KAU BUKAN KAWAN KAMI!
Assalammualaikum pembaca FS. Nama aku shahrina. Selama ni aku baca je segala kisah org, kali ni aku nk kongsi pengalaman seram aku dan juga pengajaran buat aku. And sorry tau, aku tak pandai sgt dari segi penulisan ni.. Hahhhaha
Ok, ceritanya mcm ni.. Time tu aku belajar kt KYM, tp asrama aku dekat alai perdana (deretan kedai). Blok kami (asrama perempuan) ada 2 blok, mengadap. Asrama lelaki cuma 1 blok sahaja tp 3 tingkat, belah blakang dari salah 1 blok kami, dan asrama lelaki berdepan jln masu utama alai perdana ni.
Dalam penghuni² puteri ni, kira aku ngan geng yg sekepala dengan aku ni boleh kata nakal laa.. Kitaorg suka melepak sampai ke pagi kt bwh @ bilik² prep (kedai, atasnye dorm), tp bukan study mcm sesetengah students. Sampai pakcik guards kt situ dah boleh kaw-team dengan kiteorg. Janji jgn bising katanye.. kalau taknak naik tido. Rutin kt sini, lepas je mkn mlm dlm pukul 6lebih, dan bdk² asrama perempuan ni dah abis sembahyang magrib dan ishak, normalnya dlm pukul8 ke 9, penghuni dah mula ke bilik² prep. Study.. Siapkan apa² homework.. dan sewaktu dgn nya lah.
Selain program lain mcm lepak bilik tv atau memerap dlm dorm bermalas²an or cuci baju. Mmmm, Dlm pukul11 mlm plak, kebayakkan students dah naik atas masuj dorm memasing nk tido.. hanya segelintir yg masih habiskan exsiment masing², kira kt situ tak ade had wajib masok tido. Bukan asrama penuh or kem tentera.. Huhhuhuhuhuhuu. Dan pd aku dan sahabat², lebih suka menebeng kt corridor selain dok berhimpun dekat pentas plywood yg kami namakan starbuck..mang bahgia lepak kt situ sambil baring mengadap langit mlm berhiaskan bintang². Peliknya semua kami ni bukan lah dr batch atau dorm yg sama. Aliran course pon semua tak sama. Pada kitaorg yg penting sama sekepala. Sama perangai. Sama² naik, baru boleh get long
Dan untuk pengetahuan korg.. Masa kejadian yg nak aku kongsikan ni berlaku dalam bulan puasa. Bulan romatdhon al Mubarak. Mcm biasalah activity kiteorg, selain ngacau kwn² kiteorg suka melepak, menyanyi, bkumpul begosip, pendek kata ada je benda kiteorg nk make fun.. kiranya dlm byk² group asrama kt sinun, geng aku nilah yg paling byk main & membuang masa. Janji happy manjang. Dan tak menyusahkan org lain. Tiba² nk dijadikan cerita, ntah mcmne boleh plan sepakat setuju nk main spirit² of the coin.. kebetulan memang semua tak penah main, dengar cerita org adalah. Puncanya disebabkan bila dah merapu mengarut berimaginasi nk bantu kwn/bagi cadangan.. Tp semua tahu tak boleh pakai punya akal act. Janji benda tu lucu tok jd bahan merepek. Salah sorg geng aku ni joe-G namanya, dia ni punya pasal laaa, asyik membebel stress sbb esok dia ada paper test, tp tak ade mood nk study katanye. Boleh?? Hhahhhah.
