Kawanku, Azi

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin FS sebab menyiarkan pengalaman aku yang bagi aku, menyeramkan la juga. Maaf kalau tulisan aku ni panjang dan agak membosankan bagi pembaca lain.

Okay, pengalaman ni terjadi lebih kurang dalam tahun 2009, masa aku dalam semester akhir. Aku dengan 10 orang lagi kawan decided nak pergi release tension la kononnya, sebelum kami semua keluar pergi praktikal. So, kitaorang decided nak pergi ke taman tema air terkemuka di Perak. So, dari IPTA kitaorang ke tempat tu lebih kurang dalam 2 jam perjalanan dan kami menaiki 4 biji kereta.
Kawan aku, Azi ni memang jenis terkenal dengan deria sixth sensenye dalam kalangan kawan kawan sekelas. So, aku ni sekereta dengan Azi dan Mar dan time tu, aku yang drive. Sepanjang perjalanan pergi memang happy. Check in hotel pun dah petang waktu tu. Kitaorang siap bergurau la, suruh Azi ni scan bilik kitaorang semua memandangkan bilik semua mengadap ke pokok kelapa sawit kalau tak silap aku.

Malam tu, kitaorang pergi ke night safari zoo. Memang macam budak budak la. Tergelak sana sini. Terjerit-jerit. Then habis pusing naik tram, kitaorang lepak dekat kawasan permainan yang agak sunyi gak la. Ada kitaorang dengan beberapa pengunjung je. Dekat situ ada pokok besar. Si Azi ni dok la main jongkang-jongkit la, gelungsur la, dengan yang lain dok gelak-gelak sakan. Tetiba je dia bersuara ajak balik and terus jalan cepat-cepat menuju ke pagar luar zoo. Aku dengan kawan-kawan yang memang sedia maklum dengan perangai dia tu, terus la ikut keluar sekali. Memula dia jalan sebelah aku, then dia pi berlari ke sebelah kawan lelaki aku yang jauh depan aku.

Masuk dalam kereta, memang kebiasaan aku, bukak tingkap sikit and start enjin kereta. Azi yang duduk sebelah aku terus naikkan semula tingkap yang aku bukak tadi and suruh aku jalan. Dia tak pandang langsung cermin tingkap sebelah dia tu. Mar yang duduk dekat belakang terus menyelit dekat seat tengah-tengah. Suasana senyap je sepanjang kitaorang keluar dari parking. Aku tanya dia, “ada lagi ke?”. Dia mengangguk dan suruh aku jalan je terus sampai la dekat satu persimpangan traffic light ni, dia tarik nafas lega dan cakap, kakak tu dah patah semula ke tempat dia. Baru la kitorang terasa relax and berhenti dekat kedai makan tepi jalan dengan yang lain.

Azi bukak cerita la yang masa dia tengah main jongkang-jongkit tu, dia da perasan yang benda tu dok tiup-tiup kat telinga dia, tapi dia buat tak tahu je. Dia cakap sebab kitaorang asyik sangat bergelak tawa menjerit, so tu yang benda tu tertarik. Bila dia buat tak endah, benda tu lagi kerap tiup then sekali dia toleh dekat pokok besar tu, kakak langsuir tu turun dari atas pokok tu dengan senyuman sambil berdiri sebelah dia, dok tiup-tiup dia. Start dari tu dia terus nak blah. Sebab katanya dia tak tahan tengok muka kakak tu. Buruk, macam kena makan dengan sesuatu. Isi muka dia abes terkoyak. Kakak tu ikut dia sampai la dia masuk kereta.

Kakak tu duduk dekat cermin tingkap sebelah dia sambil pangil-panggil dia sebab mungkin kakak tu dah tau Azi boleh nampak dia. Sepanjang perjalanan sampai ke traffic light tu, kakak tu terbang seiringan dengan kereta kitaorang sampai la dia patah semula ke zoo tersebut. Malam tu kitaorang bertiga tidur sekatil and seperti kebiasaan bila ada benda mengikut, Azi pasti akan suruh kawan-kawan dia masuk rumah dulu dan dia yang terakhir. Antara ayat yang aku pernah dengar sebelum dia masuk rumah and selepas dia membaca beberapa ayat, ‘Jangan kacau kawan-kawan aku. Pergi main jauh-jauh’.

Last update tentang Azi, katanya selepas dia bersalinkan anak sulungnya, dia jarang dah nampak entiti-entiti dekat luar tu. Tak tahulah kenapa, tapi katanya mungkin sebab dia pun dah tak ambil kisah dan tak peduli lagi tentang benda lain selain keluarganya.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Kawanku, Azi”

  1. adik spm victim 2k17 ni dah kenapa? dah lama aku perati budak ni…komen2 dia asyik nak kondem org aje….kalau kena sendiri mau terkencing2 agaknya lari lintang pukang….wakakakakaak

    Reply
  2. azi??same name ngan makdeq aku aziah tapi panggil azi..dia pon ade sixth sense gak.tapi lepas bersalin anak sulung dia dah kurang nampak ape2.tapi makdeq aku tak study kat perak

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.