Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku tak percaya akan kewujudan hantu tapi aku percaya akan kewujudan jin dan syaitan. Kewujudan mereka hanya untuk menyesatkan manusia dan “hantu” itu permainan mereka. Cerita yang aku nak cerita ni takdelah seram mana dan berdasarkan pengalaman aku sendiri kat kampung aku. Kampung aku dulu agak angker tapi takdelah seangker Niyang Rapik haha.
ANGKER 1
Jalan untuk menghubungkan rumah aku dengan jalan utama agak jauh (kiraan 100 meter). Kiri dan kanan rumah pula hutan. Jiran-jiran takdelah jauh sangat dari rumah. Pada 1 malam sekitar 8:30PM, aku keluar ke kedai untuk membeli topup. Kedai tak jauh mana pun dan aku dah terbiasa berjalan kaki je. Waktu tu takda motor sebab aku bersekolah lagi. Seingat aku Tingkatan 3 tahun 2005. Semasa dalam perjalan nak balik, dari jauh aku nampak macam ada orang kat depan rumah aku. Keadaan gelap, lampu depan rumah aku tak pasang, jadi aku cuba amati betul-betul. Aku rasa dia pakai baju putih persis baju pagoda & kat tangan dia ada rokok sebab dari jauh aku nampak bara rokok tu.
Dia dok jalan mundar-mandir macam orang hilang pedoman. Aku syak mungkin pakcik aku. Bila dah nak sampai je rumah dalam 40 meter aku nampak benda tu lari (macam melayang) ke tepi rumah. Aku tak fikir pun tu hantu. Aku syak mat pet ke mat gam ke sebab kampung aku selalu juga jadi kes kecurian. Bila masuk rumah, aku tanya adik aku yang kebetulan tengah study kat ruang tamu. Aku tanya kot-kot dia ada dengar orang berlari kat tepi rumah. Adik aku jawab takda. Jadi aku anggap mungkin aku tersilap pandang.
Selepas kejadian tu, aku pun tak pasti berapa lama, tengah lepak dengan kawan-kawan, kawan aku sorang ni nama dia Najib, buat pengakuan yang dia nampak benda takda kepala berbaju pagoda putih dok kat tepi semak depan rumah aku. Kat tangan benda tu nampak macam pegang rokok. Benda tu dok perhati je si Najib ni. Masa tu Najib jemput aku naik motor nak keluar melepak.
Lepas Najib cerita aku pun macam, “laaaa haritu aku nampak hantu ke? Hahahahahahaha”. Najib pun satu, sengaja taknak bagitau aku malam tu sebab konon taknak takutkan aku. Depan rumah aku kot haha. Kat situ dulu dah jadi port aku curi-curi hisap rokok sebab nak elak mak bapak tahu & selepas aku tahu depan rumah aku ada jebon tak berkepala hisap rokok, aku masih lagi curi-curi hisap rokok kat situ. Sekurang-kurangnya ada juga geng hisap rokok tapi tak muncul-muncul pulak hahaha.
ANGKER 2
Aku ni dulu masa sekolah kuat merayap malam-malam dengan kawan-kawan. Lepak main gitar tepi jalan nak jadi macam Noh Hujan. Malam tu dalam pukul 11PM aku lepak depan rumah kawan aku, Maslan. Masa tu adik Maslan pun ada sekali, Zahid Komedi. Masa lepak tu dua beradik ni sibuk sembang pasal motor. Aku ni yang takda motor diam je lah. Tiba-tiba aku dengar bunyi pelik. Bunyi tu macam bunyi itik. Dekat je kat tepi parit tempat kami lepak. Aku pun yang bosan pergi tegur,
“Weh, bunyi apa tu? Apesal pelik sangat?”.
Lepas je aku tegur bunyi tu terus berhenti. Ahh sudah. Pastu Maslan pula berbunyi.
“Haa haa taktau. Tu lah kau siapa suruh tegur. Kan dah bunyi tu hilang”.
