Kamsis

Hye. Aku cak (a.k.a) kisah ni mula bila aku start masuk ipta di politeknik ****

Nak dijadikan cerita. Semua budak sem 1 akan dimasukkn dalam kamsis. Biasala hari pendaftaran. Semua mesti bawa satu keluarga kan. Bila minggu orientasi dah bermula, masing2 busy. Yang sempat nak dibuat waktu sampai bilik pun pasang cadar, letak bantal dan selimut.

Waktu tu aku dapat aras 1. Depan pantri dan depan tandas. Okay aa tu. Kiranya takdela jauh nak jalan kalau haus atau pun nak terkencing tengah malam.

Nak dijadikan crita, satu hari tu aku dengan roomate , Su (bukan nma sebenar) tak datang kuliah maghrib kepenatan seharian aktiviti. Sedang kami berdua lena berehat kami dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat. Kami berdua bangun. Ingatkan ketua blok atau sesiapa. Bila lama mmerhati tiada bayang kaki dibawah pintu. Namun pintu bilik bergegar dek ketukan pintu tersebut. Hampir seminit berlalu ketukan pun berhenti. Aku dan roomate berpelukan dan membuka lampu belajar di meja masing-masing.

Hari berjalan seperti biasa. Kemudian esoknya usai kelas habis aku dan beberapa rakan sekelas mambeli makanan di cafeteria. Dalam perjalanan ke bilik aku terserempak dengan seekor kucing gemok (ak takut kucing) aku lari selaju yang boleh kemudian smpai didalam bilik aku mmbuka kipas, tudung dan almari.

Niat aku ingin menukar baju terbantut apabila ak terdengar bunyi kucing mengeow. Makin lama makin kuat. Aku menghampiri bunyi tersebut. Dalam laci meja belajar aku! Aku mmbuka laci tersebut. Dan sekumpulan besar anak2 kucing keluar daripada laci tersebut.

Tiada lagi rasa takut. Yang ada hanya terkejut. Berdiri bulu roma aku semuanya. Tapi apa yang paling mengejutkan aku kucing yang aku jumpa di bawah tadi turut berada d dalam laci tersebut. Kali ini matanya merah dan berair.

Aku menjadi trauma dalam bilik hari tu. Seharian ak mnunggu roomate ak kembali. Namun masih tiada. Sehingga jam 1 pagi.

Aku mmbuka semua lampu dan membiarkan surah yassin di genggaman. Satu ketukan di pintu buat ak terkejut. Suara Su. Aku lantas membuka pintu dan memeluk su sekuatnya. Aku menceritakan pada su kejadian tdi. Dia nampak tenang dan suruh aku bersabar. Kemudian mnyuruh aku agar tidur dsebelahnya.

Jam mnunjukkan 3 pagi. Ak terjaga krana bau yang sangat busuk menusuk ke dalam hidung. Aku sangka bau rumput yang sllu dihidu (blok dikelilingi hutan) namun bauan ni lebih kepada bau sampah dan meloyakan. Jijik. Aku memandang jam. Jam berhenti tepat pkul 3 (sebab tu tahu pukul 3) jarum jam tidak bergerak. Mungkin rosak dalam hati ku berkata.

Keesokkan paginya ak bangun untuk bersiap dan ke kelas. Ketika jam 5:40 (alarm) Su tiada disebelah. Mungkin dah mandi kataku. Ak bangun untuk mandi. Ketika dalam tandas hanya ada 3 shower yg telah digunakan. Ada lagi 2 berbaki namun rosak. Aku mengambil keputusan untuk mandi di bilik jamban. Ketika usai mandi jam dibilik bergerak semula. Ketika itu jam 630 pagi. Su tidak kelihatan. Mungkin masih mndi atau sudah trun untuk bersarapan.

Selesai bersiap aku turun ke cafe untuk bersarapan. Tekaan ku tepat bila ak lihat su sedang makan d meja hujung cafe. Ketika melangkah ingin ke arah su aku disapa oleh rakan sekelas dan mengajak aku untuk mkan di kantin. Bayangan su pun hilang.

Satu malam slepas selesai membuat assignment. Aku dan su membuat keputusan untuk tidur. Keadaan bilik gelap. Sejuk malah terlalu sejuk sehinggakan ak berpeluk tubuh kerana selimut tidak mampu memanaskan tubuh. Ak terjaga dari lena bila terdengar cakaran dari luar tingkap dan bunyi tapak kaki di atas almari baju.

Aku memberanikan diri memanggil su namun su lena di tilamnya. Tiba-tiba bunyi healer dibunyikan dan ketua blok memanggil semua pelajar untuk turun kerana ada perkara yang mengejut. Aku mngejutkan su dan mnyuruh dia bersiap. Kami mmbasuh muka dan menyarung tudung. Dalam perjalanan turun ke bawah su kata dia tertinggal telefon bimbitnya dan su berpatah balik tanpa mngajak aku. Ketika sedang berkumpul kehadiran diambil oleh penolong ketua blok. Sampai di nombor bilik aku. Nama ku dsebut. Tapi tidak roomate ku. Aku bertnya kenapa tiada nma roomate.

Ketua blok balas dengan ayat ‘awak dah 5 bulan kat sini. Bilik awak tu tak ada roomate’ aku terdiam dan binggung seketika. Aku mengajak mereka ke blik untuk mlihat barang2 roomate ku. Ketika smpai bilik hanya ruangan ku dipenuhi barang. Manakala bahagian sebelah kosong….

 

 

cak

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Kamsis”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.