Kakak Buat Apa Kat Atas | Bkt Beruntung & Shopping Mall Kulai | Kisah Duduk Asrama

KISAH 1- KAKAK BUAT APA KAT ATAS

Assalamualaikum. kisah yang aku nak ceritakan ni berlaku masa aku sekolah rendah umu 12tahun sebelum arwah ma aku meninggal kerana santau. Al-fatihah. Arwah ma dah 3kali terkena santau tapi kali ketiga yang paling teruk sehingga ragut nyawa ma aku. aku ceritakan sikit-sikit yang mana aku ingat ye

masa tu kami 4beradik. aku yang sulung perempuan. yang lain adik lelaki. semenjak arwah sakit sampai tinggal tulang, kami selalu dikacau. especially adik aku yang kedua (9tahun) waktu tu. pernah satu hari kami tido beramai2 di ruang tamu. tengah malam dan tetiba adik aku E bangun. aku tanya dia nak pergi mana. dia tunjuk pintu depan. terus dia ke pintu depan. aku cuba halang dia dari keluar ye la dah tengah malam. dia kata kawan dia tunggu kat luar. aku jenguk xda sesiapa pun. aku kejut ayah. ayah cepat2 pergi halang dia sebelum dia ke pagar. pagar pun dah terbukak. ayah aku tarik masuk rumah. dia mula meracau bukan-bukan. Aku tak ingat apa yang dia cakap tapi aku tau dia marah ayah aku sebab tak bagi dia keluar jumpa ‘kawan’ dia tu. sampai ayah tampar dia dan baca ayat doa. baru dia sedar dan nangis.

itu salah satu gangguan kecil je. banyak lagi gangguan lain. antara lain bila kami balik kampung di Kuala Kangsar untuk berubat. masa tu aku ikut. aku, arwah ma, ayah, paklong dan atok (tok perempuan) aku. aku memang dah biasa ikut arwah ma aku. dalam kereta tiba-tiba ma pandang aku. aku tau mesti ada sesuatu. aku pegang atok sebab aku takot. lepas tu ma cakap ‘jangan kacau anak aku’. ma pandang aku kata jangan takot kakak kuat. dia tak boleh kacau’. lagi la aku takot. lepas ma cakap macam tu. paklong aku suruh ma bawak mengucap, istifar mungkin dia ingat ma meracau tapi aku tau ma bukan meracau. lepas tu ma cakap ada toyol dalam kereta tengah seluk poket paklong ambik duit. paklong tak percaya. ma suruh paklong tengok beg duit nanti. ada tak hilang duit. ma pandang je ke arah pak long. tak berkelip. atok memang peluk aku dan baca doa sepanjang perjalanan.

dah sampai rumah berubat tu paklong check memang duit hilang. ma sengih je kata tu la tak percaya. Allah dah bukak hijab dia nampak semua jenis makhluk Allah. akhirnya kami sampai rumah berubat.. maa muka serius. aku tau dia nampak sesuatu. ma kata kat ayah tak nak teruskan. ayah pujuk maa. aku pun tak suka tempat tu. sebab aku rasa ma takot.. dan yang pasti aku lebih takot…


KISAH 2- BUKIT BERUNTUNG DAN SHOPPING MALL KULAI

Assalammualaikum . ramai org bercerita pasal pengalaman masing² . terdetik pulak hati nak kongsi 2 pengalaman aku yg seram . tak tau lah pade korg seram ke tak .
kisah 1 : mase nie umur aku bru 15 rasenye . mase tu aku tinggal berdue dgn adk aku . adk aku bru darjah 4 or 3 ( tak bape ingat ) . nak di jadikan cerita . mak aku n ayh tiri aku blom balik kerja lg .

dlm pkul 11 lebih macam tu , aku dgn adk syok tgk tv , tengah syok bunyi satu detuman yg kuat . aku dgn adk saling berpaling , aku berani kan diri pergi tgk . aku tgk blakang rumah , due bilik air , air naik * mcm tersumbat * aku pelik lah time tu .

aku tak fikir apa-apa lagi . Aku ambik penyodok sampah , sauk air tu buang dalam lobang jamban . aku cedok punye cedok , air tetap same . time tu pelik dah . kepale aku macam kena pusing kan tengok dkt atas dinding dlm bilik air tu .

Masya Allah aku nampak jelas muke ‘ dia ‘ dengan baju koyak , rambut panjang tgh bertengek . aku ape lagi campak penyodok tu pergi depan pelok adek aku sambil menangis . aku kol mak aku suruh cepat balik . selang bape minit mak & ayh tiri aku balik . air yg bertakung td , surut . lagi lah aku rase nk pengsan . aku cerita ape yg jd . mak aku nie pandai lah sikit tgk bende halus nie , rupenye anak beranak m**i bile bangunan tu di naik kan .. Al – kisahh .

kisah 2 ) Mase nie aku kerja dekat kulai . sebelum buat shopping mall , bangunan nie mmg dh berkurun zaman terbiar . dah bape tahun baru dorg buat shopping mall * tp tak macam shopping mall pon * hahaha .

