Kak Pon di Kolej Matrikulasi Labuan

Hai semua. Pengalaman ngeri aku ini berlaku lebih 10 tahun yang lalu. Aku merupakan student KML batch pertama sesi 2002/2003. Waktu tu bangunan asrama, dewan kuliah dan perabot semuanya masih baharu.
Biasalah kan, barang-barang baharu, jadi memang aku tak terfikir langsung tentang perkara-perkara mistik tu semua. Pergi ke tandas tengah-tengah malam pun perkara biasa. Mungkin sebab koridor dan tandas semua lampunya terpasang. Tak payah nak berteman sebab suasana terang benderang. Oh, ya. Waktu tu aku menetap di blok B.

Sampailah pada satu malam tu, aku tidur awal dan terbangun dalam pukul 1 pagi. Tiba-tiba suasana terasa sejuk. Aku ambil selimut yang terletak di hujung kaki dan selubungkan badan aku sampai tutup habis muka. Tak sampai beberapa saat, aku terdengar bunyi ketukan jari-jemari pada tingkap. Disusuli suara bisikan,

“Ann… Ann… Ann…”

Memang jelas! Aku macam tergamam kaku. Serious berderau d***h. Aku tak berani nak gerakkan badan walaupun sedikit.

Lama juga benda tu berlanjutan sebelum roomate aku menjerit,

“Mon!”

Terkejut, Mon terus terbangun dari tidurnya,

“What’s wrong?” Tanya Mon kepada Ann.

Aku dengan berani (kononnya) terus bangun dan tarik kawan aku, Ann dan Mon keluar dari bilik. Memang tak pandang lagi dah tingkap-tingkap dekat tepi tu. Fokus aku pada waktu tu hanya nak cepat-cepat keluar dari bilik tu.

Ann pula marah-marah. Dia cakap ada orang kacau dia tidur. Cuba nak takutkan dia. Dia siap pergi dari bilik ke bilik tanya jiran-jiran, siapa yang kacau dia tidur tadi. Gelabah juga aku cuba untuk tenangkan si Ann waktu tu. Last-last, kami lepak bilik kawan yang terletak dekat wing belakang.

Dari bilik kawan aku tu, aku tengok kat luar memang nampak dinding luar bilik aku. Kalau manusia biasa, mustahil boleh berdiri di luar tingkap yang tinggi. Walaupun ada lintol, tetapi kecil. Memang tak ada orang boleh panjat, apatah lagi berdiri di situ. Aku tak nak fikir banyak dah waktu tu. Meremang semua bulu roma.

Malam tu juga Ann cerita,

“Aku dengar suara orang panggil nama aku. Rasa macam mimpi. Then, aku buka mata, nampak macam perempuan muncul dari sebalik tiang (pinggang ke atas) dengan rambut panjangnya yang mengurai ke tepi bahu. Aku pun menjerit panggil Mon.”

Aku tanya Ann nampak tak muka dia?

“Tak… nasib baik aku rabun. Nampak bentuk aja,” jawab Ann.

Agak-agak dalam pukul 4 pagi, kami balik semula ke bilik dan sembahyang. Tak lama lepas tu, aku tertidur sebab letih dan mengantuk. Aku mimpi, kak pon terapung, berbaju putih lusuh, memerhati ke dalam bilik kami dari luar tingkap area study. Seram!

Satu lagi, Ann waktu tu tidur menghadap tingkap yang menghadap hutan. According to superstitions, kita tidak digalakkan untuk tidur mengahadap tingkap. Atas sebab-sebab mistik, kata orang.

Teringat kisah misteri student perempuan yang terperangkap dalam almari beberapa tahun sebelum tu. But I wonder, is the story true?

Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Independent woman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.7]

23 thoughts on “Kak Pon di Kolej Matrikulasi Labuan”

  1. Batch 2006/2007. Blok E. Kepala mengadap padang tennis. 2 malam berturut kena tindih. Tak tau betul2 jadi or sebab penat sangat. Malam ketiga aku ready nak lawan balik, ‘dia’ x datang. Hipotesis aku, mungkin sebab selalu lewat mandi pastu toilet gelap, ‘dia’ berkenan nak kenal. ???

    Reply
  2. Masa d kml selalu juga mimpi yg seram sampai terbangun dari tidur. Selalu juga kena tindih. Tapi amalkan ja surah al mulk sblm tidur insyaallah tdk ditindih tu. Atau letak alquran di sebelah bantal.atau peluk ja alquran time tidur .
    Ini pengalaman masa d kml batch 2017/18

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.