Assalamualaikum semua pembaca FS, selepas karya yang pertama publish dalam page ni, macam2 komen ada. Ada yang komen negatif, komen lucu, komen membina. Ada yang tanya kacip tu dah jadi kacip fatimah ke? Hahaha. Kelakar korang ni tau. Semua komen tu aku tak ambik hati, nak hidup zaman sekarang ni kena jiwa kental. Memang niat nak habiskan cerita tanpa ada sambungan, tapi memandangkan aku pun ada tanggungjawab lain di dalam kehidupan jadi terpaksa lupakan hasrat menulis satu entry je. Satu lagi aku risau tulis panjang2 nanti dikatakan syok sendiri sebab orang tak faham. Haha. Tapi aku baca komen pembaca ramai yang mintak proceed. Jadi aku ambik keputusan untuk sambung story ni & InsyaAllah aku cuba habiskan kesemua cerita. Maaflah kalau cerita ni panjang sebab aku dah tak nak ada part yang seterusnya?.
———————————————————
Gangguan yang kami sekeluarga hadapi ni bukan di dalam rumah je tapi merangkumi kawasan sekeliling rumah juga. Kadang2 jiran pun tempias kena gangguan. Untuk pengetahuan, kawasan rumah aku ni jenis persendirian. Tanah sendiri2. Jadi jarak sebuah rumah dengan rumah yang lain agak jauh. Berhampiran dengan rumah aku tu ada 1 sungai kecik. Kawasan rumah aku bila siang2 memang agak mendamaikan tetapi malam2 sunyi.
Ada satu malam anak jiran area rumah aku ni bonceng motor nak balik rumah. Dia kena lalu depan rumah aku dulu sebelum sampai rumah dia. Betul2 dia lalu depan pintu pagar rumah aku, dia nampak ada perempuan muda tengah berkemban berdiri tegak tenung dia. Akibat terlalu khusyuk menoleh dua tiga kali perempuan berkemban tu(maybe cantik kot?), tanpa dia sedar motor dia dah menjunam jatuh ke dalam sungai kecik depan rumah aku. Esokkan harinya baru kami sekeluarga tau kisah anak jiran tu. Tapi mujurlah tak ada luka teruk.
Ok berbalik pada gangguan di rumah. Ada satu malam kami sekeluarga tengah mengadap makan malam, kami dengar bunyi macam orang berjalan atas bumbung rumah. Lama2 bunyi tu statik setempat je (maksud aku ‘benda’ tu berbunyi tapi tak berganjak ke tempat lain. Betul2 atas bumbung ruang makan). Mulanya kami malas nak ambik tahu sebab kami syak binatang. Tapi bunyi tu makin lama makin kuat macam sengaja nak bagi kami fokus pada bunyi tersebut. Lagipun ‘benda’ atas bumbung ni agak berat sebab boleh nampak bumbung agak berlekuk ke dalam. Abah aku dah ragu2 ingatkan manusia, dia ambik penyapu bahagian batang kayu tu terus dia ketuk2 sikit bahagian bumbung.
Diam tak ada tindak balas. Abah aku nak keluar rumah tengok ‘benda’ atas bumbung tu tapi kami sekeluarga tak benarkan. Yelah, kalau jadi apa2 nanti lagi susah kan. Dalam pada kami tengah berfikir sama ada ‘benda’ atas bumbung tu manusia atau binatang, tiba2 “dummm”. Bunyi ‘benda’ atas bumbung tu terbang dari kawasan meja makan ke bumbung bilik menjahit mak aku. Masa tu dah rasa lain macam. Cuba korang fikir manusia mampu melompat sejauh tu? Memang tak mungkin. Binatang? Ya mungkin tapi ini lagi jauh dari lompatan binatang. Ni seakan terbang. Semua terdiam tak tau nak bagi komen sebab dalam otak dah terfikir kemungkinan bukanlah manusia atau binatang. Abah aku ambik phone buka Surah Ruqyah, tak sampai beberapa saat dengar bunyi suara lelaki bersiul di luar rumah. Aku, kakak dan abah aku je yang dengar.