Nak di jadikan cerita , aku baru habis study . tak lah baru sgt . aku kerja kedai tudung . oke , mase tu aku nk pergi toilet . biase lah nak pergi termenung kejap , sebelah toilet aku tempat OKU , tgh syok termenung , aku tgk pintu tertutup. Aku pon rilek lah lg . dah puas termenung aku kuar . aku tgk pintu tu terbukak . derau d***h aku . aku pon g cuci muke , lpas cuci muke alis mate aku nampak ‘ dia ‘ tgh berdiri elok je tepi tandas OKU tu .

Aku pon ape lagi kelam kelibut keluar . Aku cite d org dkt situ dorg pon cakap mmg seram toilet tu . Pastu ade satu hari tu , aku g beli makan blakang bangunan tmpt aku kerja . nak dekat maghrib , so cepat² aku g beli . lepas beli aku g toilet nak basuh tangan . tengah basuh ade orang panggil aku * mase tu aku tak terpk langsung bende tu nak kacau aku * ‘ dia ‘ panggil ‘ yaya tggu akak , kita saing * suare akak yg jual mnyak wangi * , aku pon cakap yelah , cepat sikit kak , kite bawak makan nie tak elok lame² dlm toilet , ‘ dia ‘ cakap lg , kita saing . aku pon ckp ‘ oke ‘ . tgh elok sandar , ade makcik 2 org keluar toilet . tengok aku atas bawah , aku senyum jelah . lepas dorang keluar , aku panggil akak td ‘ kak , lame lagi ke ? kak oh kak ‘ aku jengah , Ya Allah , semua pintu toilet terbukak . aku ape lagi langkah seribu pergi cari akk tu . elok je akk tu duduk dekat kios die . muke aku pucat , nak makan pon hilang selere . nak demam pon ade ..
Nie je aku nak cerita , trime kasih sudi bace kisah aku .. nanti ade bace aku cerita lagi . byee .


KISAH 3- KISAH DUDUK ASRAMA

hi fiksyen shasha, saya nak cerita pengalaman saya ketika di asrama. Kisah ni belaku waktu saya tingkatan 1, time saya ddk kat asrama di sebuah sekolah agama kat swak. Dipendekkan cerita, waktu tu ada sorang kakak senior ni dikatakan berhantu.

Kakak ni dikategorikan cantik tapi kulit dia ni putih pucat. Dengar cerita dulu dia ni time tingkatan tiga(kalau x silap) penah main spirit of the coin guna d***h h**d, start tu la dia kena gangguan. Satu petang, lepas habis mandi dan mencuci kain baju, waktu nak kebilik tu, saya terserempak dengan kakak tu. Dia tengah berdiri tegak menghadap dataran tengah asrama.

Saya pun hairan jugak, tapi takde la fikir apa2. waktu saya lintas hadapan dia (terpaksa lintas depan dia sebab ruang jalan belakang dia sempit) , n ntah macammana bila saya tengok mata dia, semua hitam tapi mcm shining2. Astaghaa, saya terkejut tapi buat2 tak tahu. then kepala dia terus ekori pergerakan saya. saya terus laju2 masuk bilik.

Then, kemuncak dia, bila one night, kakak senior tu tiba2 mengamuk. Kita orang terus kena panggil pegi surau. Before start, ustaz sempat pesan, ambik wudhu ikut tertib yang betul dan ikut bacaan ayat quran yang nanti dengan tajwid yang betul. Saya dengan 4 orang rakan saya yang lain, just mengiyakan aje.

Tapi still tekekeh2 lagi gelak2 sambil gurau2. then ustatz tu suruh senyap, dia start baca zikir. Tiba2 dengar bunyi anjing. (bunyi anjang menyalak2). saya dengan kawan rilek jer, sebab ingat xda pa2. then, dengar la sayup2 abang senior azan dekat asrama perempuan. tiba2 start bunyi anjing makin ramai, n this time anjing tu macam menangis. time tu saya dgn kawan2 terus terdiam, baca zikir pun dlm hati je mampu. Ustazah terus datang dekat kami, sebab dia tengok kami dah pucat semacam.Ustazah tu suruh kami duduk dengan dia dan buat bulatan kecik, pegang tangan n ikut zikir then baca yasin.

Lama jugakla nak tunggu semua settle. esok nya, dengar cerita ada sorang abang tu dia x leh nak kluar suara time azan, (dia azan kat blok b tempat bilik kakak senior tu). tepaksa abang senior yang lain ramai2 tolong azankan. Sekian, ni la pengalaman yang saya alami. maybe tak seram bagi korang tapi still saya ingat smpai sekarang. huhu

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.2]

22 thoughts on “Kakak Buat Apa Kat Atas | Bkt Beruntung & Shopping Mall Kulai | Kisah Duduk Asrama”

  1. Kisah 2 ni macam serabut sikit.Maybe sebab pakai short form emmm. Kisah 3 paling seram.Tetiba aku teringat cite emma maembong jadi hantu tu.Pucat gitu lah.Weyh seram eeeee.

    Reply
  2. Kau tgh cedok air dgn penyodok sampah? Pastu kau nmpk benda tak bernama tu tgh bertenggek atas dinding bilik air? Asal kau tak sound je dia camni, “Woi lahabau, kalau kau nak berak, cangkung atas mangkuk tandas ni la!! Yg kau mencangkung atas dinding tu pasal apa? Aku sula lubang bontot kau ngan batang penyodok sampah ni nak??” Cer try, cer try. Haahaha…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.