Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (henshin!). Terima kasih admin siarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kepada anda, anda dan anda kerana sudi baca kisah aku, kalau nak baca kisah sebelum ini boleh cari tajuk ini.
1. BANGI BANDAR BERHANTU
2. #kamenrider BANGI BANDAR BERHANTU #PART 2
3. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 1
4. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 2
5. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 3
6. #kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 4
Boleh rujuk blog personal Biawak Goweng Nadey untuk melihat gambar-gambar bagi memudahkan anda berimaginasi ewah!
Minggu lepas aku pergi satu event di area Putrajaya, maka alang-alang kami singgah ke UKM, Bangi tempat yang lagi dikenang-kenangkan. Kami jalan-jalan semua tempat termasuklah sehingga ke Rumah Haiwan yang jauh terpelosok di dalam hutan UKM. Semasa memandu, satu per satu kenangan aku ceritakan pada kawan-kawan (mangsa bebelan). Ya, kini keadaan sudah banyak sangat berubah. Banyak bangunan baru, longkang tepi Perpustakaan Tun Sri Lanang dah jadi alur ilmu dah macam empangan kecil. Banyak kiosk, cafe dan tempat lepak. Laluan belakang dari Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) tembus ke Kolej Zaaba tidak seseram dahulu. Banyak hutan ditarah, kini lapang! Namun yang masih tak berubah laluan ke Rumah Haiwan dan Rumah Tumbuhan. Kolej Keris Mas (KKM) dah cantik, tiada lagi bangunan terbengkalai kini lapang jadi tempat parkir kereta dan GLAM sudah menjadi KEDAI MAKAN LARUT MALAM?! (tarakucaca tarakucaca). Paling kelakar ada banyak patung batu berupa harimau dibuat untuk menakutkan kera-kera. Serius malam-malam memang seram tengok patung harimau tu. Nasib baik tak ada lagi komplen kata harimau tu mengaum hahaha.
Seperti yang dijanjikan ini post terakhir mengenai kisah UKM, Bangi maka aku akan berikan beberapa cerita pendek gangguan yang berlaku pada tahun yang sama. Aku nak habiskan juga, walaupun terlalu banyak untuk diceritakan. Maka harap pembaca lagi-lagi penghuni UKM kini janganlah salah anggap yang aktiviti aku di UKM hanya diganggu je tak pergi kelas bagai. Nasib baik aku grad juga. Ayuh kembali ke zaman tahun 2009 ~~
Selepas kejadian rasukan Midah dan gangguan di Danau serius aku katakan berturut-turut pula kejadian gangguan pada penghuni-penghuni lain dilaporkan. Bermakna bukan aku sahaja yang bermasalah! Siapa beritahu? Kawan baik aku Den yang merupakan Jaksa Kebajikan di kolej. Sudahlah tahun terakhir di UKM, dia terlalu sibuk untuk kendalikan kebajikan kolej tahun itu. Perkara kecil seperti nasi habis di cafe, jadual bas, jadual kelas semua tanya abang. Bila tiba isu rasuk-merasuk pun dia juga yang dipertanggungjawabkan. Memang penat. Lagi bertambah penat, mangsa-mangsa rasukan juga ada hati dengan abam Den ni. Memang hot stuff abang-abang Indie pada zaman tu.
1. Kisah Beruk Gergasi
Disebabkan kolej diserang dengan jutaan kera (ekor panjang ya, beruk ekor pendek), aku mengambil inisiatif membeli set-set pistol dan senapang manik (Silent Sniper). Serius, walaupun aku seorang zoologist pencinta haiwan tetapi serangan monyet di kolej waktu itu terlalu teruk sehingga mereka sudah berani menyerang kami. Kalau kau bawa plastik makanan petang-petang habislah. Pasti kau akan menangis disergah dan dirompak oleh mereka. Maka petang-petang kerja aku jadi ‘penembak jarak jauh’ dari tingkap bilik. Aku hanya aim pada kera-kera yang menyerang mangsa yang berjalan kaki ke blok kediaman. Senapang manik ni bukan calang-calang, aku pernah test pada Jihan dan geng-geng yang bernasib malang memang tenggelam manik pada isi kulit lemak mereka, bayangkan betapa kejam aku waktu itu pada kera-kera ini. Namun tiada pilihan, kera-kera disana sudah mengganas.
Selepas join jadi fasilitator kemasukan pelajar baru dulu, aku dapat geng baru iaitu dinamakan Geng Kera (ini manusia ya jangan keliru). Geng Kera ini dapat nama sebab kami jual baju indie #kerarockclothing. Kami satu geng memang rapat, boleh kata setiap hari lepak bersama (5 waktu di mamak Al Faris Maju). Biasanya kami ramai-ramai lepak dalam pukul 12 malam ke atas. Naik motor ramai-ramai ke mapley.
Sehingga satu malam, selepas puas lepak mapley dalam pukul 2 pagi kami ramai-ramai berkonvoi pulang ke kolej. Disebabkan aku membawa penumpang Kak Mah, moto kriss aku tak mampu memecut abang-abang kera termasuk Jihan yang laju mendahului kami. Sehingga sampai di persimpangan Kolej Rahim Kajai aku memilih untuk melalui stadium. Sebabnya trauma akibat kemalangan motor aku dihempap gula-gula dihadapan Danau baru-baru ini. Laluan stadium pula mempunyai dua ke tiga bumper, aku hanya bawa motor dengan perlahan. Tiba-tiba dengan pandangan samar-samar aku melihat sesuatu kelibat berbulu yang bergerak. Jauhnya lebih kurang 100 meter dari kami. Aku menekan break. “Kenapa Dey?”, Kak Mah bertanya lalu dia menjenguk melihat jalan di hadapan.
Bukan haiwan biasa ni! Kini jelas susuk badan seperti haiwan berupa kera berbulu di hadapan kami. Ia bukan kera biasa yang menyerang kolej tu, badannya besar dua kali ganda saiz badan manusia. Jelas pantulan lampu jalan ke arah badannya yang berbulu perang itu melintasi jalan dari Ibu Zain ke arah Stadium. Mungkin bunyi deruman ekzos motor menyebabkan haiwan itu sedar akan kehadiran kami. Sekali dia menoleh, terus haiwan itu menyeringai sehingga jelas gigi-giginya yang tajam itu seperti memberi amaran kepada kami.
Aku masih terkaku, dalam hati aku jika makhluk itu selangkah ke arah kami habislah, kini aku dalam keadaan siap siaga untuk lari. Perlahan-lahan aku mengalih handle motor untuk u-turn. Masa ni aku hanya fikirkan jika dia mengejar kami, mungkin mengambil beberapa saat untuk menghampiri kami. Aku plan kalau sempat lari aku naik Kolej Kajai kalau tak sempat aku akan buat-buat m**i atas jalan bersama Kak Mah. Dari jauh aku mendengar bunyi geraman makhluk itu “grrrrr grrrrr grrrrrr”
“Allahuakbar!!!!”, tanpa fikir panjang aku terus buat pusingan u-turn dan memulas throttle motor dan memecut. Masa ini Kak Mah hampir tercicir dari seat motor, dia juga masih binggung dengan apa terjadi. “Kenapa Dey” itu diulang berkali-kali.
“HANTU BULU tu Kak Mah!!!”, aku menjerit sambil memecut. Kak Mah sempat menoleh dan laju menyebut Ya Allah berulang kali. Tak boleh fikir lagi, ubah plan motor meluncur laju ke laluan Danau. Laju aku memecut sehingga sampai dihadapan blok kediaman. Kak Mah yang bingung hanya ikut sahaja aku berlari naik ke bilik.
“Dey, siapa yang kejar kita tadi? Aku tak nampak pon! Tapi serius seriau aku masa kau buat u-turn tu. Aku fikir kalau kau tinggal aku, memang aku akan buat-buat pengsan je la”. Kak Mah tercungap-cungap mencuri nafas.
“Kak Mah tak nampak ke? Nasib baik menda tu tak kejar kita tadi tapi dia dah macam nak sergah kita dah!!”, Jihan yang mendengar cerita kami rasa bersalah kerana meninggalkan kami dibelakang.
Lagi beberapa jam untuk subuh, kami paksa tidur. Beberapa ketika sedang mata baru nak terlena aku cuba berkalih badan dalam posisi mengiring. Tiba-tiba perlahan badan aku terasa berat ditindih bermula dari kaki naik sehingga paras dada. Aku paksa membuka mata, kini dihadapan aku makhluk bulu tadi! Taringnya yang tajam kini hanya berapa inci lagi dengan muka aku. Mungkin aku mimpi, aku pejamkan mata dan baca ayatul Qursi. Semakin kuat aku baca, semakin kuat dada aku ditekan. Seperti tak cukup nafas, mungkin akhirnya aku dalam keadaan begini. Apa yang aku fikirkan hanya m**i. “Allahhhhhhhhhhh” aku menjerit akhirnya makhluk berupa kera gergasi itu seperti menunjal kakinya ke dada aku dan melompat keluar melalui tingkap bilik kami.
Aku bangun dalam keadaan masih menahan sakit, lihat Kak Mah dan Jihan nyenyak tidur walhal tadi aku menjerit, meronta-ronta tapi mereka langsung tak dengar. Tengok jam lagi beberapa minit pukul 4 pagi, terus aku buka laptop dan mainkan surah al baqarah dengan harapan jin tersebut keluar dengan aman. Aku takut nak pasang surah panas khuatir kelibat jin berbulu tadi mengamuk. Mata aku kali ini tak boleh pejam sehingga subuh, teringat kembali aksi kelibat itu rapat beberapa inci lagi dari muka aku. Nauzubillah, apa yang berlaku pada diri aku sejak akhir-akhir ni?
Aku beritahu pada Jihan kisah ini, dia nasihatkan aku supaya tidak lagi menyerang kera-kera itu dengan pistol manik. Bila aku beritahu kisah ini pada ayah aku pula dia memberi respon marah “Padan muka kamu! Kamu tahu kera-kera ni badi dia kuat (jin) jangan suka-suka pukul, siksa, tembak, racun kera ni. Dulu kawan ayah pernah racun kera ni, sebab binatang tu kacau tanaman dia macam kebun kita. Tak lama lepas tu dia m**i keracunan pula. Dasyat tau memula macam kena santau kera, bila doktor buat post-mortem sahkan racun yang sama dia racunkan kera tu ada dalam usus dia macam kuantiti dia makan pula banyaknya. Kamu jangan main-main pistol manik tu bukan tak kuat, nasib baik menda tu tak gigit ke serang kamu”. Selepas kena marah, aku pun takut untuk tembak sebarangan. Aku guna pistol tu hanya untuk bermain-main diwaktu lapang bersama Geng Kera.
Sebenarnya beberapa kali aku terserempak dengan pontianak dan gula-gula di laluan Stadium betul-betul bawah kolej Ibu Zain. Bukan aku seorang tapi ramai antara pembaca FS juga kena benda yang sama. Sebab tu aku lagi rela lalu Danau yang cukup angker tu sebabnya laluan Stadium tu berkali ganda lebih angker.
2. Kisah Fire Drill
Satu malam ni elok pula aku rajin nak ulangkaji pelajaran (acah-acah) tetiba bunyi loceng kecemasan begitu kuat dan lama sangat tak seperti kebiasaan. Felo ketuk bilik sambil terjerit-jerit paksa kami keluar berkumpul kat court bola tampar. Rupanya latihan fire-drill. Terpaksa keluar sebabnya elektrik satu blok akan dipadamkan. Walaupun malam masih awal tapi kalau gelap dan panas boleh mendatangkan amarah maka kami dengan muka terpaksa ikutkan aje arahan. Suasana court bola tampar agak gelap kerana hanya beberapa lampu sahaja yang hidup itupun segan-segan menyuluh. Kami diarahkan duduk dalam keadaan berbaris mengikut blok dan aras.
Sedang elok duduk bersantai, kedua belah tangan aku menongkat ke simen condong kebelakang rapat menyendeng pada Jihan. Itu adalah signal aku pada Jihan supaya dia mengurut bahu aku. Tiba-tiba ada perempuan India ini pijak jari manis aku tanpa segan silu. Bukan seorang tapi dua orang nasib baik kurus. Masa ni habis carutan keluar, aku bangun dan jerkah kearah budak yang ‘step and run’ tu. Responnya dia menjerit “hantu!!!!!!!”. Serta-merta keadaan sekeliling aku kecoh, berpusu-pusu menolak kami. Aku toleh kiri, ada seorang perempuan sedang merangkak dan merengus-rengus lagak seperti harimau hanya beberapa langkah dari aku. Macam dalam cerita Waris Jari Hantu, memang meremang nasib baik aku tak bersilat.