Mak aku ada masa kejadian tetapi dia tak dengar langsung bunyi2 aneh ni. Tiba2 dari suara lelaki bertukar kepada suara perempuan merintih menangis mendayu2. Aku dengan kakak pandang sama sendiri. Kami dengar dengan jelas. Selepas suara tangisan perempuan, kami terdengar pula suara bayi. Naik bulu roma! memang dah pasti yang di luar tu bukan manusia atau binatang. ‘Benda’ tu terbang semula ke kedudukan asal iaitu di bumbung meja makan. Malam tu kami semua tidur sebilik sebab takut apa2 jadi nanti tak dengar pulak. ‘Benda’ tu hanya betul2 hilang bila start azan Subuh berkumandang. Korang bayangkan semalaman ‘dia’ menjadi penunggu setia atas bumbung rumah.
Kisah gangguan dalam bilik aku? Ok cerita pertama, aku tidur memang kena pasang lampu tidur & tutup pintu bilik. Jadi seperti biasa selepas pasang lampu tidur, aku pun switch off lampu biasa. Lepas baca doa aku pun tepuk2 sikit bantal tidur dengan harapan dapat tidur nyenyak. Tapi jangkaan aku meleset bila lampu tidur aku ni tak semena-mena berkelip tanpa henti. Sekejap cerah sekejap gelap. Naik pening jugak kepala aku. Lama2 lampu terpadam terus. Gelap gelita. Aku dengan perasaan sedikit takut tapi cuba jugak bangun pergi ke lampu tidur, aku ketuk2 sikit lampu tidur tu sampai dia mengeluarkan cahaya seperti biasa.
Aku sambung tidur sebab fikir tak ada apa2 yang aneh pon. Tapi bila bangun pagi baru aku terperasan tangan kanan aku calar seperti dicakar sesuatu yang tajam. Tak mungkin aku mengigau cakar diri sendiri sampai luka macam tu. Cerita ke 2, seperti biasa sebelum tidur aku akan buka lampu tidur terlebih dahulu, baru aku bergerak pergi ke lampu utama. Bila satu malam aku cuba tutup lampu bilik seperti biasa untuk tidur, betul2 setentang dengan aku, aku ternampak satu cahaya putih samar2 turun dan jatuh ke mozek bilik. Cahaya tu halus tapi masih boleh nampak dengan mata kasar. Aku tak jadi tutup lampu malam tu, sebab bila aku nak tidur aku start dengar bunyi orang p****g kuku dalam bilik aku. Sudahnya aku biar je lampu biasa dan lampu tidur terbuka sepanjang malam.
Berkaitan cerita gangguan mainan anak saudara aku, aku cuba ringkaskan cerita ye. Biasanya gangguan tu terjadi bila tak ramai orang di dalam rumah. Mainan anak saudara aku ni ada dalam bakul yang agak besar di ruangan berhampiran ruang tamu. Kalau aku tengah syok tengok tv tiba2 mainan stering kereta anak saudara aku berbunyi. Seakan ada yang tekan button, padahal anak saudara aku tengah syok tidur.
Ada masanya bila aku tengah seronok bergurau2 dengan anak saudara, tiba2 kerusi study anak saudara aku ‘streeet’ tertarik sedikit. Umpama ada orang yang nak study masa tu. Walker yang berbunyi sendiri tu usah ditanya, sampai sekarang aku fobia dengan walker tu. Bateri dia pun aku tak pasang sampai sudah. Kejadian2 aneh ni kadangkala dah terbiasa dalam rumah aku. Kedengaran tak ‘scary’ tapi kalau korang alami sendiri pun mesti korang tertanya2 kenapa & sebab apa jadi macam ni dalam rumah korang kan?
Selama gangguan mainan anak sadara aku, gangguan barang2 rumah pon sama. Ada satu petang aku bersembang dengan mak aku di dapur sambil tolong memasak, mak aku ambik bekas untuk letak sayur kalau tak silap. Bekas tu dah elok letaknya betul2 atas sinki. Aku sendiri nampak dengan mata kasar ni tiba2 bekas tu terjatuh seperti ditepis dengan sengaja. Ok kalau korang nak kata sebab angin? Nope, masa tu tak ada angin. Memang tengah elok2 bekas tu atas sinki tiba2 ditepis. Aku dengan mak aku hanya berpandangan sama sendiri.
