Kekasihku Seru

Hello uolls !!! Terima kasih FS dan juga peminat yang tak berhenti memberi sokongan kepada page FS selama ni. Aku dah lama menjadi pembaca setia FS, cuma kali ni terasa ringan tangan pula nak menaip cerita seram. Oklah aku pun ada cerita yang nak dikongsikan dengan pembaca semua. Cerita ni adalah pengalaman aku sendiri yang berlaku di salah satu bilik di dalam rumah aku.

Ketika aku baru tamat program matrikulasi pada tahun 2010 yang lalu, aku tiada apa ingin buat, mak suruh keluar cari kerja pun aku malas, tetapi sekurang-kurangnya aku menolong mak membersihkan rumah sementara mak aku perlu menjaga arwah tok ki yang sedang terlantar sakit. Siang hari aku akan membuat rutin yang sama, bersih rumah, bakar sampah, siram pokok bunga dan sayur dan juga tolong mak memasak.

Rumah memang sunyi lah dengan ayah dan abang pergi kerja dan adik-adik yang bersekolah. Waktu itu terasa bahagianya hidup tiada orang nak kacau hidup aku, dan waktu itu FB masih baru lagi, apa yang aku selalu buat adalah ambil gambar depan cermin (handphone xde kamera depan) guna Samsung Corby aku tu dan tukar profile picture, rasa dah cantik sangatlah tu.

Selepas lebih kurang sebulan aku ber’honeymoon’ di rumah, aku mula mendapat mimpi yang pelik selepas balik malam dari makan2 dengan kawan, aku sampai rumah sekitar pukul 11 dan terus tidur. Mimpi itu adalah permulaan kepada mimpi ngeri di dalam hidupku yang akan aku ingat sehingga kini.

Di dalam mimpi itu, aku didatangi oleh seorang lelaki kacak dari keturunan bangsawan yang ingin berteman denganku. Tetapi aku menolak sebabnya aku tak kenal pun lelaki tu. Dia berpakaian seperti putera arab berserban, bentuk muka bujur sirih, berkulit cerah serta berkumis. Memang handsome lah kalau nak buat suami (awww). Bila aku tersedar dari mimpi yang indah tersebut, baru aku tahu yang aku sedang bermimpi. Aku ingatkan segalanya dah selesai, rupanya pada malam kedua dia datang lagi di dalam mimpiku, dan jawapanku tetap menolak lamarannya.

Mimpi yang sama berulang sehingga seminggu, tetapi pada malam ke 7 dia ada berpesan kepadaku akibat lamarannya telah ditolak buat kali yang ke 7, dia telah menetapkan syarat kepadaku supaya tidak menceritakan apapun yang terjadi kepada manusia lain, waktu itu sudah ku tahu yang lelaki ini datang dari kalangan jin.

Bila aku bertanya sebab dikenakan syarat begitu, dia membisu dan terus hilang dari pandanganku. Namun, bila tersedar saja, aku terus terlupa segala yang dipesan olehnya dan terus bercerita pada mak apa yang telah terjadi selama satu minggu itu. Mak beritahu mungkin ada sesuatu yang mengikut aku selepas pulang daripada dinner dengan kawan-kawan minggu lalu. Aku malas nak ambil ‘port’ sangat dengan ayat mak tu tetapi ada terasa sikit risau, jadi sejak hari itu aku semakin rajin membaca Quran untuk mendinding diri.

Akan tetapi, jin apabila dia dah berjanji pasti akan dikotakan, suatu malam tu ketika aku sedang nyenyak tidur, jin itu sendiri telah mengejutkan aku daripada lenaku, apabila aku membuka mata, seekor makhluk seakan mawas dengan bertaring seperti gading gajah dan bermata merah saga telah menerkam dan mencekikku. Aku kelemasan tidak sempat membuka mulut lalu dicekupnya mulutku sambil memarahi aku.

“Mengapa kau bercerita pada ibumu wahai manusia ?”, gertaknya dalam keadaan marah.

Air mataku mengalir laju dan terasa sesak nafas kerana perutku ditindih, aku berasa sangat lemas. Aku cuba menepis tetapi seakan tenagaku tersangat lemah untuk melawan makhluk tersebut. Sejurus itu, dia menghilangkan diri, aku bingkas bangun dari katil dan berlari keluar bilik sambil menangis teresak-esak ingin mendapatkan mak dan ayah. Aku ketuk pintu bilik mereka, apabila mereka keluar dari bilik mereka mendapati muka aku sangat pucat dan mak terus memelukku. Baru ingin berasa lega, makhluk berbulu itu rupanya ada di dalam bilik mak ku sambil terseringai. Aku menjerit,

“Makkk! Ayahhh! Ada benda ikut angahhh!!!!”, sambil teresak-esak.

