Kali Terakhir

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan semua.

Panggil aku AC. Bukan seorang penulis, bukan juga siapa-siapa. Sekadar mengisi masa kosong dengan berkongsi cerita dengan kalian. Jadi harapnya admin sudilah untuk publish penulisan aku ini, memandangkan andai di’reject’ ternyata aku tidak berniat untuk menghantar semula. Haha.

Aku hendak berkongsi satu cerita di mana aku fikir itu adalah kali terakhir aku bersua muka dengan jembalang-jembalang yang hobinya seringkali mengganggu sepanjang aku membesar. Kali terakhir itu ialah saat umur aku menginjak 12 tahun.

Jangan salah anggap. Aku bukan golongan yang hijabnya terbuka. Tapi mungkin sedikit barangkali. Cuma sering diganggu dengan penampakan dan mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi. Jadi aku fikir mungkin kerana belum baligh dan masih “innocent”?

Seperti biasa bila Khamis malam Jumaat tiba, budak-budak sebaya aku sangat rajin untuk menjejakkan kaki ke surau taman perumahan berdekatan. Bukan apa, tapi hanya kerana dapat makan “free” dan bermain dengan kawan-kawan. Tapi alhamdulillah berkat didikan serta rotan mak dan ayah aku, aku tidaklah termasuk dalam golongan budak-budak yang suka berlari-lari dan membuat bising di saf belakang semasa jemaah lain tengah khusyuk solat. Aku akan bersama-sama dengan jemaah lain solat jemaah walaupun kepala sering mendongak-dongak kuih apa yang bakal disaji selepas habis Isyak nanti.

Kebiasaannya, aku akan pergi ke surau bersama mak, ayah, abang dan adik-adik aku. Tapi malam itu, aku menapak ke surau berseorangan memandangkan ayah aku “overtime” masih di pejabat dan abang aku, sakit perut mungkin. Aku pun lupa apa alasan kemalasan abang aku untuk berjemaah malam itu. Mak aku pula tidak membenarkan adik-adik aku pergi ke surau. Mak sempat berpesan supaya aku hanya berjemaah Maghrib dan balik sebelum Isyak kerana Mak hendak ke surau dan mengharapkan aku pulang ke rumah untuk menjaga adik-adik.

Sementelah aku mendengar pesanan mak, aku tarik muncung panjang. Terus hilang segala bayang-bayang kuih-muih sedap yang bakal aku telan kelak. Hendak mengatakan hasrat tidak jadi ke surau takut dipulas telinga pulak, jadi aku turutkan sahaja langkah kaki untuk ke surau menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Selesai Maghrib, aku sebagai anak yang mendengar kata cepat-cepat menghabiskan doa supaya dapat straight A untuk UPSR tahun itu sebelum tergesa-gesa menyarung selipar jepun yang haus tapaknya untuk balik segera ke rumah. Memandangkan jarak surau perumahan dengan rumahku hanyalah dalam 600km, aku cuma berjalan kaki. Hendak naik basikal, rantainya longgar. Malas pula aku hendak berleceh-leceh menghitamkan jari menegangkan semula rantai jika longgar ditengah jalan kelak.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari mulut pintu surau, aku memandang ke arah wajah langit. Langit kelihatan bertukar warna oren kekuningan. Kemudian aku sedar yang hujan rintik-rintik sedang turun. Aku pandang sekeliling, jalan kelihatan lengang dan hari semakin gelap. Terbit rasa menyesal di hati kerana tidak bawa basikal. Kalau tidak, tak perlu lah aku menghadap hujan rintik-rintik ini lama-lama. Bukan apa aku cepat demam jika terkena air hujan yang sedikit-sedikit ini.

Aku percepatkan langkah kaki berkira-kira takut hujan semakin lebat ditambah dengan pesanan mak supaya aku pulang cepat ke rumah sebaik selesai Maghrib. Bebelan mak lagi menakutkan.

Untuk sampai ke rumah, aku kena lalui jalan-jalan tar biasa, rumah-rumah orang, melepasi lorong belakang rumah-rumah orang dan juga simpang menuju hutan. Senja itu aku rasakan sedikit sunyi. Mungkin kerana langit yang kekuningan ditambah hujan renyai menjadikan senja itu kelihatan kelam dan sayu.

Tapi seperti biasa aku “humming” untuk menemani perjalanan yang nan seorang itu. Dalam aku melenggang-lenggok berjalan, dari kejauhan aku melihat beberapa orang budak perempuan yang aku kira sebaya aku berlari-lari menggunakan kain telekung di lorong belakang rumah orang.

Aku sempat bermonolog sendirian. “Dorang ni tak reti nak ke surau terus ke? Dah la hujan. Orang lain ke surau dorang bermain-main pula di sini.”

Tapi aku abaikan sahaja. Kerana tidak penting bagi aku. Yang penting sekarang aku mesti cepat sampai ke rumah sebelum mak membebel panjang.