Masa ni aku dah tak berani nak buat macam kes Midah. Setakat baca ayat Qursi dari mulut aku macam tak lut dengan saka harimau dia. Serius masa ni mata perempuan tu berubah habis. Dalam gerun itupun, aku masih mengekalkan jarak dengannya acah-acah berani. Dalam hati aku hanya membaca ayat pendinding untuk diri aku sahaja. Abang Samat sekali lagi beraksi, lama juga dia cuba mengawal agar mangsa rasukan tidak bertindak menyerang orang lain. Disaksikan dengan ratusan pelajar, masing-masing ternganga. Ada yang takut lari dari tempat kejadian.
Beberapa kali mangsa rasukan itu hendak menyerang Abang Samat namun entah apa yang dibacanya sehingga budak itu akhirnya berguling-guling dan pengsan. Felo dan beberapa orang kuat Jaksa bantu mengangkat mangsa kembali ke bilik. Seperti habis persembahan, bomba pula menyambung demo langkah keselamatan jika berlaku kebakaran seolah-olah kejadian tadi hanya laluan iklan semata-mata.
Selepas habis semua demo, kami diarahkan kembali ke bilik. Masa ini ramai Jaksa berkumpul di blok aku. Aku berjumpa dengan Den, Afun ajak ke mapley seperti biasa, namun dia menyuruh kami menunggu mereka sebentar. Sementara menunggu Den dari bilik budak yang dirasuk itu aku bawa turun pistol manik dan bermain-main dengan Afun dan Jihan. Kami berlari-lari keliling blok dan tiba-tiba aku tak sedap hati bila terdengar suara lelaki menjerit. Permainan kami terhenti dan kembali serius. Den keluar menemui kami dan mengajak ke mapley untuk sambung bergosip mengenai budak tadi.
“Budak tu teruk kena weh sampai nak terjun dari tingkat dua tu, saka tak nak keluar. Ustaz Harun Din pun dah tak nak tolong sebabnya budak tu degil juga. Tak nak dengar cakap. Macam ni dia kan bab-bab saka ni ustaz tu boleh tolong sikit je, tapi kalau dia tak amalkan ayat-ayat pendinding, tak ikut pantang-pantang macam kena tutup aurat dan jaga solat tu memang saka itu akan datang semula. Memang payah lagi-lagi bila saka tu minta pengeras la macam-macam”, sambung Den. Perbualan kami malam itu serius.
Kasihan pada ahli-ahli Jaksa yang jaga budak ni tak kira masa. Sebabnya gangguan ini tak menentu, tak bermusim berlaku tanpa dirancang, maka Den berikan nombor telefonnya dan ID Yahoo Messenger (YM) kepada budak berkenaan. Tapi tak sangka pula budak tu ada hati dengan Den ni. Haha, nasiblah. Memang niat baik bagi nombor untuk kecemasan tapi lagi cemas terpaksa layan mesej peribadi dari mangsa saka ni. Nasib baiklah Den ni jenis tak melayan, alasan busy tesis, tahun akhir kan (haha untunglah isteri Den sebab suaminya jenis tak melayan). Nasib baik juga saka itu tak serang atau kacau si Den ni.
Setelah mendengar cerita yang tak berapa penuh dari Den ni barulah kami dapat tahu cerita sebenar. Ingat tak aku pernah beritahu ada kes rasukan di post #kamenrider KOLEJ UKM, BANGI Kisah 1 rupanya dia adalah orang yang sama. Tak sangka juga bilik budak itu memang sebaris dengan bilik kami, cuma berlainan aras. Sejak tahun pertama lagi kes dia tak selesai dan sejak itu juga banyak aduan gangguan dilaporkan. Kebetulan ke semua ni? Selama ini gangguan yang kami hadap itu dari jin yang sama juga ke? Mungkin jin yang sama menganggu kami dan tiada berkait langsung dengan kes perjanjian 11 tahun kolej tu. Mungkin juga saka itu ibarat punca jin-jin yang lain mengamuk atau mungkin juga jin-jin yang terlepas dari perjanjian 11 tahun tu happy dapat jumpa keturunannya. Wallahualam
Maaf itu je kesimpulan dari kes saka ni aku tak expert bahagian penyiasatan misteri alam lain. Baru-baru ni Abang Samat komen post aku, katanya budak tu ada TIGA saka sebenarnya. Bila aku tanya saka apa tak berjawab pula. Bengang pula aku. Apa-apa pun hebat dugaan mangsa saka tu, ya memang susah nak istiqomah lagi-lagi bab ikrar pemisah. Dalam post akan datang aku akan ceritakan detail tentang ‘ikrar pemisah’ ini, in sha Allah. Semoga dia berada dalam keadaan sihat sejahtera.
3. Kisah Anjing Hitam dari Bukit EiMas
Sejak dua menjak ini kecoh dengan ulangan kes rasukan saka harimau di blok aku. Masa ni aku rasa serabut sangat, cerita ini berjaya membuatkan kami penghuni blok merasa takut yang amat. Namun, perasaan itu tidak menyekat aktiviti aku pada kelab kesayangan, Kelab Sanggar Mas. Ada latihan teater perlu aku hadiri, janji selepas isyak namun haritu aku perlu siapkan beberapa tugasan maka aku lewat keluar dalam pukul 10 malam begitu. Aku berjalan kaki ke Foyer kerana motor aku Kak Mah pinjam untuk ke Rumah Haiwan petang tadi dan dia terus ke bilik latihan teater siapkan sesuatu kerja. Keluar sahaja aku dari blok angin kuat menyerbu tubuh, seperti petanda hendak ribut. Laju kaki aku mendaki bukit sehingga sampai di simpang empat, kiri aku jalan ke EiMas, depan Foyer dan kanan laluan depan GLAM.
