Kaki G. Jerai

Assalamualaikum pembaca sekalian FS sekalian, terima kasih kepada pihak FS kerana publish kan kisah aku yang tak berapa seram mana ni. Sebelum aku mulakan kisah aku ini,aku mohon beribu kemaafan kerana bahasa aku yang kurang menarik dan agak kayu dalam penulisan, maaf sekali lagi. Diingatkan yang kisah yang bakal aku ketengahkan ini anggaplah sekadar hiburan semata2 tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah m**i.

بسم الله الرحمن الرحيم.
اعوذ بلله من شيطن الرجيم,

kisah 1:

Tibanya cuti pertengahan tahun merupakan perkara yang tersangat excited terutama pelajar asrama kerana dapat meluahkan rasa rindu kepada keluarga tapi tidak bagi aku dengan member2 lain terpaksa korbankan cuti seminggu kerana terpaksa mengikuti kelas tambahan anjuran sekolah maklumlah nak Spm katakan. Untuk makluman sekolah aku ni form 5 tak ramai sangat, dalam 21 orang ja lelaki perempuan. Yang aku nak ceritakan ini kisah kawan aku yang aku namakan Yon. Yon ni jenis suka study lewat malam sampai pukul 3-4 pagi kadang2 tertidur dalam kelas, baru sambung tidur dorm. Tido dalam kelas memang biasa bagi aku tapi luar biasa kalau tidur dalam pukul 2-3 pagi kelas plak tingkat 3 hujung sekali plak tu. Belakang sekolah plak memang port ‘benda’ tu dengan pokok2 besar tangki air lagi memang seram la huhu.

Member aku Yon ni jenis berani and tak hirau sangat benda2 camni. Yon ni warak sikit la sebab aku kata dia warak kes bangun subuh awai hahaha yang len perangai cam aku ja merapu. Nak jadikan cerita, sewaktu aku dengan member2 (kecuali Yon) lepak dalam dorm waktu tu dalam pukui 1 lebih, Yon still dalam kelas study natang pa aku tak taw la kat dia. Yon duk khusyuk study subjek ekonomi asas tak silap aku. Tiba2 ada kelibat berjalan di koridor kelas dan buku2 di rak jatuh terabuq abis. Si Yon ni berkata, “aku nak study, jangan kacau aku”. Keadaan ok sat pada masa tu.

Selang 10 minit lepas tu, pintu belakang terbuka sendiri. Nak kata angin memang tak dak angin waktu tu. Si yon ni pun tutup buku terus berjalan keluar. Keluar ja dari kelas, si Yon terpandang sebelah kanan koridor sebelah kiri pula hanya ada satu bilik yang kami gelar ‘master room’ sebab bila cikgu tak masuk kelas bilik tu jadi port kami lepak2.Yon terpandang seorang pemuda yang pucat muka sambil lambai2 dan menuju ke arah si Yon dengan baju koyak rabak dalam keadaan lampu samar2 bercahaya. Si yon ni pun teringat pesanan mak beliau, “bila jumpa hantu bukak langkah”. Yon tanpa melengahkan masa terus membuka jurus sejuta langkah beliau dengan kepucatan. Keesokannya Yon demam, tuisyen pon tak join huhu.

kisah 2:

Kisah ni atas pengalaman abang aku sendiri, yang sertai kem di sebuah kem di kaki G. Jerai. Nama kem mintak maaf la norh tak leh gitau hehe. Kisah ni bermula apabila abang aku terlibat dengan seminar yang dianjurkan oleh sekolahnya. Abang aku ni jenih nakal sikit. Nak jadikan cerita, malam tu ada seminar sejarah start dalam pukul 9-11 camtu la, geng2 abang aku ni jenis pemalas sikit depa pun rancang nak Fly ja seminar untuk sesi sejarah. Yang join fly seminar tu ada lima orang, 2 orang nak duk dalam dorm ja aku namakan A dan B. Yang 3 orang lagi (termasuk abang aku) lepak depan rumah kosong (homestay dalam binaan).

Si A dan B ni duk dalam dorm ja si ni sebab nak tido ja. Si A letak ja kepala atas katil terus berdengkur @ mengeroh dan si B sebab nak otp dengan kekasih, awek, jodoh orang hehe. Sembang punya sembang si B ni sakit perut si B ni pun bagi taw la awek dia ni antara dialog mereka (contoh):

B: sygg, abg sakit perot ni

makwe B: Alolo siannya, Abg pergi qhada hajat dulu ye.

B: ok sygg, nak abg tutup call dulu tak?

makwe B: x pa abg, syg tunggu abg

Si B ni pun lepaskan phone terus masuk tandas di hujung dorm. Nak taw apa yang makwe B ni dengar? Si awek B ni dengar ada budak berlari2 dalam dorm tu and mendekati phone yang sedang on call:

makwe B: abg dah siap ka qhada hajat?

budak kecik: hmmmmm, shuuttttt warden datang, ada warden, wardennnnnnn shutttt (suara dalam keadaan tinggi dan slow)

makwe B: apa abg cakap ni?

budak kecik: hekhekhek @#$&-$-$+$+$++$ (mirip2 bahasa thailand) last tu bunyi desiran angin

B: hi syg, tunggu lama dak?

makwe B: tadi abg cakap apa?

B: masa bila abg cakap, baru ja abis qhada hajat.

makwe si B ni cerita la apa yang dia dengar depa pun stop otp. Si B ni pun kejutkan si A yang sedang dibuai mimpi sambil ngeroh kuat haha

B: wei A hang sembang dengan awek aku ka?

A: Otak hang haih, aku duk tidoq sedap ni. Harey toi gerak aku. Awat pasaipa?

Si B ni cerita la apa yang jadi, dua2 pakat lari keluar dorm.

Berbalik pada abang aku n the geng duk lepak sambil sembang bohong tangan berbekalkan john kelabu di bawah cahaya bulan. Abg aku dengan member dia aku namakan C ngadap bertentangan dengan hutan sorang lagi member aku namakan D duk ngadap abang aku dengan C berlatarkan rumah kosong. Tiba2 si D ni ternampak kelibat budak tengah bermain2 di rumah kosong dengan mata merah badan hitam legam sambil memandang ke arah si D ni. Rumah kosong tu dalam 7-8 meter dari tempat depa lepak. Si D ni pun lempar john kelabu sambil berlari dengan muka pucat lesi dituruti abang aku dengan si C. Last2 terserempak dengan si A dan B maka pakat cerita apa yang jadi. Sekian

sorry tak berapa seram norh ..

point yang aku nak bagitau:-
1. Jangan Fly tuisyen @ seminar
2. Jangan acah berani.
3. John kelabu @ rokok bahaya kan kesihatan anda

Seketoi meow

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

4 thoughts on “Kaki G. Jerai”

  1. memula tgk Yon siap boleh sound2 lagi, ingatkan dia nak fight la.. sekali langkah seribu juga hahahaha.
    Nice story bro, sila bercerita lagi 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.