Kamsis Pulau Gadong

Selepas daftar di politeknik, aku & family terus pergi ke Kamsis Pulau Gadong. Aku pon daftar untuk masuk ke rumah. Ada 3 bilik dalam rumah tu yang boleh menempatkan 10 orang setiap rumah. Dalam 1 jam lepas tu, ada lagi 3 student yang masuk. Diorang jenguk ke bilik aku & aku pon start lah kenal diorang. Nama diorang lela, ain, syira. Lepas tu diorang pelawa aku untuk sebilik dan diorang pilih bilik belakang dan aku pon setuju. Ada dua katil double decker. Aku sekatil dengan lela, dia belah bawah aku pula tingkat atas. Hari pon dah larut malam, kami dengan penat layan MSK ( Minggu Suai Kenal) cepat-cepat mandi sebab masing-masing sibuk nak tidur.

Hari pertama aku dengar bunyi orang menukang semua. Aku abaikan, mungkin ada lah tu benda rosak kat rumah tu. Aku tak anggap tu seram pon. Seminggu sah duduk tu, yang aku ni start pulak nak memerut pukul 3 pagi. Tak fikir panjang sebab bilik aku dekat dengan tandas dan bilik air. Masa aku dalam tandas untuk membuang hajat, tiba-tiba dengar orang buka shower. “Pukul 3 pagi ada jugak orang mandi” terdetik dalam hati.

Aku pun masuk bilik tengok diorang nyenyak je. Haih da start meremang, cepat-cepat naik tingkat atas. Baru nak terlelap tetiba dengar pulak orang menukul. Ya Allah, bunyi dia makin lama makin kuat. Apelagi berselubung lah aku walaupun berpeluh-peluh dalam selimut tu. Entah bila aku terlelap, hari pun dah siang. Pagi tu alu cerita kat lela, tapi lela cakap “mungkin jiran sebelah kot yang mandi” nak sedapkan hati aku.

Sebulan lepas tu, aku dengan lela ada ikut program. So, kitorang bangunlah awal dalam pukul 7 pagi. Aku pun mandilah, baru bukak tetiba ada orang ketuk pintu rumah pangil “Af” “Af”. Aku pun menyahut dari bilik air “kejap-kejap aku bukak pintu”. Aku jengah lela dalam bilik & aku tanya kat dia “kenapa tak bukak pintu, kan ada orang panggil. Tak dengar ke” laila boleh buat muka pelik. Aku ni panas baran, melenting lah.

Bila aku bukak je pintu, tengok-tengok takde orang. Aku pun pelik, tetiba ada angin masuk ke rumah dengan sekuatnya. Meremang terus bulu roma aku, celat-cepat aku tutup pintu. Berlari ke bilik suruh lela bukak lampu dekat ruang tamu. Lela pun pelik, pergi la bukak lampu. Rupa-rupanya lela takde dengar orang panggil pun.Tapi pada masa yang sama si lela pun kena, muncul lembaga hitam kat sebelah dia.

Pucat lesi lela masuk bilik. Berapa hari tu senior yang lain balik rumah masing-masing hari jumaat. Yang tinggal aku dengan lela je kat rumah. Aku pulak tidur awal hari tu, si lela kena lagi dengar orang tarik kerusi la, tarik meja la kat ruang depan. Dia panggil aku, aku tak menyahut. Sumpah seranah jela yang dia bagi kat aku. Lepas aku dengar cerita dia keesokan harinya. Aku mampu gelak jelah, tapi takut pada masa yang sama.

Masa study week, semua sibuk study. Dalam pukul 2-3 pagi masing-masing baru nak tidur. Aku pun dah terlelap, tiba-tiba ada pulak orang ketuk besi katil tepi aku. Bunyi dia “tang, tang, tang”. Makin lama makin kuat. Ya Allah, aku terus paling muka aku menghala ke dinding. Mula aku ingat lela, tapi lela selalu tolak tilam aku dari bawah guna kaki. Memang menggigil masa tu, aku bacalah ayat kursi berterabur weyh.

Tak tau apa yang aku baca, sampai lah aku tertidur. Esoknya, si lela pergi rumah kawan dia kat blok lain, bincang pasal nak pindah rumah sewa sem depan. Lela pun tanya kat member dia yang dah sem 2, “siapa yang selalu bertukang pukul 12 malam, kadang pukul 3 pagi”. Dengan slumber nya member dia jawab “mana ada orang yang duduk tingkat atas blok kau tu”. Lela balik rumah cerita kat aku. Lagilah aku rasa nak pindah sangat dari kamsis tu.

Mungkin pada korang tak dengan cerita saya, tapi pada saya seram weyh. Kalau bosan aku minta maaf, sebab first time saya mengarang. Okay thanks sebab baca cerita saya.

Loading...

8 comments

  1. Dik,akak ni bekas student poli tu..bnde ni biase,biase la dalam dunia bkn kite je menumpang,dari sem 1 smpai sem 5 duduk situ..semua tmpt ade kot..cume buat dek je la sbab niat kite nak study..tu je,takot jgk lepas ko bagi tahu name kamsis ni,terjejas lak org xnak stdy situ..hahaha,keep it up!

  2. Kamsis ni mmg standard ‘ade yang menukang’, ‘mandi tgh2 mlm’ ‘ade yang main guli mlm2 pn ad’. Bkn kt belah prempuan je, kt belah laki pn ade. Tpi kami bt xtau je. Da mcm bnda rutin. Time aku msok sem1 dlu. Blok sebelah aku mmg kosong & da lme tinggal. Time tu aku ddok di tingkat plg bwh. Aku prnh kna jengah dgn ‘member’ kt tgkap time aku tgok movie kt laptop smpai 4-5 pagi. Mcm biase, aku ngn membe bt x endah. Nk dikatekan dlm tempoh mse yg aku ddok kt situ, kes histeria bole dikatakan lebih dri 4 kes. Mmg bnyk kenangan kt kamsis tu.

    1. hahaha akak ade kwn yg boleh nmpk2 ni..dulu mse stdy,dpt blik same dgn kos tapi x dpt katil bawah..jdi mak akak pindah kan akak rumah lain dan akak sorg je kos lain..lg 9 org kos same,ble dah mcm ni tentu la exam x same tarikh..satu mse tu akak tggu last paper sorg2 kat umah sbab bdk yg berlainan kos semua dah balik..then akak suh kwn akak teman kan tdow dlm rumah tu..mase memule die masuk,due tige kali die tnye “Betol ke kau duduk sorg ni?”sambil mate die tgk kat tmpt dinding kiteorg gantung kad matrik..dan akak jawap ye,sbab yg lain exam dah abis..bile tnye knape die jawap xde pape..pastu esok nye pakse die citer..guest what,die ckp kat tmpt gantung kad metrik tu ade “benda”..hahaha,die ckp lg tapi bnde tu x kacaw..maka lepas kau tahu,ape kau akan buattt…sbab bilik kau bertentangan dgn tempat gantung itu..hewhewhew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *