Nama aku Wan. Kisah yang aku nak kongsikan ni tak adalah seram sangat tapi cukup buat aku sedar betapa pentingnya tidak berada di luar rumah ketika senja atau maghrib.
Kisah ni berlaku kira-kira 15 tahun lalu. Ketika aku masih di bangku sekolah rendah. Masa tu tengah cuti sekolah. Biasalah budak-budak bila cuti sekolah memang main tak ingat dunia.
Aku tinggal di sebuah taman perumahan yang baru lagi dibina pada masa tu. Kira macam kitorang ni golongan perintis kawasan taman perumahan tu la. Lorong yang aku tinggal tu adalah lorong yang paling hujung. Di sebelah ada kawasan tanah lapang yang sudah ditarah yang luas. Selepas itu ada kawasan paya. Di seberang paya ada kawasan berbukit yang masih subur dengan pokok-pokok hutan.
Pada petang yang hening itu, aku kira-kira dalam pukul 6.45 petang. Dah nak masuk senja. Dah nak dekat maghrib. Tapi, masih ramai berada di luar beriadah. Pakcik-pakcik yang berborak pasal kereta. Makcik-makcik yang sedang mengumpat. Aku dan kawan-kawan yang seronok main “lubang tikus”.
Tiba-tiba aku ternampak dua biji bebola api sedang terawang-awang nun di hujung sana dekat kawasan paya. Aku dan kawan-kawan terus berhenti bermain. Semua pandang ke arah bebola api tu. Ada juga kawan-kawan yang panggil mak ayah diorang. Pun masing-masing terpaku tengok bebola api tu seolah-olah macam sedang menari-nari . Ramai yang menyaksikan kejadian tu tak kira kecik ataupun dewasa. Tapi, ada jugak ibu bapa yang dah tarik anak-anak bawak masuk rumah. Aku pula, masih berdegil. Terus je menonton dua biji bebola api tu dok berlegar-legar. Lebih kurang dalam 5 minit juga la bebola api tu terbang-terbang dekat kawasan paya tu. Ada dua ekor anjing yang uncle cina ni bela mula menyalak-nyalak sayup macam serigala tu.
Selepas lima minit tu, bebola api tu terbang menuju ke kawasan bukit. Ianya terbang mendekati beberapa batang pokok. Yang mengejutkan bila pokok tu semua terbakar. Api pun marak. Nampak macam kebakaran hutan. Masa tu barulah masing-masing lari masuk ke rumah. Aku pula masih berdegil. Mak ayah aku tak ada masa tu sebab tu degil sikit tak masuk rumah lagi. Makcik-makcik jiran yang prihatin, marah aku suruh masuk rumah, pun aku tak endahkan.
Aku tengok sampai la hari dah makin gelap. Sampai bebola api tu pun hilang. Pokok yang terbakar pun dah terpadam apinya. Selepas tu baru aku dan beberapa lagi rakan yang lain masuk rumah.
Esoknya, aku bajet-bajet nak jadi penyiasat terhebat, aku dan rakan-rakan pergi mendekati kawasan paya dan bukit tersebut, nak tengok pokok-pokok yang terbakar tu. Guess what! Tak ada satu pokok pun yang hangus. Semua segar bugar berwarna hijau.
Bila aku cerita dekat mak pasal tu, mak cakap benda tu maybe penanggal. Tapi entah la, sampai sekarang aku tak pernah nampak benda-benda seram ni depan mata. Kejadian bebola api tu je lah satu-satunya kejadian yang aku nampak dengan mata kasar aku sendiri.
Sekarang, selepas 15 tahun. Kawasan tu dah pun membangun dengan deretan rumah yang baru. Kalau betul tempat tu keras,atau sarang penanggal, entah apalah yang berlaku pada penghuni rumah di kawasan tu sekarang?
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Org2 tua dlu ckap mende jenis ni x bole 2 org tngok,cth kalo sorg nmpk bgtau mmber sblh,mende tu trus ilang..tu dlu la,skrg zman siber satu kg tngok pn bole..
☄️☄️☄️
engat lg…dulu kecik..mak marah main senja2..
org ckp klau nampak bola api ni..de org tuju santau..and if org nmpk..santau tu xkan menjadi
Biasa tapi tak bosan