KARMA

Assalamualaikum readers , saya harap yang semua terhibur dengan kisah tragis dan tidak seberapa seram ini .

“Kalau itu yang kau pilih , kita lihat siapa yang sengsara, kau ingat aku tiada hak… ? ”

Pangggg ! Satu pukulan padu tepat di kepala Anas . Kepalanya berdenyut matanya kabur seakan tidak menahan impak pukulan itu . “Itu baru sikit Anas , ko tunggu !” Terdengar sayup suara parau dan kasar itu sebelum Anas tidak menyedarkan diri .

Berdiri seorang lelaki disebelah tubuh Anas yang terkulai layu , mukanya penuh kebencian , kudratnya dibaluti dengan kebengisan . Di sudut gelap bilik tersebut , ada sebuah bongkah kaca yang isinya seorang wanita yang manis , dan sopan pakaiannya . Dia membelai kaca tersebut seolah sedang membelai wanita yang berada dalam bongkah kaca itu . “Sabar ayunis, tak lama lagi….” . kumat lelaki itu sambil senyum meleret .

Lelaki tersebut mengheret Anas ke sebuah kerusi usang yang hanya akan berkhidmat untuknya malam ni sahaja . “Kenapa tidur lama sangat ni , dasar pemalas!” Panggg ! satu tamparan hinggap di pipi Anas . Lalu , lelaki itu menyimbah air sejuk ke muka Anas berterusan sehingga Anas terbangun dalam kelemasan dan kesejukkan . Belum sempat Anas melihat wajah si bengis itu , matanya dahulu terpandangan gadis di dalam bongkah itu .

“Itu Ayunis ! Ya Allah mengapa dia berada di tempat yang kejam ini ?”
“Kau siapa ? Apa kau mau ?”
“Woi , Lepaskan Ayunis ! Kau tak ada hak ke atas dia !” Jerit Anas bertubi-tubi.

Lelaki itu masih berpaling daripada muka Anas — Sedang mengasah pisau yang berkilau disinari cahaya lampu mentol dalam bilik kecil itu .

“Mohd Anasatria Bin Tan Sri Mahmood , nama dan muka yang lawa tapi perangai ibarat diktator , kejam !”
“Apa yang aku telah buat kepada kau sehingga kau bencikan aku ?”
“Kau tak ingat langsung perkara terkutuk yang pernah kau buat kepada aku ?” . Lelaki bersuara bengis itu berpaling dan menenung mata Anas dengan pandangan yang penuh kebencian .

“Zhaff…. Zhafrann !” Anas begitu terkesima apabila mendapat tahu bahawa lelaki itu ialah rakan karibnya.
Zhafran datang ke arah Anas dengan sebilah pisau lalu menghiris manja pisau itu di pipi Anas sehingga cecair pekat bewarna merah mula mengalir dari kesan hirisan itu dan menusuk pisau itu dipergelangan tangan Anas. Mata Anas terbeliak , anak tekaknya seakan ingin tercabut menjerit lara kesakitan akibat tusukan padu daripada Zhafran .
“Apa salah ku Zhafran ?” Ucap Anas dengan suara terketar dan esakan tangisan .
“Kau tanya salah kau apa ?”
Zhafran dengan tiada belas kasihan melibas muka Anas dengan rantai besi bekarat .D***h pekat menyembur keluar daripada mulut Anas , mukanya lebam bebola matanya pecah berdarah dek impak libasan rantai besi itu. Sekali lagi Anas seakan tidak sedarkan diri , tetapi Zhafran kali ini tidak memberikan peluang langsung kepada Anas . Dia mengambil air sejuk tadi di simbahnya ke arah muka Anas .
“Kau bangunlah lelaki tak guna , aku nak jawab soalan kau sekarang !”
“Kau tak ingat kau malukan adik aku depan orang ramai ?”
“Kau tau tak dia tu down syndrome , gara-gara kau dia nekad b***h diri sebab malu dengan dirinya sendiri . Kau kata kau tak tahu ?” Zhafran menjerit seperti orang yang tidak punya akal .

“Jari kotor ini yang tolak kepala adik aku kan ?” Zhafran mengambil Playar lalu mencabut kuku jari tangan Anas satu persatu — kraak kraak bunyi kuku Anas bila disentak dengan kuat . Anas tiada lagi bermaya hendak melayan sakit itu . Mengalir air jernih daripada mata memukau Anas yang kini lebam , dia berasa sangat sedih kerana tidak tahu bahawa keterlanjurannya membawa padah kepada dirinya ……

4 tahun yang lalu
Dahulu Anas merupakan sahabat baik kepada Zhafran atau nama sebenarnya Fadhli Zharfan Bin Fauzi Pilus . Mereka sangat rapat sehinggakan mereka digelar “Anak Kembar Emas” , mereka membesar bersama-sama sehinggalah pada suatu hari Anas bertemu seorang wanita bernama Ayunis .

Wajahnya ayu persis seorang model muslimah tambahan beliau seorang yang sangat peramah . Kehadiran Ayunis tidak langsung merenggangkan hubungan Anas dan Zharfan , malah mereka selalu keluar bertiga .

Walaupun Zharfan selalu bersama dengan Anas , tetapi dia tidak pernah mengabaikan adik kesayangannya Puteri Maisara yang muda setahun daripadanya . Puteri merupakan seorang anak istimewa yang mempunyai down syndrome . Anas , Zharfan dan Ayunislah yang selalu menemani Zharfan untuk melayan kerenah Puteri yang kebudak-budakkan itu .
Dalam diam , puteri mula jatuh hati dengan Anas yang mempunyai muka iras pelakon bernama Fizo Omar. Dia selalu perhatikan Anas dari jauh disebabkan rasa malunya untuk berhadapan dengan Anas . Walaupun , Anas telah menjalinkan hubungan dengan Ayunis tapi Puteri tak mengendahkannya , dia tampil beranikan dirinya untuk mendekati Anas dan meluahkan perasannya .

“Abang Anas….” Puteri menegur Anas dengan pelat kebudak-budakkan .
“Kenapa puteri ? Ada apa-apa abang Anas boleh tolong?” Balas Anas
“Sebenarnya , Puteri sukakan abang Anas dan boleh tak kalau kita kahwin ?”
“Puteri , Abangkan dah ada kakak Ayunis. Abang sayang puteri macam adik abang.”
“Tak nak , Puteri nak dengan abang jugak!” Rengek Puteri sambil memeluk Anas .
“Apa ni budak cacat ? Kau dah melampau tau tak , kenapa kau peluk aku ? Aku malu orang pandang!” Marah Anas kepada puteri.

Di suatu sudut , Ayunis sedang merakam adegan yang di anggapnya cukup “kelakar” . Dia ketawa terkekeh-kekeh sebab merasakan ianya lucu , seorang budak cacat ingin mengahwini seorang putera raja yang ditakdirkan jodoh untuknya .

“Aku ada dekat mana ni ? Tolong Aku !” Jerit Ayunis meronta-ronta . Jeritan itu segera menyentak Anas daripada lamunannya tentang peristiwa yang lucu pada ketika itu , tetapi menjadi peristiwa perit pada dirinya sekarang .

“Hahahaha , Ayunis si jelita manis sudah bangun dari tidur.”
“Apa kau nak dari aku Zhafran ? Aku tak kacau hidup kau pun !”
“Ayunis , Ayunis ! Walaupun wajahmu lawa tapi tidak budi bicara mu !” Sergah Zhafran sambil memukul bongkah kaca itu sehingga tangannya berdarah .
“Kau sangka aku bodoh tak tahu yang kau rakam video adik aku ?”
“Walaupun orang ramai ketawakan adik aku , kamu berdua masih terus malukan adik aku !” Zhafran tunduk , tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa adiknya dimalukan di hadapan orang ramai sehingga Puteri nekad b***h diri di dalam biliknya akibat dimalukan dengan teruk oleh insan yang tidak punya hati perut itu .

“Hehe , kau rasa kali ini aku boleh lepaskan kamu berdua ? Kau tunggu balasanmu, kau akan aku seksa !” Kata Zhafran dengan sinisnya.

Zhafran menolak bongkah kaca dengan sepenuh kudratnya yang berisi Ayunis ke sebuah tempat yang sangat gelap . Lalu , Zhafran beralih ke tempat Anas dan di pijaknya perut Anas , sekali lagi Anas memuntahkan d***h yang amat banyak akibat dibelasah teruk oleh Zhafran . Zhafran menarik rambut Anas lalu diheret ke bilik tempat Ayunis ditempatkan , Anas kelihatan seperti sebuah jasad yang rohnya dihujung kaki . Seraya itu Zhafran mencapai sebuah gelen yang berisi minyak gasolin dan dia mencurahkan gasolin itu disetiap sudut bilik gelap itu tanpa meninggalkan sedikit sisa pun.

“Ya Allah Anas Bangun, Selamatkan Ayunis !” Ayunis menangis teresak-esak , beliau melutut memohon ampun kepada Zhafran.

“Kalau itu yang kau pilih , kita lihat siapa yang sengsara, kau ingat aku tiada hak.” Zhafran mengucapkan kata-kata terakhir itu dan mencampakkan mancis ke dalam bilik itu dengan sepantas kilat api merebak dan menjilat tubuh-tubuh mereka berdua .

Melihat Anas dan Ayunis meronta-ronta kesakitan , Zhafran menangis ! Antara kasihan dan benci berkecamuk dalam sanubarinya , dia kebingungan . Dia mengenggam erat gambarnya dengan Anas sewaktu mereka muda remaja , dia mengenang kembali zaman suka mereka bersama tetapi silih berganti ketawa Ayunis menerpa mindanya membuatkan adrenalin kebencian meranapkan belas kasihannya kepada mereka berdua . Dalam tak sedar , Zhafran bergerak dengan lemah ke arah tingkap yang terbuka luas dan dia berdiri begitu hampir dengan bingkai tingkap itu .

“Adik , semoga kau tenang di dunia sana . Kau anak istimewa Puteri .” Zhafran mengucapkan kalimat dengan suara yang tersekat akibat esakan tangisannya .

Seketika itu , Zhafran melihat dirinya , dia melihat individu yang jijik , kejam dan tidak berperikemanusiaan . Namun , dalam pada kesal itu dia ukirkan senyuman dan menarik sebuah nafas yang panjang lalu dihembuskannya dengan perlahan . Titisan air matanya tetap mengalir , sesungguhnya kekesalannya amatlah besar .

“Anas , Selamat ulang tahun yang ke 21 kita jumpa di sana .” Zhafran ukirkan senyuman ikhlas dibibirnya lalu terjun daripada tingkat 32 kondominium miliknya .

“Jangan gelar sahabat jika tak kenal budinya,
Jangan gelar sahabat jika tak selami akalnya ,
Jangan gelar sahabat jika tak faham kekurangannya.”

-TAMAT-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “KARMA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.