Assalamualaikum. Thank you admin sebab approve cerita aku ni. Rasanya dah banyak kali aku share cerita ni dekat kawan2 aku sebab aku memang gila cerita hantu, especially kalau ada camp atau sleepover malam2 mula la bukak cerita hantu hahaha memang carik nahas. Cerita yang aku nak cerita ni pasal jin tanah dalam rumah lama aku.
Masa aku dalam 6 tahun, nenek aku pindah dengan aku, dia kena strok so dia lumpuh and perlukan perhatian la. So ayah aku decided to beli tanah dekat Shah Alam and buat rumah kat situ. Kawasan tu nama Bukit jelutong, aku ringkaskan as BJ. Dulu masa aku pindah tahun 2001, BJ ni memang kawasan rumah teramat baru, takde apa sangat, kat kawasan rumah aku siap ada kambing lagi hahahah aku ingat lagi masa kambing masuk rumah aku, gi berak pulak tu. Kurang ajaqq nye kambing. BJ ni dulu kawasan kelapa sawit pastu diorang buat kawasan perumahan. Sekarang dah berkembang tip top, siap ada Zawara semua lagi perghh.
So okay, kami pun berpindah waktu aku berumur 6 tahun, so adik-beradik aku besar and campur nenek dengan bibik aku dengan bibik nenek aku, riuh la rumah tu. Sampai orang exterminator anai2 pelik nape lambat sangat anai2 ni makan kayu kat rumah aku. Rupanya sebab bising sangat hahhaha. Rumah ni ada 8 bilik so semua orang ada bilik masing2, bilik masa awal2 semua tak pernah kosong. Bibik aku ni boleh nampak benda2 misteri tapi mak aku ni jenis tak percaya, bibik aku tu dari awal duduk cerita pasal nampak benda ni la, benda tu la, tapi mak aku memang tak percaya. Bibik aku cakap ada benda dalam rumah ni, dia tinggi macam monyet, mata dia merah, ada taring yang besar.
Bibik aku ni orang Jawa, and kebanyakan orang jawa memang ada “” the gift””. Bibik aku cerita kalau dia baca ayat sikit, mesti malam monyet tu marah, buat bunyi bising dekat dapur macam pecah2kan pinggan semua. Bibik aku cakap dia pernah nak tangkap benda tu, dia punya berani sampai dia terkam benda tu, pastu benda tu lari. Takut agaknya dekat bibik aku ni hahah dia memang hardcore. Bibik cakap tangan dia semua terus bau busuk gila and benda tu memang tak cari pasal dah dengan bibik aku. Bibik cakap benda ni ketua kampung and kitaorang buat rumah dekat atas rumah dia sebab tu dia marah gila.
Aku pulak tak pernah nampak la benda ni semua but satu je aku perasan, everytime aku bukak tv tengok cerita dekat ruang tamu, mesti aku rasa ada orang perhatikan aku dari belakang. Everytime aku naik tangga, mesti aku rasa macam ada orang ikut kat belakang. Dia rasa lain macam gila macam kau bukan berseorangan. Aku dari kecik selalu lari bila naik tangga sebab rasa cam ada orang ikut. Tapi aku ni memang penakut so aku cam dismiss la semua benda ni sebagai perangai penakut aku. Hahahaha
Aku ada 3 abang, abang ke 2 aku ni memang selalu kena kacau. Dari zaman universiti lagi memang dia la mangsa sampai la zaman kerja. Pastu satu haritu, dia tidur dekat bilik dia, bilik dia paling depan sekali dekat dengan entrance rumah, so masa dia tidur tu dia nampak la macam kelibat hitam kat langsir bilik dia, so dia macam takpe pura2 tidur maybe nanti dia blah, then dia bukak mata sikit, kelibat tu depan langsir and everytime dia buka mata sikit, kelibat tu makin dekat. Tu la berani sangat nak pandang kan hahahha, pastu last tu benda kat sebelah katil dia and then boom!
Bergegar katil dia. Benda tu pergi lompat atas katil dia! Dia apa lagi, pergi lari naik atas pergi bilik abang aku yang first, ketuk2 bilik abang aku yang first cakap nak tidur sama2 hahahha. Abang 1st aku pun macam apa2 la and bagi la kedua aku tidur dekat dalam bilik dia. Rupa-rupanya benda tu ikut! Lompat pulak kat katil abang aku yang first. Dua2 macam erkkkkkkkk. Terus esok ayah aku baca doa, solat2 dekat dalam bilik tu. Mak aku still tak percaya.
Abang aku bukak cerita lagi dulu dia tidur dekat bilik solat rumah kitaorang, pastu dia kena himpit, dia pun try baca ayat2 pastu benda tu pergi bisik dekat telinga dia, “BUKAK MATA!”. Abang aku apa lagi gam terus la mata dia hahahah. Pastu aku cerita la aku selalu rasa macam ada orang pandang kat belakang, pastu abang2 dengan kakak aku semua cakap biasa lah tu, pastu kakak aku dulu lagi teruk, dia tengah tengok tv ada orang ketuk dekat sliding door bagi salam. Erkkk. Abang aku pulak selalu bau kadang2 wangi, kadang2 busuk dekat bilik dia. Abang ke 2 aku pernah cakap dia selalu bau busuk dekat bilik dia pastu abang ke 3 cakap merepek ah, malam tu dia pulak bau busuk hahaha terus dia senyap.
Ada waktu ramadhan ni, abang aku yang 3 pergi tidur dekat dengan bilik puaka abang ke 2 aku tu, pastu dia pun nak bermanja pergi la ngada2 peluk abang aku ke 2, pastu tiba2 dia dengar abang ke 2 tengan berdengkur menghadap ke belakang dia pastu dia macam gi raba2 la sape dia tengah peluk ni, bantal peluk ke, pastu benda tu buat bunyi macam “URGHH”. Abang aku macam slow-slow lepaskan pastu buat taktau. Padahal dalam hati tgh chuak hahahaha. Ayah aku pulak sorang yang alim selalu dia buat tadarus dalam rumah and bawak tok guru dia, tok guru salam abang ke 2 aku and dia macam rasa ada orang tarik abang aku dari and cakap dekat ayah aku, maybe ada something yang nak berkawan dengan abang aku ni.
So fast forward beberapa puluh tahun. Rumah aku makin sunyi sebab aku 2 abang aku semua kawin pindah rumah lain, kakak aku masuk uni, bibik aku balik indonesia, nenek aku dah meninggal and ayah aku pulak pergi kerja luar negara. So tinggal mak aku and aku je. Memang scary gila la, sebab selalu ayah aku ada baca ayat2 nak jaga rumah ni. Aku ada la baca ayat2 tapi ilmu aku dengan mak aku ni tak seluas ilmu ayah aku. Bilik semua banyak tak guna, guna 2 bilik je, lagi la angker. So mak aku pun cam nak jual rumah asyik tak dapat, orang datang rumah cakap kenapa rumah nampak macam pondok blablabla, so masa tu mak aku musykil.
Pastu kucing2 aku semua mula m**i dengan cara sangat misteri. Mulut diorang berbuih2 macam kena racun so mak aku suspect jiran depan rumah yg baru pindah sebab kucing aku suka melawat rumah jiran tu jugak hahah. Dia pergi la tanya, tapi jiran tu cakap, saya memang tak suka kucing tapi demi Allah, saya tak sekejam untuk racun diorang. Hmmm. Kitaorang letak buah kundur luar rumah, and buah kundur (aku tak sure kundur ke tak) cukup lambat nak rosak, pastu buah ni 2-3 hari dah rosak.
So ayah aku hantar gambar rumah kat ustaz kat terengganu ni. Dari gambar dia dah tau ada something wrong dengan rumah ni. Ustaz cakap rumah kitaorang ni ada jin tanah! Something yang buat mak aku terkejut is ustaz tu describe benda ni, sama macam apa bibik aku describe kat mak aku! So mak aku pun mula percaya la, and jin tanah ni laki bini. Yang cam monyet tu laki dia, yang bini dia pulak sebelah lawa, sebelah buruk, sebelah wangi, sebelah busuk.
Patutlah abang aku selalu bau wangi and bau busuk. And benda ni suka kat abang aku, nak berkawan dengan dia hahhaha abang aku cam chuak ah, dia ni attractive sangat ke kat makhluk halus?? Dua2 rumah dia kat kelantan pun berhantu hahaha. Ustaz tu cakap benda ni takleh keluar sebab ayah aku dah pagar rumah ni, so kena buang pagar pastu halau. And ustaz ni cakap benda ni attack haiwan dengan tumbuhan dulu baru manusia, so kucing aku tu semua ???
Anyway lepas ustaz tu halau2, benda tak jadi sangat. Bibik aku pun datang melawat2, aku tanya ada lagi ke benda ni, dia cakap ada tapi dia jalan2 luar rumah je, tak masuk dalam rumah tapi aku still rasa macam diperhatikan bila tengah tengok tv semua.
Kami dapat jual rumah tu so masa packing2 kan nak pindah, mak aku pergi keluar rumah masa maghrib nak pergi buang sampah, masa dia keluar tu tiba2 ada lelaki hitam gila, pakai serban putih dengan baju putih, pelik bin ajaib sebab kawasan rumah kitaorang ni kebanyakan melayu tiba2 sesat lelaki Afrikan pulak kan. Dia tegur mak aku, tanya nak pindah ke?? Pastu mak aku yang tak pernah2, dulu kalau bau kemenyan ke apa main hentam tegur, tak pernah takut dengan benda mistik ni, terus takut. Dia cakap first time dia meremang bulu roma. Dia cakap ye nak pindah lepas tu lelaki tu senyum, mak aku terus masuk dalam rumah. Hahaha.
Itu lah cerita pasal rumah lama aku, sekarang aku taktau apa dah jadi sebab dah banyak rumah kat situ, last bibik aku cakap benda ni nak mengamuk dekat rumah depan pulak. Hmmm. Aku ada banyak lagi cerita pasal abang ke 2 aku yang asyik kena je ni, nanti ada masa aku sambung.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Waaahhh…
Besornye umah penulis ni ekkk…
Oghang ado-ado ni…
Nak nak plak tanah BJ tu bkn alang2 hrganye…
Nnt smbg lg ekk,kesian abg no2 tu…
org have-have ni…
Sekarang jin pun serabut kalau duduk sana..dah macam2 bangunan,kedai,apartment..itu ini naik…last2 jin pun pndah
Eh ape plak jin laki bini tu skang lepak kt space u8 la..
besar gila rumah…tinggal berdua tak best dah..huhu
aku pun tak aman hidup
Sayang pindah sebab tanah situ makin mahal. Apa pon moga tenang kat tempat baru.
Tinggal berdua je. Dua2 pompuan lak tu. Huhu
tinggal brdua? what
cerita berbelit belit. nasib baik faham sikit
besar gile rumah…8 bilik..fuh..klo rumah besau camni tggl berdua mmg seram la jadinya
lambat sgt tindakan .ptt awal lg tanya ustaz