Hi semua, haritu aku dah pernah pos tapi tak dipublish. Okay eh okay, aku try je lagi sekali. Kena kenalkan diri ke tak payah? Aku dekat sini nak kongsi cerita je, tak payah la kenal kan hehe. Aku belajar dekat sebuah uni di Perak & dah grad. Tak perlu beritahu lah nama uni tu, sebab takut ada student yang terbaca takut pulak. Walaupun takda la takut mana cerita aku ni Hahaha. Dekat sini aku nak cerita pengalaman aku masa dekat sana sakit selama satu bulan berturut turut. Aku agak kalau ada kawan-kawan aku terbaca ni mesti tergelak yelah sebab muka aku je selalu masuk klinik ambil d***h semua dalam masa sebulan tu.
Okay kisah dia macam ni, masa tu aku baru semester 2 tak silap. Masa tu tengah cuti semester, berbaki lagi seminggu untuk student lain balik kolej kediaman( kitaorang panggil kolej in other words dia hostel tempat tinggal ) and aku adalah antara fasilitator yang kena balik ke kolej awal semingggu tu dan blok-blok kolej semua kosong. Yang mana tahu uni tu, kawasan dia memang terpencil dan berhadapan dengan Banjaran Titiwangsa. Suasana dia memang sunyi sepi kalau malam-malam & banyak anjing bukit. Dekat situ ada blok KHAR 5 ,6, 7, 8, 9 dan masa ni aku ditempatkan dekat blok KHAR8 aras 2. Dekat aras dua tu ada aku sorang je duduk, manakala aras 3 pula ada dua orang student which is kawan aku juga ahli fasilitator. Kitaorang akan bertolak setiap pagi ke dewan untuk hadiri bengkel program yg akan dijalankan, so bila pulang tu memang dah lewat malam around 11-12 pm, dan aku sorang je duduk aras tu.
Sebelum aku keluar aku akan buka semua lampu bilik & tandas, aku akan pastikan semua tingkap berkunci sebab takut hujan & katil basah. Kesianlah nanti housemate balik katil bau masam je pulak. Malam tu aku balik dalam pukul 12, so kawan aku dua orang yang duduk aras 3 ni akan naik satu tangga dengan aku jela, pastu berpisah. Bila aku masuk rumah, aku nampak tingkap bilik aku terbuka luas macam sengaja dibuka nak biar angin masuk. Langsir dia mengerbang macam dalam cerita hantu tu, padahal dekat luar memang takda angin. Time tu aku panggil kawan aku jerit-jerit , sebab yang duduk aras 3 tu dia dari sekolah agama so aku assume dia pandai bab-bab ni. Bila kawan aku tu datang, dia masuk ke bilik aku dia pun macam tengok kiri kanan. Lepas tu terus masuk pergi dekat tingkap tu & baca doa terkumat kamit mulut dia & dia pusing dekat aku sambil cakap “takda apa lah, relax”. Time tu aku punya takut memang tak boleh bawak berbincang dah, so penyelesaiannya aku tidur bilik diaorang dekat aras 3.
Start dari lepas habis program tu aku selalu demam-demam, baik je demam mesti aku demam balik sehari dua lepas tu. Kiranya non stop demam. Sampai kawan aku pernah cakap, “kalau doktor tu cakap dah sampai limit, hang guna je kad matrik aku”. Sebabnya selalu sangat demam kan, asal demam je memang doktor akan ambik d***h aku tapi aku belum la pernah kena tahan tidur situ. Okay time ni semua student dah masuk balik & aku dah ada roommate. Dia budak sekelas aku nama dia Kak A, aku panggil dia kak sebab dia tua dari aku walaupun sekelas. Aku ni memang jenis suka berjaga malam, so bila berjaga malam aku akan carilah aktiviti yang boleh dibuat . Aku dengan kawan aku yang aku cerita awal-awal tadi duduk aras 3 ni memang selalu call skype group.
Aku memang selalu suka turun basuh baju pukul 2/3 pagi, kitorang setiap malam takkan pernah miss skype group dekat laptop. So masa turn basuh baju sesorang aku akan bawak laptop aku bersama kononnya kawan aku teman aku la sambil aku tunggu baju aku habis basuh. Alasan TERBESAR aku suka basuh baju time ni, aku tak payah berebut dengan student lain. So time macam ni memang bagus lah nak basuh baju. Waktu ni aku memang dah selalu start demam, tapi aku anggap benda biasa je sebab yela demam je kan. Tapi bila demam, aku akan sakit segala jenis urat, habis sengal satu badan & badan aku gatal-gatal. Aku pernah garu badan aku guna gunting sebab tak tahan sangat.
Setiap minggu tu lah rutin aku, basuh baju pukul 2/3 pagi. Sampai lah satu hari ni, ada sorang kakak ni dia duduk aras bawah. Dia panggil aku & beritahu yang ada benda selalu ikut aku & dia describe benda tu as beruk & perempuan. Aku fikir dia melawak & aku pun melawak sambil cakap, ” eh janganlah duduk belakang aku, gi duduk tempat lain shuhh shuhh” sambil buat isyarat tangan macam kuis-kuis tu. Aku time ni sumpah memang tak boleh nak percaya sebab aku tak nampak dengan mata aku sendiri so aku anggap benda ni macam angin yg berlalu dorang sengaja nak takutkan aku sebab selalu keluar sorang-sorang. Ada satu pagi tu, aku pergi kelas & aku terhantuk dinding, balik je kelas terus aku demam panas, dahla demam pastu kepala pulak benjol. Pakej malang dalam satu hari.
Okay berbalik kepada roommate aku. Roommate aku ni pun jenis selalu sakit sebab dia memang ada penyakit apa entah. Dia memang akan demam panas teruk-teruk. Malam tu kami berdua demam. Tapi aku masih mampu la buka mata semua, yang roommate aku ni demam dia macam pengsan. So aku bangun check, suhu badan dia memang panas. Aku bangun sebab nak cari mineral waktu tu. Lepastu aku tidur balik. Tengah malam sikit aku tersedar dalam samar-samar mata aku terbuka, aku nampak pintu aku terbuka and ada orang masuk keluar pastu pintu aku ditutup balik. Nasib baiklah time ni cuti, memang aku tak bergerak dekat bilik. Roommate aku ni beritahu yang dia takkan ada untuk 2 minggu sebab dia ada rawatan susulan dengan hospital. Aku pun iyakan jela.
Lepas 2 minggu tu, roommate aku pun balik & cerita. Dia cakap “sorry lah akak tak kejut malam tu beritahu yang mak akak datang ambil seabb akak demam, lagipun ada perempuan sebelah tengah jaga malam tu” and aku pun terpinga. Bila masa pula ada orang jaga aku tengah malam macam tu? Time ni aku fikir dia mcm sengaja ada-adakan cerita, so aku biarkan jela. Demam aku tak berhenti dekat situ je, lepastu aku demam & terus demam. Yela aku kalau sakit memang akan call mak aku dekat Penang, nak kata manja tu takla cuma inginkan perhatian hehe. Mak aku pun tak sedap hati la sebabnya aku selalu sangat demam. Lepastu masa cuti tu mak aku suruh balik Kedah. Masa aku balik tu aku ingat macam sesaja ajak berkumpul je. Aku pun okay je la sebab dah mak suruh kan.
Bila aku dah sampai Kedah, makcik pakcik aku datang. Makcik aku ni memang boleh berubat. Lepastu dia panggil aku, aku pun tetiba je tergelak sambil cakap ada apa. Pastu makcik aku pun senyum-senyum cakap sini lah, time aku macam “dah kenapa perempuan ni” aku sedar time tu diri aku tapi aku taktau apa yg aku buat macam benda tu terkeluar sendiri dari mulut aku. Tetiba makcik aku tu suruh duduk menghadap pintu. Dia buka pintu terpampamg kubur depan rumah tok aku. Ye lupa nak cerita rumah tok aku ni sebelah dengan kubur zaman dulu-dulu masa tok aku kecik lagi kubur ni memang dah ada.
Makcik aku pun start baca doa. Dia hembus telinga kiri kanan & kepala aku. Time tu aku menggeliat lentok-lentok sambil cakap “eee, geli la geliii”. Masa tu aku taktau siapa yg bercakap tapi aku tengah sedar mulut aku yang bercakap lepastu makcik aku senyum senyum je. Lepas habis dia baca doa tu dia tepuk-tepuk belakang badan aku. Time tu badan aku dah meliat liat dah. Ayat yang keluar time tu dari mulut aku, yang aku ingat “sakit, sakit, sakit”. Aku macam nak lari time tu punya sakit, tiba-tiba aku menangis teruk gila sebab sakit. Aku 100% sedar apa yang berlaku, air mata aku turun laju gila time tu.
Makcik aku tu tanya lah sambil ketawa “ehhh kenapa menangis ni, sakit sangat ka?”. Pastu makcik aku ketawa lagi, aku pun cakap “sakitlahhhhhh” & tetiba je aku ketawa sambil cakap “adik taktau kenapa adik menangis” sambil gelak-gelak. Time tu aku rasa sakit macam kena libas dengan kayu nipis uuu pedih dia taktau cerita. Makcik aku panggil sepupu aku sorang. Lepas tu dia tepuk belakang sepupu aku, sepupu aku cakap la “eh mana ada sakit, pelan ja makteh buat”. Aku pun sambil menangis teresak “sakitlaaaaa, sakit”.
Bila habis tu semua, dia kasi air penawar yang dia bacakan surah. Dia suruh aku minum & dia spray satu rumah dengan air tu, aku pun taktau apa function. Lepas tu bila keluarga berkumpul ramai-ramai dia cakap, “memang ada perempuan ikut si Adik ni, benda dekat tempat adik belajar tu. Dia nak berkawan lah tu. Dah lama dia ikut. Tadi Adik menangis tu bukan Adik yang menangis, dia yang menangis seabb dia dah sayang nak lepas & dia anggap adik kawan dia”. Lepas tu aku pun macam terdiam la kejap.
Balik je kolej, aku jadi tak boleh tidur. Aku duduk atas katil, aku rasa panas & miang-miang satu badan. Aku mandi berulang malam tu, still tak boleh tidur & rasa macam badan kena hurung semut kecik kecik tu. Aku macam nak hentuk kepala dekat dinding lah punya miang malam tu. Lepas tu aku call mak aku, baru dia ingatkan aku suruh renjis air penawar yang makcik aku kasi tu. Lepas tu aku renjis & sapu muka tu, baru la aku boleh tidur dengan nyenyaknya, sebab yela mungkin tempat dia kan aku masuk balik ke apa aku pun taktau. Okay itu je kisah aku, walaupun boring sikit kan ahahaah. Tq
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Upsi kampaus baru ni kann
tak seram. tp menarik ??
tak seram. tapi okaylah suam suam cerita hahahah
hurmm…x seram pon…tapi takpe….de mesej nak disampaikan