Tiba-tiba kuat pokok di bahagian jalan ke Eimas itu bergegar berselang dengan bunyi gerulan seperti anjing. Grrrr….. grr…… Masalahnya yang bergegar itu beberapa pokok disekeliling jalan termasuk di semak dinding bukit tersebut. Seperti ada beberapa ekor anjing turun dari bukit menghala ke arah aku. Alamak, anjing ni kalau aku lari lagi dia kejar. Dengan muka tak berperasaan laju aku melangkah dan terus ke GLAM tak jadi naik ke Foyer. Seram.
Malam itu kecoh lagi salah seorang rakan kami, Yah pengsan, migrain yang teruk. Dalam masa yang sama Midah ada mengadu yang dia ternampak kelibat pontianak lalu-lalang di pintu dewan tempat kami berlatih. Ada beberapa rakan berkumpul rapat dengan Midah takut dia dirasuk lagi rupanya bukan dia seorang yang melihat pontianak itu. Salah seorang junior kami juga lihat kelibat tersebut.
Dalam keadaan kecoh itu, ramai cuba membantu mengangkat rakan kami yang pengsan ini. Sam rakan kami cuba mengangkat namun Yah tersedar dan dia meminta aku sendiri yang mengangkatnya. Aku risaukan kecederaan lutut aku, tapi lihat keadaan Yah yang terdesak aku cuba. Ramai mengiringi kami takut-takut aku terjatuh dan cedera semula. Bayangkan gigih aku angkat seorang gadis dari dewan sehingga turun bukit ke blok 10. Semasa kami lalui simpang empat, mata aku meliar melihat semak yang bergegar tadi. Langkah aku semakin laju menuruni bukit, yang penting sekarang keadaan Yah bukan anjing tadi.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dan aku selamat menghantar Yah ke biliknya. Aku mendapat panggilan dari Abang Zam ajak lepak mapley. Ada benda nak diceritakan oleh Sam, dengar macam hal penting je. Sampai sahaja di simpang empat itu sekali lagi semak itu bergegar, kali ni gegar habis semua pokok-pokok tepi jalan termasuk di atas bukit. Masa ni lutut aku pedih sangat, memang tak boleh berlari. Takutnya ya Allah masa ni sebab kalau diserang, memang aku hanya mampu berserah pada yang Esa.
Gerulan anjing semakin jelas menuruni dari atas bukit maka keluarlah seekor anjing hitam yang besar dengan matanya yang merah sagu bersinar, terbeliak. Riaknya seperti memberi amaran pada aku, beberapa kali aku disergah dengan gonggongannya yang kuat terus jelas kelihatan taringnya yang tajam dan panjang. Anjing ini bukan anjing biasa. Masa ini bukan setakat meremang dah, satu badan mengigil ketakutan. Ini kali pertama aku melihat anjing jadian yang menakutkan depan mata. Jaraknya kini boleh kata dalam sepuluh langkah dari aku. Aku sempat lihat sekeliling, hendak menjerit namun suara aku tenggelam.
Bibir hanya mampu menyebut Allah sahaja. Aku cuba juga untuk bergerak setapak kehadapan tapi anjing itu seolah menghalang aku melarikan diri. Kali ini dia mendekati aku. Aku kaget, m**i akal nak buat apa lagi, hanya kaku menunggu diserang (Allahuakbar ngeri sangat bila diingat semula kejadian ni). Tak lama selepas itu ada seorang senior, Abang Shah keluar dari kereta dan tolong menjerkah kearah anjing tu (masa ni dia tengah dating dalam kereta parkir depan GLAM). Nampaknya dia pun tergamam dengan apa yang jadi. Rasanya dia dan pasangan merupakan saksi penuh antara aku dan anjing jadian tadi. Syukurlah sebaik sahaja dia mendekati aku, anjing tu terus masuk merempuh semak-semak laju naik ke atas bukit hutan dan menghilang. Tak sempat ucap terima kasih aku terus berlari masuk dalam bangunan merentasi GLAM. Lupa terus lutut pedih.
Aku memberitahu Abang Zam kisah tadi. Dia hanya gelakkan aku. Di mapley Sam tunjukkan aku beberapa batu geliga hitam yang dimilikinya. Aku tak terkejut sebenarnya semasa Midah dirasuk Sam memegang batu geliga itu dan membantu Abang Samat. “Aku tau menda tu ada pada kau. Masa Midah kena rasuk tu aku nampak la menda tu belakang kau”, aku terus paling ke belakang. “Sekarang dia takde haha”. Saiko sangat gelak macam tu. Malam tu kami rancak berborak cerita-cerita hantu ni. Aku beritahu mereka juga kisah penuh anjing jadian hitam besar tadi.
Borak punya borak tak sangka dah pukul 5 pagi. Kami pun beransur la pulang menaiki kereta Sam, sampai sahaja di simpang empat depan blok 10 dan EiMAS terus terpacul mulut aku beritahu mereka “Wehhh sinilah aku jumpa anjing hitam besar tu sinilah!”. Terus aku kena marah dengan Abang Zam dan Sam “Woiii ko pehal tegur menda tu aduiiiiiii dia nampak kita dah!”, Sam merengus. “Lantak ko la dia memang ikut ko.. lantak”.
Aku rasakan Sam sengaja nak takutkan aku. Aku gelak-gelak awkward sebab baru tersedar kesilapan aku tadi. Memang masalah aku ni suka menegur. “Weh camne ni aku takut… Jihan balik kampung!” aku dah cuak. “Dah tu takkan ko nak tidur bilik kami? Dah pandai tegur pandai la hadap aku tak tau!”, Sam gelak-gelak. Dengar dia gelak aku ingatkan diorang hanya bergurau. Dengan langkah yang berat, aku naik ke bilik. Dalam hati aku beberapa minit lagi nak azan takde dah hantu-hantu ni. Aku fikir hantu dah tak aktif waktu ni. Memandai je.
Sampai je kat bilik aku baru nak duduk cabut tudung bagai, tetiba pintu bilik aku diketuk kuat gila. Rasa macam nak pecah pintu kayu tu. “Dung dung dung dung….!!!” Aku terkejut, cuak gila nak buka, hantu apa lagi yang kacau aku sorang-sorang ni ??! “Siapa?!”. Tiada sahutan. “Dung dung dung!!” tapi kali ni tombol pintu pula bergegar seolah-olah ada sesuatu pulas tombol pintu untuk masuk. Masa ni aku terus jerit ya Allah, kuat gila aku baca ayat Qursi, tapi tak jalan. Aku nak buat apa ni.