Memang terasa pelik tapi abaikan je. Part ke 2 bila kakak aku sidai baju di kawasan ampaian (bahagian belakang rumah aku memang ada ruang untuk sidai baju & basuh baju sekaligus. Bukan tempat lapang tapi ruang berbumbung). Lepas tu dia masuk sekejap dalam rumah nak ambik apa pun aku tak pasti, jadi dia tinggalkan baldi yang dia letak kain baju sebelum sidai. Selepas dia keluar semula di kawasan ampaian tu dia nampak baldi dia terpelanting seperti disepak sesuatu. Again, korang fikir angin? Nope, kawasan tu berbumbung dan separuh dari bahagian bawah dinding tu batu bata. Memang angin tak pernah lagi menyebabkan baldi dalam rumah aku terpelanting sebegitu rupa.
Semakin hari keadaan di dalam rumah semakin tak menentu. Makin banyak kelibat yang aku nampak di dalam rumah. Kejadian paling terakhir terjadi pada aku yang menyebabkan kami sekeluarga tergerak hati untuk pergi berubat. Ceritanya bermula begini.
Suatu pagi aku berada di rumah bersama anak saudara aku je. Aku ambik makanan dari dapur dan bawa ke ruang tamu sebab aku nak tengok tv. Yelah, sambil tengok tv boleh melayan anak saudara aku sekali kan. Sedang syok aku suap dia makan tiba2 aku dengar bunyi yang kuat datang dari bilik mak & abah aku. Bunyi yang sangat kuat tu seakan bunyi enjin bot. Aku pegang tangan anak saudara aku dan bergerak perlahan2 mendekati bilik yang berbunyi kuat. Sebelah tangan lagi aku pegang phone, kalau apa2 jadi boleh terus aku minta bantuan.
Bila aku selak tirai langsir bilik, apa yang aku nampak kosong je, tapi bunyi tu bergegar atas syiling(betul ke ejaan aku ni?) bilik. Korang tau macam mana bunyi enjin bot kan? Bunyi sebijik macam tu tapi bunyi tu datang dari arah syiling. Aku bukak phone bahagian video, aku rakam dan hantar pada group WhatsApp family. Dalam masa beberapa minit kakak & abang ipar aku bagi pendapat suruh aku tutup suis letrik utama di box hadapan rumah. Mana la tau bunyi tu datang dari masalah letrik. Aku ikut cakap mereka, aku tutup suis utama. Tapi hampa sebab bunyi bising masih ada. Bunyi bising umpama enjin bot tu terjadi lebih kurang 1 jam. Tepat2 kereta kakak aku muncul di pintu pagar rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi, bunyi bising tersebut terus hilang entah ke mana. Dalam hati aku sedikit kecewa, ingatkan dapat la aku berkongsi bunyi bising tersebut dengan kakak aku secara ‘live’. Nampaknya ‘benda’ tersebut cuma permainkan aku.
Tiba waktu tengah hari, kami mula perasan sebelah kaki anak saudara aku kelihatan berbeza. Dia berjalan seolah2 berjengket sebelah kaki & kelihatan amat tak selesa. Beberapa kali dia cuba pegang kaki dia. Mulanya kami syak kaki terkena duri, tapi bila dibelek2 memang tak ada apa2. Lama-kelamaan kami tengok semakin pelik. Kaki dia semakin berpusing ke bahagian dalam (korang cuba imagine macam orang capik / yang jalan tempang, kaki sedikit kedalam). Dalam masa yang sama badan dia panas umpama orang demam. Petang tu juga kami ambik keputusan nak bawa satu keluarga pergi berubat walaupun kami tak tau punca gangguan datang dari mana. Tempat berubat di rumah seorang ayah saudara jauh aku.
Aku gelarkan dia Pok Jamal(bukan nama sebenar) Masa tengah bersiap2, abah aku tergerak hati nak bawa sekali kacip pinang yang dia jumpa berbelas tahun dahulu (sebenarnya abah aku tak pernah terlintas dalam akal fikiran pasal kacip pinang. Dia sendiri dah lupa kewujudan benda alah ni). Abah aku cari kacip pinang tu di bahagian rak bilik. Memang masih ada berbalut kemas disitu. Abah ambik masukkan dalam poket seluar.
Sampainya di rumah berubat, Pok Jamal cuba ubatkan kaki anak saudara aku dahulu. Kesian tengok muka dia berkerut tahan sakit bila kaki diurut. Umur baru setahun lebih. Pok Jamal cuma urut kaki menggunakan minyak biasa je, tapi Pok Jamal bagitahu kami ada yang mengganggu budak kecil ni. Selesai mengurut kaki, kami cuba berdirikan dia nak tengok dia berjalan. Seperti keadaan yang normal, anak saudara aku berjalan elok je. Dah hilang kaki capik dia. Lepas selesai kes urut kaki, abah aku mulakan mukadimah gangguan yang terjadi dalam rumah aku.
Pok Jamal hanya menggangguk dengar cerita dengan teliti. Abah aku mengeluarkan kacip pinang tersebut dari dalam poket dan menyerahkan pada Pok Jamal. Pok Jamal senyap seketika dan menutup mata. Tak lama kemudian dia membuka mata dan berkata “kacip pinang ni ada ‘tuan’ dia. Benda lama dah ni. Orang lama punya. Tu ada tunggu kat depan. Hish, naik bulu roma pok”. Pok Jamal meletakkan kacip pinang di lantai dan terus mengusap2 lengan dia sendiri. Mungkin untuk hilangkan rasa meremang bulu roma. Kami sekeluarga yang mendengar ni lagi dua kali ganda meremang. Memang tak sangka gangguan selama ni berpunca dari kacip pinang tersebut. Lepas abah aku dah cerita secara terperinci, abah aku serahkan kacip pinang pada Pok Jamal.
Biarlah dia uruskan cara pembuangan kacip pinang tersebut. Malam tu juga Pok Jamal arahkan kami sekeluarga balik ke rumah dan simbah garam kasar di sekeliling rumah. Bertujuan untuk jauhkan ‘benda’ tu datang ke rumah sebab dah lama sangat dia jadi ‘penghuni tidak berbayar’ dalam rumah kami. Alhamdulillah semenjak itu, memang tak ada gangguan di dalam mahupun luar rumah.
Sebelum aku lupa, korang masih ingat dalam part 1 ada aku bagitahu tiap malam aku dengar bunyi pengetip kuku & ada orang p****g kuku di dalam bilik aku? Ok aku tertipu. Sumpah aku tertipu selama ni. Bunyi tu bukan bunyi pengetip kuku guys tapi bunyi kacip pinang! Ye, kacip pinang yang aku tersalah anggap sebagai bunyi pengetip kuku. Lepas kes abah aku serahkan kacip pinang pada Pok Jamal, serta merta bunyi ‘pengetip kuku’, bunyi orang berbisik di telinga aku, barang mainan anak saudara berbunyi sendiri, dan kelibat di dalam rumah lenyap macam tu je. Rupanya semua berpunca dari satu barang lama.
Jadi korang, aku cuma nak ingatkan. Kalau terjadi gangguan apa2 di dalam rumah, jangan terus melulu syak ada orang hantar santau atau hasad dengki atau apa2 je. Cuba check dalam rumah mana tahu ada yang tanpa niat tersimpan barang2 lama / antik yang ada ‘tuan’ mereka sendiri. Hihi. Sekian cerita dari aku. Maaflah andai ayat aku tunggang terbalik. Maaf juga andai cerita ini tidak mencapai level seram yang korang idamkan, aku hanya cerita apa yang berlaku pada keluarga aku & aku tak nak tokok tambah cerita sebab nak bagi cerita lebih bombastik ?. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku sendiri.
Assalamualaikum?
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ejaan tu salah…patutnya siling?…tapi keseluruhan cerita best??
Syiling tu duit sen…
Heheheheh sebok gak nk join pembetulan…
Nk timbulkan rasa seram, aq baca sensorang dlm bilik tanpa nyalakan lampu. Bkn baca citer ni je, tapi beberapa tajuk lg aku baca dlm gelap. Mmg ada feel. Skrg, dh masanya utk aku tdo. Mlm esk sambung baca tajuk lain pulak. Citer kau mmg best dik. Ok, hasta la vista bebeh!
Ckp psl bunyi ketip kuku, aku mmg pernah lalu tepi hutan lepas balik kerja. Masa tu malam. First time jalan kaki biasa naik grab. Lepas tu sepanjang aku jalan tepi hutan tu mmg aku dgr bunyi org ketip kuku. Jelas sgt. Tibe2 malam ni aku teringat balik kejadian tu sebab masa aku tgh basuh pinggan aku dgr lg bunyi tu. Punya lama lagi. Lepas aku dh siap cuci n kemas dpur, aku dgr pulak bunyi tu kat depan pintu rumah. Fyi skrg pukul 1. Aku start dgr mybe dlm kul 12. Xkn org ketip kuku lama cmtu wey. Bila aku bgtau member suh dia dgr terus takde dah bunyi tu. Harey tul. Korg pernah x kena mcm ni?