Kandunganku diragut akhirnya

Salam Admin serta semua pembaca FS dan Selamat Hari Raya
Saya Janani dari Malaysia. Maaf saya tak dapat tulis negeri mana.Tapi janji dari Malaysia. Terlebih dahulu biar saya memperkenalkan status saya yang merupakan seorang janda yang berumar 32 tahun. Saya mendirikan rumah tangga pada 2009 dan ia berakhir dengan rasmi pada 2012. Tujuan saya menulis di FS ini untuk berkongsi peristiwa yang berasal dari pengalaman saya sendiri. Maaf sekiranya tak seram.

Aku disahkan mengandung pada Januari 2010. Tarikh tak ingat. Maaf ye. Suami ku sungguh gembira begitu juga dengan ibu bapanya. Aku dilayan dengan begitu baik sekali. Segala permintaan ku ditunaikan tanpa sebarang persoalan. Maklumlah diriku pada masa itu mengandungkan waris keluarga mereka. Tapi salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya pada diriku ialah aku tidak dibenarkan untuk memberitahu pasal kandungan aku dan menziarah keluarga aku disini. Walaupun hati memberontak namun aku pendamkan segalanya kerana memikirkan suami adalah dunia ku. Tetapi semasa kandunganku mencecah ke 2 bulan , layanan keluarga mentua ku berubah sama sekali. Tidak lagi teguran mesra dari mak mentua. Bapa mentua dan adik ipar ku langsung tidak bercakap dengan ku. Seolah olah kandungan ku tidak disenangi oleh mereka. Sekiranya suami ku membawa ku keluar pada malam tersebut pada keesokan harinya pasti akan timbulnya pertelingkahan antara bapa mentua dan suami ku. Walaupun kesedihan bersarang dalam hati namun ku masih dapat menerima segala galanya kerana beranggapan suami ku masih menyayangi ku sepenuh hati.

Tahun tersebut aku bekerja di salah sebuah hospital swasta yang berhampiran dengan rumah mereka pada masa itu. Setiap hari suami ku akan menhantar dan menjemput ku balik. Walaupun layanan mentua ku berubah sama sekali namun masih setiap bulan aku tetap bagi mentua ku separuh dari gaji ku sudah menjadi kebiasaan. Mak mentua ku akan menerima duit gaji aku tanpa sebarang kata.

Memang setiap hari shif aku akan tamat pukul 9.30pm namun sekiranya ada permintaan untuk kerja lebih masa aku tetap akan membuatnya. Mana nak cakap tak boleh sebab itu tanggungjawab ku. Sekurang kuranganya otak fikiran dapat melupakan masalah di rumah untuk beberapa jam. Suami ku akan menungggu dengan sabar dan ikhlas di ruang menunggu. Seperti biasa shif tamat pada jam 9.30pm. Aku hairan ketika tiba di ruang menunggu. Kelibat suami ku tidak kelihatan. Aku menyedapkan hati dengan fikiran ‘mungkin dalam perjalanan kot’.

Aku cuba menghubungi suami ku tetapi nombornya tidak dapat dihubungi. Aku masih menunggu dengan ikhlas atas nama cinta. Kira kira pukul 10.40 aku terima panggilan dari suami ku ‘ sayang abang memohon maaf ya, abang dalam perjalanan ke Segamat dengan mak dan ayah kerana mak cik tenat. Sayang cuba minta bantuan rakan untuk hantarkan ke rumah ya. Kunci kat jiran. Nanti dapatkan kunci ya sayang’. Belum sempat aku bercakap suami aku hang up call. Rasa sebak dan terkilan seketika tapi aku tak fikirkan sangat. Terpaksa la ku berjalan ke farmasi out patient untuk mendapatkan rakan saya Geetha (nama terpaksa dirahsiakan. Maaf ya). Setelah menerangkan situasi ku yang sebenar, rakan aku bersetuju menghantar ku balik.

Sewaktu keretanya berhenti di depan rumah, perasaan seram sejuk mula bersarang di benak fikiran ku kerana ia kelihatan umpama rumah berhantu. Tiada lampu yang dibuka. Sebelum balik Geetha bertanya ‘Jansi u ok ke? Nak I temankan you masuk’? Aku berkata ‘ Takpe la Gee, I ok je’. Sebelum Geetha balik dia menurunkan cermin passenger seat dan sempat berpesan ‘ko tak payah nak percayakan sangat keluarga nie’. Aku hanya mampu bersenyum tawar. Setelah mendapatkan kunci dari rumah jiran aku melangkah masuk dan menutup pintu.

Semasa aku membuka lampu ruang tamu aku rasa tak tenteram. Pada masa itu aku tidak dapat nak fikirkan apa apa. Terasa lapar pulak pada masa itu. Aku berjalan ke dapur dengan harapan akan ada lauk tengahari namun sangkaan aku meleset sama sekali kerana segala pinggan mangkuk telah dicuci. Aku menyentuh perut ku dan berkata ‘sayang tidak mengapa ya ibu minum susu dan roti ya’ Makan malam aku dan baby pada waktu itu hanya la dengan susu dan roti.

Rasa mengantuk dan penat aku naik tangga ke tingkat dua. Segala lampu ruang tamu aku tutup. Pada pukul 12.15am sebelum tidur aku cuba menghubungi suami ku semula namun handsetnya ditutup. Aku tidur dengan bertemankan baby.

………………………………………………………………………………………………….

Aku sedang berdiri di tepi jendela memandang ke luar. Pandangan ku memang kosong. Kira termenung kosong la. Tiba tiba aku ternampak kelibat seorang budak perempuan yang memakai gown putih paras lutut dan rambut lurus cantik berjalan kearah sebuah tiang elektik dengan patung lembut arnab di tangan kiri. Aku hairan mengapa budak itu berjalan ke arah tiang elektrik. Aku cuba bersuara tapi aku menyedari suara aku tersekat. Aku cuba memanggil kembali. Rasa mungkin budak itu menyedari ada orang memanggil nye sebab dia berhenti sebentar tapi dia tidak menoleh ke arah ku.

Aku amat terkejut apabila budak perempuan itu mula memanjat tiang elektrik. Budak itu terus memanjat tiang elektrik tanpa berhenti. Aku cuba menjerit tapi aku tidak pasti mengapa suara aku tersekat. Sesudah sampai ke atas budak itu cuba berdiri dan berjalan ke arah dawai besi yang mengalirkan elektrik. Semasa budak itu cuba memijak dawai besi tersebut depan mata aku sendiri dia terkena renjutan elektrik. Aku hanya mampu menangis dan cuba menjerit namun tidak pasti mengapa suara ku tersekat.

Tubuh kecil yang berbaju gown putih itu beransur ansur berubah hitam dan terus direnjut elektrik dan setelah beberapa saat renjutan itu berhenti dan semasa tubuh itu hendak jatuh kakinya tersangkut pada dawai dan masa itu la aku nampak dengan jelas mukanya. Pada saat itu yang aku pasti budak itu telah meninggal tetapi kakinya tersangkut pada dawai dan mukanya menghadap diri ku. Tidak pasti di mana aku berdiri masa itu tetapi matanya seolah olah merenung aku dengan satu pandangan yang sehingga kini tidak dapat ditafsirkan.

Aku terbangun. Tidak pasti mengapa mimpi sedemikian.

Selepas satu minggu aku mendapat mimpi tersebut , aku mengalami keguguran. Aku tidak ingin untuk mengimbas kembali apa yang dibuat oleh keluarga itu yang telah lama ku kuburkan bersama dengan memori pahit. Tetapi yang aku pasti mimpi pada malam itu ada kaitan dengan mereka bertiga yang senyap senyap pergi Segamat.

Tuhan maha mengetahui segala galanya. Aku hanya berserah kepada NYA.
*maaf ya kalau tak seram*
Sekian Terima kasih

Janani
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 comments

  1. kite xpahamlah..tibe2 tuduh ada kaitan ngn family husband.tp lgsg xda citekan kenapa. just becos they diddnt treat u nicely.boleh tak cite elok2 cikit

  2. ehhhhh boleh lak camni..semua citer macam tiba-tiba then end up tak nak imbas kembali ape yg family husband buat? ehhhhhhh pastu dah kenape start cerita ni?eh eh ehhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.