Kem Kuala Kubu Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS . Nama aku Ima , aku nak kongsi cerita time aku dipaksa menyertai Kem Jati Diri kat Kem PLKN Kuala Kubu Selangor . Sememangnya aku dan kem sekolah berpisah tiada . Padahal aku adalah seorang pelajar yg baik ( baik ke ?) hahaha . Demi tidak mengecewakan niat cikgu kaunseling aku yg suci lagi murni tuh aku pun ikutkan je lah lagi pula dia dah bayarkan utk aku ( nampak paksaan disitu ) .

Kami pergi agak ramai sebab dari form 3 smpai lah form 5 rata2 yg ikut adalah budak yg bermasaalah disekolah , kecuali aku ! aku tau aku budak baik ( masih dgn pendirian ku ) . Nak di jadikan cite setibanya di Kem PLKN kat Kuala Kubu tuh lokasi memang terpencil sebabnya dalam hutan . Yg lagi tak best kem perempuan bersebelahan dgn tangki air yg besar tuh . Sape tau tempat nie mesti tau katne tangki air tuh .

Sampai je kat tempat kem pelajar perempuan aku dah cuak , aku tak suka keadaan yg agak terpencil sebabnya kem kami betul2 tersorok . Nasib baik lah sebelah kem kami ada surau . Selesai je kami kemas2 barang member sekelas aku ajak pegi kantin . Jarak kantin dengan kem kami boleh dikatakan dlm jarak 100m ( kalau jalan lurus ) time nak ke kantin tuh boleh nmpk ada tasik yg agak besar di sbelah kiri kami tapi takde lah besar mana pun . Cukup membuatkan ketiak berpeluh kalau berpusing kat tasik tuh .

Hari hampir maghrib , member still kusyuk bersembang ngan cikgu . Kami memang kamcing ngan cikgu2 yg slalu gi kem sekolah nie sebabnya memang muka kami je yg slalu ikut kem . Btw aku form 5 time nie so akak2 lah . Tiba2 hujan membasahi bumi . Aku dengan nada tak puas hati mengajak member balik ke kem kami , member sorang nie memang pantang duduk kejap ada je gosip dia berbakul2 nak story . Nak taknak terpaksa lah kitorg redah hujan lebat sebabnya kejap lagi nak masuk waktu maghrib semua kena kumpul kat surau utk menunaikan solat .

Aku dengan sepantas kilat mengorak langkah ala2 nak lari pecut 100m dah time tuh tapi bila dikenang member yg agak gedempol dari aku tepaksa lah aku berlari2 anak . Jalan yg kami nak lalu nie jalan lurus yg aku maksudkan tadi dimana jarak dari kantin ke kem adalah 100m . Aku terperasan di belah kiri ada 1 pondok kecil , aku taktau apa motif pondok tuh kat situ dan yg lagi aku tak faham ada perempuan stay situ membelakangi kami . Dalam hati terdetik perasaan musyikil apa makcik nie buat kat sini .

Hujan masih mencurah2 tiada tanda2 utk berhenti dan aku masih melopong memerhatikan perempuan yg berpakaian serba putih tuh . Member still tertinggal di belakang . Tunggu punya tggu mmber smpai sblah aku , aku tanya member kalau2 dia nampak apa yg aku nampak kat pondok tuh ” weh mas!! mas !! kau nampak tak apa yg aku nampak?” . Member pandang aku pelik dah lah hujan lebat boleh pulak aku tanya soalan cepumas kat dia , “manada apa2 kat situ gila!! jom lah balik khemah hujan lebat nie” . Aku masih tak puas hati aku tanya lagi sekali . Dia kata aku gila . Dalam hati aku dah maki hamun mmber aku , dah lah lembab buta pulak tuh .

Dengan rasa tak puas hati aku perati lagi pmpuan tuh , bukan apa dari tadi posisi berdiri yg sama pandang ke lantai dan stand still tak gerak2 . Aku perati dari atas smpai lah ke kaki dia . Tang kaki je masyaAllah kaki tak cecah lantai . Jarak aku ngan benda tuh dlm 10-20meter . Nak taknak aku patah balik pusing 1 tasik sebab aku taknak jalan situ , sebabnya makin aku jalan situ makin dekat lah aku ngan kkak cantik tuh .Sambil lari mengelilingi tasik tuh dalam hati bukan nak baca surah ke apa sibuk memaki benda alah tuh , memang tak ingat apa dah , rasa seram takut, nak tekencing semua ada . Rasa menyesal tggu mmber aku yg lembab tuh . Rasa menyesal juga sebab mata nie liar sangat . Sampai je khemah aku tak sedar dah boleh dikatakan pengsan . Sedar2 je dah azan isyak . Demam sejenak akibat hujan . Pastu aku tak cite kat sesape smpai lah kat sekolah .

Minta maaf kalau tak seram , cuma nak kongsi pengalaman je 🙂 ada masa aku kongsi lagi masa zaman2 kolej pulak . Thanks admin Fs kalau2 cite nie terpost nanti . Sekian

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One thought on “Kem Kuala Kubu Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *