KAWAN LAMA

Assalamualaikum buat peminat FS dan admin. Thanks kalau sudi siarkan kisah aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah, kejadian ni dah berlalu setahun yang lepas dan memberikan aku pengajaran yang bermakna. Aku berasal dari Kuala Lumpur, selepas tamat PMR. Aku telah melanjutkan pelajaran ke Melaka, aku stay di asrama dekat sana. Paham-paham lah kan bila anak bujang duduk jauh, macam-macam aktiviti yang dibuat sampai malas nak balik KL dah sebab bebas dekat Melaka.

Aku teramat jarang balik, kalau balik pun mungkin sekejap je and kalau cuti panjang. Parents aku amik then terus balik kampung di tanah air penyu ( Terengganu ). Masa aku sekolah dulu, handphone takde. Tak mampu nak pakai phone, so lost contact lah dengan kawan-kawan lama aku di KL sebab aku pun jarang balik even dekat je Melaka and KL. Selepas aku tamat zaman persekolahan, aku sambung belajar di Melaka juga buat diploma and stay di rumah sewa.

Lagi lah syok kan duduk di rumah sewa, bebas nak buat apa. Parents aku ni strict, so nak keluar malam apa semua susah even dah 18. Bila duduk rumah sewa ni, macam-macam lah yang aku buat sampai lupa daratan. Satu hari ini, adalah rasa rindu yang semacam lah dekat kawan-kawan lama aku. So, aku pun balik KL malam tu. Berseorangan naik moto kapcai je.

Aku sampai di KL dalam pukul 11 malam. Aku pun singgah lah dekat sekolah lama aku. Duduk dekat satu port ni, sekitar padang sekolah aku ada hutan and padang sekolah aku besar lah jugak. Aku duduk lah dekat situ sambil hisap rokok. Dalam samar-samar malam tu, aku ternampak susuk tubuh berjalan dalam gelap. Aku pun perhatikan je lah kan siapa tu, takut-takut penyamun ke kan. Lama-kelamaan makin menghampiri aku and rupanya tu kawan aku. Aku panggil nama dia, Naz!!! Dia memandang ke arah aku and datang dekat aku.

Seriously, rindu gila kot. Dari kecik kawan, pastu dekat-dekat 3 tahun tak jumpa lepas aku pindah. Aku pun berborak lah dengan Naz ni. Dekat tangan Naz ada bawak satu plastik. Aku nampak macam roti gardenia kot. Naz ni kelakar orangnya, kalau duduk sebelah dia memang tak boleh belajar. Borak punya borak, jam tepat dekat pukul 3 pagi. Aku pun rasa nak balik dah, sebab rasa lenguh sangat badan. Aku tanya Naz, kalau dia nak aku hantarkan dia balik rumah. Dia cakap, “takpe, dekat je”. Naz duduk sekitar tu je, memang dekat. So, aku pun balik lah rumah. Sampai je rumah, mak aku bukak pintu. Salam mak aku then terus tido terlentang atas kali sampai petang.

Esoknya, aku keluar jalan-jalan. Saje pusing-pusing KL, bosan duduk rumah. Aku terserempak lah dengan kawan rapat aku ni, Man. Man kerja dekat kedai makan sekitar LRT Keramat, sambil mengisi perut yang lapar. Aku berborak lah dengan Man, sambil temankan dia kerja and tunggu dia habis kerja. Aku tanya Man, “Naz tak datang ke?”. Muka Man berubah. Aku pun pelik lah kan. Berkerut dahi dia pandang aku.

Aku tanya lah dia, ” kau asal Man? pelik je muka kau”. Man tanya aku, ” kau x tahu ke Ri?”. Aku pun makin pelik lah, “tahu apa siak?”. Man kata, “Naz dah tak de Ri, dah lama dah. Kitorang nak call kau, tapi takde nombor kau”. Aku pun macam bengang lah jugak kan, buat lawak hidup m**i ni. Tapi Man yakinkan aku and dia kata dia tunjukkan aku nanti kubur Naz. Aku bagitahu Man, “aku baru jumpa dia semalam depan sekolah kita”.

Man cakap, “mustahil Ri, Naz dah lama takde. Kau salah orang kot”. Dipendekkan cerita Man, selepas aku bertikam lidah dengan dia. Naz terlibat dalam kemalangan langgar lari depan sekolah kitorang, Naz baru balik dari kedai beli barang. Aku terkilan, terkilan sebab hilangnya seorang sahabat. Walaupun aku tak pasti apa yang aku jumpa malam tu, tapi aku bersyukur dapat lihat Naz buat kali terakhir. Man tunjukkan dekat aku, kubur Naz. Menangis tak berlagu aku malam tu.

-TAMAT-

ALFATIHAH NAZ #6/1/17

 

AMRI

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

5 thoughts on “KAWAN LAMA”

  1. Lepas tu, ada tak Naz datang dalam mimpi dan menghantui tidur malam kamu? Huhuhu…. Yang dah pergi, kalau ada datang lagi, itu bukan ori sudah. Hantu….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.