KAMSIS
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca setia FS, nama saya Akir dan di ruangan ini saya akan menceritakan kisah saya ketika berada di sebuah kolej di negeri Pantai Timur. Harap maaf kalau kisah saya ini tidak seseram yang diinginkan pembaca.
Jutaan terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini dapat disiarkan.
“okey kelas, waktu pembelajaran kita telah tamat dan saya harap kamu semua dapat selesaikan tugasan yang saya berikan ini dengan sempurna dan hantar pada tarikh yang telah ditetap iaitu pada minggu hadapan dan saya ucapkan selamat bercuti. Manfaatkan waktu kamu semua.” Bicara pensyarah dan mesra di panggil Sir Azman itu kepada pelajarnya.
“wohuuu! Boleh balik kampung!” aku menjerit di dalam kelas sambil mengeluarkan handphone dan terus ke aplikasi WhatsApp dan menaip mesej kepada kakak ku.
“kak, jadi tak datang ambil petang ni? Kelas dah habis”
Selepas itu aku pun bersalam dengan Sir Azman dan keluar dari kelas diekori kawan sekelas yang lain. Kami semua berkumpul di kafe sebentar untuk membeli air dan berbincang tentang tugasan yang diberi Sir Azman. Namun disebabkan waktu sudah hampir petang dan semua harus balik ke kamsis dan berkemas untuk pulang ke kampung masing-masing kerana cuti midsem sudah bermula jadi perbincangan kami hanya sebentar sahaja.
Aku berjalan pulang ke kamsis dan handphone ku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk, aku dilihat di notifikasi dan tertera nama kakak ku dan aku terus membuka mesej tersebut.
“maaf dik, kak dengan abang sibuk. Ada tugasan sikit, kita balik hari ahad ni”
“aduhhh” aku mengeluh kerana aku terpaksa tinggal di kamsis dahulu kerana kakak tak dapat ambil aku dan pulang ke kampungku yang terletak di Terengganu seperti yang telah dijanjikan.
Aku masuk ke kamsis dan melihat Kak Izah tersenyum dari dalam pondok pengawal dan aku senyum kembali.
Langkah aku teruskan ke dalam bilik aku, mujurlah aku berada di tingkat bawah dan tak payah aku berjalan menaiki tangga. Masuk sahaja di dalam bilik aku tengok roommate aku sedang sibuk melipat baju dan riangnya sambil mendengar lagu.
“wey kau tak kemas ke?” tanya Nizam kepadaku
“tak kot, kak aku tak dapat ambil aku, balik hari ahad ni haa” kataku menjawab bertanyaan Nizam.
“ah kau, habislah kena kacau hantu nanti. Haha!”
“oit, tak guna punya kawan. Tak payahlah takutkan aku”
“kena tindih baru tau haha”
Kata-kata Nizam itu cukup membuatkan aku geram tapi apakan daya. Aku sudah masak dengan perangainya yang suka menyakat orang itu. kami tidak sama khusus tapi ditempatkan bersama sebagai roommate untuk semester ini. Tapi tidak mengapa itu tidak menghalang kami daripada menjadi sahabat yang baik.
“pukul berapa kau balik ni Nizam?”
“sekarang la Akir oit, aku balik dengan kawan aku nanti” jawabnya sambil memasukkan pakaiannya ke dalam beg.
“okay, chow dulu. Kalau kena kacau jangan lupa share dekat aku tau haha, gurau je”
Nizam keluar dari bilik dan aku hanya gelak kecil sahaja dengan kata-katanya dan pergi ke tingkap untuk melihat suasana di luar. Sudah ramai pelajar yang keluar membawa beg mereka untuk pulang ke kampung. Ada yang keluarga sudah menunggu, ada yang cepat-cepat bergerak ke stesan bas dan macam-macam ragam lagi aku dapat lihat.
Kini malam sudah pun tiba. Jam 8 malam dan suasana begitu sunyi di kamsis aku tidak seperti malam sebelumnya ianya riuh dengan suara pelajar lain. Menyanyi, gelak ketawa dan juga lagu-lagu yang dipasang melalui speaker cukup untuk memecahkan suasana malam.
