JIN & SYAITAN DALAM BADAN KITA TANPA SEDAR

Assalamualaikum.. sebagai seorang hamba ALLAH yang diuji dgn ujian gangguan jin aku rasa bertanggungjawab nak cerita benda ni. Biar kantoi muslihat-muslihat jin, syaiton & iblis laknatullah ni. Masa aku tengah menaip ni pun aku yakin dorg tengah tengok dan terus nak menggagalkan usaha aku utk mengkantoikan dorang, tapi kali ni aku nekad.

Ya aku salah seorang mangsa mereka. Sekarang pun aku sedang menderita sakit. Dah hampir setahun. Bangsa2x jin dan syaitan ni memang takkan puas hati selagi anak cucu adam tidak mensyirikkan ALLAH. (62) Dia (iblis) berkata: ” Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil. (Al-Israk:62).

Ramai orang yang tak percaya benda2x macam ni katanya tahyul & karut, orang melayu je bagi nama macam2x kat dorg ni hantu raya, langsuir la, toyol la, bunian la yang jelas cuma ada syaitan ,iblis & jin. Jangan kita tak percaya sebab orang Islam memang perlu beriman dengan perkara ghaib.
“Orang-orang yang bertakwa; yg beriman kepada perkara ghaib” (Al-Baqaroh:2).

INI PENTING YE:
JANGAN INGAT HARI-HARI KAU SOLAT, KAU BERWIRID, KAU BERZIKIR, KAU BACA AL-QURAN BENDA NI TAK MENGGANGGU. KADANG-KADANG DIA DOK SENYAP JE DALAM BADAN KAU. TAHU-TAHU MASA TUE SAKIT DAH TERUK. LAGI BANYAK KAU BERAMAL LAGI KUAT USAHA DIA NAK MENGACO. LAGI SATU YANG PERNAH TERKENA HISTERIA MEMANG PATUT CUBA, WALAUPUN LEPAS HISTERIA TUE DAH OK.

Okay kembali pada tajuk Ruqyah atau kalau dalam english nye exorcism, ramai orang ingat cuma perlu baca pada orang yg kene kacau hantu je. Sebenarnya orang yang sakit fizikal pun perlu. Alquran bila dibacakan dpt hidupkan saraf2x yang m**i, memperbaiki bahagian2x tubuh yg rosak & akan melancarkan peredaran d***h. Ruqyah ni terapi DENGAR ayat Al-Quran. Al-quran ni walau sesakit mana pun orang PASTI sembuh, cuma bila tue kita serah pada ALLAH. Kalau kita cuba pun tak berdosa, no harm trying tak pakai duit pun. Ramai juga yang ingat gangguan jin ni cuma bila kena histeria sahaja.

Tapi yang ustaz yang merawat aku pesan orang yg ada penyakit kulit & batuk yang berpanjangan antara berpotensi gangguan. Antara bentuk gangguan yang lain adalah malas solat, was-was ketika solat, pemarah, sakit-sakit sendi, badan rasa berat/sakit (esp dekat tulang belikat,bahu) mengandung selalu gugur, period berpanjangan, stroke & kanser. Syaitan ni dia hidup dalam salur d***h kita ye. Sakit yang tak dapat disembuhkan oleh medical team dekat hospital.

Panjang kalau nak cerita, tapi kat sini aku cuma nak ajarkan satu ilmu untuk kita detect ada tak benda ni bersarang dalam badan kita. Yang lagi baik tentulah yang diruqyah oleh ustaz/perawat Islam yang diijazahkan. Cuma ni aku nak tolong bagi yang ada kekangan nak jumpa ustaz, mungkin rasa segan atau belum ada masa atau ada sesetengah tue ahli keluarga, suami/isteri yang tak percaya benda2x ni. Boleh cuba sendiri ya. InshaAllah, ALLAH akan beri petunjuk.

PERINGATAN: JANGAN CUBA RUQYAH SEMASA MEMANDU YA
1) Tanamkan rasa yakin dengan ALLAH, jangan ada rasa syirik dengan ALLAH
Wa izza maridtu fahuwa yasfin
“Dan bila aku sakit, maka Dia (Allah) yg akan menyembuhkan penyakitku” (As-Shu’ara:80)

2) Download app MP3 Ruqyah Syariah/ di youtube yg dalam 20 minit.

3) Waktu bila-bila pun boleh. Tapi sebaiknya waktu lepas asar ke atas.

4) Pejamkan mata, Dengar dengan fokus, niat supaya Allah tunjukkan sesuatu. Paling penting dimulut dan di hati jangan ikut bacaan.
“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian mendapat rahmat” (Al-A’araf:204)

5) Rasakan tindak balas pada diri. Anda akan rasa sendiri kesan dia ye. Kalau ada kesan macam aku senaraikan dekat bawah ni aku nasihatkan jangan tangguh-tangguh cuba lah untuk pergi rawat diri.
a) Rasa ada benda bergerak-gerak dalam badan
b) Loya/muntah/batuk/sendawa
c) Rasa nak marah/sedih
d) pening kepala
e) Jantung berdegup laju
f) berpeluh

** Kalau tak rasa apa-apa boleh cuba 3 kali shari selama seminggu, cuba buat pada waktu-waktu yang berlainan.

** Point yang penting, jangan ikut dekat hati dan mulut tue penting sebab selama ni memang aku dengar ruqyah tue tapi mungkin sebab tak fokus & ikut bacaan tue jadi tak berkesan. Kesannya memang makin lewat la aku dapt detect kehadiran makhluk ni.

Yang terbaca post ni, ALLAH dah gerakkan hati kau.. Cubalah dan amalkan. Tak kiralah masa ni kau tengah sakit atau tak. Sekurang-kurangnya dapat pahala dengar ALQURAN. Wallua’lam-ALLAH JUA LAH YANG LEBIH MENGETAHUI.

IZZI

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

22 thoughts on “JIN & SYAITAN DALAM BADAN KITA TANPA SEDAR”

  1. Aku pernah baca pasal jangan dengar ruqyah masa tengah memandu.

    Takut tiba-tiba tak sedarkan diri atau anything worst.

    Terima kasih atas perkongsian.

    Do write more 🙂

    Reply

  2. * Point yang penting, jangan ikut dekat hati dan mulut tue penting sebab selama ni memang aku dengar ruqyah tue tapi mungkin sebab tak fokus & ikut bacaan tue jadi tak berkesan. Kesannya memang makin lewat la aku dapt detect kehadiran makhluk ni. ”

    — ni nk kena ikut ke tak? konpius skit

    Reply
    • maksudnya semasa bacaaan ruqyah, kita kne dengar sahaja dan jangan ikut bacaan sama ada di mulut atau dalam hati, hanya dengar sahaja.. first aku dengar ruqyah mmg agak susah sbab kdg2 trikut bacaan dalam hati tp sbnrnya tak susah pun, kita cuma dengar dan hayati tp jangan ikut bacaan nya

      Reply
  3. Allahu.. bila start surah al-fatihah tu dah mula rasa berdebar-debar. Dan sepanjang bacaan ruqyah syariah ni, rasa berdebar tu naik turun. Lepas habis bacaan tu kepala rasa macam terhuyung hayang..

    Tapi rasanya kena cuba lagi dengar ruqyah ni di waktu lain seperti mana yang dicadangkan oleh pencerita. Sebab aku memang lepas minum caffeine akan rasa berdebar-debar jugak. Kebetulan sebelum dengar ayat ruqyah ni, aku baru abis satu tin air caffeine.

    Huhu..

    Reply
    • gastric tu..adoii..perut tak tahan.. x boleh minum kopi,jaga makan, amalkan ruqyah gastric utk slow down kan sakit..minum sup panas makan buah selalu setiap 2 jam

      Reply
  4. Dulu pernah sekali gi jumpa Ustaz, mintak diruqyahkan, sebab badan sy sakit2 pd setiap sendi2 sy, especially pd belikat dan bahu.

    Masa ustaz mulakan bacaan, saya rasa sedih sgt2. Mcm kena tinggal dgn laki. Tapi masih lg sy boleh control.

    Tgh2 bacaan, tiba2 perasaan jadi kosong. Tp cepat2 sedarkan diri. Control diri kita.
    Ada jugak rasa loya2, tapi tak muntah lagi masa ni.

    Kemudian, kepala jadi sakit dan ustaz baca2 surah sambil tgnnya memegang kepala sy (setelah sy izinkan)

    Ustaz pun tanya, Ada rasa benda gerak2 tak?
    Saya jawabla, Ada ustaz, lengan kiri saya rasa sejuk.

    Kemudian ustaz baca2 surah lagi, rasa sejuk tu slow2 gerak ke tapak tangan okayyyyy. Then rasa sejuk tu stop situ.

    Saya cakap kat ustaz, Ustaz, rasa sejuk ni berhenti kat tapak tangan.
    Ustaz bg bebebrapa pesanan pd saya dan mintak sy jumpa dia lagi kalau masih lagi rasa sakit2.

    Rawatan pun selesai dan sy ke kereta utk pulang. Ketika itu, tekak rasa loya sangat2, dan terus sy muntah tp takde keluar apa2 pun. Sy muntah sebanyak 3 kali di tepi longkang. Sy pun pulang, dan keesokannya badan rasa ringan sgt2. Sakit pun berkurang.

    Cuma, kini sakit sy dtg kembali. Jujur sy katakan, sy lalai dan kurang amalan2 lain. Hampir kesemua tanda2 yg dinyatakan mmg sy alami. Cuma sekarang ni sy cuba tingkatkan amalan2 lain. Sy dlm perancangan utk berjumpa semula dgn ustaz tersebut tak lama lagi.

    Reply
  5. Betul tu.. Sy setuju pndpt penulis. Sy pun ada masalah period berpanjangan. Zikir solat lah kuat mana pun dia ttp jugak cr jalan nk ganggu kita. Dah pergi darul syifa, lega sekejap lps kna ruqyah..pas tu dtg lagi. Malas nk layan sgt sakit ni. Solat zikir je mcm biasa… X larat esok, berambus lah dia dr badan kita..

    Reply
    • Saya pun ada tanda2 berikut dan baru sekali menjalani rawatan di pusat perubatan islam darussalam. Nak tanya normal ke kalau kita sedang mengikut amalan yang disuruh ustaz..muka kita akan berubah menjadi gelap..saya rasa takut dengan perubahan ini..

      Reply
  6. Mslh ganguan ni jgn dibiarkan berlarutan.. Sy dlu mula nya sakit/bisa badan dan skrg lumpuh… Kne cri org yg pndai urut dan buang skali mkhluk yg mganggu tbuh bdn kita.. Skrg msih lg ikhtiar utk sembuh… Ape pn kita bersangka baik pd Allah.. Allah ada perancangan yg trbaik utk setiap umatNya…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.