Ketukan berhenti…
Aku terus teringat dulu ketua Jaksa ada bagi kami ayat pelindung diri. Aku tampal kertas tu kat blueboard pada dinding.
A’uzubillah himinassyaitanirrajim
Tahasantu bihisni Laila ha illallah Muhammaddarasulullah.
Maksudnya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad Rasulullah.
Aku hembus pada pintu dan sekeliling aku memusing ikut pusingan tawaf kaabah (ada cara lebih betul sila tanya ustaz) masa ni aku terdesak semua perlakuan aku ikut logik akal je. Aku ulang ayat tu lebih 3x dan ulang perlakuan yang sama. Ingatkan setakat itu saja gangguan. Tiba-tiba sekali lagi pintu itu diketuk kuat. Kali ini hanya dalam beberapa kali sahaja. Seingat aku ketukan terakhir tu cukup kuat berbanding sebelum ini. Macam berang yang amat. Mungkinkah yang mengetuk itu anjing hitam tadi? Betullah kata Sam yang dia sudah nampak kami sebaik sahaja aku menegur tadi.
Aku terus menelefon Abang Zam supaya dia datang ambil aku semula, aku takut gila masa ni. Setiba Abang Zam dan Sam dibawah blok, dia memaksa aku keluar saja dari bilik. Tiada pilihan. Memang aku takut, tapi dorang tak boleh naik blok perempuan. Aku jerit Allahuakbar buka pintu dan berlari ke bawah.
“Dari atas abang dengar ko lari, bergegor bangunan”, nampak je muka aku terus kena bahan. Kaki aku terus lembik. “Mana kete ko?”, aku tanya Sam. “Sumpah aku tak larat nak jalan sumpah! Kita kena keluar dari sini. Dia serang bilik aku tadi”.
Mereka tak bawa kereta hanya berjalan kaki ke bawah. Serius aku lembik lutut nak berjalan. “Aku dah katakan mulut kau kena jaga. Memang aku tau tapi aku tak sangka dia betul-betul marahkan kau”. Sepertinya Sam masih berlampik berbicara mungkin dia tahu menda tu masih berada dekat dengan kami. Mereka hanya mampu teman aku di cafe sehingga azan subuh. Tak berani naik ke bilik lagipun sudah sekian lama aku tidak solat di surau kolej. Cerah je langit, aku terus roger kawan aku Ecah dan sambung tidur dibiliknya (tak mandi sampai ke zohor). Dia juga menemani aku ke bilik ambil pakaian dan keperluan. Petang itu juga aku balik ke rumah, takutlah nak tinggal sorang-sorang tanpa Jihan.
Rentetan kisah pontianak malam tu, rupanya pada hari yang sama juga beberapa rakan teater yang lain mengadu yang mereka nampak benda putih terbang kat blok 14, iaitu blok hujung sekali. Malam tu pesta pontianak ke ape?
4. Kisah jelmaan Jihan
Kejadian ini berlaku waktu short sem sebelum kami pindah duduk Kolej Ungku Omar. Kolej hampir kosong, semua cuti sem. Bila usha, aras kami ada dalam dua bilik saja berpenghuni. Al kisah pelajar cemerlang biasanya tengahari baru nak bangun. Aku golek-golek atas katil layan kartun sebelum mandi tunggu Jihan bangun tidur. Tengok dia syok je selubung dalam comforter. Panas kot! Dengar je azan Zuhur, aku kejut Jihan sebab petang tu kami plan melawat rumah saudaranya di Gombak, alang-alang singgah rumah aku sekali.
Tengok Jihan muka sememeh, terpisat-pisat mata aku bangun capai tuala dia. Kami berborak-borak macam biasa. Seingat aku, Jihan cari kunci bilik sebab kami nak mandi bersama kan, bahaya tinggal bodo je bilik ni, laptop semua ada. “Tak pe Jihan, aku ada ni ha… jom jom lewat lak kang”, kunci tu aku campak dalam bakul mandian.
Kami berdua beriringan ke tandas sambil mulut tak henti berborak. Memula kami gosok gigi kat sinki dan baru mandi bersebelahan, kiranya Jihan berada di bahagian kiri aku. Kami berdua ni ada perangai pelik sejak kali pertama kami berjumpa. Kalau siapa siap mandi awal dia akan sorok tuala orang yang lambat, maka yang lambat tu terpaksa tak bertuala la ke bilik (haha korang bayang apa? Pakai baju busuk balik la ke bilik). Sebab kali ni kami berdua ada plan bersama maka acah-acah tak nak buat prank bodoh macam biasa la. Tapi aku tak pernah tertipu dengan lakonan Jihan, aku sidai tuala aku bahagian belah kanan aku.
Tengah syok mandi, syampu habis. “Jihan nak syampu sikit”. Jihan tak sambut pertanyaan aku tapi botol syampu dihulur. Pelik, Jihan mandi belah kiri aku…tapi yang bagi syampu belah kanan. Masa ni terus kiri kanan aku bunyi air hujan mencurah. Serius masa ni aku fikir, Jihan nak buat prank sebab tu dia kelirukan aku. Terus aku capai tuala yang disidai pada dinding kanan dan gantung pada tombol pemulas air. Kini kiri kanan aku ada orang mandi. “Thanks, wangi doh syampu ni”, Jihan masih tak respon pada aku mungkin ada orang lain mandi takut ditegur bising dalam tandas kan, maka aku masih bersangka baik. Aku hulur semula botol syampu dan disambut normal.
Aku dah siap, tapi dengar kiri kanan aku air masih berpasang. Hehe ada peluang aku curi tuala Jihan. Aku keluar je, terus capai tuala Jihan dan berdesup berlari ke bilik. Adui, kunci dalam bakul ni susah pulak nak capai. Takut disergah Jihan maka aku kelam-kabut cari kunci nak buka pintu tiba-tiba…
“Woi noks!!! Baru bangun ke? Anak dara apa kau ni bangun lewat!”, tu suara Jihan!! Aku paling muka tengok Jihan dengan helmet dikepala sambil hayun bungkusan ditangan berjalan ke arah aku.
