‘ Kau Dah Tahu ? ‘

Assalammualaikum semua pembaca setia FS. saya nak ucapkan terima kasih kalau cerita saya ni admin publish kan ? dulu pun saya pernah juga share cerita yang kawan saya kena ganggu tapi kali ni saya nak cerita pengalaman sendiri. Saya pelajar IPTS islamik. Walaupun kolej islam tak bermakna benda tu tak ada la kan, selalunya tempat macam ni la yang banyak. biasalah kalau sem 1 je memang semua pelajar kena stay dekat dorm.

Saya ni bukan la jenis yang berani atau takut sangat. Nak pergi toilet malam-malam memang nak kena minta teman la. So, ada satu malam ni kiteorang semua stay up ramai-ramai sebab final dah dekat. Memang masa tu kiteorang satu bilik masih bangun, saya minta la teman roomate sy yg nama jaja ( bukan nama sebenar ) pergi toilet.

Dia ni jenis yang malas berjalan aka memang liat nak teman orang la kiranya tapi kalau dia nak minta teman laju je dia nak kawtim macam-macam ? Dipendekkan cerita , masa saya minta teman dia pergi toilet tu dia laju je bangun dari meja study dan sepanjang perjalanan nak pergi toilet ( kiteorang kena lalu 8-10 buah pintu macam tu la sebab toilet memang dekat hujung dunia ) , dia senyap dan masa tu macam bukan jaja yg saya kenal tapi series masa tu memang tak rasa apa.

Tapi lepas sampai kat toilet dah buang segala apa yg patut , saya pelik la jaja ni senyum sengih-sengih dekat cermin sambil tengok saya. Masa tu Allah je tau perasaan dengan segala bulu roma meremang lepastu saya pun buat je macam yg orang ckp tengok dekat kaki sama ada jejak tanah ke tak. Masa tu memang saya baru perasan , kaki dia tak jejak tanah langsung. Saya tak perasan pun yg ‘jaja’ ni tak pakai selipar masa keluar dari dorm.

Al maklumlah orang rabun tapi malam tu dekat toilet tetiba pula mata celik. Saya diamkan je lepastu tiba-tiba ‘jaja’ ni tanya. ‘ Kau dah tau ke Su? *sambil dia buat muka sengih-sengih senyum senget* ‘ Masa ni memang saya diam je , saya terus cakap jom la balik bilik. Masa otw nak balik bilik tu , saya tak tau dari mana datang keberanian nak tanya. Kalau kau memang betul jaja boleh tak kau mengucap. ‘Jaja’ tu pun cakap boleh, ‘jaja’ mengucap “asy hadu alla illa hailaaa laaaaa’ lepastu muka dia terus berubah jadi macam saya tak tau nak describe macam mana tapi memang seram *muka dia macam menyeringai , takde gigi taring tapi memang sehodoh-hodohnya* ( saya menggigil masa nak tulis ni sebab masih teringat ).

Saya dah tak fikir apa dah masa ni terus lari masuk bilik dan syukur juga ‘jaja’ tu tak kejar langsung. Sampai je dalam bilik saya tak sempat nak sapa langsung roomate yg lain terus masuk dalam selimut baca surah apa yg patut dan Alhamdulillah dapat tidur tapi sebelum tu saya perasan yg bilik saya tiba-tiba jadi macam kubur sunyi semacam. Saya ambil keputusan nak tanya dan cerita semuanya dekat ‘roomate’ yg lain.

Tapi esoknya lepas saya bangun, saya terkejut tengok roomate saya semua baru balik macam dari overnight dekat luar . Saya bagi cerita kat diorang semuanya dan ya memang diorang cakap semalam memang diorang takde kat bilik , semua keluar dan ada yang balik. Saya call jaja tanya dia semalam ada kat mana, dia kata dia semalam tido dekat bilik kawan tingkat atas. habistu yang teman saya semalam stay up siapa ? Memang tu yang bermain dalam fikiran. Setakat ni je pengalaman saya. Mohon maaf atas segala kekurangan. *kejadian yang berlaku semuanya pada masa sepertiga malam*

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Su

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.9]

8 thoughts on “‘ Kau Dah Tahu ? ‘”

  1. macam cerita rekaan jer…cerita lebih kurang yg org selalu cerita.dulu masa sekolah taknak buat kerja sekolah karangan..sekarang baru rajin nak buat

    Reply
  2. Lbih kurng cte kwn akak ak,stay up smpai pg dgn membe,nk g tnds,jaga llu kt dpn,bru tingat kt dpn bilik tu yg ad belebas kecik,ajk membe tdo,membe xnk,menyeringai,tnye kwn akak ak”awk da tau ke?”…pn kt sklh agama jg…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.