So kami pon dok merapu merepek kononnya begitulah-beginilah cmne cara nk cari jln tok bantu dia nk dptkan soalan bocor dr lecture dia.. Dlm sonok gelak² ngan idea kerapu kepundem barang sekepel tu, ada sorg dr kami.. tp aku dh lupa sape, ckp mintak je bantuan dr hant (hantu), katanya kita tak boleh nk pergi usya soalan tu semua..tp hant boleh tlg salinkan soalan apa yg kuar sok utk kau joeG.. Tak semena² dlm geli² hati melawak, masing² tesengeh pandang sesama sendiri bila dengar idea mangkok ni, sambil bg isyarat pandangan mata & memek muka menandakan seolah²… Mmmmm, mcm interesting je…… Dan akulah yg membuat carta ABC budak tadika tu ngan jayanye, berdasarkan perbincangan rekabentuk senibina apa yg perlu ada dlm kertas lukisan tu. Hihhihihiihi sengal. #macam proposal project beria. Sgt bersungguh! Mlm tu jugak masing² sebok cari syiling lama
So memandangkan kami semua takde pengalaman dan tak take serious effect game ni, dpt plak keinginan nak tahu/sejauh mana kebenaran game tu.. Kami jd excited smcm mlm tu.. Walaupon rase takut tu ada.. Tp sbb majority perangai masok air plus sikap main redah janji best, buatkan semua ketorr nk try. 1-ada gak activity nk buat mlm tu kononnye. 2-Nk bantu joe-G la sgt.. 3-Mcm² soalan lah nk tanya.. pon satu hal memasing. Yg pasti, janji perasaan teruja membuak². Dpt² soalan yg berkaitan pakwe, semua sebok nk tahu pasal kapel masing²..kihhkihkihkihh.. Waktu preparation tu kira dh bincang²lah nk aju soalan apa. Seingat aku masa tu ada- fiza, comel, raja, amy, joeG, nora & farah. Almaklumlah kenangan lama. Tp yg telibat main hanya aku, raja, comel dan nora. Fiza jadi tukang tulis dan yg bg arahan. yg lain cuma buat ramai jd penonton untok tengok boleh percaya atau tak kehebatan spirit ni. Dan dorg tak berani sgt nk offer diri untok main. Time tu siap pasang lilin dan kami pilih bilik prep yg paling xde org yg study leh lalu lalang
So pada awalnye mcm nk ketawe pon ada.. Yelah, mana taknye semua perangai type tingtong biol² dan tak penah nk serious, kaki lawyer burok tak sudah. Masa dok ulang² ayat keramat tu byk kali mang cm hawau memasing, cm mane laa hant nk dtg kalo seru main².. End up, mang ada rase move pgerakkan jari kami, siap sound menyaound sama sendiri kot2 ada yg nk begurau. Tp keadaan syiling tu mang bergerak dgn sendiri nya.. tp dlm keadaan terhegeh² je. Mungkin dia tak tahu mengeja. Bengap semacam permainan dia, berlegor² cm bingai. Jd fiza bg arahan- kita anta balik je..hant ni tak gi skolah barangkali. So, makin terujalah kiteorg bila tau mang syiling tu cm magic bgerak². And kali kedua seru menyeru confident level kami naik lebih yakin tmasok yg jd tukang tengok pon kena ikut seru…kasi power laa konon. Kali ni tak de dah nk buat muka doyok, muka clown dah, semua teruja nk tengok magic, so peratus nk gelak makin tkawal.
Tiba²!! duit tu jd tak tentu arah ke sana ke mari. Aku, raja, comel ng nora tpaksa kawal pgerakkan energy tu jgn sampai keluar dr kertas, melalui arahan ketua kadet kami-fiza. Yg lain hanya reti tau mcm nk menjerit tp tak menjerit tiap kali syiling tu hampir merapati bucu or tepi kertas. Lama gak laa duit tu belegar² cm berok kena sambal lado. fiza mula mula bertanya.. Siapa ni? Nama? Laki atau perempuan? …syiling masih kehulur kehilir.. Pastu semua org sebok nk tanya..tmasok aku.. Umo laa.. M**i sbb apa laa… Adoii, ramai nk jd penyiasat. Masa tu aku tak boleh tangkap abjad benda ni tunjuk/berhenti. Terlalu kacau bilau dlm masa sama aku dan yg lagi 3org ni kena tekan lebih kuat agar malaun ni tak terlepas tersasar terkeluar daerah.