Tuala dicapai dan aku menuju ke bilik mandi yang berada di tengah-tengah bangunan kamsis ini, di tingkat bawah semua pelajar sudah pun pulang tapi dapat aku dengar tapak kaki berjalan dan suara dari di tingkat atas mungkin masih ada yang belum pulang. Tidaklah aku berasa takut sangat. Selesai mandi ketika aku nak balik ke bilik aku terjumpa dengan Shah yang ketika itu sedang mengambil air di mesin air.
“wey Shah, kau tak balik lagi ke?” tegurku kepada Shah
“belum lagi, aku nak stay kat kamsis je dulu. Ahad nanti baru aku balik” jawab Shah
“haha! Baguslah tu sama dengan aku. Eh nanti aku masuk bilik kau boleh? Layan movie sama-sama jom”
“haa yelah nanti aku datang la bilik aku. Bilik tak kunci”
Leganya rasa aku malam itu disebabkan Shah ada untuk temankan aku sampai ahad ni. Malam itu aku habiskan masa bersama Shah. Malam itu kami marathon menonton movie di laptop sampailah jam 4 pagi dan aku tidur di balik Shah kerana roommate dia semua dah balik dan aku malas nak turun ke bilik kerana bilik Shah berapa di tingkat 3 kamsis.
Jumaat berlalu dan Sabtu menjelma tiba. Aku bangun dalam jam 6:30 pagi dan turun ke bilik untuk solat subuh. Aku bersyukur kerana tiada gangguan apa-apa yang berlaku kerana aku sering mendengar cerita daripada senior and junior yang mereka sering diganggu seperti pintu bilik diketuk, tingkap diketuk dan macam-macam lagi dan aku juga bernasib baik ada Shah untuk temankan aku. Walaupun diri aku juga sudah sering terlihat benda itu semua tapi itu cerita lama dan kini aku hanya sendiri tanpa sesiapa kecuali Allah yang sentiasa melindungi aku.
Selesai subuh, aku sediakan kopi panas dan biskut untuk aku sarapan pagi dan ketika tu aku tengok warden juga siap sedia untuk pulang ke kampungnya. Selepas selesai mandi aku pergi ke kafe untuk menyiapkan sedikit tugasan yang telah pensyarah aku sediakan. Sebelum aku melangkah keluar daripada pintu kamsis aku disapa oleh Kak Izah.
“akir, kau balik bila?
“saya balik esok kak, kenapa?”
“oh takdelah. Nak bagitahu malam nanti akak tak jaga kamsis ni. Anak akak tak sihat”
“ye ke, takpelah kalau macam tu kak, Shah ada tu dia balik esok juga”
“haa eloklah tu”
Selesai berbual dengan Kak Izah aku segera ke kafe and membuat sedikit research untuk tugasan aku. Waktu bergerak begitu laju hinggalah selepas Asar baru aku pulang ke kamsis.
Aku masuk di balik ku dan segera menunaikan solat Asar. Ketika itu Shah datang ke bilik aku. Bolehlah juga menjadi peneman aku di saat itu.
Kami berdua bersembang panjang sampailah aku tidak sedar bila aku tertidur, mungkin kerana kepenatan selepas membuat research di kafe dari pagi. Aku hanya tersedar bila handphone ku berbunyi dan aku capai. Sudah hampir 9 malam. Segera aku bangun dan membuku lampu dibilik dan kemudian menutup tingkap. Shah tiada di bilik aku dan aku hanya meneka mungkin dia berapa di bilik dia saat itu, aku mencapai tuala dan pergi ke bilik mandi.
Semasa mandi, aku rasa begitu lain dan tiba-tiba sahaja bulu roma aku menegak. Segera aku mempercepatkan mandian ku dan pulang ke bilik, masa aku keluar dari bilik mandi aku seolah terlihat bayang hitam dengan melintas dari luar. Aku biarkan sahaja dan mempercepatkan langkah ke bilik.
Selepas solat isyak aku ke tingkap untuk membukanya sedikit agar angin dapat masuk, Kamsis B iaitu untuk pelajar perempuan kelihatan gelap gelita, timbul keseraman di hatiku.