“Kau ni dah kena sampuk ni “, tegah sang ayah.

Ayahku lalu mencapai kunci motor dan berlari keluar mendapatkan pak imam yang berdekatan. Mak pula mengejutkan along untuk bersama-sama menjagaku, adik-adik mak suruh tinggal di dalam bilik jangan keluar pun kerana mak juga dapat merasakan ada sesuatu di sekeliling aku seperti tidak ingin melepaskanku. Aku seperti orang sasau, toleh ke kanan kiri nampak mawas itu lagi, sudahlah setinggi siling rumah.

Waktu itu baru pukul 3 pagi tetapi bisingnya sehingga boleh mengejutkan jiran-jiran kami. Tiba-tiba arwah tok ki bersuara.

“Rosss !!!”, panggilan yang tok ki berikan pada mak aku.

“Ye, bahh”, sahut mak.

“Itu dekat luar pintu dapur ada perempuan rambut panjang dengan seekor kucing hitam nak masuk rumah, kenapa kau tak panggil mereka masuk Ros ?”. Kebetulan katil tok ki betul-betul menghadap pintu dapur, sudah pasti beliau nampak dengan jelas apa yang berlaku, cuma kali ni di luar rumah.

Mak terus kelihatan cuak sambil berpandangan dengan along, siapa yang datang dinihari begini ? tetapi aku terus berpaut pada mereka akibat bayangan mawas yang sentiasa berlegar-legar di segenap ruang rumah. Sejurus itu, ayah pulang membawa bersama Imam Malik yang berkain pelikat untuk melihat keadaan aku. Imam Malik lalu mengarahkan mak untuk mengambil sejag air masak.

Dalam keadaan tergopoh-gapah Imam Malik datang mendapatkan aku. Walaupun tidak boleh menyentuh, Imam Malik merenung tajam-tajam anak mataku sambil membaca potongan ayat Quran, diambil air daripada jag yang telah dijampi lalu direnjis ke mukaku. Aku terus lemah dan pengsan serta tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Cerita mak, selepas aku pengsan, Imam Malik menceritakan kepada kami sekeluarga bahawa aku terbuang sampah sesuatu di depan rumah kecil tempat sembahyang orang cina. Kira yang warna merah tu lah. Lalu ada jin yang mengikutku pulang ke rumah kerana bukan marah, tetapi jatuh cinta dengan kecomelan aku.

Jin tu pula adalah seorang ketua kampung di kawasan aku membuang sesuatu tersebut, kira beruntunglah aku. Kihkihkih. Sebab itulah dia datang melamarku di dalam mimpi buat 7 kali berturut – turut. Namun, pabila aku menolak lamarannya, dia menjadi marah, tetapi semakin marah selepas aku menceritakan kepada mak aku perihal mimpi. Dia lalu mengarahkan khadamnya yang berupa seekor mawas untuk membuatkan jiwaku terseksa kerana menolak cintanya.

Tetapi, Imam Malik menambah bahawa ada seekor jin lagi yang ingin masuk campur, iaitu kekasihnya yang ingin menghalang perbuatan jahat jin lelaki tadi dan ingin menyelamatkan aku daripada cengkaman jin darat tersebut (bukan buaya darat). Sebab itu arwah tok ki ternampak kelibat seorang wanita berambut panjang dengan seekor kucing hitam di luar rumah, kalalu lah mak membuka pintu sudah tentu aku dapat diselamatkan terlebih dahulu. Tetapi sebagai seorang manusia, kita harus meminta tolong kepada Allah dan bukannya kepada jin.

Setelah hari itu, aku sudah tidak keluar malam lagi melainkan ada hal yang tak dapat dielakkan. Tetapi sekarang ni dah tak boleh elak, selalu kena keluar malam atas tuntutan kerja sebagai seorang HO di sebuah hospital. Hmm nasiblah aku ni bukan seorang yang penakut sangat.

6 comments

    1. kes jin jatuh cinta pada manusia bukan cerita karut lagi pada zaman skrg, sudah bnyk kes trjadi x caya cuba tanya mana2 pengamal perubatan msti ade yg pernah berhadapan dgn kes seumpama ini, ksian buah langsat ni x tahu pape..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *