Kembar Dua Alam

Assalamualaikum admin. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih jika admin publishkan cerita ini. Apa yang aku nak cerita ni adalah kisah yang betul- betul pernah berlaku pada diri aku. Jika tak seram, maaf la ya mungkin aku tak pandai nak bercerita haha. Btw, nama aku Maria (bukan nama sebenar). Kisah ni terjadi dalam 9 tahun yang lalu. Masa tu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di selatan tanah air kita ni. Sekolah menengah kebangsaan ….. Ada 2 kisah yang yang aku nak cerita berkaitan dengan Qarin ni.

Oh ya, sebelum terlupa, aku nak explain sikit pasal Qarin ni incase ada sesiapa yang tak tahu.
Qarin ni sebenarnya adalah ‘kembar’ bagi setiap manusia. Semua manusia ada Qarin masing-masing di mana Qarin tu bukanlah manusia. Mereka adalah sejenis jin. Even nabi Muhammad S.A.W pun ada Qarin juga tetapi Qarin baginda adalah islam. Disebabkan Qarin ni la, kadang-kadang bila ada sesiapa yang meninggal dunia, akan ada kawan2 ataupun family yang cakap ternampak Roh si m**i. Tapi sebenarnya yang mereka nampak tu bukanlah roh si m**i tersebut tetapi adalah Qarin ataupun ‘kembar’ si m**i. oh ya, Qarin ni tujuan dia memang untuk sesatkan manusia (sila betulkan jika tersalah).

Berbalik pada cerita aku, kat asrama aku ni, setiap kali waktu maghrib dan Isyak, setiap Aspuri (pelajar puteri a.k.a pelajar perempuan) diwajibkan untuk turun ke surau didalam asrama tu juga walaupun dalam kedaan ‘bercuti’ (datang uzur a.k.a period) sebab setiap hari akan ada tazkirah antara maghrib dan Isyak dan sebab tu semua Aspuri kena berada di dalam surau (ketika solat, Aspuri yang ‘bercuti’ akan duduk di bahagian belakang sof Aspuri lain yang menunaikan solat).

Kisah yang pertama ni bermula pada suatu maghrib tu. Masa tu aku tengah ‘bercuti’. Macam biasa, sepatutnya semasa azan maghrib tu aku dah kena standby berada di dalam surau tapi masa tu aku pergi langgar peraturan. Ya, aku memang selalu langgar peraturan duhh. Jadi semasa maghrib tu, instead of berada di dalam surau, aku ke ampaian jemuran kain untuk sidai kain di tepi blok asrama. Memang gelap kawasan tu kecuali ada sedikit cahaya dari lampu koridor yang berdekatan.

Tengah-tengah aku syok sidai baju, tiba-tiba aku ternampak kawan aku kat ampaian belah belakang. Dia ni kira ‘budak surau’ juga la jadi aku pelik kenapa dia ada kat situ. Lagi aku pelik sebab dia pakai kain kemban je, tapi tutup sampai kaki la, dan dia pakai tudung masa tu. Then aku pun pegi tempat dia, aku tengok muka dia pucat semacam. Then aku tanya, “buat apa kat situ, sidai kain ke?”. Walaupun aku tak nampak dia bawak apa-apa baldi ataupun kain. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa lagi. Lepas tu dia pun balas balik, dia saja berdiri kat situ, temankan aku. Lagipun dia tak boleh solat katanya. Aku pun senyum jelah sambil ajak dia pegi dari kawasan ampaian tu sebab nak ajak dia pegi surau kan.

Then aku cakap la, pegi la pakai baju dulu (sebab tadi kan dia pakai kain kemban saja), dia cakap ok, tapi dia suruh aku pergi surau dulu, nanti dia pergi sendiri. So disebabkan Tazkirah antara maghrib isyak tu dah nak mula, aku pun setuju jelah sebab kalau lambat nanti kena denda pula oleh pengawas asrama. Jadi aku pun terus la pergi ke surau tanpa tunggu kawan aku tu. Sampai je kat surau, aku terus duduk belakang. Tengah2 nak duduk tu, tiba-tiba aku ternampak someone kat sof depan. Jeng3, cuba teka siapa yang aku nampak? Yes. Kawan aku yang aku baru jumpa tak sampai 5 minit tadi kt ampaian tu.

Then sebab curious, aku pun pergilah tempat dia dan tanya, “boleh solat ke? Kata tadi tengah ‘bercuti’?”. Then dia pun pandang aku pelik. Dia cakap boleh. Dan aku tanya lagi kawan dia yang kat sebelah, lepas tu diorang pun cakap, ha betul lah dia boleh solat. Siap berjemaah lagi dan dah duduk situ sejak sebelum maghrib lagi. Aku pun dah berdebar sangat2 masa tu, kalau dia duk sini dari tadi dan boleh solat, so siapa yang aku jumpa tadi?? Mungkin sebab nampak aku jadi pelik, dia dan kawan2 lain pun tanya la aku dah kenapa? Tapi aku just senyum je sambil geleng kepala dan kembali duduk ke bahagian sof belakang surau.

Sampai sekarang aku tak bagitahu kawan aku tu yang aku pernah jumpa ‘kembar’ dia. Huhu…

Cerita kedua ni berkaitan dengan Qarin juga. Aku ni asyik2 jumpa Qarin je kan. Haha. Tapi sebenarnya aku rasa ramai je yang pernah jumpa, tapi masa jumpa tu, selalunya tak tahu pun yang tu adalah Qarin sampailah dah jumpa orang yang sebenarnya. Ok, back to the story, kisah kedua ni berlaku kat asrama tu juga. Masa tu aku form 5, dekat-dekat nak spm. Masa tu aku bawa laptop ke asrama, sebab nak tengok movie ramai-ramai time cuti. Walaupun sebenarnya kami tak dibenarkan untuk bawa barang elektronik dalam asrama, tapi aku seludup juga, duhh..

So cerita dia bermula pada malam tu, aku jalan dari bilik aku ke bilik kawan aku Niza (bukan nama sebenar) di blok yang berlainan. Macam biasa, kami nak dah janji nak tengok movie sama, jadi aku pun jalan la ke bilik dia sambil bawa beg laptop tu. Masa tengah jalan tu, suasana asrama memang dah gelap dan suram sebab lampu koridor je yang bukak, lampu bilik semua dah m**i. Masa tu tengah malam, kebanyakan student2 lain dah tidur. Memang bila kami nak tengok movie akan tunggu tengah malam la sebab warden pun dah tak check kan.

Then bila sampai je bilik Niza, aku tak nampak pun roommates dia. Dalam bilik tu sepatutnya ada 5 katil double decker jadi ada 10 orang la. Tapi sorang pun aku tak nampak. Pelik la juga kan sebab dah tengah malam, diorang semua dah pegi mana? Then masa nak keluar dari bilik tu, aku nampak ada seseorang baring kat katil bawah yang dekat dengan pintu. Itu katil Niza. dia pakai baju jubah kaler maroon dan baring sambil dua2 tangan bersilang dia letak kat perut. Nampak macam tengah tidur tapi pelik pulak cara tidur dia hmmm…

Then aku pergilah dekat lagi nak tgk dia dan eh, tu kan kawan aku ,Niza. Janji nak tengok movie sama2, tapi boleh pulak dia tidur dulu. Penat aku bawak laptop dari blok sebelah tau. Then lepas tu aku pun duduk tepi dia dengan tujuan nak kejutkan lah kan. Apa punya kawan tidur tak ajak. Haha. Then mata dia dah start macam gerak2 dah, macam nak terjaga. Tapi tiba2 aku dengar macam bising-bising kat luar. Then sebab curious kan, aku pun pergilah keluar bilik tu jap.

And guess what? Niza yang aku nampak tengah tidur tu relax je baru datang dari arah tangga dengan member kitorang sorang lagi yang kitorang panggil Yati. Masa tu aku nampak Niza pakai baju t-shirt hijau, bukan jubah maroon macam aku nampak yang baring kat atas katil dia tadi. Dan masa tu dia siap gelak- gelak lagi dengan Yati. Bila dia nampak aku, kawan aku pun panggil la, dia cakap dia pegi bilik Yati, ajak dia join kitorang layan movie malam tu. Then dia tanya lagi kenapa aku berdiri statik je kat situ? Masuklah p dalam bilik dulu. Aku tak dapat jawab soalan tu.

Aku pun apa lagi dah terketar dah masa tu. Siapa yang kat dalam tu? Lepas tu bila aku toleh dalam bilik dia, aku nampak roommates dia yang lain tengah tidur kat atas katil masing-masing padahal tadi aku tak nampak sesiapa kecuali ‘Niza’ yg tidur berbaju jubah maroon tu. Dan bila tengok kat katil Niza, kosong. Xde sesiapa pun baring kat sana. Lepas tu aku pun lari balik bilik sebab aku tak tahu dah mana satu kawan aku. Yang baru datang tu betul ke Niza? Entah bukan dia juga, sampai bilik je aku terus cuba tidur. Esok tu aku demam 3 hari.

Moral value kat sini, jangan langgar peraturan asrama. Jadilah pelajar yang berdisiplin haha.

ryuuna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Kembar Dua Alam”

  1. mates aku pun pernah npk kemunculan aku bbrp kali masa kat asrama..xtau sbb apa qarin aku suka sgt menampakan diri..yg best ada mate yg tanya awat aku x ajak dia study sekali..dia npk aku few nights study kat tgh court di tgh mlm..hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.