Dan masa tu fiza cuba focus & catit apa yg sempat, tengah huru hara kalut malott tu, fiza termenjerit.. siap tercampak pensel, dia buang ke meja ke buku sambil back off kebelakang..maybe tekujat….tp tak lepas usya pekataan kt buku. Semua pon agak teperanjat dan² semua sebok nk jeling buku tu, dengan aku² pon jd meremang gila babun time tu. Bila nmpk byk abjad H dan A.. Hant ni ngahh ketawaaaa!!!! Menakutkan. Macam mengejekk. Dengan keadaan syiling yg tak terkawal makin cuak semua org. So baik kita antar balik, sbelom jd pape lgpon mang agresiff sangat benda ni & agak berdegil, aku ng kwn² tak putus² ulang ayat soh balik tu sampai agak kuat jugak la suara memasing dlm bilik tu. Bila dh yakin takde, atas arahan fiza kitaorg tarik serentak jari masing²..tp mang terasa seram sejuk segenap bilik tu masa proses ni dr start dia masok sampai dia diseru pergi.. Merembang rambang tengkuk aku naik sampai kepala aku turut rasa membesar
Lepas tu semua keluar duduk kt corridor. Cuak mang cuak.. Tak percaya pon ye. Ada yg ckp tak nk main sbb menakutkan.. Mang rasa lain bila syiling bgerak & cm ada energy lain keliling kami..seakan ada makluk lain selain kami..ase real bila meremang tu datang. Tapi kan…… Ishhh³, rasa cuak kiteorg tu hanya skejap. Rasa nk lagi adalah. Dpt plak dorongan sesama sendiri. So tak lah kecut sgt.. Jd kami plan kali ni lebih serious, siap bincang short briefing -kita kena garang masa ajukan soalan dan main dlm keadaan jgn gelak² jgn panik², pehtu soalan tanya satu persatu. Masa tu jam dh hampir ke tengah mlm, kami semua pikir nk overnight je staybck kt bwh sampai sahur. Tulahhhh, sape kate bulan puasa tak de jin n tonic. Setann hant ni ada tau.
Kali ketiga ni kiteorg mang nak main sungguh²..kira rasa takut tu letak no2. Siap ckp inshaAllah kot, takde apa… (Adoii~ pikir² balik, ntah pape la keputusan dan pemikiran masa seusia itu) dan permainan puaka ni cm tak puas pon ye, mcm tak serik pon ye.. Mcm dipanggil² main pon ada.. Pendek kata mcm ketagih, jd syok, teruja.. sonok.. Aku pon tak paham kenapa jd mcm tu/rasa mcm tu, walaupn takut tu tetap ada. So.. Yg hulur jari hantu kiri masih lagi aku, raja, comel dan nora. Mcm sediakala lepas je seru memuja, syiling tu bergerak. Nak kata lembap tak, agersiff pon tidak. Kami mula pandang sesama sendiri. Dan mula bertanya dalam keadaan tenang campo dong³. Tanya dia siaapa? Macammane mana boleh dtg sini? M**i sbb apa? Umo? Lelaki atau perempuan.?…….lelaki. Cina. Kemalangan. Umo -17. Dan katanya dia merayau Tiba² diseret masok kesini. (Maknanya seruan spirit kitaorg tu yg bwk roh ni ibarat tarik dia dtg ke besi logam) dia ni tak ingat m**i kt mana dan tahun bila. Soo… Mcm² soalan kami tanya dia. Yg dia tau dia umo 17 tahun kemalangan tu je dia ingat.. Kami semua rasa Mcm kawan plak ngan roh ni, berkenalan, berborak. Tp yg sengal tu, hant ni byk speaking cm yoyo ol poyo bebdk KL. Betol lak tu spelling dia. Huhh lol. Hehhehehhehhhee. Pasal kes test joeG, dia jwb – keselamatan. Tu je. Tp joeg tak study pon. Sabarjeeeeeelah! Segala tok nenek soalan lah kiteorg tanye.. Sampai lenguh lengan aku
Masalahnye dlm pengalaman ni.. Yg tak best. Benda tu dh lebih²…aku ngan yg lain tpikir something wrong bila dh abis main masa kami berborak² bertukar pendapat komen pasal hant cino ni..sbbnye benda ni boleh pulak mengharap kiteorg kept chat dgn dia..katanye dia always ada ngn kitaorg, tggu enter dlm syiling je.. Lagi satu isu pertama yg aku dengan semua ase takut dan cm sesuatu je.. Bila sesudah 1keadaan. start mlm dia muncul tu, kami ada quit sekejap dlm stengah jam sbb lenguh tangan n start semula. Tp second round tu benda ni dh mula buat kitaorg ase seram semacam bila incident sepanjang main pandangan aku terganggu dgn si raja asyik kuis telinga, gatal hidung, geli geleman tengkuk.. Beliau mcm menepis²..nampak kesian sgt keadaan beliau..mcm tak selesa.
Aku perasan sbb raja duduk belah kanan aku. Kira aku mengadap dia dlm posisi badan aku kekanan sikit sbb tangan kiri menjulur kt atas meja. Kita tanya lain, hant cino ni type lain..contoh dia jwb- baru cuit muka raja. Rupanya dia dh suka raja….awalnye kami tak heran sbb raja ni kira cun gak laa.. Roh hant ni plak lelaki. so kami anggap je dia minat kat anak raja ni.. Dipendekkan cerita, benda ni dh pandai ajak/ugut soh main lagi, Lepas kami bsahur. Siap suruh janji pd dia make sure raja mesti main juga. Kami sambung main lagi pagi buta tu.. rasa cm best lg byk dr takut sbb sifat benda ni cm manusia beza dia dh kojol.. Ibarat mcm beborak² ngan kwn baru.. tp pelik betol sbb masa azan subuh berkumandang, duit syiling tu tak begerak dan rasa kosong tak ade tarikan gravity mcm kebiasaan. Aikkkk nape blahhh?? Setan ni …..bisik aku dlm hati.
Tengahari tu pas balik dr class, kiteorg try panggil lg semamgat ni dan roh yg sama yg masok dlm game, katenye maaf dia takut masa azan..dia pergi tempat lain ceritanye. (Mmm syaiton) act kami try seru tu pon besebab.. Si joeG ckp test pg td soalan keluar pasal senaraikan angkah² semasa berada di makmal. Kira sama ngan hant ni share -keselamatan. Kira sebok tol lah nk say dasyat laa, tq laaa konon sbb bg hint..bg clue. Tp bila dh beborak balik, benda ni plak control keadaan mcm spanjang mlm smlm.. Soh promise main lagi… Tu jela katanye. Plz promise. Yg kiteorg semua dh tak de soalan pon nak tahu, nk tanya dh. Ase semak pon ade.. Bosan pon ye. Pastu ngan perangai dia yg makin over..dia pulak yg tanya soalan kt kertas…. Aikkk? Bangang tak bangang namanya? Ngat ni online chat mamak ke bhai? Chat kampung ke dol? A/S/L plz? Ngat kt cybercafe ke hape ni?? -Dia plak yg kerap betanya, cth; raja ada rasa tak di pipi? Raja ckp- ada..tetiba rasa sejuk mcm ice cube. Hant tu type.. I kiss u. (Alololo how sweet… Puihh)
Kami semua senyum pandang sesama sendiri, tp senyuman scary. Dlm pada tempoh masa sama. Raja act ada bgtau kitaorg semua dia mang ase tak selesa.. Takut.. Dan dlm dorm, dia cm diperhati.. Balik dorm je ase takut makin menebal. mcm ade kelibat kt mana² sudut yg dia rasa cm ade benda kt situ.. If dia pandang hujung eko mata rasa berat je, lebih²lg masa mandi..mang ada yg pandang dia. Jiwa dia tak tenteram dan selalu rasa creepy. Bila kiteorg sembang² Cuba siasat balik keluarkan segala kemungkinan… Raja tengah uzur spanjang tempoh start main spirit tu. Boleh semua tak alert, tak ingat benda ni pantang besar main spirit ni. Tuan punya bdn plak tak tahu org dtg bulan bahaya main natang ni. Pdhal semua geng tau minah ni tak puasa pon.. Bih kurang 2 ke 3hari kitaorg layan benda syirik ni berbual².. Tp ikutkan dh ibarat cm tak de kepentingan sgt pon, first night tu je excited. Dan bila ada unsur ugutan dlm sopan nan santun dr hant cino tu, mintak sambung main dan asyik type miss raja. Miss raja. Promise chat with me please. Buat kami ase pelik, dpt bila dia cabot time azan, kiteorg persoalkan hal ni
