Kembalikan Semangat Angah

Assalamualaikum warga FS. Tq admin if approve cerita aku ni. Cukup kenal aku dengan nama Cie. Ni first time aku cerita kat FS ni. Cerita ni adalah kisah tentang adik aku yang ke 2. Panggil dia Angah je lah. Taktau lah cerita ni seram ke tak. Cuma nak share.

First, Angah dari kecil memang jenis lemah semangat. Sampai dia form2, dia pindah sekolah kat kampung nenek. Dia bercinta dengan lelaki umur dia, sebelah kelas dia. Tapi tak lama sebab abang kepada lelaki tu (Rosli) marah sebab umur mereka baru 14 nak bercinta. Ingatkan itu jer, rupanya si Rosli ni ada hati kat Angah jugak. Masa tu Angah 14,  Rosli ni dah 21. Tapi Angah tak terima pun Rosli ni sebab dia cerita kat aku, yelah sebab aku suka korek rahsia dia kan, Rosli ni kuat cemburu, baran. Lagipun Angah still belajar, Rosli ni dah ajak kawin. Mana Angah mau. Dan disebabkan ini lah si Rosli berdendam dengan Angah (tapi belum diketahui lagi).

Angah tak focus study, selalu malas nak gi sekolah. Nenek pun tak tau dah nak tegur camne. Dia perasan Angah tak macam dulu. Tapi Angah tetap ambil PMR. Sekarang Angah dah 21. Dari tempoh dia 14 hingga tahun lalu, macam2 benda pelik yang kami sekeluarga nampak kat Angah. Angah pandai mengamuk macam orang tak sedar diri, gatal2 kat bahagian siku dan kaki, masa tidur terbalik (siang tidur malam berjaga), bercakap sendiri plus ketawa2, nangis2, banyak lagi lah. Sampailah mak bawa jumpa ustaz. Ustaz tu cakap, dah hampir 7 tahun adik ada “kawan” dalam badan dia. Dan itu adalah jin yang dihantar oleh seorang lelaki yang berdendam dengan Angah.

Tak lain tak bukan, Rosli. Sesi dialog antara ustaz dan jin berjalan dengan lancar sampai ustaz tu suruh jin tersebut panggil tuan yang hantar dia. Suara Angah berubah, “kenapa panggil aku?”. Ehh, ehh, dah lah buat2 anak orang, tunjuk kuat lagi dalam diri adik aku si Rosli ni. Rosli ni ada ilmu yang dia belajar dari sorang haji kat kampung nenek tu. Namanya jer haji tapi ya Allah buruknya perangai. Rosli ni cuba melawan dengan bersilat bagai guna badan Angah. Last2 kalah jugak. Dia merayu2 nak kawin dengan Angah tapi abah tak bagi sebab abah sakit hati anak dia bertahun tersiksa. Rosli janji akan berubah. Tamat sampai situ cerita si Rosli ni.

Dah beberapa bulan lepas kejadian tu, Angah dah ok. Sampailah satu hari kami balik kampung nenek. Angah berubah watak balik. Tapi kali ni dia tak henti2 sebut nama Adam. Entah Adam mana lagi ni. Bawa berubat, Adam ni bunian atas langit. Islam. Tapi dia suka Angah sebab Angah sorang jer yang lemah semangat. Senang benda2 halus masuk. Last2 Adam mengalah. Dia tinggalkan Angah. Tapi, sekali dua aku pernah nampak Angah bercakap sendiri. Kadang2 dengan kerusi, depan cermin. Pernah satu malam tu, aku terbangun dari tidur sebab nak gi tandas. Aku lalu ruang tamu, gelap. Sampai kat dapur ada cahaya, and aku dengar suara Angah tengah bercakap dengan sesorang. Aku positif jer lah mungkin dia otp.

Lepas aku keluar tandas tu, aku intai Angah bercakap dengan sape, betulkah otp? Nak pengsan jer tak, ada bayang2 hitam duduk berdepan dengan Angah. Yang peliknya bayang jer ada, orangnya takda. Aku buat2 tak nampak, laju2 lari ke bilik mak. Mak buka jer pintu, aku terus cerita. Mak pun tak berani tengok, abah masa tu tidur mati. Tak sedar langsung dah. Aku balik bilik semula. Cuba untuk tidur macam biasa. Baru nak lelap, aku dengar suara lelaki berbisik kat telinga ni, “jangan ganggu kami.” Allahuuuu.. Masa tu aku terus pasang lampu phone aku suluh2 sekeliling tapi takda orang. Aku buka lampu bilik dan paksa jer tidur, dapat jugak walaupun dalam hati hanya Tuhan jer tahu perasaan aku masatu. Aku taknak cerita dengan mak masa tu. Biarkan jer lah.

