Kembar Istimewa Anak Mummy

Assalamualaikum admin dan pembaca FS semua. Terima kasih sekirnya cerita ini di approve. Sebagai intro, sy perkenalkan diri dulu. Saya Hanim, mummy kepada kembar perempuan yg kini berusia 5 tahun. Kisah yang nk dikongsi ni berkaitan anak kembar saya. Mungkin kurang seram bagi sesetengah orang, tapi bagi yg menghadapinya, agak menguji emosi. Terutama bila daddy diorang tiada di rumah bila kejadian supernatural ni berlaku.

Kisah ni start masa kembar berusia 3 bulan, di rumah babysitter (BS) dia orang. Babysitter ni duduk satu taman perumahan dengan saya. Kawasan perumahan ni boleh dikatakan agak keras sebab dah ramai jiran2 dah penduduk yang terserempak dengak Kak Lang. So far saya Alhamdullilah belum bertemu jodoh dng Kak Lang. Harap2 memang xda jodoh langsung la. Longlai beb kalau jumpa.

Tapi xmacam babysitter saya, jodoh sentiasa ada dengan Kak Lang ni. Terserempak tengah jalan, buat lawatan atas bumbung rumah, main baling2 batu, tabur pasir segala. Hmm.. Mungkin dia nak ajak main tu. Maklum la, Kak Lang kan lone ranger. Sunyi tak ada kawan.
So, bila dah macam2 peil nya, babysitter dan family pun dah tak tahan. So diorang panggil la ustaz datang rumah untuk buat pagar. Hmm.. Start pada sini la misteri si kembar pun terungkap. Balik kerja petang tu terus pergi ambik kembar. Sampai je rumah BS terus kena sound.

‘Eh, engko masa ngandung dulu pergi mana ha..?’ pening lalat jap tetiba kena sound macam tu. So BS pun cerita tadi ada ustaz datang pagarkan rumah. Bila dia nampak kembar, terkejut jugak dia. Hah?, terkejut? Comel sangat ke kembar sampai nk terkejut. Hehehe. Ustaz tu cakap sebenarnya dekat kembar ada yang ‘mengikut’. Sebab benda tu dah tertarik dengan kembar ni. Hmm.. Nak percaya ke tak nak, nak percaya ke tak nak. Entah la time tu saya agak 50-50 nak percaya ke x.

Then ustaz tu cakap lagi, benda ni berpindah pindah dari kembar kakak ke adik, adik ke kakak. Ikut suka hati dia je nak menempek kat sapa2 pun. Satu cara nk tengok, kembar mana yang nampak besar, ada la tu dia dok menempek. Kalau nak diikutkan dari segi medical, kembar adik memang lagi besar ( rekod timbangan kak KK ). Ada satu haritu bila throwback balik gambar2 diorang kat henset, memang ada 3 4 keping gambar yang kakak nampak lagi besar dari adik. Entahlah, Wallahualam. Eh, terlupa plak menjawab soalan masa BS tanya pergi mana mass pregnant haritu. Seingat saya tempat yang paling menjawab soalan BS ni saya g mandi manda kat Sg. Congkak. Masa tu tengah pregnant 7 bulan. Gigih kan.

Hal kembar ni saya ada cerita ngan kawan 1 ofis. Kebetulan maklang dia pun pandai bab2 macam ni. So, suh la maklang kawan saya tu tengokkan budak2 ni dari jauh. N guess what, bends yang sama macam ustaz tu cakap, ada benda ikut diorang. Haih. Tapi masa tu tak berapa nak ambil serius sangat pasal ni. Tapi ada la juga bawa g berubat. So, ingatkan dah clean and clear benda2 ni semua. Rupanya belum lagi.

Lepas diorang dah start pandai cakap, ada jelah benda yang diorang tunjuk, diorang nampak, diorang bagitau itu ini. Satu hari tu saya dalam bilik layan diorang main, tetiba si adik pandang ke penjuru bilik sambil jerit ‘ jangan! Jangan! ( ada la pelat budak2 tu kan, kalau tulis ikut pelat budak2 tu ada yang tak paham nanti kang) bila tanya dia kenapa dia cakap orang tu buat macam ni kat adik. Sambil dia letak tangan dia kat leher.. Ala2 macam org nk potong leher tu. Hmm. Terus angkut budak2 keluar bilik. Meremang lak tetiba.

Lepas tu pulak time kembar tengah main lari2 ruang depan. Dalam dok riuh rendah tu tetiba adik jadi statik sambil tangan tunjuk kat kuda rotan diorang yang boleh goyang2 tu. Then dia jalan mengiring macam ketam tu datang dekat saya pastu terus peluk. Bila tanya langsung x dijawab. Time tu memang dah sedia berdiri segala bulu roma. Esok tu masa otw blik dari rumah BS try pancing dia cakap pasal semalam.

Tanya dia ‘adik tak nak cerita dekat kakak ke adik nampak apa semalam?’ lepas tu ringan je mulut dia cerita. Dia cakap dia nampak momok, tengah naik kuda rotan.“ Yg tengah tu anak dia, yang tepi tu ayah dia, yang tepi lagi satu tu mak dia..’’ ok, pastu saya dah tak nak tanya lebih2.. Adoi seriau kot.

Lepas tu ada bawa diorang g 1 pusat rawatan Islam yg femes gak ni. Ustaz tu takda cakap banyak sangat cuma dia kata budak2 kadang2 memang boleh nampak, so dia berusaha untuk tutup hijab kembar ni. And the very next day masa nak antar kembar g BS, keluar je pintu terus je si adik menjerit sakit-sakit. Cuak la juga tetiba menjerit.

Terus tanya apa yang sakit. Terus dia tunjuk kat tangga “nenek tu cubit perut adik”.. Hah nenek? Nenek mana?” tu nenek yang kat tangga tu” dengar dia cakap macam tu terus saya grab 2 2 orang turun tangga masuk kereta. Tengok kat tangga tadi takde orang pun kat situ. Makin menjadi2 pulak bendalah ni. Siap nk cubit2 bagai. So plan ngan daddy diorang nak g berubat tempat lain pulak. Tapi kena tunggu dia balik kursus dulu.

Esoknya tu husband start g kusus 3 hari. Hmm macam tak kuat lak nak dok umah kalau daddy diorang tak ada. So plan sepanjang 3 hari tu, time malam numpang rumah kawan. Haih ingatkan all well end well, rupa2nya lagi tegak bulu roma dibuatnya. Masa kat rumah kawan tu saya dan kembar tido bilik belakang. Bilik tu memang takda orang duduk. Kembar ni memang payah sikit nak tidor kul 2 3 pagi still dok melompat atas katil lagi. Ada pernah sekali tu 3 hari berturut turut tak tidor langsung.

Sampai mata bengkak lebam bagai. Masa diorang tengah dok melompat tu tetiba 2 2 datang peluk mummy. Then diorang tanya “siapa yang datang tu mummy?” Aduh sudah. Tengok muka diorang pun dah tahu ada something wrong somewhere.. Huhu.. “Datang mana? Tak ada sapa2 pun yang datang” mummy dah cuak dah masa ni. “ada tu, kat depan bilik kita”, “oh tu auntie ina tu” saja jawab macam tu sebab nk sedapkan hati diaorang and especially hati sendiri. “auntie ina jahat ke mummy?’’ adoi, banyak pulak soalan budak2 ni.. “taklah, auntie ina baik, kenapa adik cakap macam tu?’’ “dah tu kenapa auntie ina banyak bulu-bulu”.

Dengar je diaorang cakap macam tu terus call kawan suh datang amik kat bilik. Nak buka pintu pun dah tak berani. Tak boleh imagine kalau2 time buka pintu tu, bendalah tu mendepap kat muka. Waaa.. Saya x kuat awaa.. So malam tu semua tdo kat ruang tamu reramai. Tapi malam pun dah x malam, nk kul 5 pagi baru budak2 terlelap.

