk bahu aku.

Aku pun masa tu capai bantal dan selimut untuk ke bilik sebelah. Aku nak masuk je pintu bilik sebelah, terasa seperti aku ditolak masuk ke bilik aku. Sakitnya dada aku masa tu sebab tolakan dari arah depan dan aku tercampak ke dinding bilik. Kawan aku panik dan angkat aku ke ruang tamu. Baringkan aku dekat sofa dan panggil warden. Kaki tangan aku terus sejuk dan cengkot dengan sendiri. Pernafasan aku sesak dan tak teratur. Bila warden dan lecturer yang lain sampai, diaorang komplain pasal bau busuk dalam rumah tu sedangkan kitaorang dah basuh banyak kali rumah dan tak ada sampah pun dalam rumah tu.

Warden buat keputusan untuk hantar aku ke hospital. Dalam 8 hingga 9 orang yang tolong angkat aku untuk masuk ke dalam kereta tapi separuh jalan sebab semua tak terdaya sedangkan badan aku tak sampai 40 pun berat masa tu. Akhirnya panggil budak lelaki untuk tolong angkat. Pukul 2 pagi dekat hospital dan keluarga aku pun dah sampai tapi tak jumpa aku yang dekat dalam wad masa tu. Akhirnya ibu aku baca surah Kursi dan barulah ibu aku nampak aku tengah baring masa tu. Ibu aku bisikkan ayat-ayat suci dekat telinga aku dan aku mula marah. Lepas bincang dengan doktor, aku dibawa pulang ke kampung. Dari yang ibu cerita, dalam kereta aku memberontak untuk keluar dan pulang ke hostel. Abang aku terpaksa pegang aku kuat-kuat takut terlepas.

3hari 3 malam rumah aku macam berkampung dengan jiran yang datang sebab sepanjang tu aku Cuma tidur je. Aku dengar dan tau keadaan sekeliling tapi mata dan mulut aku seperti digam untuk menghalang aku membuka mata dan membuka mulut setiapkali disoal. Akhirnya malam terakhir, abang angkat aku yang ubatkan dan pasangkan ayat pendinding pada diri aku. Alhamdulillah aku selamat dari gangguan dekat hostel tu, aku berhenti belajar nursing dan masuk UiTM.

Macam-macam jugak yang berlaku sepanjang berubat dan selepas berubat dan sampailah sekarang ni,tapi kalau semua aku cerita sekali 3 hari 3 malam pun tak habis baca. Hahaha. Ini pun dah terlalu panjang aku cerita. Maaflah ye. Assalammualaikum.

Nadia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

15 thoughts on “Jin Asyik”

    • antu lelaki tu lah yg dipanggil jin asyik. jin asyik ni bile die dah syok dgn manusia.mcm tu laa ikut kephaman aku..kena mcm tu sebab jatuh kesian dgn benda tu n bnde tu syok kat aku.

      Reply
  1. Haah…
    Citer jelah ape jd sepjg proses berubat tu…
    Buat 3artikel utk 3hari 3malam tu,hehehehehe…
    Dan tlg.detailkan sape lelaki tu,nape penulis jd insan terpilih bkn rumate lain…
    Tengkiuuu…

    Reply
  2. asyik merepek jer…tajuk takde kene mengena…cerita pun tergantung….

    sama cam cerita melati uitm kau tu…karuttttttttt..dah2 jangan hantar dah cerita

    Reply
  3. Please la, if korang teringin nak post cite kat sini, tak payah pikir yg cite korg tu terlampau panjang or takut orang bosan, cliché la. Orang nak bace dorg baca la, if panjang sgt pandai2 dorg la skip. Tp tulis la cerita korg tu smpai habis. Naik drh tinggi aq bce cite tak detail mcm ni.

    Reply
  4. Sy suka baca cerita seram FS, tp yg jd spoil nya, kebanyakan cerita tergantung xde penghujung, kdg2 xde kaitan dgn tajuk, sy pun xfhm ape yg penulis nk smpaikan, pliss next cerita, tolong cerita sebab kenapa ia berlaku Dan kesimpulan. Sy mewakili kami smua sanggup baca walau pnjang jela pun, jnji cerita tu smpai me penghujungnya. Pliss bgi pihak FS to long ambil perhatian. Byk dh cerita2 mcm ni xde penghujung cerita.

    Reply
  5. Aku rase kisah dia ni lebeh kurang aku je. Mimpi org m**i, gangguan makin teruk kalau rajin beribadat, ditindih n nampak bayangan n suddenly gangguan hilang sbb makcik tolong doakan mase g haji. Penulis xtahu nak cerita details mungkin sbb gangguan ye lebeh kurang sama mcm kat ats tu kot

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.