Selang beberapa minggu, masatu malam jugak tapi kali ni aku bukan terbangun ke apa, memang tidur lambat sebab ada kerja nak buat. Sekali lagi nak ke tandas, terus nak cuci muka. Lalu lah depan bilik Angah ni, sunyi jer. Dah tido kot. Aku keluar tandas, nampak lah pula Angah tengah berdiri betul2 depan window sebelah ice box ni. Mungkin dia nak minum kot dalam hati aku. Aku gi tegurlah, “Ngah, tak ngantuk lagi ke?”. Angah tak paling pun tengok aku. Aku pun buat biase je lah. Lalu balik depan bilik dia, dengar suara ketawa2. Aku ketuk pintu, Angah tengah tengok movie dengan adik aku nombor 3. Sekali lagi aku rasa nak pitam dahhh. Aku gi bilik, baca ayat2 suci al-quran, paksa mata tidur.

Tak lama sejak kejadian tu, aku kena lagi. Tapi ni lagi teruk. Aku, Angah dan adik2 yang lain nak jalan2 kat bandar. Mak abah jarang ada masa sabtu ahad, sebab nak rehat kan. Kadang aku lah jadi mak, aku lah jadi abah buat adik2 aku. Aku dan adik yang lain siap awal. Angah jer selalu lambat bersiap. Aku driver antara kami semua sebab aku sorang jer berani bawa kereta, lesen pun dah ada. Tak lama Angah masuk kereta (duduk sebelah pemandu). Tapi tak bunyi apa2, diam jer. Aku terus tekan minyak lah, drive. 5 minit driving, adik aku kat belakang tanya aku. “Kak, kenapa tak tunggu Angah?” Aku pun dah cuak dah, sape kat sebelah tadi naik tu? Aku baca jer ayat kursi dalam hati sambil berpatah balik gi rumah. Nasib lah Angah tak marah masa tu. Tapi masa dia naik tu, aku sempat suruh dia baca ayat, dia baca. Dalam hati, oh ni memang Angah ni.

Lepas dari tu, aku pulak yg decide nak berubat jumpa ustaz. Aku cerita semua benda yang berlaku, ustaz scan, aku memang takda apa2. Cuma, ada satu benda ni nak berkawan dengan adik aku (Angah), tapi dia tak mau ada halangan. Ustaz cakap aku ni kuat semangat, so benda tu rasa susah nak ganggu Angah kalau aku ada kat rumah. Aku balik rumah cerita kat mak. Sekali lagi mak bawa ustaz pagar rumah. Ustaz ada bagitahu, yang ke tujuh2 pintu untuk makhluk lain masuk dalam diri Angah dah terbuka luas. Bila2 masa jer Angah akan dapat gangguan kalau dia sendiri tak lawan, tak kuatkan semangat dia.

Alhamdulillah sekarang benda tu dah takda and benda2 pelik antara adik aku dan aku pun dan takda dah sekarang ni. Aku cuma berharap, semangat Angah datang balik dalam diri dia. Tak sanggup lah tengok dia sakit2 lagi. Lagipun pintu2 dah terbuka, nanti akan berbalik lah kejadian2 yang tak diingini berlaku. Sekian.

Cie

Leave a Reply

6 Comments on "Kembalikan Semangat Angah"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Geh

Rosli tu lolicon ke ? Q_Q

Man

Amende lolicon ni x paham..

Paddington

Along, boleh tak ceritakan apa 7 pintu tu? Boleh ktorg manfaatkan supaya berhati2. Terima kasih

Rozzy

Along nasihatkan angah supaya mengaji hari2..zikir hari2..solat mlm..baru makhluk halus tak berani dkt..mlm pulak suruh adikberadik tido dgn angah..jgn biarkan dia tido sorang..time tido pasang surah rukyah dlm bilik angah..usaha sendiri juga..jgn terlalu bergantung pd perawat..benda2 halus boleh dtg balik jika hati jauh dr Allah.

Budak Biasa

Allah…Semoga angah cepat sembuh…banyakkan bersabar and banyakkan mengaji solat jangam tinggal barulah makhluk halus tak banyak ganggu. Mohon terangkan apa itu 7 pintu.

bunga

sampaikan salam pada angah ye…

wpDiscuz