Sampai satu tahap kiteorg semua plan nk stop sbb cm ada rasa berdosa main game ni. Semua dh jd ustazah muda. Masing² byk pikir Allah sbb takut, mau idoknyee… Itu roh, dia bukan mcm kita. Dapat plak bila raja share apa dia alami since main spirit. bila luah je, mula la nk nangis.. nampk sgt minah ni dh ilang semangat. Tidur pon dia ckp seram smcm je. Masa tu kami plan nk bgtau benda ni, ckp last main and nak stop. Lgpon bercanggah dgn agama kami. Semua nekad spakat nk stop. Sekali, Roh tu Marahh daaa.. benda tu ckp -jangan main main dgn hal ini. Nanti u all dapat susah. Time tu mang aku cuakk gila ase kecut & takut risau semua ada. Satu geng mula risau. Dia siap kata kiteorg yg panggil dia. Si raja dah tak nk main dh. Ikut kan dia tak nk pon join langsung, tp dia lepak gak ng kiteorg. Duduk tepi aku. Tengok raja mcm pucat je, tak byk ckp. Boleh pulak benda ni wat sedih, majokkk segala bagai.. Bila raja tak join letak jari lg.. Tp kami masih bgtau kami dh tak nk main..hope benda tu fhm hal ni bercanggah dgn agama.
Dalam masa sama aku berdoa hope hant ni pon backoff.. Tp dia sungguh² suruh promise last chat dgn dia mlm ni.. Katanya last, promise pastu dia akan pergi. (Ntah ye ntah idok, bisik ati aku. isau sbb dh mula ada ase belah bagi, dia ni bukan cm kita dan dia dh berani pesan warning segala) Mlm tu pas bebuka mcm biasa lah rutin kami. Nak main spiritual pon dh tak berminat tp masing² risau sgt tak nak apa² kejadian tak elok belaku dan dlm hati takot ada, nyesal ada.. Mlm tu byk melepak borak² je kt corridor. Kira mood semua mendatar je. Tiba² ngah duduk tu raja ckppp -ehhh, shahh.. Shahh!! nmpk tak budak lelaki tu? Sambil tunjuk kt dlm bilik office (depan blok kami ada blok juga, dan salah 1 bilik² bwh tu, ianya office kt asrama alai ni) aku ckp mana?
Siapa plak masok dlm tu? Tp raja masih beria tunjuk siap tepok² peha aku..yaAllahh shahh, tu haaa dia siap lambai² kt sini tu, pakai tshirt putih tu haaa, takkan tak nmpak bdk lelaki tu?!! Muka raja siap gelak nak share pd kami apa budk tu buat dlm tu…kiteorg semua cm tepinga². Bila Farah ckp kt raja- mana ada bdk lelaki?? Agak²lah, bdk lelaki leh masok dlm office tu, kan berkunci..gelap kot, tak nmpk apa. Belom habis lg farah ckp, raja dh tutup mukaa, Sambil geleng kepala…mcm dia tak nk bukak mata.semua pelikkk ng raja n semua mang tak nmpk sape² pon..mahupon Kt corridor depan office tu, memang tak ada org. puas kitaorg pujuk dia, lama jugak dia tutup muka. Nasib dia tak hysteria. Raja ckp dia yakin bdk laki dlm office sebalik glass dinding tu org sama dengan mamat cina dlm spirit² of the coinn tu
Kami jenuh berpakat sama ada nk main atau tidak? Amik baik-buruk andai main atau langsung tak sentuh lagi kertas puaka tu.. Last, kami main jugak tok tak mungkir janji, sbb benda tu pon dh berjanji juga, ini last chat. Pape pon semua dh sedia tok settle down walau andai jd pape, kita berserah & mengaku/mintak maaf je pd fellow asrama..andai isu ni jd besar. Takut nnt kalau tak kotai promise benda tu mengamok ke, mana lah tahu?? ntah pape jd kt raja ke.. or sape je antara kitaorg ni, mahupon mana² penghuni asrama yg lain. So kiteorg start main pon lewat kira dah nk masok subuh. Nak buat keputusan tu mang lama sbb takutttt~ bercampo lg ntah segala mcm rasalah. Benda tu mang tggu nk masok je tok borak ngan kitaorg.. Masa main semua tak byk ckp cuma tanya, dia ke dlm office mlm td? Dia ckp yaa… Jz nak tunjuk muka pd raja. Aku tak tau lah ini helah ke apa.. Bak kata pandangan masing², nasib baik dia nk tunjuk/nampakkan muka elok kt raja, kalau dia tunjuk muka accident cmne?!! Hanya Allah yg tahu samaada benda ni real or jembalang iblis mana yg nk game kitaorg dgn tipu helah mereka.