“Nah aku belikan ko makanan terus tak yah kuar dah”, selamber je Jihan masa tu. Aku masih tercengang. Laju je tangan Jihan buka pintu bilik dan masuk.
Tuala yang aku rembat ni siapa punya? Syampu siapa yang aku guna tadi? Siapa yang gosok gigi dengan aku tadi? Siapa yang berborak dengan aku tadi? Siapa yang tidur berselubung dalam bilik ni tadi? Gila! Ini memang GILA.
“Kau pergi mana? Pukul berapa kau bangun?”
“Jihan nama pakwe kau apa”, bertubi-tubi. Aku nak sahkan yang Jihan depan aku adalah yang original.
“Kau kenapa aku tadi setelkan pendaftaran bilik kita kat UO kau dah kenapa?”, kering gila cara kau jawab.
“Nama pakwe kau apa…? Baik kau jawab”, aku terus bangun buka pintu, kalau dia jawab nama lelaki lain aku memang akan lari. Pergi m**i dengan bilik tu. Lantak!
“Sulaiman GILA!!!”, betul tapi aku tak puas hati.
“Pakwe aku sekarang siapa?”, haa soalan ni rare.
“Kau tu LONERANGER, nak cina je”, Subhanallah…. nasib baik. Aku dah cuak, tuala siapa yang aku pegang ni. Adoi mesti mangsa keadaan tu tak boleh kuar jamban tuala kena rembat.
“Jihan teman aku pergi tandas jap, aku terembat tuala orang la”, kami berdua ke tandas. Dalam 6 bahagian tempat mandian, hanya satu sahaja yang basah iaitu tempat aku mandi tadi.
“Tuala siapa kau ambik ni gila?”, aku terus campak tuala tu pastu kami berdua lari serentak keluar. Jihan yang blur tu pun kelam-kabut lari tak memasal.
“Sumpah weh aku mandi dengan kau kita sama-sama pergi tandas tadi. Kita berborak kita share syampu…”. Jihan yang berhati kering ni senyum je.
“Ok malam ni kita balik Gombak. Aku takut owner tuala cari kau. Seriau aku tengok tuala tadi. Tah siapa-siapa punya tuala kau rembat. Sebab tu aku rasa kita kena stop aktiviti curi tuala ni. Aku syak kita galak sangat kat tandas tu sampaikan dia pun nak join”, hanat betul seram gila ayat Jihan nak main sekali tu. Sejak tu kami insaf tak buat perangai camtu dah, tapi seperti aku cakap tadi aku tak pernah percayakan lakonan Jihan.
5. Kisah surau Kolej Burhan (Kisah bonus dari pengalaman kolej lain)
Kami geng #kerarockclothing ni aktif jual baju-baju Indie termasuklah hari kolej Burhan ni. Kami agak galak la kat sana, gelak-gelak memeriahkan event. Malam tu pulak ada konsert indie lupa retis indie band mana yang perform. Biasalah adat meniaga meja tak boleh tinggal kosong kang baju kena rembat. Kami tukar-tukar orang tapi galak sangat kan sampai melewatkan waktu solat. Aku turun bawah mencari surau untuk tunaikan Asar. Masa tu dah lewat lebih kurang 7 petang. Memang dah gelap. Masa nak ambil wudhuk tu aku lega sikit sebab ada orang juga. Sekali imbas dia langsing, tinggi, muda lebih kurang aku. Aku ni jenis tak menegur orang maka aku buat hal aku je. Aku sempat kerling tengok dia ambil wudhuk berulang lebih tiga kali. Mungkin dia saja nak lambat-lambat tunggu aku masuk sekali.
Aku cepat-cepat masuk surau kelam-kabut nak solat ni, sarung je telekung tiba-tiba ada jari sentuh bahu aku dan barulah ada suara “awak….”. Mungkin perempuan tadi ni. Aku sarung cepat-cepat untuk respon orang yang sentuh aku tu, mungkin dia nak tanya sesuatu. Rapi sarungan telekung ke muka, aku tengok kiri kanan. Tak ada orang! Aik, siapa yang tegur aku tadi? Aku ni berkhayal ke? Masa ni suram je keadaan surau tu membuatkan aku bertambah takut. Mulanya aku berada di saf depan sebelum langsir pembahagi antara ruang solat lelaki dan perempuan. Tapi selepas apa yang berlaku tadi, aku bayangkan buatnya dia sergah aku dari belakang, lebih baik aku solat kat penjuru belakang. Aku bergerak ke belakang.
Tengok jam dah lewat sangat takut tak sempat aku terus solat. tak boleh kyusuk langsung tapi tak ada pilihan kena habiskan juga. Setiap kali aku sujud, takut sangat nak tengok kiri kanan maka aku pejamkan mata aja. Masa ni aku rasa seolah-olah ada sesuatu depan aku tengah tengok aku solat. Aku selalu ulang dalam kepala ‘ni khayalan je Nadey, khayalan ok’. Rasanya nak masuk rakaat keempat. Aku bangun dari sujud aku nampak perempuan tadi duduk bersimpuh depan aku. Betul-betul mata aku bertentangan dengan mata dia. Aku terkejut sempat melatah, tak sempat takbiratulihram aku terus cabut berlari dengan telekung keluar dari surau.
Weh gila gila!!!!!!!! Tu zikir aku semasa berlari. Beberapa langkah selepas keluar dari surau ada lelaki tengok aku pelik. Dia tegur kenapa? Aku cakap, ada hantu. Dia agak terkejut dan mengajak aku masuk semula ke surau.
“Haha mana ada hantu, kitorang nak masuk ni nak azan maghrib dah”, aku mengikut dia masuk semula. Yang peliknya masa aku masuk, surau terang-benderang. Ada beberapa jemaah sudah berada dihadapan saf. Keadaan berbeza yang amat masa aku mula masuk tadi, kosong dan suram. Bila masa ada jemaah yang lain ni? Padahal aku masuk tadi seorang sahaja, tak …berdua dengan hantu tadi.
Memang aku pulangkan kain telekung, aku qada’ ganti je waktu Asar tu. Rempit motor ke Masjid Besar UKM lagi selamat. Maka kesimpulannya jangan lewatkan waktu solat ya.
