JIRAN

Assalamualaikum dan terima kasih kepada FS dan pembaca yang sudi meluangkan masa membaca karya aku. Dalam komuniti kejiranan tolak ansur, hormat menghormati, kerjasama dan semangat tolong menolong amat penting bagi memastikan hidup kejiranan itu menjadi aman dan harmorni. Apa yang terjadi kepada sahabat baik aku Kamil pada tahun 2015 merubah perspektif aku mengenai semangat kejiranan. Terutama jiran yang masih BARU.

Aku dan Kamil berkawan dari kecil lagi, kami membesar di tempat yang sama dan bersekolah ditempat yang sama. Kami bagaikan adik beradik, mana taknya segala aktiviti sekolah dan luar sekolah mesti bersama dengan Kamil. Selepas setahun tamat persekolahan, kami mula membawa haluan masing-masing, aku diterima kerja sebagai kakitangan awam di Dengkil, Selangor dan Kamil masih lagi di Kampung bekerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang. Tak lama selepas itu aku mendirikan rumah tangga dan kemudiannya dianugerahkan seorang nak lelaki. Aku memilih untuk menyewa di sebuah taman (nama taman dirahsiakan) di Dengkil kerana masih belum lagi mendapat tawaran menduduki kuaters kerajaan.

Tanggal 8 Mei 2015, Kamil telah menghubungi aku dan memberitahu yang dia telah mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat di Sepang, Selangor. Dia meminta aku mencarikan rumah sewa berdekatan taman yang aku diami sekarang. Secara kebetulan, rumah di sebelah aku hampir setahun kosong selepas penyewa rumah itu, berpindah. Rumah itu adalah milik seorang pesara tentera yang mesra aku dan isteri aku sapa sebagai Pak Man. Aku terus memberikan nombor Pak Man kepada Kamil bagi memudahkan urusan antara mereka.

10 Mei 2015, Ahad Jam 1 petang aku mendapat panggilan dari Kamil.

“Assalamualaikum ya sahabatku Syam… Aku dengan bini aku dah sampai Ipoh ni”, kata penuh semangat dari Kamil membuatkan aku turut teruja.

“Waalakumussalam… Kau dah tanya ke dengan Pak Man? Kalau tak silap aku dia nak 1 + 1 je deposit kan?”, Aku menyoal ringkas.

“Dah la sahabat, aku dah bayar pun deposit rumah, tunggu nak masuk je ni,” kata-kata Kamil disambung dengan gelak kecil.

“Aik… cepatnya,” Aku sengaja mengusik.

“Yela kan aku mula kerja selasa ni, aku packing la apa patut dulu. Ala… lagipun aku ngan bini aku je, bukan banyak barang pun,” Kata kamil sinis.

“Yela… Kau sampai kang call aku tau, tak pun whatsapp je, helo? Helo? Aik takkan letak kot?”, Aku cukup faham dengan sikap jimat Kamil, Dia memang susah untuk hubungi sesiapa pun. Walaupun ramai kawan-kawan aku menggelarkan Kamil sebagai ‘bakhil’, aku tetap hormat pada sahabat aku ini. Apa yang aku mampu beri pujian adalah dia berkahwin dengan simpanan hasil dari jimat cermat tanpa pinjam dari sesiapa pun, perkara yang tak ramai orang boleh lakukan.

‘Hmmm… Tempat dia sekarang takde line kot’ aku berfikir dan cuba bersangka baik.
“Kamil dengan farah sampai pukul berapa?” Suara isteri aku anis mematikan lamunan singkat aku tadi.

“Tak lama dah kot, sekarang diorang dah kat Ipoh,” jawabku ringkas.

‘Syam… Aku dah sampai’ Aku dikejutkan dengan satu pesanan ringkas dari Kamil jam 2.00 pagi. ‘SMS? Eh call jimat takkan whatsapp pun kau nak jimat Mil’ Aku berbisik dan terus bangun dan menyelak langsir. Kelihatan di luar sebuah kereta kancil bewarna merah. Seorang pemuda tinggi lampai berkulit sawa matang keluar dari kereta tersebut.

“Kenapa Abang?”, Suara Anis mengejutkan dan mematikan pengamatan aku ke arah luar tingkap.

“Kamil baru sampai, kejap abang nak tolong dia angkat barang. Awak tu tidurla, seok nak kerja” Aku terus menyarungkan baju pagoda yang tersidai di pintu bilik dan terus keluar menuju ke arah kereta kancil merah itu.

‘Sejuknya’ aku berbisik di dalam hati bila memeluk badan sahabat aku itu.

“Dah tahu bini kau mengandung bukak aircond kuat-kuat. Eh tak banyak barang kau Mil?”, Aku kehairanan melihat barangan Kamil yang sedikit dan bersepah di dalam kereta.

“Tadi banyak, masa kat Ipoh tadi ada orang kutip la”, Kamil menjawab ringkas tanpa memandang ke arah aku.

“Kutip? Kena curi ke? Jomla kita angkat cepat sikit“, Aku sedikit kehairanan dengan apa yang Kamil katakan. “Eh mana kunci rumah? Gelap ni, kau tunggu jap aku pergi ambik touchlight,” Aku terus kembali ke rumah dan mengambil lampu suluh.

Kembali saja ke kereta Kamil aku memerhati ke arah Farah, dengan cahaya yang datang dari rumah aku jelas kelibat isteri Kamil yang dari tadi asyik mengendongkan sesuatu. “Eh Mil, bila yang isteri kau beranak? Bukan hari tu kau kata baru 5 bulan ke? Aku mula meninjau ke arah Farah, lampu suluh aku arahkan sedikit ke arah anak Kamil.

“YA ALLAH!!!”

Alangkah terperanjatnya aku, melihat Farah mengendong bayi tanpa muka yang penuh dengan d***h dan masih bertali pusat. Dengan cahaya dari lampu suluh yang makin malap dengan jelas aku melihat mata Farah yang hitam gelap dan gigi yang tajam menggigit gigit tali pusat itu.

“Aku tak sempat Syam nak namakan anak aku,” tiba-tiba Kamil memegang bahu aku dari belakang.

Aku terus memaling ke arah Kamil, apa yang ada didepan aku sekarang bukan lagi sahabatku Kamil. Susuk tubuh yang dipenuhi d***h yang mengalir tanpa henti dan semakin menghampiri aku membuatkan padangan aku makin kabur dan terus gelap.

‘PASANGAN SUAMI ISTERI KEMALANGAN MAUT, KANCIL DAN LORI BERTEMBUNG DI IPOH’

Inilah tajuk akhbar yang aku baca setelah aku sedar dari pengsan dan dapati diri aku berada di Hospital Putrajaya. Apa yang terjadi membuatkan aku keliru dan rindu pada sahabatku Kamil, semoga kau, isteri dan anak damai di sana. Sahabat dan JIRANKU.

Jiwa Picisan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

14 thoughts on “JIRAN”

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun…
    Org kutip tu mksdnye mase eksiden ar yer…
    Seram sedih plak citer ni…
    Semangat setiakawan membawa ‘Kamil’ dan ‘family’ ke rumah kamu akhirnye…
    Mesti die xnak menghampakan sahabat baik dr kecik yg ikhlas setia susah dan senang…

    Reply
  2. apa bentuk perubahan persepsi hang terhadap kejiranan selepas peristiwa ni? cerita tak tele langsung dgn tajuk.

    kalau betul citer ni, yg dtg tu Qarin arwah la tu. tak pun setan. mana ada roh nak balik cari sahabat lepas m**i. roh dah diangkat ke alam barzakh.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.