Kedai Makan Misteri

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Kisah seram ini berlaku pada tahun 1999 ketika aku didalam tingkatan 2 dimana aku didalam perjalanan pulang kekampung ibuku di Terengganu..Masa itu aku hanya pulang bertiga bersama ibu & ayahku..2 lagi abangku tidak mahu ikut..Mahu menjaga rumah kata mereka..
Pada hari itu,ayahku memilih untuk pulang ke Terengganu melalui jalan Gerik-Jeli..Dan kami bertolak pada hampir pukul 10 malam dari Simpang Pulai…Ayahku memang merupakan seorang pemandu yg cekap kerana beliau bertugas sebagai seorang anggota polis..Memang memecut sajalah jawabnya..Jadi perjalanan memang memakan masa yang pendek..
Nak dijadikan cerita,ketika sedang melalui jalan jeli ke tanah merah(selepas turun dari puncak titiwangsa),ayahku berasa dahaga & mencari kedai yg sesuai untuk berhenti minum..Ketika itu jam sudah pukul 12 tgh malam lebih…
Akhirnya kami ternampak ada satu kedai yg masih cerah..Kami memilih untuk duduk dimeja batu diluar kedai kerana ayahku seorang perokok..Sambil kami berbual-bual & ayah menyalakan rokok pertamanya disitu,kami menunggu kehadiran pelayan disitu..Tetapi hampir 10 minit kami duduk disitu masih tiada yang datang untuk mengambil pesanan kami..Walhal didalam kedai kelihatan ada 2 ke 3 meja yg penuh orang..Televisyen terpasang & kelihatan pelayan berjalan-jalan didalam kedai seolah-olah menghantar minuman yg dipesan..
Tetapi apa yang aku perasan,aku tidak nampak sesiapa pun didalam kedai itu yang bersembang & televisyen itu juga tidak kedengaran sebarang suara..Ayahku masih juga mahu menunggu 5 minit lagi tapi masih juga tiada sesiapa yang datang mengambil pesanan dari kami..
Akhirnya ayahku mengambil keputusan untuk beredar & ketika kereta bergerak meninggalkan kedai itu,masih tiada sesiapa yang memandang kepada kami..Walhal jarak antara dalam kedai & meja diluar itu tidaklah sejauh mana..Hanya dalam 10 langkah saja lebih kurang..
Kami masing-masing terdiam sehinggalah ayahku berhenti disebuah kedai makan yg lain dimana suasananya berlainan dari kedai tadi..Kedengaran bunyi televisyen yang dipasang serta terdengar suara-suara pelanggan kedai makan itu yg bersembang..Pelayan juga terus mengambil pesanan dari kami..
Semasa menunggu pesanan kami sampai,baru ayahku bertanya samada aku & ibuku ada mendengar bunyi televisyen dikedai tadi @ ada terdengar suara orang bersembang?Aku & ibuku terus menggeleng..Ayahku mengatakan setelah lama memerhati,dia terasa pelik lalu dia tidak jadi mahu memanggil pelayan dikedai itu tadi bagi mengambil pesanan sebaliknya mengajak kami untuk beredar dari situ..Patutlah aku berasa sedikit pelik kenapa ayahku tidak memanggil pelayan itu kerana keselaluannya ayahku memang akan memanggil pelayan kedai jika dalam 5 minit mereka tidak datang untuk mengambil pesanan..
Selesai makan,kami pun meneruskan perjalanan semula & semasa perjalanan pulang dari kampung 2 hari kemudian,ayahku kata dia ingin melihat semula kedai makan yang kami singgah pada malam itu..Kedai makan yang kedua itu kami jumpa..Tetapi kedai makan yang pertama kami singgah itu,ternyata tiada sebaliknya hanya ada hutan belukar yang tebal..????
MasyaAllah..Syukur alhamdulillah kerana ‘pelayan’ dikedai itu tidak mengambil pesanan dari kami..Jikalau tidak..Entah apalah yang dihidangkan pada kami..Berhati-hatilah sekiranya melalui jalan Gerik-Jeli yang menuju ke pantai timur..Sesungguhnya bukan kita sahaja makhluk dimuka bumi ini..The End??

Montello

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]

7 thoughts on “Kedai Makan Misteri”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.