Pastu kami buat macam takda benda berlaku walaupun tahu aku dah tertegur. Mungkin sebab kami dah biasa kena usik dan bunyi itik tadi tak menakutkan kami untuk terus melepak haha. Tak sampai 5 minit bunyi itik tu senyap tiba-tiba dia datang balik. Tapi kali ni dia berubah-ubah tempat. Kejap kat tepi semak depan rumah Maslan, kejap kat belakang rumah, kejap kat tepi rumah.
“Alaa, biasalah tu. Benda tu suruh kita balik rumah tidur. Dah malam dah ni”, Maslan mencuba untuk berlawak try hard.
Tak lama lepas tu, kak pon mengilai. Aku pun, “dah, dah jom blah. Dah cukup masa dah tu”.
Apa lagi, tak cukup tanah kami lari masuk rumah Maslan. Zahid masa tu terkial-kial nak tolak motor Honda Gelombang dia. Tu pengalaman pertama aku dengar kak pon menyanyi live. Tak sempat pulak nak mosh. Malam tu memang taklah aku nak balik rumah. Aku tidur rumah Maslan.
ANGKER 3
Cerita ke 3 ni masih dengan kawan-kawan aku. Kami baru balik dari ronda-ronda bandar. 6 orang 3 motor. Sampai je kampung, kami terus lepak kat tepi jalan besar depan lorong rumah aku. Kat seberang jalan tu ada tangki air kampung. Ada yang cakap pernah nampak kak pon kat situ dulu.
Masa tengah rancak berborak, tiba-tiba angin kuat menderu. Tapi takda tanda-tanda nak hujan. Jadi kami lagilah seronok layan angin. Tempat kami lepak tu ada pokok pisang dan pokok kelapa renek kat celahan semak. Aku duduk atas helmet menghadap pokok kelapa tu. Tengah syok-syok berborak tiba-tiba dengar bunyi anak kucing mengiau.
“Anak kucing misi Yam kot”, aku cuba sedapkan hati masing-masing sebab kat sebelah tu memang ada klinik bidan.
Lepas tu entah macam mana tiba-tiba ada anak kucing muncul kat tepi semak dekat-dekat dengan pokok kelapa renek tadi. Masa tu aku langsung tak terfikir nak kutip anak kucing tu. Masing-masing cuma perhati je anak kucing tu masuk balik dalam semak.
Kami sambung berborak. Aku dah lupa topik perbincangan kami waktu tu sampai tak reti-reti nak balik. Dahlah angin sepoi-sepoi bahasa. Lagi seronok lah. Tiba-tiba aku nampak hujung pelepah kelapa ni macam kena tarik kuat. Nak kata angin memang tak logik sebab ketara macam kena tarik. Kalau angin mesti pelepah tu bergoyang.
“Korang nampak tak apa yang aku nampak? Dia dah suruh balik dah tu”. Lepas aku tanya je masing-masing angkat p******g nak blah hahahahahaha. Yang kesiannya kawan aku sorang ni kena hantar aku naik motor masuk dalam. Gila kau gelap kot lorong rumah aku tu.
Banyak lagi kisah yang belum aku kongsi. Harap 3 kisah ini sudah memadai. Terima kasih admin sebab pos.
Assalammualaikum
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Best giler citer ni. Sambung lagi ek. Jgn lupa.
Set set ahli politik ekkk kwn2 ko…
Hahahahahahah…
Sambung lg…jgn x sambung…
Kot kuor syamsul pidato plak pasni…
bgs watak najib maslan ni haha
honda gelombang; najib, maslan, zahid komedi…hahahaha!cerita seram jdi lawak pulak..neway best cerita hang 😀
weh..ak skip kebawah sbb nk buh komen dulu..hahaha..buleh thn jgn nohh hang nih..hang sapa pulak nama..hahaha
Nak kata rosmah, tak mungkin sbb dia lepak dgn lelaki and hisap rokok. So maybe dia la Jamal yg tak mandi 4hari tu. Hoho
soalan: kalau benda tu takde kepala, cemana najib tau benda tu dok perhatikan dia? hmm
Hahahhaha…
Mainan perasaan tu sbb gamaknye bdn benda tu ngadap die…
Pdhal ghupenye benda tu tgh ngadap langit kira bintang…
comeii btul ceta nih ..
adeh lawak la..semua bintang2 politik