KANDUNGANKU SAYANG

KANDUNGANKU SAYANG (#east)

Assalammualaikum terima kasih pada FS menyiarkan karya saya . Nashkah kali ini agak berat sedikit , ada unsur psychology sikit , cuba fahami betul betul penyampaian saya mungkin ada yang pening sedikit. Kisah Benar atau Kisah Reka , tiada beza kerana matlamat kita menyampaikan ilmu , dengan membaca. Kisah ini kisah benar yang diubah jalan cerita hampir 50% , cerita seorang wanita menginsafi perbuatan menggugurkan kandungan.

Entah kenapa aku masih belum tidur dah masuk hari kedua, tidurku tidak cukup . Hanya 2 jam waktu tidurku, sampai bos memarahi aku . Berbagai cara aku lakukan tapi tetap tak dapat tidur. Namaku Aishah dan pekerjaanku sebagai Akauntan sebuah syarikat swasta. Aku sering dipuji oleh bos kerana kerja kerja yang aku lakukan tidak perlu memakan masa yang lama tapi sejak kebelakangan ini, prestasi kerjaku jatuh teruk tak tahu dari mana puncanya. Sesekali angin kipas tak dapat ku rasakan mungkin panas dalam barangkali. Badanku yang cantik berbeza sekali semenjak prestasiku merosot. Aku sering muntah muntah di pejabat sehinggalah,

“Taniah puan , Puan mengandung 3 minggu”, kata Doktor Lulu.

Aku terkesima, MENGANDUNG! Anak siapa sejak bila aku kahwin. Aku musykil dan mendesak supaya pemeriksaan dilakukan banyak kali. Doktor Lulu cakap yang ditunjukkan ini adalah ujian yang kelima . Aku berjalan perlahan memikirkan punca, siapakah ayah kepada bayi ini. Aku mendapatkan Remy iaitu kekasihku. Dan dia mengaku saat kali terakhir kami bersama, dia tidak memakai sarung. Kemungkinan itu aku mengandung. Aku tidak sedia menjadi ibu tambah anak ini anak haram bentak hatiku. Tanpa bernikah, aku tak mahu bayi ini. Aku terfikir menggugurkan kandungan ini dalam kadar segera sebab kalau lambat ia mungkin memberi kesan pada diriku. Remy pula mula berpaling dariku.
Dasar jantan tak guna, sedap kau dah dapat perlahan kau mahu tinggalkan aku. Perlahan aku memandu, aku terkenang saat mengenali Remy dan secara tiba tiba aku terlanggar sesuatu dan keretaku hilang kawalan dan terus masuk ke belukar.

Perlahan aku bangkit dari lena ku. “Ah di manakah aku sekarang? Indah sungguh tempat ini”, bisik hatiku . Aku dapati aku di sebuah kampung di mana kampung itu amat indah sekali . Saat aku memasuki kampung , kelihatan anak anak kecil memandangku dan tersenyum . Aku disambut meriah oleh mereka. Dan dihadapan ku seorang pemuda yang kacak berdiri menyambut kedatanganku.

“Assalammualaikum selamat datang ke kampung kami”, katanya.
“Waalaikummussalam . Saya tersalah arah dan tak tahu ke mana harus saya pergi”, kataku.
“Kalau begitu bermalam sahaja di kampung kami. Kebetulan malam ini ada majlis keramaian”, kata lelaki itu.
“Nama saya Aisyah”, aku berkata
“Oh nama saya Yahya . Saya ketua kampung”, kata Yahya.
“Muda lagi dah jadi ketua kampung ” kata ku
“Tak adalah . Saya biasa sahaja , mari saya tunjukkan tempat bermalam ” kata Yahya sambil mula mengorak langkah .

Entah kenapa hati ku berkecamuk sebentar tadi seakan lenyap . Yahya terlihat aku sentiasa memegang perutku. Pandangannya seolah tengah ‘scan’ di dalam perutku, cepat cepat ku betulkan bajukuĀ  .

“Aisyah mengandung ? Alhamdulillah rezeki tuhan “, ucap Yahya.

Aisyah tersenyum tapi risau jika terlepas cakap yang anak itu tak sah taraf . Aisyah terlena di rumah yang Yahya tunjukkan akibat keletihan .

Aku terjaga dan kali ini aku dapati diriku diikat. Aku cuba lepaskan diri tapi apakan daya tenaga seorang wanita tidak sekuat mana . Perlahan segerombolan pelatih hospital datang menjenguk.

“Okay semua, ini adalah Jenazah seorang wanita meninggal dunia malam tadi”, kata Doktor itu .

Meninggal? Aku meninggal? Saat itu aku rasakan bagai dipanah petir . Dan aku dapat melihat jelas jasadku terbaring kaku .

“Untuk pengetahuan semua, wanita ini mengandung 3 minggu. Ada niat nak b***h anak dia, sampainya hati wanita ini kan dah salah dia nak b***h pulak bayi dia. Dah sedap nak b***h”, kata Doktor diselangi gelak tawa pelatih pelatih yang lain .

“Dia ni memang patut m**i pun doktor . Nak b***h bayi sendiri dah la terlanjur tak tahu malu. Wanita jalang ni”, kata seorang pelatih dan gelak tawa bergema di sekelilingku . Aku menutup telinga dan menjerit. Aku berlari ke pintu hospital tapi gelak tawa masih tidak berhenti. Aku kembali ke wad aku dan aku melihat pelatih pelatih tersebut tengah membelah perutku . Aku tergamam di saat mereka mengeluarkan janin bayiku.

“Argh tidak. Jangan kacau janin bayiku. Tidak, tidak”, aku menjerit bagai orang gila .

Akan tetapi seorang pun tidak mendengar habis basah tangan dan muka mereka dengan d***h yang merecik. Perlahan ku rasakan kesakitan yang amat sangat di perutku. Aku menahan sakit yang teramat sangat, perlahan air mataku mengalir aku menjerit kesakitan yang amat sangat. Aku berdosa, Ya Allah Ampunkan dosa ku, Ya Allah kerana mengabaikan mu di saat aku senang Ya Allah. Aku bersalah dan bukan bayiku Ya Allah , Ampunkanlah dosa ku Ya Allah.

Perlahan dalam menahan kesakitan terbayang wajah dan kata kata arwah ibuku.

“Aisyah, nanti kalau dah jadi emak. Jaga cucu ibu tu baik baik didik dengan agama. Kerana Agama kita hidup kerana Agama kita m**i pun tak pe. Ingat ayat yang ibu ajar tadi tak? Cuba baca ibu nak dengar?”, kata Ibuku.

“Innasolati wamayahya wamamati lilah hitaala”, bacaku tersenyum.

“Wah pandainya anak ibu . Meh ibu cium sikit”, ibuku mencium dahiku.

Airmata penyesalanku mengalir, kerana keletihan yang teramat sangat aku terlena menahan sakit .

Aku tersedar tapi dalam kegelapan. Aku cuba mencapai apa yang ada di hadapanku. Tapi tiada apa. Aku hanya termenung dan perlahan lahan terlihat cahaya putih menghampiri ku. Umpama melihat wayang gambar di sekeliling ku, aku melihat setiap kesalahan ku yang pernah aku lakukan. Zina, Arak, Menipu, Khianat, Fitnah bermain di wayang gambar itu. Aku hanya mampu menangis dan menyesali perbuatanku . Dan sekali lagi cahaya putih datang tapi kali ini. Aku melihat taman yang tersangat indah, sukar di luahkan bagaimana indahnya ia . Aku tergamam . Perlahan Arwah ayah ku dan Arwah ibu ku muncul dalam wayang itu dan berkata,

“Aisyah , kembalilah . Allah SWT masih menyayangi mu nak”, kata Ibu ku.

“Aisyah, kami gembira Aisyah berjaya . Tapi kami tak gembira Aisyah sesat jauh dari islam. Lihatlah alam terbentang luas ini . Tidakkah Aisyah dahulu ingin dan mahu ke taman ini ? Berubahlah nak”, kata Arwah ayahku.

Perlahan mereka lenyap dari pandangan mata .

Perlahan lahan sesusuk tubuh muncul di hadapan Aisyah. Aisyah kenal lelaki itu . Itu Yahya.

“Aisyah , hadirku bukan untuk apa tapi untuk kau sedar apa kesilapan yang harus kamu perbetulkan”, kata Yahya.

“Aku bukan tuhan tapi aku hanya insan biasa yang tak bisa dilihat dengan mata kasar. Bertahun aku melihat kau tersasar jauh dari agamamu. Adakah kau lupa akan aku sahabatmu di waktu kecil?”, soal Yahya.

Aku cuba mengingati kisah sewaktu aku kecil. Ya memang aku mempunyai kawan sekolah tahfiz bernama Yahya .

“Aku temanmu tapi kau tidak tahu siapa aku. Aku islam usah kau khuatirkan aku akan mengganggumu. Hadirku adalah untuk kesedaranmu”, kata Yahya.

Perlahan Yahya lenyap dan Aku terjelopok jatuh menangis tak terhingga, perlahan lahan mataku tertutup .

Aku terjaga tepat 10 pagi, berada di tepi jalan. Di dalam kereta, perlahan ku melihat perutku.

“Kau halal atau haram, kau tetap anakku. Akan ku didikmu dan jagamu dengan penuh kasih sayang”, kataku.

Perlahan air mataku mengalir. Aku mengucap syukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup sebagai hamba Allah SWT. Aisyah memandu kembali ke rumah. Yahya tersenyum di balik pokok. Alhamdulilah kembalilah kamu di sisi tuhanmu Aisyah.

Yahya hilang dibawa angin .

Tamat

Pesanan :
Kerana solatku , hidupku dan matiku adalah untukmu Ya Allah
Sentiasa ingat dan jaga diri semoga terhindar dari kemaksiatan. Anugerah Anak sama ada Halal atau Haram, peliharalah. Sesungguhnya tiada hadis atau dalil pernah menyatakan Anak Haram itu tidak layak masuk ke syurga. Tanya sendiri diri kita Anak Halal, ‘layak’ kah kita ke syurga?

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “KANDUNGANKU SAYANG”

  1. Assalamualaikum. Maaf tegur. Ayat al-quran tersebut ade tertinggal ayat, “innasolati ‘wanusuki’ wamahyaya wamamati lillahi rabbil ‘alamin”?

    Maksud “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah”

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.