Kem Tegas Mesra (part 1)

Tahun 2011, aku baru tamatkan pengajian dalam bidang Ijazah kejuruteraan mekanikal. Aku terbaca tawaran menjadi fasilitator sambilan Program Sastera & Budaya di sebuah kem plkn. Untuk pengetahuan failitator sambilan ni hanya akan masuk kem plkn selama seminggu memandang kan program sastera & budaya adalah kelolaan dewan bahasa. So dipendekkan cerita aku mohon & dapat, selepas pergi kursus selama seminggu aku dihantar ke kem tegas mesra di utara tanahair.

Mula-mula sampai disambut baik oleh jurulatih tetap disana dan aku diberikan bilik berseorangan memandangkan aku seorang sahaja lelaki yang lain 4 orang perempuan. Masa datang sempat berbual dengan jurulatih disitu, dia bagitau yang bilik yang aku duduk dah lama tak digunakan sebab dikhaskan untuk vip.

Pada malam pertama, aku tidur dengan nyenyak tanpa ada sebarang gangguan. Pada keesokan pagi tepat pukul 5 pagi, aku terjaga dan terdengar bunyi orang berkawad di padang kawad yang agak jauh dari bilik aku namun kedengaran sangat jelas. Dalam fikiran aku awal betul pelatih plkn dah kena kawad, baru pukul 5 pagi kot, pukul berapa dia orang ni bangun.

Hari pertama aku mengajar di dalam kelas, selepas aku perkenalkan diri dan pendahuluan berkenaan program sempat la aku bertanya pada para pelatih pukul berapa kena bangun pagi. Namun jawapan mereka membuat aku terkedu, mereka semua bangun pukul 6 pagi. Jadi sapa yang berkawad pukul 5 tadi? Mungkin jurulatih tetap disini.

Makan tengahari aku cuba bertanya pada seorang cikgu (jurulatih tetap) disini, siapa yang pukul 5 pagi dah kawad. Dia tersenyum dan berkata yang aku tersilap dengar tu mana ada orang lagi pukul 5 pagi. Kalau dengar pun abaikan sahaja dia kata.

Petang tersebut habis je kelas, aku dan 4 lagi fasilitator sambilan membuat perjumpaan berkenaan hari pertama mengajar. Apa yang memeranjatkan fasilitator perempuan pun terdengar bunyi berkawad pada pukul 5 juga. Bilik mereka lagi jauh dari bilik aku. Perbincangan kami lebih terarah kesitu dari maklumbalas berkenaan kelas. Salah seorang dari kami berpendapat mungkin jurulatih disana sengaja tidak memberitahu perkara sebenar kerana takut kami akan bercerita yang pelatih dah didera berkawad dari 5 pagi.Pagi hari kedua aku nekad, kalau terdengar bunyi lagi, aku akan terus pergi tengok. Namun hampa kerana aku hanya tersedar dari tidur pada pukul 6 pagi.

Hari kedua berjalan lancar dan untuk hari ketiga kami terpaksa menunggu dua hari disebabkan cuti sabtu dan ahad, kelas akan bersambung pada isnin. Pada petang itu ramai jurulatih yang tidak bertugas pada hari sabtu dan ahad kelihatan bersiap balik bercuti hanya tinggal jurulatih yang bertugas sahaja. Blok penginapan aku menjadi sunyi sepi memandangkan blok berhadapan yang dihuni jurulatih kosong, semua dah pulang ke kampung.

Aku terlelap seketika dan terjaga pada waktu maghrib, terus bergegas untuk mandi. Tapi malangnya bilik air bilik aku tiada air jadi aku terpaksa ke blok jurulatih memandangkan disitu terdapat tandas yang berada diluar. Ketika tengah mandi aku terdengar bunyi orang lain yang masuk sama ke dalam tandas. Dalam hati, mungkin ada jurulatih lain yang datang mandi. Namun selepas keluar aku tidak nampak sabarang kelibat manusia. Mungkin dia dah keluar awal kata hati aku bagi menyenangkan hati.

Tengah malam itu tiba – tiba aku berasa sakit perut teramat sangat, aku terus ke tandas blok jurulatih. Ketika tengah melabur, aki terdengar bunyi orang lain masuk ke dalam tandas. Pada aku mungkin jurulatih yang sama dengan maghrib tadi. Lepas selesai urusan aku terus keluar dan lihat satu bilik mandi digunakan. Aku pun cuba menegur ‘hai cikgu, bilik tak ada air juga ke?’, namum selepas bertanya tiada jawapan yang kedengaran hanya bunyi air ditutup, dan pintu bilik air tiba-tiba terbuka sedikit. Aku pun cuba menolak, teperanjat aku hingga terlompat ke belakang bila tiada sesiapa dalam bilik air itu namun ada kesan mandi. Aku terus keluar dari tandas dan terus balik ke bilik. Sampai di bilik aku tak boleh nak lelapkan mata dengan apa yang terjadi tadi. Selepas itu aku tertidur.

Pukul 5, aku terjaga dari tidur dan terdengar bunyi berkawad lagi. Kali ini aku nekad untuk pergi melihat siapa yang berkawad. Pada fikiran aku ada pelatih yang didenda berkawad pada pagi itu. Selepas berjalan seketika aku nampak kelibat orang tengah berkawad namun samar- samar memandangkan hari yang masih gelap dan lampu disitu yang ditutup. Yang peliknya orang yang berkawad memakai seragam hijau sedangkan plkn seragam biru hitam. Baru aku nk melangkah lebih dekat tiba-tiba bahu aku ditarik seseorang. Rupanya salah seorang jurulatih yang sedang bertugas membuat rondaan, dengan muka yang serius dia berkata “encik, elok jangan pergi tengok apa yang encik dengar. Baik balik je ke bilik encik dan tunggu solat subuh, lepas solat subuh di surau nanti saya akan cerita sesuatu pada encik.” Memandang muka jurulatih yang berumur tu serius, aku pun terus beredar dan balik ke bilik dalam fikiran yang masih binggung.

Selepas solat subuh, jurulatih tersebut datang dan duduk di tepi aku, dan bertanya apa yang aku dengar sampai aku berjalan ke padang kawad? Aku pun cerita satu-persatu. Jurulatih itu dengan muka tersenyum dan bagitahu yang aku diusik, apa yang aku nampak dan dengar tu dia tak nampak, namun ada sesuatu yang sengaja nak mengusik aku. Mungkin sebab aku orang baru yang menginap disitu. Jurulatih tu berkata “Dia nak kenal encik tu” sambil ketawa.

Rupa-rupanya memang kem tersebut dibina dikawasan kubu jepun, jadi apa yang aku lihat pagi itu ialah hantu jepun sedang berkawad. Selalunya yang kena usik adalah penceramah jemputan atau pelawat yang menginap disitu. Namun bagi pelatih meraka jarang diusik mungkin sebab mereka tinggal dalam bilangan yang ramai berbeza dengan aku yang tinggal sorang. Namun 4 fasilitator perempuan yang datang bersama aku juga menerima beberapa gangguan. Aku akan ceritakan pada kisah ini part 2.

2 comments

  1. arghhh ngeri bab tandas. tak suka. nasib tak pengsan or die menyeringai kt depan pintu tandas tu. huhuhu.. and nasib le sempat jurulatih tu tahan ko dr pegi jenguk wei……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *