Assalamualaikum kepada semua pembaca dan admin fiksyen shasha. Nama aku suri, harini aku nak cerita tentang pengalaman aku masa zaman form 6. Waktu tu pelajar form 6 kena ikut program bimbingan , dan nama aku terpilih untuk megikuti program tersebut. Program ni diadakan di Kota Tinggi disebuah kem yang bagi aku agak terceruk juga tempatnya.
Kisah seram bermula pada malam pertama kami sampai di kem tersebut. Kami sampai waktu petang hampir senja , jadi cikgu mengarahkan semua pelajar untuk ambil kunci bilik masing masing dan bersihkan diri untuk solat magrib. Nak dijadikan cerita aku dapat duduk satu bilik dengan geng kepala gila aku (sebilik 4 orang) dan kami berempat pelajar paling last mandi. Aku dan kawan aku sorang ni dah siap mandi dan nak masuk ke bilik semula masa kitorang nak keluar bilik air tu kitorang nampak Hanan meluru laju keluar dari bilik air (oh ya hanan salah seorang dari roommate aku jugak dia ni jenis yang tak banyak cakap dan bertudung labuh tapi dia pun sejenis masuk air ya). Masa dah sampai pintu bilik tu kawan aku teha ni pun bukak lah pintu bilik sebab kunci memang dia yang pegang. Masa si teha ni dah bukak je pintu fuhh tetiba kitorang rasa angin panas dari dalam bilik tapi masing masing buat tak tahu je. Lepastu otak aku pun ligat lah befikir, bukan tadi hanan jalan dulu ke mana dia pergi, hah lagi satu hanan mesti kena tunggu teha kalau nak masuk bilik kan, lagipun tadi dia cuma tutup kepala dia pakai kain batik je takkan dia nak berlegar2 mcm gitu je, hanan bukan jenis macam tu. Tak sampai 10 minit hanan dengan thiah (roommate aku lagi sorang) pun sampai, teha yang mula Tanya hanan pergi mana , asal laju noh jalan tadi macam macam soalan teha soal. Hanan yang bingung pun cakaplah aku baru siap mandi dan aku rasa aku paling last siap mandi sebab thiah yang tunggu aku tadi. Masatu aku dengan teha serentak berpandangan dan aku tahu apa yang teha tengah fikir. Benda ni kitorang tak cerita kat diorang pun sebab budak dua tu penakut, teha cover balik soalan2 yang dia dah Tanya kat hanan tu.
Cerita tak habis macam tu je, malam tu selepas solat isyak dan makan malam semua pelajar diarah masuk tidur tapi macam biasa lah ramai yang jadi pak guard dan mak guard buat rondaan keliling kem. Sebelah kem ni ada laut tau, masing2 ambik kesempatan melepak kat situ baik lelaki baik perempuan yang selfienya lain yang nyanyinya lain yang termenungnya lain. Tengah syok layan angin laut tiba tiba bunyi gedebuk bunyi benda jatuh. Semua mata tertumpu kat satu pokok besar yang ada kat luar pagar kem tu, lepastu ada sorang chief kitorang ni suruh semua pelajar masuk bilik segera (chief ni dia boleh nampak2 sikit). Bila semua pelajar ramai dah berganjak untuk masuk bilik ada pulak sorang pelajar perempuan ni menjerit, dia menjerit sebab dia tengok gambar selfie dia ada benda tak diundang masuk sekali tiba kawan sebelah dia jatuh menggelupur weh. Ahh sudah dalam hati aku budak ni hysteria ke apa ni. Si hanan dengan thiah dah duk berkepit je dgn aku, teha aku tak tahu mana pergi. Chief arahkan student perempuan yang lain pegang budak yg menggelupur tu sementara dia pergi panggil ustaz kitorang. Masatu aku dengan hanan yang pegang budak tu, adalah beberapa pelajar lain jugak, hanan ni walaupun dia penakut tapi dia ada satu kebolehan ubat orang dia pandai lah baca2kan potongan ayat quran (ayah hanan ni tak silap aku memang boleh ubat orang yg darul syifa tu) masa hanan baca ayat ayat ni terus menjerit budak yang menggelupur tu pastu makin keras rontaan dia. Tak lama ustaz datang dan arahkan student laki laungkan azan 4 penjuru yang perempuan2 ni semua kena masuk bilik baca yaasin kecuali yang tengah pegang mangsa. Tengah duk berpeluh2 masing tiba tiba bunyi mcm mengepak2 ( ala bunyi kalau korang pakai baju kelawar tu pastu korang kibas kibas kain dia hah camtulah) ustaz suruh semua tunduk. Semua tunduk masatu sebab takut Nampak bukan bukan , rupanya ada kak pon lalu weh terus ke pokok yang bunyi benda jatuh tu (aku tahu ni pun sebab salah sorang budak laki tu curi2 tengok). Dan budak yang hysteria tu pun mula sedarkan diri lepas ustaz renjis air kat muka dia.
Esknya kitorang tengok gambar yang budak selfie ada hantu tu, memang jelas nmpk belakang budak tu ada pocong muka hitam je. Guess what guys rupanya tengah kitorang cuba untuk pulihkan budak yang hysteria tu ada jugak student perempuan yang kena kacau kat bilik diorang termasuk teha dgn thiah. Diorg dengar suara mendengus kat tingkap bilik dan ada yang kena ketuk pintu.
Hari kedua dekat kem tu waktu siang semua student join aktiviti yang disediakan, bila malam menjelma memasing dah takde yang melepak lagi dah lepas isyak dan makan malam semua masuk bilik. Tapi masih ada gangguan weh, malam tu yang perempuan2 ni terlampau rajin pergi basuh baju dekat bilik air (termasuk aku) siap ada yang basuh kasut tau. Masa nak jemur baju tu kami semua jemur dekat belakang bilik memasing, main sangkut sangkut je kat dawai hijau tu. Dan memang lampu tak ada kat belakang tu, mengharapkan cahaya dari bilik je tengah duk sidai2 macam ada satu angin panas sebijik rasa dia macam masa aku bukak pintu bilik aku tu. Student perempuan yang paling hujung sekali tu berlari diikuti yg lain lain dengan aku aku sekali lari, padahal tak tahu apa apa (yang kelakarnya semua lari senyap je tak jerit tak ada suara langsung sebab taknak kejadian semalam berulang dan tak nak kena marah dgn cikgu). Rupa rupanya student tu nampak sesuatu dekat pokok yang berdepan dengan dia tu, katanya dia nampak macam mata warna merah saga bulat dan besar dia ingat binatang tapi bila ditenung lama baru dia nampak badan benda tu hitam besar bebulu tengah sembunyi sebalik dahan dahan tu.
Last day dekat kem tu, waktu subuh dimana aku sendiri yang kena kacau dengan jembalang tu. Macam biasalah tunggu turn untuk mandi, toilet yang aku pilih tu memang aku nampak ada org masuk sebelum aku. Memandangkan toilet lain semua dah dicop aku pun coplah kat toilet hujung tu. Tunggu punya tunggu, apasal lah lama sangat minah dalam ni mandi siap humming humming lagi sampai org sebelah sebelah aku semua dah ada yang siap mandi tau. Aku geram aku pun ketuk pintu bilik air tu Tanya “lama lagi ke awak dalam tu, subuh nak habis dah ni” alangkah terkejutnya aku pintu bilik air tu tiba tiba renggang aku tolak lah pintu tu tengok tak ada orang. Student sebelah aku tu pun tercengang tau, iyalah sebab aku memang tahu dalam tu ada orang sebab dengar suara dia humming pastu bunyi orang jirus air dan aku sendiri nampak ada orang masuk toilet sebelum aku. Tapi aku masuk je toilet tu mandi ala kadar sebab dah lambat untuk Jemaah dgn yang lain2. Aku tak bagithau sesiapa pun pasal kejadian ni tapi Kisah hantu toilet tersebar jugak, student sebelah aku tulah yang canang kat semua org haha.
Sampai sini jelah pengalaman aku masa zaman sekolah, ada je pengalaman seram aku bila dah kerja ni lagi lagi sekarang ni aku bekerja di sebuah hospital. Kalau ada masa aku tulis lagi insyaAllah. Maaf kalau penulisan aku kurang baik atau meleret ya. Babaii
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita dah ok dik tp kata nama khas macam nama org kenalah huruf besar baru lah lebih feel bila baca.
Tkasih kongsi pengalaman. Cepat-cepat ya kongsi pengalaman baru, okay?
Part berlari senyap2 tu sumpah lawak…aku boleh bayangkan…wakaka
Larian naruto😂😂
Baru-baru ni ..tengah lepak dengan member kat taman hutan paya, ada jugak dengar bende mendengus .. xnampak apa2 pasal gelap, xtau binatang apa. cume bunyi tu plak ngam2 lepas aku ckp kat member, ade bende nk kacau kite ni.
keras betol kawasan tue..part yang kene hysteria tue seram.
ni yg aku pling fedup bila baca budak2 nye cerita..
bykkan sikit titik noktah ya dekk . semput akak bacanya . overall nice story
Apsal malas sangat nak guna tanda baca ni? Sia2 cikgu kau ajar dulu dik. Kalau malas nk guna tanda baca, xyah la mengarang.klu guna short form or mix language, Aku bole terima lagi. Ni tanda baca sesimple full stop n inverted koma pun malas nak letak! Ayat dialog, ayat penyata kau letak dlm satu ayat yg panjang sekali lamsum. Susah nak faham. Guna la tanda baca dik… Tulis mesej bodoh2 kat wasap pun, kena guna tanda baca. Ini Kan pulak jarang cerita.
Banyak plak Aku membebel.. sorry ok