‘Kakak’

Hai follower FS. Di sini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan semua pembaca FS. Kisah ni berlaku lama dulu. Waktu tu umur saya masih belasan tahun.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu ada seorang perempuan m**i b***h diri di kampung saya. (Maaf, bukan untuk mengaibkan orang yang telah tiada. Cuma ingin berkongsi cerita). Perempuan tu b***h diri sebab dia mengandung dan lelaki yang mengandungkan dia tu tak nak tanggungjawab. Mungkin dia kecewa sangat, jadi dia pun ambil keputusan macam tu. Hidup di kampung kan bila ada orang meninggal, jiran-jiran sekampung mesti datang biarpun tak berapa nak kenal dengan si m**i tu.

Dipendekkan cerita, selepas dah bantu apa yang patut di rumah keluarga si m**i, kami pun balik. Masa tu naik kereta hilux, jadi saya ni antara orang yang duduk kat bucket tu lah. Masa dalam perjalanan balik tu, sibuk lah bercerita dengan adik beradik dan sepupu saya yang lain. Jalan masa tu memang gelap. Ya lah, jalan kampung lah katakan. Sambil bercerita tu, saya sibuk juga nak perhati sekeliling. Tiba-tiba, saya ternampak seekor anjing kat tepi jalan. Nampak anjing tu memang lah tak pelik tapi anjing tu warna bulu dia memang pelik sebab separuh putih separuh hitam. Mana lah ada anjing macam tu. Kalau ada pun yang saya tak tahu, mungkin bukan kat Malaysia. Haha.

Lama juga la saya perhatikan anjing tu. Lepas da sibuk dengan rasa pelik tu, saya pun toleh depan. Hah! Masa ni la saya nampak ‘kakak’ yang baru kami ziarah tadi tu terbang depan mata saya dan menuju ke arah saya. Cuba bayangkan, saya masa tu duduk menyandar kat bucket tu menghadap depan. ‘Kakak’ tu pula terbang lurus tepat2 kat depan saya. Memang nampak jelas muka ‘kakak’ tu. Nasib tak buruk muka dia. Cuma nampak pucat, sayu dan sedih saja muka dia masa tu. Dia terbang terus menembusi badan saya dan masa tu saya macam terpukau sekejap dan tak dapat berfikir apa-apa. Ada lah dalam 4 5 saat macam tu.

Bila saya dah sedar dan dapat berfikir semula, saya terus toleh kat belakang. Saya nampak ‘kakak’ tu terbang diikuti oleh satu cahaya merah. Saya pun terus terfikir mungkin tu anak dia. (Sebab kan ‘kakak’ tu b***h diri masa dia mengandung). Mungkin lah. Saya pun tak pasti sangat tu cahaya apa tapi yang pasti cahaya tu seolah-olah ikut di belakang ‘kakak’ tu. Sepanjang perjalanan balik tu saya terus diam sampailah kat rumah. Esok nya, saya pun demam. Mungkin sebab terkejut kot ‘kakak’ yang baru saya ziarah jenazah nya terbang menembusi badan saya.

Bila saya cerita dengan adik beradik dan sepupu saya yang lain, mereka cakap mereka tak nampak apa-apa pun masa tu. Mungkin ‘kakak’ tu nak tunjukkan diri dengan saya saja kot ataupun disebabkan hijab saya yang tak seberapa nak tertutup masa tu. Sebab boleh dikatakan macam-macam yang saya dah nampak. Tapi syukurlah, bila saya dah semakin tua ni, saya da tak boleh nampak dah benda-benda macam tu. Harap-harap berkekalan la. Maaf kalau simple sangat tapi bagi saya yang mengalami ni memang saya tak boleh lupa. Bukan sebab seram tapi sebab raut muka ‘kakak’ yang saya nampak tu. Memang nampak sedih sangat. Lagipun belum pernah lagi benda macam tu terbang tembus kat badan saya. Sekian, tu saja cerita saya. Terima kasih sebab sudi baca.

 

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Anonymous

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.5]

4 thoughts on “‘Kakak’”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.