KAWAN SEPERMAINAN

بسم الله الرحمن الرحیم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
السلام عليكم
Assalamualaikum buat editor FS dan para pembaca sekalian,

Aku perkenalkan diri ku sebagai Siti wanita yang dilahirkan di sebuah negeri yang tidak asing dengan adat perpatihnya, Negeri Sembilan. Aku dibesarkan di kawasan perkampungan dan berada di daerah yang tidak terlalu pesat kemajuan pembangunannya. Kawasan rumah ku dikelilingi oleh pohon getah, kelapa sawit, dan dusun buah- buahan.

Di dalam kawasan rumah ku terdapat serumpun buluh yang hidup subur meliputi bukit kecil di bahagian sudut kiri rumah ku. Buluh itu sering diambil untuk kegunaan membuat makanan tradisi lemang setiap kali musim perayaan aidilfitri. Kawasan rumpun buluh itu berada di atas bukit dan ada mata air yang mengalir air tidak pernah kering walaupun pada musim panas terik.

Menurut penceritaan pengamal perubatan tradisional yang pernah berziarah ke rumah ku, mereka menyatakan kawasan rumah ku penuh dengan perkampungan makhluk halus. Antara kawasan yang dikatakan terlihat oleh mata batin mereka ialah kawasan rumpun buluh tadi. Aku yang sejak kecil melihat rumpunan buluh itu tidak pernah berasa kagum atau gerun dengan kenyataan mereka. Bukan bermaksud aku riak atau takbur namun rumpun buluh itu bukan tempat asing bagi diriku malah ia merupakan tempat kawan-kawan sepermainan ku.

Aku sering melihat kelibat seperti manusia melewati bilik ku menuju ke kawasan rumpun buluh itu. Pada awalnya aku agak terkejut namun ia sudah menjadi kebiasaan bagi diriku menerima kunjungan tepi tingkap oleh penghuni rumpun buluh. Aku telah ditunjukkan pintu untuk memasuki kawasan perkampungan di rumpun buluh itu. Pintu masuk nya adalah lereng bukit sebelah kanan bahagian tengah bukit.

Saat aku melalui pintu itu aku seolah-olah melihat satu dunia lain terdapat lorong atau denai yang diturapi pasir halus putih kekuningan. Dikiri kanan nya pula terdapat pohon-pohon kayu. Aku melewati denai dan melihat di depan nya ada sebuah perkampungan yang indah. Rumah mereka diperbuat daripada kayu dan laman mereka bersih.

Ketika itu ramai penduduk kampung berkumpul kelihatan nya seperti keraian atau majlis. Masyarakat di sini memakai busana warna yang sama iaitu putih kuning. Ramai kanak-kanak bermain dan yang dewasanya sibuk menyediakan makanan untuk hidangan majlis. Aku mengenali setiap wajah disitu dan mereka juga mengenali aku.

Aku telah dibawa untuk menjamah makanan di majlis tersebut. Namun aku tidak menyentuh satu pun hidangan mereka. Entahlah hati ku berat untuk menerima nya dan mereka jua tidak marah atau berkecil hati. Setelah aku rasakan lama di sana aku pinta untuk kembali pulang ke rumah. Salah seorang kawan ku akan menghantarku pulang hingga ke muka pintu di bukit itu.

Ada satu ketika aku bermimpi di dalam mimpi ku itu aku di datangi oleh seorang wanita memakai pakaian putih dan berambut panjang. Dia memegang tangan ku dan membawa ku terbang ke rumahnya yang terletak di atas sejenis pokok menumpang diatas pokok dibelakang rumah ku. Aku di bawa masuk ke dunia wanita itu dan di sana aku telah dihadiahkan sebutir batu dan sebotol kecil minyak. Wanita itu berpesan agar aku menggunakan nya untuk kebaikkan. Aku terjaga dan kedua benda itu tiada pun di dalam gengamanku.

Aku sering dapat mengetahui dan melihat kehadiran makhluk halus di sesuatu kawasan namun aku jarang untuk bercerita kerna ini bukan perkara kebiasaan manusia lain. Bagi ku ini adalah takdir hidupku. Aku tidak merungut dan rasa ia suatu beban yang Allah telah berikan untuk aku. Mungkin ia seperti khayalan namun ini ada lah realiti kehidupan ku. Ia hanya sebuah nukilan yang tidak mampu memberi kepuasan halwa mata. Namun ia mampu menjadi sebuah kisah yang akan diingati oleh pembaca. Sekian dari ku Siti.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Kak Siti

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.9]

4 thoughts on “KAWAN SEPERMAINAN”

  1. Kalau tak keberatan, citer sikit pengalaman perkampungan misteri, maksudnya dari segi gaya hidup… adakah mereka pun pakai kereta.. atau terbang jer..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.