KISAH SERAM PAK GUARD.

Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak bercerita kisah seram bapak aku pula.
KISAH SERAM PAK GUARD.

DULU bapak pernah kerja part time sebagai guard di sebuah kilang. Aku lupa kilang apa tapi kilang tu berdekatan dengan rumah lama aku dan juga sekolah rendah.
Pengalaman ini bukan dari aku tau tapi mak. Masa ni, aku tadika lagi adik nombor dua pun kecik lagi. Adik ketiga entah di mana lagi…
Mak aku ni mesti tunggu kepulangan bapak aku bila dia kerja guard. Lepas saja dia dodoikan adiklah. Aku? Aku dah ternganga…

Ada dua cerita seram mak aku cerita dan bapak cerita pada mak.
Yang pertama biar kisah dari mak lah. Masa ni dia tak tahu lagi pregnant. Actually bawah adik nombor dua ada tapi meninggal dalam perut.
Bapak balik rehat macam biasa. Pagi tau selepas dua belas tengahmalam ke atas untuk ambik bekal dari mak. Kadang mak dah standby sesiap. Masa tu, ruang tamu tak buka lampu. Mak memang nampak ada orang masuk tapi yang mak pelik tu awat tak ke ruang tengah macam selalu.

Baru saja mak aku nak ke depan dan nak bukak lampu, orang yang mak aku nampak semua hitam tu laju je rempuh mak. Kemudian mak pun berpaling belakang dekat meja makan. Mak nak tegurlah dah kenapa laju sangat. Tapi masalahnya dekat meja mana ada sesiapa pun.
“Abang. Abang ke tu?” Macam itulah mak bercakap.
Time ni mak cerita, entah di mana silapnya dia terduduk juga. Terhenyak bontot atas lantai simen bertikar getah. Tapi dia tak rasa apa-apa pun lagi, dia pun bangun. Bangun-bangun mak terus berjalan ke meja. Memang takde sesiapa pun. Kosong. Bekas yang berisi makanan pun ada lagi.

Setelah itu, barulah terdengar bunyi enjin motor kapcai bapak. Bapak masuk mak diam. Dia tak bukak mulut lagi walau bapak macam dah syak. Mak kata, bapak ada tanya juga kenapa. Mak kata takde apa-apa.
Berselang beberapa hari selepas kejadian mak kena rempuh dengan susuk tubuh warna hitam yang mak kata laju gila, berangin saja. Mak sakit perut, mak ada gak cerita pada aku dia mimpi. Mimpi apa tak pulak dia bagitahu. Aku pun tak bertanya. Yelah bebudak. Dengar dan ternganga jelah.

Mak ajak bapak malam tu jugak pergi hospital. Nasiblah hari tu bapak cuti kerja guard cuma kerja hakiki jelah siangnya tu. Aku dan adik kami tinggal sekejap dekat rumah mak saudara sekampung tu jugaklah. Rasanya masa ni, mak dah berceritalah kut ke bapak. Mak bagitahu nak cuci. Aku tanyalah nak cuci apa sampai nak ke hospital?
Mak diam. Aku dah besar, dah sekolah barulah aku tahu cuci apa tu…

Okay, ni kisah kedua.

Masa ni mak aku bangun nak terkencing. Dia ingat bapak tak balik lagi. Lagipun memang bapak ada cakap dia tak balik ambil bekal tunggu pagi macam selalu. Tup-tup, bila mak keluar je dari bilik. Mak kata dia nampak bapak tidur dengan perempuan. Hah, mulalah mak berangin.

Mak ceritalah, mak mulalah ingat balik kenangan lalu mengusik jiwa time couple dulu. Bapak time tu nakal sikit hihihi tapi bila dah kahwin dengan mak, dia ok. Mak cerita lagi, dia memang dah bercekak pinggang nak pergi sound perempuan tidur membagi belakang sebelah bapak aku tu.

Masa ni ruang tamu ada toto sebabnya mak su suka tidur sini kalau dia datang Ipoh. Time ni dia bujang lagi. So, bapak dan perempuan tu tidur di atas totolah. Mak aku macam tak percaya jugaklah kan takkan bapak berani bawak balik perempuan ke rumah. Tak takut anak-anak nampak ke kan?
Mak kata lagi, dia menapak juga mendekati mereka tu. Hah… masa ni bau wangi gila. Pasal tu mak aku makin angin. Tapikan, bila mak kian nak mendekat bau tu dah bertukar ke bau busuk yang teramat. Macam bau bangkai.

Mak dah mula rasa suspen. Aku yang mendengar pun ingat lagi time tu, meremang gak.
Mak aku tetap bukak langkah tapi tak semena-mena dia langsung kaku. Mak cakap tapak kaki macam kena gam. Mulut pula macam kena pekup. Ikutkan mak dia memang nak sound dah masa tu. Mak aku ni memang garang huhuhu… ingat lagi time bebudak, berapa kali mak aku kunci pintu tak bagi aku dan adik masuk, tapi salah kami pun main tanah, masak-masak tak ingat senja ke bukan.

Berbalik semula kisah mak, nak tahu tak perempuan berambut panjang dan berkurung putih tu nak pusingkan kepalanya ke arah mak. Mak kata lagi, mereka memang saling berdepan. Mak aku kaku. Langsung tak boleh nak bergerak. Bau bangkai makin kuat.
Kemudian mak cakap dunia dia gelap. Pengsan lah kut kan?

Esoknya barulah bapak aku bercerita pada mak. Memang dia balik awal, katanya badan dia tak sedap. Kemudian masa dia tengah lakukan tugasan meronda dengan sorang diri. Kadang dengan satu lagi kawan dia so, adalah rakan sembangkan. Kadang memang sorang dan lagi sorang tu area lain. Bapak cakap diperhatikan. Bau wangi tu pula ikut dia sampai ke meja dia duduk. Bapak sabar lagi walau dia betul-betul merasa tak selesa. Dia jenuh suluh merata nak tahu kut ada orang cuba nak permainkan dia ke apa ke tapi tak ada.

Tapi dia yakin sangat rasa sedang diperhatikan. Kawan sampai je terus bapak cakap nak balik dengan cakap rasa macam nak demam. Kawan pun ok lah. Mak cerita pada aku, sampai bawak motor pun bapak kena kacau. Motor terasa berat. Bila tengok side mirror kosong. Nasiblah kosongkan?
Tapi memang rasa macam bawak oranglah dia punya berat. Tapi orangnya tak nampak hah acaner tu?
Badan bapak masa tu kian panas memang betul-betul rasa nak demam. Balik-balik je bapak terus tidur tanpa basuh kaki. Lepas bapak bercerita macam tu, mak pun apalagi dia pun berceritalah juga apa yang dia nampak sebelum bapak gerak dia waktu tengah pengsan tu.

“Zah, hampir-hampir nak sound masa tu bang. Geram sungguh hati Zah. Zah bukannya tak tahu abang dulu macamana!”
Begitulah gamaknya dialog mak.

Esoknya bila demam tak kebah, bapak pergi ambil air penawar dekat satu pakcik ni.
Kerja tetap kerja juga walau ada kerja siang. Maklumlah masa ni kami menyewa. Banyak nak pakai duit. Anak-anak kian besar. Aku nak masuk tahun satu dah.
Ikutkan area kampung rumah lama aku memang ‘keras’ yelah dekat dengan kubur. Kampung pulak tu. Banyak rumah usang tak bertuan.
Ada masa aku cerita pasal sekolah rendah aku. Creepy jugaklah. Sekolah menengah pun ada pasal pokok tua dekat padang sekolah dengan bilik hujung. Zaman dah kerja pun ada pengalaman seram. Tapi nantilah …

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dhia Amira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.