Jin Nak Solat

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan cerita saya ni. Saya gelarkan diri saya Nurul (bukan nama sebenar). Dulu saya bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan yang terkenal dalam Malaysia ni. Saya bekerja sebagai techinician kapal terbang di dalam hangar (bukan hanger baju taw). Pekerja perempuan dalam department saya ni tak ramai. Iyelah kerja berat macam ni majority semuanya lelaki kan.

Pada satu hari, saya bekerja di hangar 4 di mana ia terletak paling hujung sekali. Surau untuk hangar 4 ni terletak di rooftop. Surau lelaki dan perempuan bersebelahan. Setiap kali masuk surau itu, memang suram, gelap dan ada aura lain. Memang seram lah kalau masuk seorang diri. Tapi disebabkan pekerja perempuan sikit, tiada bilik untuk wanita berehat jadi kami terpaksa berehat dia surau. (nak buka tudung ke, nak baring-baring ke masa waktu rehat).

Okay ini kisah dia. Satu hari rehat pagi pukul 10 am. Saya terlalu letih sebab baru lepas selesai satu task yang agak banyak dari engineer, saya bercadang nak berehat di surau rooftop hangar 4 tersebut. Lalu saya cepat-cepat naik untuk tidur sekejap sebab waktu rehat pagi tak lama. Dapat lelapkan mata 5 minit jadilah. Kemudian saya tidur terlentang, tangan di perut dan kepala toleh ke kanan.

Dalam saya mamai saya tidak sengaja tertoleh ke arah kaki saya. Ada seorang perempuan sedang memakai telekung tetapi saya nampak dari sisi kiri dia saja. Iyelah. Saya tidur di hadapan tempat sidai telekung memanglah! Kemudian saya lelap balik. Terdetik di hati saya, “tadi mimpi ke bukan?” ok kali ni real punya saya bangun sebab saya nak pastikan yang saya bukan mimpi.

Saya cuba celik lagi sekali nak pandang ke arah kaki saya. Belum sempat mata saya melilau ke arah kaki saya, rupanya ‘perempuan’ tadi sudah pun rukuk di atas saya. Maksudnya saya celik je muka dia yg bulat, hitam, mata yang merah seakan marah terpacul betul-betul dihadapan muka saya. Jarak dalam seinci dua je. Oleh kerana terlalu takot saya pejam mata balik dan toleh semula ke kanan.
“Bukk!” terus saya ditindih.

Oleh sebab saya sudah biasa ditindih dari asrama lagi, jadi saya agak mahir untuk kawal situasi tersebut. Cuba bertenang , baca ayat qursi sambil usaha untuk menggerakkan anggota badan yang lain. Alhamdulillah dah berjaya melepaskan diri. Masa saya bangun tu ‘perempuan’ tadi dah tiada. Kemudian dengan selamba saya tidur balik ditempat yang sama Cuma kali ini mengiring. Ada orang kata kalau taknak kene tindih, tidur mengiring. Jadi saya tidur mengiring ke kiri. Ngantuk gila, sebab terlalu penat! Baru pagi macam tu dah berpeluh sakan. Saya pun terus tidur, ingat dah tak ada apa-apa. Rupanya ada lagi. Masa saya hampir dapat tidur yang seminit dua tu, ‘dia’ bisik di telinga saya. Suaranya halus dan nyaring, tapi perlahan.

“bangun…” Saya tidak endahkan.

Dia bisik lagi kali kedua. “bangun…”

saya masih tidak endahkan. Kali ketiga dia punya suara makin kuat pulak. Dah bukan kategori bisik lagi dah. Kemudian saya terfikir, “kalau aku tak bangun jugak ni, entah apalah kau nak buat”. Terus dia bisik paling kuat dekat telinga aku. “BANGUN!”

Terus aku bangun. Marahlah tu, nak tindih aku tak dapat. Masa aku bangun ada sorang kakak staff tidur di tepi dinding. Sorang lagi aku gelar kak Kiah (bukan nama sebenar) tengah pam susu dekat kerusi sebelah paip tempat ambil wuduk.
Aku datang dekat kak Kiah, “kak kiah nampak tak ada perempuan pakai telekung tadi?”

Kak kiah tu jawab, “takde pun.”

Kemudian aku ceritakan yang sebenar pada dia. Dia boleh gelak sambil jawab “Nurul tidur dekat tempat dia nak solat kot.”

Aku pun diam jelah. Sebenarnya kak Kiah tak percaya kisah aku ni sampai ada sorang brader (abang Bob) sama kerja dengan aku dan kak Kiah tadi cerita dekat semua colleagues sama office yang abang Bob ni ternampak seorang perempuan rambut kusut masai macam baru lepas mandi berbaju merah masuk ke surau perempuan.

To be honest, mana ada staff perempuan yang free hair melainkan akak cleaner yang non-muslim tu. Eh, takkan non-muslim nak masuk surau? Abang Bob ni nampak masa dia nak pakai kasut. Masa tu dia baru lepas solat asar dalam pukul 6 petang.

Satu lagi, saya percaya benda tu adalah jin. Sebab ada kawan saya siap kena lempang masa tengah tidur. Salah sorang brader engineer pun ada pengalaman, Masa tu bulan Ramadhan. Dia shift malam. Jadi dia dapat buat tarawih masa tu dalam pukul 3 pagi . Dia ditemani sorang pakcik indonesia (vendor staff) tapi pakcik tu tidur di belakang brader ni. Masa brader ni tengah solat, dia dengar suara ramai orang nak Masuk surau. Siap bunyi air paip lagi seolah macam nak ambil wuduk. Bunyi pintu berkuak pun ada. Bila brader ni settle solat terawih, dia toleh belakang tiada siapa pun kecuali pakcik indonesia tadi yang tengah tidur.
Kesimpulannya, saya boleh cakap surau tu memang banyak jin.

Jin, setan ada di mana saja. Walaupun dalam rumah saya ni sebab selalu bunyi guli, bunyik perabot kene seret, bunyik lesung tak payah cakaplah. Banyak kali! Kadang-kadang saya berani saya sound juga, “jangan kau ganggu keluarga aku, jangan kau kacau rumahtangga aku. Kau pergi main jauh-jauh!” saya sound masa berani jer lah.

Alhamdulillah okay je asalkan dia tak munculkan diri, tak ganggu ahli keluarga saya.
Yang penting solat jaga. Rajin mengaji, hiaskan rumah dengan alunan ayat suci al-Quran. Minta Perlindungan dari Allah. Ye. Kalau Allah tidak izinkan sesuatu berlaku pada kita, takkan terjadi lah. Haha. Itu saja perkongsian dari saya. Maaf tak seram pon.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

8 thoughts on “Jin Nak Solat”

  1. saya pon penah alamai, tertido di surau kilang tmpat saya prektikal
    tiba2 rasa ada mcm org langgar kaki saya
    mcm nk suruh bgun jgn tido di situ
    wallahualam
    igt xigt ja ni

    Reply
  2. Jin. Saya pernah dengar ustaz cakap sebaik-baik dia adalah senakal-nakal manusia. Memang satu bangsa yang suka mengusik sebab dia tahu kita tidak nampak dia. Hehe….
    Terima kasih atas perkongsian penulis.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.