“kreoookk” bunyi perutku,
Baru lah aku perasan rupanya aku masih belum makan sejak tengahhari lagi. Nasib baik la ada maggi yang masih aku simpan. Aku ambil maggi tersebut beserta mangkuk dan pergi ke patri untuk mengambil air panas. Di dalam bilik patri aku terjumpa Kak izah sedang minum air di sana.
“eh kak, minum milo je ke, makan-makan takde ke” bertanya aku kepada kak izah sambil aku membuka maggi dan rempahnya dan menuang air panas ke dalam mangkuk.
Kak izah hanya senyap dan berdiri sambil memegang cawannya
“kak, kak okay ke tak ni?”
“o..okay je” jawab Kak izah dan dapat aku lihat dia senyum tapi dari senyumannya itu sedikit lain bagi aku. Entah kenapa tapi aku berasa seram saat itu. aku segera ambil mangkuk maggi dan pulang ke bilik.
“entah kenapa la dengan kak izah tu” keluh aku sendiri. Selesai makan aku membuka laptopku dan cuba menyiapkan tugasan aku sampailah jam 11:45 p.m aku sudah bosan kerana tiada sesiapa di bilik dan baru aku teringat akan Shah.
“ah, baik aku gi bilik shah la. Tidur dalam bilik dia ke okay juga”
Aku onkan standby mood pada laptop aku dan menutupnya. Aku naik ke tangga untuk ke bilik Shah yang berada di tingkat 3, sampai di tingkat 2 aku tengok lorong bilik di situ gelap dan itu maknanya tiada pelajar lagi. aku naik lagi untuk ke tingkat 3 juga sama, gelap di lorong bilik tapi bilik Shah kelihatan bercahaya, bilik Shah ni berhadapan dengan bilik mandi tapi bilik mandi juga gelap, aku tertanya kenapa Shah tidak membuka lampu di lorong tingkat 3 ini.
Sampai di depan pintu bilik Shah, aku cuba membuka pintu biliknya tapi terkunci dari dalam bilik, aku rapatkan telinga ke pintu bilik dan mengetuknya
“shah! Bukalah aku nak masuk ni”
Tiada respon dari Shah tapi aku dapat dengar suara dia bercakap sendirian dan aku anggap dia sedang berbual di handphonenya.
“hah Akir, aku nak borak dengan awek aku jap, nanti aku turun bilik kau” jawap shah dari dalam biliknya.
“hah yelah” jawapku pendek.
“flushhhhhhh!!”
“opocot!” terjerit aku kerana tiba-tiba sahaja punya flush di bilik mandi itu berbunyi.
“ada orang ke dalam bilik mandi ni? Apasal tak buka lampu kalau nak memerut” cakap aku sendiri sambil melihat ke dalam bilik mandi tersebut, kemudian salah satu pintu dari bilik mandi tu terbuka. Namun tiada sesiapa yang keluar dan satu hembusan angin di leherku cukup mengigilkan aku dan segera berlari turun ke tingkat bawah untuk ke bilik aku. Mencarut aku sendiri ketika berlari turun entah apa yang didalam bilik mandi tadi tu pun aku tidak tahu.
Sampai dibilik aku mengambil nafas dalam dalam dan hembus, cuba untuk menenangkan diri aku. Aku baring di katil dan bermain dengan handphoneku sampailah jam menunjukan jam 1 pagi.
Disebabkan aku masih tidak berasa mengantuk dan perasan takut masih ada aku pergi di laptop dan membukanya kembali. Aku membuka folder movie dan memilih untuk menonton movie John Wick. Disebabkan ianya adalah movie aksi mungkin dapat menghilangkan rasa debaran yang masih terasa.
Jam menunjukkan sekitar jam 2 pagi.
“Akir, Shah ni..” kedengaran pintu bilik diketuk dan suara Shah memanggil aku, segera aku membuka pintu dan aku tengok Shah kelihatan pucat, mukanya nampak biru sahaja.
“kau dah kenapa, bergaduh dengan makwe ke?”
Shah hanya diam dan duduk di katil Nizam. Aku juga tidak mempedulikan Shah dan kembali menonton movie di laptopku.
“kau tak takut ke?” tanya shah tiba-tiba.
“takut? Takut apa maksud kau?” aku menanyakan soalan pada Shah.
“takut hantu” jawab Shah ringkas
“haha gila apa kau ni Shah, dah nak pukul 3 pagi tanya soalan camtu”
“takdelah.. aku tengok kau berani duduk sorang-sorang”
:berani la sebab aku ada kau dengan aku, kalau sorang memang tak la aku’
Aku tak pedulikan Shah lagi dan terus menonton sampailah habis movie tersebut. Mata dah mula berat dan aku tengok Shah masih lagi duduk dan tidak berbaring macam selalu, dia duduk dan tunduk ke bawah.
“shah kau tidur mana malam ni” tanya aku
“sini” jawap Shah
“teman aku okay? Kau la yang aku boleh harap”
“hmm”
Aku setkan jam di handphone dalam jam 6:30 pagi untuk aku bangun solat subuh dan aku tutup lampu
“goodnight shah” kemudian aku terus tidur.
Tokk tokkk
Aku terkejut dari tidur apabila bunyi tingkap bilikku diketuk, aku tengok Shah berada di luar, aku pun bangun dan membuka tingkap.
“woi! Dah kul berapa ni baru nak bangun” tegur Shah padaku
“hah”
“ni haa aku belikan nasi lemak untuk kau.” Bagitahu shah sambil menghulurkan nasi lemak kepadaku.
“eh bila kau bangun, asal tak kejut aku solat subuh tadi? Boleh kita gi keluar sama-sama pergi sarapan ni kau pergi sendiri pulak” soal aku kepada Shah apabila aku lihat jam sudah menunjukkan jam 9 lebih.
“apa kau ni Akir, aku semalam tidur rumah sewa member classmate aku lah”
“… hah? Maksud kau?” soalku apabila shah berkata demikian.
“kan petang semalam aku lepak bilik kau kejap, terus member aku whatsapp ajak lepak rumah sewa dia. Aku nak kejutkan kau tengok kau tidur lena semacam je tak nak lah aku ganggu. Aku pergi sorang jelah”
Serta merta bulu roma aku tegak apabila Shah memberitahu aku perkara tersebut. Dan kemudian aku tengok ke arah pondok pengawal.
Saat itu aku teringat bahawa yang Kak Izah ada bagitahu dia tak dapat datang ke kamsis sebab anak dia tak sihat, jadi siapa yang aku jumpa di patri semalam? Dan yang paling buat aku seram adalah.. Shah yang berada di bilik aku malam tadi. Itu Shah ke atau……
Dan aku juga tersedar, malam itu hanya aku seorang yang berada di kamsis tanpa sesiapa.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
hmm.ade lah tu ^^ Hati2
kau tak takut ke? ahhha seram dohhh
Beraninya naik tingkat 3 pukul 11.45pm, kenapa tak call si Shah dulu?
org terengganu ke?? wah.. rindu dgn Terengganu..
Huhu..tq share
thanks 4 sharing
haishhh…nasib baik jumpa FS ni wktu kerja..
sebab masa belajar dulu pun pernah gak tggal sorang2 dekat kolej..
sebab salah beli tiket..nak beli hari jumaat..beli hari sabtu..so tido malam x tutup lampu bukak surah kuat2..hahahaha…nasib x jd ap2 wlaupun ada dnga bunyi2..
ap2 pun cerita ni best…
dia sje nk temankan kau la tu sbb die tau kau sorg2.. bersyukur la ye die ‘tolong’ tmnkan~
Kalau aku la..taknak la sorang2 duk kamsis…baik balik kg jumaat tu gak..mmg jadi target la dgn sihantu..pelik gak takkan takde guard ganti utk jaga kamsis bila k.zah cuti..ermm
uish seram siot
fuh! dulu selalu dengar bunyi-bunyian je. seram betul yg menyerupai macam ni
beraninye stay kamsis sorg2
uii siap dtg bilik dtg tnya x takut ke ngan hantu..’dia’ saje nk test power kat ko kot Akir..slmt ko steady…
4/10 sbb dh boleh ramal jln ceritanya. Takde ori… Penyampaian dh bagus n jelas..
Aku baca sikit2 sbb tgk score 4/10 ja. Rasa xbest tu sbb mcm baca novel. Suka baca cerita yg santai,barulah senang nak membayangkn.