Kitaorg semua ni bukan pawang dan kita pon xtahu asal usul sbenar kejadian makluk tu.. Yg pasti, kebetulan raja ngah kotor.. Lemah. Cuba kalau yg period tu bukan raja, mesti raja tak kena kacau. Nasib la tak jd apa², mang bersyukur, alhmdulillah..aminn. Tp risau dan cuak makin besawang bila benda tu sendiri warning kami.. Bayangkanlah? Siap pesan dan ugut agar kami jgn main² dgn benda cmni. Cuba kalau yg masok roh yg jahat…yg devil.. YaAllahhhhh, mintak jauh. PENGAJARAN. Nasib laa yg ni boleh diajak berbincang masa tu. Aku siap mintak sori sbb tarik dia dlm game ni.. Ckp hormat akan dia dan harap mintak dia pergi. Kita takde janji apa² lg..semua yg lain pon ckp benda yg berunsur make clear ng dia. Then kitaorg anta balik. Dgn harapan Allah pemudahkan lah.. Bantulah…. Lepas tu kitaorg semua sama² buang syiling tu dlm jamban bilik prepp.. Kertas carta era tu dah selamat dibako. Penyesalan sungguh. Alhamdulillahh semangat raja pon cm dh ok. Syukur sgt berkat cepat insaf di bulan mulia dan doa, kiteorg semua selamat. Urmmm, Tu lah pengalaman dan pengajaran buat aku dlm mengenal game spirit² of the coin menyeru memuja² roh ghaib ni.. Aku tak tipu benda ni mang real dan boleh mengundang bahaya.. bila ada yg menyahut, salam perkenalan kita yg menjemput manggil mereka.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pernah main masa ting 2 1987 tanya siapa, dijawabnya, iblis.
ambik masa jugakla untuk aku paham apa yang kau type..
Tak faham teros. Bila tengah baca macam nak campak ni ipad kat dinding lepas tu pijak pijak sampai jadi debu. Menulis tu janganlah sampai mcm bercakap dengan members2.
Haaa…kannn…ak bca tak smpai separuh trus macm….hape ko nk citer ni weyhhh… ko budget best ke tulis mcm ko brcakap ngn member2 tuh.. hadoyaiiiii..
No need to try very, very hard to be santai la, bosan jdinya bca…
cerita macam ni saya suka.
Syoq sendiri.macam saya jugak…heheheheheeeeeeeeeeeeeeeeeee
Teruskan intro pasal life kau.menarik betul lah kami semua nak baca.
tak payah masuk elemen seram pun tak ape.
Kitorang memang nak tahu pasal ko ngan kawan-kawan ko je.hhehehehe
bodoh nya bahasa malaysia kau…..
syok sendiri la citer ko ni.. intro je dah panjang berjela..bosan aku..tak sampai part seram aku dah tukar baca citer lain..
Ak pun amik masa nk hadam ape dia tulis.. perbaiki bahasa anda?
teruknya bahasa kau… myanmar cakap melayu lagi ok kot. 3 kali aku tertidur baru dapat habiskan cerita ni…
Ak bace perenggan 1st da give up.jgn kelaut sgt.makin pusing gue
Bebual ape ni??tak faham betul ape yg die tulis ..dri awl sampai akhir satu bende pon aku tak fhm..tpi adelh juga fhm sikit ²
Ni la bahase ganu nk kabo😂
takpaham la cerita kau ni. takhabs aku baca, syok sendri ekk?
hahahha krik…krik…
..0/5..