Banyak lagi kisah yang berlaku tetapi hanya gangguan biasa, kalau gangguan kat Lab tu setakat kerusi gerak, terkunci dalam bilik sejuk beku pun pernah, kelibat jelmaan tu gangguan biasa, kena kejar b**i besar hala ke rumah haiwan, b**i besar depan Canselori dan banyak lagi. Kena hempap? Ermm aku hanya kena beberapa kali sahaja. Tips? Sebelum tidur 3 Qul dan ayat Qursi tiup ludah kiri kanan dan tiup sapu ke seluruh badan. Sebab tu je yang mudah diingat. Kalau aku uzur pon aku baca ayat tu je. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan aku di UKM tercinta sehingga hari graduasi. Cerita gangguan ini hanya sebagian dari memori indah aku, alhamdulillah.
Tamat Kisah UKM.
Aku akan terus menulis walaupun ada yang komen cerita aku hambar, terima kasih. Komen itu membuatkan aku lebih berkobar-kobar membaiki penulisan. Nak sampaikan cerita ini sebenarnya susah. Nak tarik pembaca berimaginasi agar jalan cerita difahami seperti pembaca itu sendiri mengalami dan menjadi seperti hero dalam sesuatu cerita itu amat payah. Saya tabik pada penulis-penulis hebat sehingga aku sendiri fanatik pada beberapa penulis.
Untuk spoiler cerita akan datang, aku akan menceritakan pengalaman yang aku alami baru-baru ni. Aku sebenarnya dah lama tak rasa pelik-pelik ni. Seperti yang beritahu di wall FB aku, mengenai Sihir Pengasih. Haha kelakar kan? Sebab aku bukan dalam kategori wanita cantik Malaysia tapi entahlah. Dugaan kan, alhamdulillah sebab tu jiwa aku terdesak nak berkongsi terutamanya pada orang yang senasib atau mangsa yang masih tidak sedar disihir (nauzubillah minta jauh). Zaman moden kita ini penuh orang yang minda kolot. Baru-baru ni juga bila aku baca satu post di FS tentang Sihir Pengasih aku terkejut. Ya Allah menangis aku, cerita aku lebih kurang tapi tak seteruk penulis tersebut. Hebat betul dugaan kau dik. Mesti ramai yang panas anggap cerita ni bersambung lagi. Maaf bukan bersambung ya tapi ini hanya SPOILER. Doakan aku sihat dan terus menulis. Jika panjang umur aku kongsikan ya, salam henshin!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Salam.. Nadey..
Nak tanya pasal cerita pelajar siswazah fst maut terjatuh dr tingkat 4 kolej zaba tu ada kena mengena dengan gangguan tu tak?
Wallahualam… tp budak tu batch kami… sains kimia tp kan rasenya kes jatuh bgunan tu dua tahun berturut2 lepas batch sy pon ade. Ermm rasanya lain2 penghuni jin tu yg ganggu
X tau la knpa masa naik sem 8
( awal tahun 2011) blok c1 aras 0 kt zaba dh xde penghuni. Bilik2 single je ada penghuni. Bilik aku seram dowh mengadap ftsm. Hjg koridor… Masih ingat lgi lps kes bdk fst terjun blok. Darusyifa dtg pagar bgnn. Lada hitam dgn garam kasar tu lgsg xleh disapu. Cleaner stkat kutip sampah dri tong je…
wehhhh teruk kan kalo mende tu jd disekeliling kite waktu tu adoiiii cmne lah korg bertahan…..
Blok C1 kolej zaba. 7 sem saya dok blok tu, aras 0 Ground floor. Kes bdk terjun m**i kat blok tu le. Student master fst. Masa tu short sem 3 bln. Kolej tutup cerita x tau punc terjun tapiii naik sem 7 ada sekumpulan lelaki dari darusyifa dtg buat pendinding kt blok tu. Tabur garam kasar dgn lada hitam seluruh blok c1 termasuk dinding bilik saya. Naik sem 7 junior sem 1 bru habis MMp plk terjun kt blok H tpi bdk tu mmg ada mslh mental.
Owh masa tu sy sem 2 ada wat sht sem juga.
Dapat tahu pun lepas sehari lepas kes tu.
itu pun sbb family yg call tnya sbb tgk news.
sbrnye kan bykkkkkkkk sgtt kes kt kolej tp dorg tutup cerita pasai org minyak kes student kene rogol ngan pekerja bangla bykkkkkkk sgt haish xtau la
Akk tak tau skrg ni UKM yg seram atau ko yg menyeramkan…????
Hahahahahahha…
Part paling giloorrr tang awek bersimpuh depan ko mase lepas solat tu…
Itu mmg horrooorrr…
Gangguan sopan2 camtu nak tampor mcm x sampai hati plak, nak layan aje koje giler…
Hahahahahaha…
Saya former student UKM jugak. Memang pernah dengar mcm2 cerita jgk esp dekat Kolej Keris Mas. Experience sendiri xde la yg mcm cerita Nadey ni. Tp bab cerita surau tu ada jgk pernah rasa mcm ada sesuatu memerhati dan seram masa solat sorang2. Tp ni surau fac undang2 la. Keep it up. Seronok jgk baca cerita mengenai alma mater sendiri.
sy xpenah solat kt fac undang2… rasanya surau2 kosong2 mmg rasa cmtu… nak ikut solat skali boleh jd makmum tp jangan lah provoke kita masa ngah solat tu yg cabut ngan telekung2 skali hahaha
UKM la yg seram kak… sy ni suke gelak so seram gak
ye kak mase menulis kan rase mcm mengigil takut sbb teringat balik … mlm jumaat lak sy submit cerita hahhaha
Nadey…ingat nak sambung pasal Panglima Hitam
Dedi KR ade x bc Kisah 3 ke 4? sy ade smbung pasai Panglima Hitam.