Next day dah x berani tdo ctu, so suh mak n ayah datang tido kat rumah. And once again ada lagi episod misteri nusantara yang jadi. Time balik kerja baru mak buka cerita. Masa tengah hari tadi teman kembar main beskal kat luar. Tiba2 si kakak masa atas basikal badan dia jadi lembik n terus jatuh. Mak terus pangku kakak sambil panggil kakak banyak2 kali. Lepas tu tetiba badan kakak jadi keras dan dia buka mata n pandang mak dengan mata bulat sebulatnya. Dengan pakej muka bengis semua siap. Mak apa lagi terus baca ayat kursi n lain2 hembus kat muka kakak. Then slowly kakak dh jadi ok balik, badan pun dah x mengeras dah. Terus bawa masuk rumah. Kakak cakap dia nngatuk, so terus tido. Mak kalau datang rumah memang wajib kalau ada masa free akan baca Quran. So mungkin benda tu x suka kot.

Berbalik pada kakak tadi, lepas dia bangun tido terus dia tanya, “tok nampak x kain selimut putih kat atas tu?” sambil dia tunjuk bahagian atas kat syiling. Tok terus beristighfar panjang. Ingatkan dah habis bab2 tadi. Bersambung pulak lagi.. ‘’mana ada kain putih kat atas tu, dah2 jangan nak pelik2..’’ ‘’ada tok tu kat atas tu..’’ tokwan yang dari tadi dok perhati je dah tak tahan. Terus mengamuk. ‘’ ni mesti kerja syaitan! Tak da lain dah, mesti kerja syaitan ni macam ni ni..!!’’. On the spot lepas tu ayah pulak jatuh terjelepuk. Menjerit sakit! Sakit! Sambil pegang lutut. Lepas mak baca apa yang patut, lutut ayah alhamdulillah beransur pulih. Ayah cakap seumur hidup belum pernah rasa sakit lutut macam tu. Tiba2 pulak. Hmm makin menjadi2 pulak..

The next day husband balik, terus g berubat ngan ustaz area kompleks tabung haji. Masa masuk jumpa ustaz tu dia cakap benda tu tengah tunggu kat luar, dia x berani masuk dalam. Tapi jap gi bila kitaorg balik dia akan ikut balik sekali. So ustaz tu sertakan barang2 berubat utk bawak balik untk dibuat mandi selama seminggu. Lepas balik dari jumpa ustaz tu, lepas masuk rumah si kakak tanya daddy, “kawan daddy dah balik ke?’’ ‘’kawan? Kawan yang mana kakak? ‘’ pelik pulak. Tak nampak pun sapa2 time nk masuk rumah tadi. “Kawan daddy yg tunggu kat depan pintu tadi tu’’ haih. Dalam hati cakap dia ikut juga. Tapi xpelah asalkan jangan ikut sampai masuk dalam rumah dah la.

So lepas dari tu, Alhamdullilah dah takde benda pelik berlaku. Almost 2 years. Sampai la lebih kurang 2 minggu lepas. Jeng jeng jeng. Episod ke 180 misteri nusantara. Dalam kul 11pm lebih, time tu mummy tengah mandi ada org ketuk pintu depan sekuat hati. Bayangkan tengah mandi pakai shower pun boleh terkejut. Padahal bilik mandi paling hujung. So cepat2 mandi g tengok kat depan xde org pun. Tah la mungkin orang yg ketuk tu dah balik kot.

Masuk bilik tengok kembar, elok je dok peluk 2 2 sebab takut. Last week pulak masa tengah tido entah makhluk mana datang hadiahkan penampau dekat lengan saya. Berdesing telinga jap, maklumlah saya selalu suka tidor berbantalkan lengan.. He he.. Next day cerita dekat kembar pasal mummy kena tampar. Then si adik laju je cakap hari tu adik nampak ada bayang putih sebelah mummy masa mummy tengah tido. Hmm oklah malas tanya banyak2. Harap2 lepas ni dah xda misteri2 sangat dah.. Letih mummy kot…

-mummy kembar-

3 comments

  1. Aduhailah anak-anak. Kesian sangat kena berdepan dengan situasi macam tu. Apapun, teruskan berubat. Moga bertemu pengamal perubatan Islam yang sesuai. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *