kediaman baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terus kepada cerita yang ingin saya sampaikan. Pada suatu hari alhamdulilah suami saya telah dinaikkan pangkat tapi kami terpaksalah berpindah ke kediaman yang baru mengikut di mana suami saya ditugaskan. Sebelum berpindah kami sempat melihat2 apartment yang akan kami diami nantinya, kami dapat apartment tingkat 5..Apartment tersebut ada 8 tingkat keseluruhan.

Apartment tersebut boleh dikatakan besar, mempunyai 3 buah bilik tidur dan 3 buah bilik air, 1 bilik tamu yang besar dan dapur. Di dalam apartment ini ada satu lorong yang panjang yang mana kiri dan kanan adalah bilik sebelum menuju ke dapur atau ke bilik tamu. Sebelum berpindah, kami suami isteri membersihkan terlebih dahulu apartment tersebut kerana sudah agak berhabuk, kurang pasti berapa lama agaknya apartment tersebut tidak berpenghuni. Pada masa tu kami mempunyai 2 orang anak kecil berumur 3 dan 1 tahun.

Pada awalnya kami tidak merasa ada apa2 yang tak kena dengan apartment tersebut hinggalah pada satu hari sebelum kami berpindah sepenuhnya, suami saya mencadangkan why not kami cuba bermalam dulu di apartment tersebut hanya untuk membiasakan diri. So saya pun setujulah, kami membawa anak2 kami serta adik saya 2 orang untuk bermalam di situ. Pada masa tu kami belum pasang langsir lagi, jadi memang nampak lah permandangan di luar ketika malam dengan cermin sliding yang agak luas di bilik tidur dan bilik tamu.

Pada malam tersebut suami, anak2 dan adik2 saya berkumpul di bilik tamu menonton tv, kira2 dalam pukul 8 malam, saya berada di bilik tidur (master room) sambil menyusun2 sedikit barang yang saya bawa bersama. Hanya master room sahaja ada bilik air, bilik tidur yang lain tak ada. Dan juga di setiap bilik ada disediakan almari pakaian yang besar serta meja mekap beserta cermin. Meja mekap master room ni disimpan agak ke dalam sikit di penjuru bilik berhampiran bilik air. Selepas saya siap menyimpan barang2 saya di meja mekap, saya pun berlalu menuju ke pintu, tiba2 rambut saya di tarik hingga kepala saya mendongak ke atas..tahukan macam mana kalau seseorang tarik rambut kita? Saya terus toleh ke belakang, kosong! tak ada apa2 pun! Saya cuba double cek kot2 ada paku kat pintu ke apa membuatkan rambut saya tersangkut, tapi tak jumpa! Saya pun keluar jer terus dari bilik dan otw ke bilik tamu saya terdengar ada bunyi seperti orang mengheret benda berat kat lorong betul2 kat belakang saya..saya toleh tak ada apa pun,saya pun terus berlari ke bilik tamu.

Selepas kami fully berpindah kesitu, pada satu hari ni hanya tinggal saya dan anak saya yang kecil umur 1 tahun. Anak saya tak berhenti menangis seolah2 seperti takut..saya pun call suami saya kerana saya rasa lain macam. Sampai jerr suami saya terus kami pergi ke rumah ayah saudara saya, dia ni memang pandai lah bab2 ghaib apa ni. Dia pun cakap tempat kami tinggal tu banyak penghuninya katanya..Lebih2 lagi kat lorong tu memang banyak. Dia pun bagi air dan tolong pagarkan rumah kami.

Walaupun tak ada sebarang gangguan buat seketika kat dalam rumah kami tu, tapi anak kami yg tua memang boleh nampak benda2 ghaib ni. diakan baru berumur 3 tahun, jadi kalau dia nampak benda tu memang dia akan cakap direct lah kat kami. Pernah ketika kami baru balik, dengan selamba jerr anak kami ni cakap “mama…ada hantu kat hujung tu”…saya pun diam jerr. Anak saya ni kalau dia rasa barang tu tak menakutkan maksudnya tak hodoh atau buruk, dia memang cakap selamba jerr..tapi kalau dia tengok barang tu hodoh dan buruk,dia akan menangis, dia kata tu ‘hantu jahat’.

Pernah satu hari tu kami melawat orang tua saya kat kampong, balik jerr dari sana anak kami yg tua ni dah start menangis..dia kata ada ‘hantu jahat’…sampailah balik ke rumah kami masih dia menangis..kami bawa ke rumah baca2 ayat yg patut,tapus muka dia dengan air..dia masih menangis tunjuk2 kat pintu bilik dia..jerit2 dia cakap “hantu jahat ma…ada hantu jahat!!!” kami pun call ayah saudara saya, dia kata benda tu ikut kami balik. Dia suruh kami tapus muka anak kami dengan air bacaan yang dia pernah bekalkan dulu. Air tu memang tak pernah habis kerana kita boleh refill semula. Kalau nak habis, isi lagi.

Kalau ikutkan memang banyaklah kisah kat rumah kami ni. Yang peliknya rumah pernah dipagar sudah, di bacakan, di taburkan biji lada hitam apa tapi cuma baik sekejap tu jerr..Lepas tu bebalik semula. Pernah satu hari anak kami yang tua ni nakal sangat, saya pun kunci dia kat luar (lorong), saya berada di bilik..just untuk menakutkan sajalah..tiba2 anak saya yg tadinya menangis terus senyap..saya pun buka pintu..saya lihat dia tutup mata dia pakai tangan..saya pun tanya kenapa, katanya “ada hantu perempuan pakai baju warna hijau melintas tengok dia”.. saya pun peluk dia dan saya kata tak ada apa2 tu, dia dah hilang dah..

Pernah juga pada masa tu waktu pagi, saya sedang sikat rambut anak saya yang tua ni,tiba2 dia lambai kat jendela..saya tanya dia lambai siapa? dia cakap “tu ada nenek tua kat jendela”..saya pun berfikir..rumah kami kan tingkat 5, macam mana boleh ada nenek tua kat situ? tapi hanya anak saya yang nampak, saya tak nampak..

Ok setakat itu saja dulu yerr, nanti sambung balik..dah panjang rasanya saya becerita, masih banyak lagi sebenarnya, nanti saya akan sambung balik.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

1 thought on “kediaman baru”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.