Sebaik sahaja aku melalui jalan yang melepasi lorong belakang rumah tempat aku melihat budak-budak itu tadi, aku menoleh ke kanan beberapa saat dan meneruskan langkah sebelum memandang semula ke hadapan.

Tapi tidak semena-mena aku berhenti melangkah.

“Aik, aku nampak apa tadi?” Aku bercakap sendirian lagi.

Aku mengundurkan langkah aku dan aku pandang sekali lagi ke arah kanan. Sebaik sahaja aku toleh ke kanan, aku lihat beberapa “orang” manusia yang bertelekung putih sedang berdiri dalam dua barisan seperti ingin mengambil gambar berdiri tegak memandang aku. Sempat aku mengira bilangan “orang” bertelekung putih di dalam kepala otak aku lebih dari 10 “orang”. Yang rendah di hadapan yang tinggi di belakang.

Aku rasakan masa kurang dari seminit itu ibarat terlalu lama dan terlalu lambat untuk aku cerna. Lebih 10 saat juga untuk aku katakan pada diri aku yang itu semua hantu. Kerana semua “orang” bertelekung putih yang memandang aku itu tidak berwajah. Hanya hitam. Hitam legam. Tapi aku rasakan pandangan mereka ibarat ingin menerkam aku sambil tersenyum.

Setelah aku tersedar yang mereka adalah jembalang yang entah muncul dari mana, aku terus buka langkah seribu. Aku terlupa pernah orang-orang tua berpesan kalau jumpa hantu jangan lari lurus, tapi larilah lintang pukang. Kerana yang mengejar itu akan lari lintang pukang juga. Tapi aku fikir mungkin otak aku tidak berkembang baik selepas melihat keluarga hantu telekung bermuka hitam itu, aku tersalah faham dan terus lari lurus selaju-lajunya.

Sebaik sampai di depan rumah, aku sempat menyumpah di dalam hati kerana pagar luar berkunci dan aku tiada masa untuk memanggil-manggil adik aku untuk membuka pagar. Aku tak buang masa dan terus melompat pagar rumah dan masuk ke rumah.

Dengan nafas tercungap-cungap, aku lihat mak sudah siap sedia untuk ke surau dengan payung di tangan. Mak melihat aku pelik. “Apesal ni? Macam nampak hantu je.”

“Memang orang nampak hantu pun mak.”

Abang aku gelak dan padankan muka aku. Mak aku pula, “Jum lah teman mak ke surau. Nak makan kuih tak?”

“Hehehehe. Takpela mak. Orang sakit perut ni.” sambil memberi jelingan maut pada abang.

Sejak kejadian itu, aku trauma nak lalu jalan di mana aku terserempak dengan hantu telekung itu. Berbulan juga lah trauma aku tu. Abang dan mak aku pun asyik sakat aku pasal hantu telekung. Tapi sejak hari itu, itu lah kali terakhir aku betul-betul nampak penampakan jelas jembalang-jembalang ini semua. Aku fikir, mungkin dia nak beri salam terakhir kot. Hahaha.

Kenapa aku cakap terakhir? Sebab selepas aku demam panas ketika umur 7 tahun, aku sering diganggu dengan bermacam-macam penampakan dan bunyi-bunyian kat mana-mana aku pergi. Umur 12 tahun adalah tahun terakhir. Sekalig lagi, Hijab aku tidak terbuka. Tapi mungkin sekadar atas izin Allah iblis dan syaitan itu mengganggu dalam pelbagai rupa dan bunyi. Sejak aku berumur 13 tahun sehingga habis SPM aku hidup tenang tanpa gangguan. Mungkin dah kurang “innocent”nya. Hehehe. Dah jadi macam hantu juga lagaknya. Sebab tu hantu malas nak kacau dah.

Tapi sebaik habis SPM dan melanjutkan pelajaran ke universiti, gangguan itu muncul kembali. Dan sensitiviti yang hilang datang lagi. Kalau dulu semasa kecil, hari ini aku nampak jembalang tiada badan lalu depan aku, aku takut sekejap dan tidur. Esok aku dah tak peduli sebab hanya tahu seronok bermain. Tapi bila dah dewasa, rasanya seperti semakin complicated. Malah aku sendiri pun confuse dengan apa yang aku lalui.

Okay lah. Setakat ini sahaja. Andai ini di”publish”, thank you ye admin. Aku berkongsi, jadi aku perlukan pembaca. Hehehe. Andai ada yang membaca aku akan kembali lagi. Bye. Zasssss…

AC

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AC

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

126 thoughts on “Kali Terakhir”

  1. Ok bila baca baru aku tahu kalau nampak hantu kene lari lintang pukang or what ever. Setahu aku kalau kene kejar ular yg kene lari gitu. “SETAHU AKU LAH” ermm. Btw mesti kau kurus je kan ulang alik 600m every day. HAHAHHAA

    Reply
  2. Nice..Jauh tu bang 600km..ahaha..ttng yg lari lintang pulang tu..org kampung kami ckp pula kena lari zig zag..supaya hantu tu tgelincir klau² masi mngejar..

    Reply
  3. Haha..nape aku x rasa seram..tp aku rs kelaka..hihi..setori singkas tp best..ade selit2 lawak menjadikan cite ni jdk x seram?..Tp siyes ke pasal lari lintang pukang kalo jmp antu tu??

    Terus kn berkarya AC..cikbambam tgu next setori..??

    Reply
  4. Lepas baca 600KM tak leh stop gelak..

    TIPS: semak 3 kali sebelum publish! and baca for the last time lepas copy paste before SUBMIT! Orang akan nampak salah kita!

    Reply
    • Hahaaha. Bukan korang je ketawa mengekek. Aku pun baru baca story aku ni haa. Mengekek aku gelak 600km patut la semua orang gelak hahaha. Ini lah dikatakan habit nak keluar dewan exam cepat asal siap hantar tanpa semak. Overconfident! Btw thanks for the tips. I foresee the bright side of it. Hehehe.

      Reply
        • Hahaha.. takpe. Yg penting meninggalkan mood kepada pembaca. Jangan takde mood sudah..?? walaupun sebenarnya ouch jugak tgk semua komen pasal 600km. Hantu telekung baru je nak try dapat nama kot…

          Reply
  5. cite pasal kecik2 p surau teringat kak mami bila ikut parents g masjid kat taman.. masa tu darjah 5.. org solat tapi kak mami dok main kejar2.. org bagi salam after takhiyat akhir tu.. kak mami gn bangga jawab waalaikumsalam.. begema satu ruang solat.. tak sangka mama kak mami cam.. balik kena bantai.. uuu.. benda kecik pon nak pukul.. maka menangis la sampai tekencing lam sua.. hancing bilik mama.. sape suruh libas kuat2..

    Reply
    • Rasanya bukan telekung. Masa tu aku nampak macam telekung. Sbb nak kata pocong takde pulak ikat2 kat kepala. Nak kata ponti takde pulak rambut.

      *terima kasih, memang rajin alhamdulillah sampai ke besar ????

      Reply
  6. Hahahhahaha. Meriah nya korang gelak ye. Aku hantar cerita hantu ke cerita lawak ni. Hantu takde muka weii. Seram. Ramai pulak tu. 600km lebih scaryyy rupanya. Sorry lah typo. 600meter. First time katakan hahaha. Tapi ada juga yang baca kan kekeke. So aku rate diri aku sendiri k. Hahahahhaa. Thank youuu..

    Reply
  7. KL – KB pon tak sampai 500km
    berkali2 akak baco n lap spek cikgu bedah hakak sbb nk kompemkan 600km tu
    ekekekek…
    ceritanya kelakar seram… oke larr
    susunan ayat pon oke, mudah faham

    Reply
  8. best ja macam kau ni mengekek aku gelak hahahahaha…. kenapa cerita aku di “trash” weii patutlah lama tunggu nak submit rupanya admin dah buang ke tong sampah…. sedih taknak try hantar cita kat sini lagi dah huhuhu…. mungkin cita aku tak bapa nak angker atau tulisan aku guna pakai ayat kedah tak best kot haih….sedih weh hurm…

    *muram durjana

    Reply
    • Ye ke? Di mana? Hahaha. Mungkin ada sama dengan nama orang lain kot. Tapi ini first time aku guna nama AC utk penulisan. Tapi kemungkinan besar cerita ini atau cerita lain nanti ada yang pernah baca sebab aku pernah share kat platform cerita serem yang lain. Tapi aku guna nama lain. Jadi aku akan undercover sebaik mungkin. Siapa siapa yg agak kenal aku di media sosial atau di dunia benar harapnya buat buat tak kenal lah ye. ????

      Reply
  9. Berderet2 beratur..nk ko joint la tu..x pun nk tggu ko sebut “cheese” then snap pic diaorg..senja2 jingga or oren mcm tu mmg org2 tua kata ada benda..so just berhati2 n kuat kan semangat aja..terus kan cerita2 yg lain ya.terima kasih

    Reply
  10. kawan aku penah ngusik member asrama dgn telekung mcm tu..kt muka letak anak tudung kaler hitam..seminggu lepas tu dia pulak kene usik dgn hantu betul..terus demam

    Reply
  11. First time aku komen sini haa.
    Gigih jugak aku sign up sebab nak komen lepas baca cerita hang ni AC.
    Berdekah weh aku dalam opis ni.
    Hahahaha!

    Kipidab.

    Reply
  12. owhh baru tau, kalau nampak hantu jgn lari lurus eyhh. kalau hantu terbang atau yg boleh hilang dan muncul tiba2 macam mna pulak agaknya hehe

    Reply
  13. HAHAHAHAHAHAHA berdekak weh aku baca cerita kau. Kau ni memang kelakar ek orangnya aduhai sumpah lawak HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.