Kelibatmu Masih Segar Diingatan

Salam perkenalan untuk semua warga FS semoga semuanya sihat , kali ini aku nak kongsikan satu kisah yang tak berapa nak seram tapi bagi yang melaluinya mungkin kisah ini cukup untuk menaikan bulu roma dan menyejukkan tengkuk belakang. Tanpa basa basa basi kita terus ke kisah yang nak dikongsikan.

Cerita ini tidak lah lama sangat, rasanya baru 6 tahun berlalu namun kajadian ini masih segar diingatan. Apa tidak ini adalah kali pertama aku melalui kedian-kejadian menyeramkan ini.

Malam itu angin bertiup dengan sempoi, langit pula kelihatan merah mungkin mula menandakan bahawa malam itu hujan bakal turun.. Sedang aku asik diluar rumah menghirup udara yang tak berapa nak segar, maklumlah kawasan perumahan kampung yang pesat dengan penduduknya jadi susah nak dapat udara yang segar betul.

Masa itu aku sendiri diluar dan jam menunjukkan 11 malam, memang sunyi kampung ni dalam sekitar jam 9 ke atas, lepas saja ada kejadian meninggal dunia masa tu. Seorang wanita mengandung meninggal dunia dan tak tahu sebab apa dia meninggal dan apa yang menyeramkan dan membuat kampung tu sunyi adalah apabila seorang makcik pulang dari membeli dengan berjalan sendirian untuk balik di rumah pada pukul 10 malam.

Apa yang mengejutkan makcik itu apabila dia melalui bawah rumah orang untuk melintas ke jalan menuju rumahnya dia ternampak satu sosok tubuh berdiri sambil mengendong sesuatu yang berdarah. Apa yang diceritakan oleh makcik dengan kejadian pada malam itu menjadi top news pada masa tu, dan bukan hanya makcik tu saja yang melihat tapai ada juga 3, 4 orang yang melalui kejadian seram dan melihat benda tu.

Okay, berbalik pada cerita aku. Aku yang tak tahu nak buat apa aku pun scroll facebook untuk baca status dan melihat kalau-kalau ada kerja kosong yang memerlukan pekerja segera. Sedang asik membaca tiba2 terdengar satu suara kecil yang meminta tolong, dalam 3 kali sahutan itu berterusan tapi dengan nada yang sangat perlahan, aku cuba perhati betul-betul kalau benar apa yang aku dengar tadi, tiba-tiba hilang pula suara tu,

Aku masa tu tak ambil peduli sangat mungkin aku salah dengar kali. Jadi aku pun bakar sebatang rokok untuk mengurangkan rasa takut. Tak lalepas tu aku dikejutkan pula dengan satu kelibat yang melintas. Ya itu adalahkelibat seorang ibu-ibu yang mengendong sesuatu, mungkin anak dalam kandungan atau mungkin lain sebab masa tu nampak pun sepintas lalu saja. Sejuk terus tengkuk belakang ni masa tu. Tanpa membuang masa aku terus masuk untuk tidur, malas nak fikir sangat benda tu takut nanti malam tu susah pula nak tidur.

Sampai disini saja, ada masa nanti aku coretkan pula kisah yang aku lalui lagi menyeramkan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 18 Average: 2.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.