Kasyaf ?

Assalamualaikum pada semua pembaca FS .Terima kasih admin andai kisah aku ni diterima . Aku silent reader setia dalam page FS selama ni . Kisah yang aku nak kongsikan bukan kisah seram tapi bagi aku sebagai satu persoalan . Aku ada baca beberapa kisah dalam FS tentang KASYAF dan paling latest KASYAF HATI so aku cuba mengetengahkan kisah aku ni supaya dapat jawapan tentang perkara yang aku alami ni . Aku pun tak pasti apa yang aku alami ni adalah kasyaf atau tidak . Harap jika ada pembaca yang arif boleh kongsikan jawapan supaya terjawab persoalan tentang apa yang jadi pada diri aku…

Maaf intro terlalu panjang sebab ni kali pertama aku menulis . Maaf jugak andai ada kesilapan dalam penulisan aku sebab aku karang cerita ni pakai handfone . Aku mulakan kisah ni waktu aku darjah 4 . Masatu aku fikir yang kematian akan jadi pada orang yang berusia (tua) sebab masatu aku fikir arwah nenek aku yang akan meninggal dulu tapi Allah nak tunjuk pada aku bilamana arwah Paklong aku meninggal dunia sebelum nenek aku . Al Fatihah buat arwah nenek dan paklong aku . Jadi aku belajar yang ajal tak kenal usia dan aku sentiasa cuba ubah pemikiran aku supaya jadi lebih matang soal ajal dan maut ni.

Benda yang aku rasa sebagai Kasyaf ni jadi bila aku masuk sekolah menengah . Aku selalu bayangkan kalau aku meninggal dan terbayang keadaan bila jenazah aku dalam rumah dan aku tengok sendiri jenazah aku . Benda ni jadi berulang kali sampai la satu hari aku terbayang dalam 3 hari atau seminggu macam tu dan arwah kawan aku (Al Fatihah untuk arwah) meninggal dunia . Tapi aku tak rasa apa apa lagi masatu.

Bila aku kerap terbayang situasi aku sendiri melihat jenazah aku tu sampai aku rasa benda ni bukan bayangan lagi tapi dah jadi vision mesti akan ada orang terdekat aku meninggal . Tempoh aku dapat bayangan tu dalam 3 hari atau 5 hari atau seminggu sebelum ada kematian . Contohnya kejadian lain yang jadi bila aku dapat bayangan tu dalam tempoh aku sebutkan tu arwah mak kawan aku meninggal , arwah atuk kawan aku meninggal .

Untuk pengetahuan pembaca , aku dapat bayangan ni bukan selalu (bukan dalam tempoh yang dekat) dan bukan setiap kali ada kematian . Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi macam aku cakap tadi bila aku dapat bayangan mesti akan ada orang terdekat aku akan meninggal dunia .

Bila aku dah masuk alam pekerjaan dan aku bekerja di satu tempat ni , ada jugak kematian pada kenalan tempat kerja dan ahli keluarga mereka tapi aku tak dapat bayangan pun . Contoh lain yang aku dapat kongsikan bila aku tiba-ll dapat bayangan kematian aku dan 3 hari lepas tu arwah ayah kepada supervisor aku meninggal dunia (Al Fatihah buat arwah).

Lama kelamaan bila aku dapat bayangan aku akan menunggu siapa yang akan meninggal dalam tempoh kurang dari seminggu . Aku takut kalau aku dapat bayangan dan orang yang aku sayang akan dijemput Ilahi . Sebab aku tak dapat rasa pun siapa yang akan meninggal cuma aku dapat rasa je akan ada kematian dalam tempoh terdekat dan orang yang terdekat contohnya kawan aku , jiran aku , keluarga kawan aku , keluarga jiran aku.

Mungkin ada pembaca yang tertanya aku tak pernah tanya atau rujuk pada sesiapa ke untuk dapatkan jawapan tentang keadaan aku ni kan ? Jawapan nya aku pernah bercerita je pada orang yang aku percaya tapi jawapan yang mereka bagi pada aku tak jumpa lagi jawapan yang sesuai . Satu lagi kenapa aku tak cari orang untuk aku rujuk sebab aku takut orang tak percaya pada aku sebab aku ni bukan orang baik orang alim yang sentiasa kerjakan suruhan Allah dan sunnah Rasullah , jadi tu antara sebab aku kongsikan kisah aku kat sini moga Allah temukan aku dengan jawapan yang sesuai.

Sampai sini sahaja kisah aku tentang keadaan yang aku sendiri tak pasti kasyaf atau bukan . Dan jika benar kasyaf , kasyaf jenis apa keadaan aku ni sebab menurut sumber bacaan aku kasyaf ni ada banyak jenis . Sekian sahaja daripada aku maaf jika panjang lebar dan pembaca tak berpuas hati dengan gaya penulisan dan cerita aku ni. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.6]

2 thoughts on “Kasyaf ?”

  1. Sblm ni aku ada sorg staff pompuan keje 1 tmpt ngan aku.. sbb aku ni jenis friendly, so staff ni ada buka 1 rahsia pasal diri dia.. dia kata, dia akn dpt alamat kematian melalui mimpi.. bila mlm dia bermimpi cabut gigi, dlm beberapa hari akan ada org terdekat yg akn meninggal.. jiran, kwn, sapa² yg berkenaan lah.. so bila dia dpt mimpi tu, dia akn terus bgtau bapak dia supaya buat persediaan sbb bapak dia org yg dipertanggungjwbkan menguruskan jenazah.. baru² ni bapak dia pun tersenarai utk menguruskan jenazah covid kt HTAR.. cerita seram dari bapak dia masa uruskan jenazah pun bnyk juga.. emmm

    Reply
  2. Sama mcm keadaan akk dlu dikk.. tp alhamdulillah.. ‘rase’ tu lama kelamaan hilang dgn sendirinya… dlu smpai takut bile dpt ‘rasa’ cmtu.. sampai tertanya2, “sape lagilah yg akan meninggal ni..” cumeny, yakin & percaya semua tu takdir Allah.. tiada yg kebetulan melainkn kemahuan dr Allah s.w.t.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.