Yes, belum ending story lagi sbb sy pon xtau ape yg akan mendatang lepas ni…
Baru2 ni sy ada berubat, buat ikrar pemutus, in sha Allah sy akan share next post
fuhh bca dri part 1 smpai hbh mmg terbaik sis kdg sya pon smpai gelak sorang² bca part yg lawak² ? apa² pon keep it up . biar je org nak kata apa janji cerita kak nadey mmg best ?
terima kasih nad…. gigih bc dr part 1 sbb ramai je bc separuh pastu kata hambar hahah terima kasih ya
Ohooo, nasib baik laa aku dari panggung seni berjalan kaki nak balik ke keris mas sorang2, pukul 2 pagi lak tu, haaaa nasib baik xada apa. hahaha. tapi masa duk ukm ni, aku tawakal je, terpaksa basuh baju pukul 1 atau 2 pagi, dahla duduk bilik sorang2, kadang2 mimpi lembaga hitam……redah je la. hahahah. Kalau ikutkan sangat rasa takut tu, payah gak.
seyes????? jln kaki??? 2 pagi? Ya Allah bestnye la boleh brani mcm ni… tu la mcm skali dh tgk mmg jd penakot habis…. rasenye mcm penat la rase takot2 ni
Hehehe sebab masa tu bengang, mintak tolong senior tolong hantarkan, tapi dorang macam tak nak, last2 bla lah, jalan kaki sendiri. tapi tobatlah lepas tu tak nak jalan kaki sorang2 sebab sebelum nak masuk keris mas tu kan, lampu2 tepi jalan tu semua blackout…hahahha jadinya, gila gelap. Saya takut gelap. terus call kawan. sepanjang jalan tu borak dengan dia lah nak kurangkan takut.
seb baik xde pe2 yg jd…. bhy la sorg2
Hmm mcm2 kes mistik kat ukm ni..
kerasukan naik atas bumbung kolej siap menari – nari lagi….
Pelik juga kadang- kadang macam terdengar suara azan dalam sekitar pukul 11 pg.
Roomate balik dari panggung seni pukul 2 pagi dengar bunyi mengilai
sape yg kene rasuk menari2?????? SERAMNYA
panggung seni tu byk sgt cerita die
Masa tu sy otw g kelas nmpak kecoh sgt sbb nampak jaksa2 kolej tengah pegang girl yang kerasukan tu.
xsure fak mana…Tp dengar dak2 kolej citer dia ada saka dan banyak benda menumpang dalam badan dia.
bt Nadey tq sbb share cite2 yg mantops….
sya dulu study kt UITM Jengka thn 2000-2003
dhla tempat tu mmg tepi hutan, nun kt hulu tp nsb lah tak penah dpt pengalaman mcm Nadey tu
Kalu tak, tak taulah camne… udahla kite ni jns penakut
terima kasih… mantap tu xla… byk kelemahan sgt2
same la sy jenis penakot ya rabbi…. mmg xtau nk ckp pe
tp saiko minda mcm2 la kalo x 1 keje xleh buat
lahhh da xseram eh laluan blkg KIY ke Zaaba…
time batch den ada junior KIY yang kerasukan lari masuk dlm hutan area blkg tu
tapi bgus gak da xseram sbb situ port student merendek dlm gelap….hihihi
ye skrg lapang sgt mcm kt bukit ampang org leh lepak2 tgk lampu mlm2 leh la dating2 hehehhehehe
cerita awak best nadey….nanti tulis la lagi…bye
Alhamdulillah…. in sha Allah sy bru je buat rangka draft tok next post
member aku staff kt ikmas.. awal2 pagi pon die bg salam… abis buku dlm library kt ikmas tu die selongkar… hihihi.. student stress xjumpa bahan kot…
IKMAS? mane tu
Tp serius bab angker2 ni xkire siang malam sbnrnye
Alahai, rindu nya dekat UKM. Walaupun bukan student UKM, tapi arwah bf aku student situ. Mmg port aku lepak kolej Burhan, kolej Keris Mas. Rasa nya semua kolej aku masuk lepak kot hahaha selamba je. Pasal kes kera tu, awek kwn aku merangkap bff aku skg smpai patah kaki lari dari kera tu. Huuu dahsyat tol. Pape pon UKM mmg seram tapi aku xpernah kena lak. Even keluar dr UKM kul bape pagi lpas hntr kwn2 or arwah bf aku. Banyak tol memori.
Al-Fatihah Muhammad Hafizzie bin Ruzaini.
kan dasyat sgt kera2 kt sane….. ya Allah smpai patah kaki tu ya Allah dugaan sgt…. dia cmne skrg?
Al fatihah Muhammad Hafizzie 🙁
ex UKM. dok kolej UO 05-06, zaaba 06-08.sat nak recall, blok c tu yg blok 1st dr jalan kita nak naik pi ataih ka?sepanjang duduk alhamdulilah x kena la perkara mistik2, kera kat UO mmg kerap,
tapi jalan kat stadium tu mmg ada dengaq la, ex bf kena kacau dgn hantu x dak kepala, lari tumpang bilik kawan kat zaaba rupanya dlm bilik tu pun ada hantu, 2 kali kena kaco hantu dalam satu malam
block c xsilap sy kalo dr fac kejut tu dia belah kanan sebelum naik ke cafe tp xtau la skrg depa dh tuka nama block kan…..
stadium tu mmg angker sgt2
nak sambungan yg panglima hitam tu
in sha Allah post akan dtg tp xbyk yg sy tahu ttg dia 🙂
mat rempit naik kriss,saya nak tahu pasal midah,apa yg rasuk dan kenapa dia baca skrip ngadap hutan,penulisan nadey agak baik,element suspen ada,throwback ke cerita lain pun boek,saya tak pening tuk ingat balik cerita yg di throwback tu.kipidap karipap,panglima hitam tu pendamping keluarga atau harta haki dipusaka kan untuk keturunan seterusnya,
salam henshin!!!
rempit ngan kriss je xmampu beli rxz hahahah
Midah? Actly skrip biasa je. Dia mmg pelik skit mungkin masa tu layan prasaan kt Edin dia nk privasi la so kami usha die mmg suke menghadap hutan tu
Panglima Hitam…. saka haki… tp skrg dia tak bertuan hheheheh xtau la sape tuan dia sbb sy pon xtahu. Jumpe mcm2 ustaz mcm2 versi sy dpt
panglima hitam ni macam ada di mana-mana je,last saya tahu dia tengah cari waris lelaki pulak, siapa waris terkini wallahualam
Rasa seram pulak nk jdi student ukm..haih
Best
saya suka..menanti cerita selanjutnya