Kembar Nain 1

Assalammualaikum. Hai pembaca fs. Ninjamom menulis lagi. Kes santau 5 tahun lepas tu. Untuk menjawab soalan pembaca yang tanya ninjamom end up dengan ustaz Z tu ke? Jawapan dia ye. Hehehe.

Kali ni ninjamom nak kongsi pulak pengalaman melahirkan anak kedua kami. Di ganggu tangan misteri.

Kandungan kedua ditakdirkan lemah di awal kehamilan. Pernah berlaku tumpah d***h sehingga aku waktu tu bersedia kemungkinan keguguran pada usia kandungan 4 bulan. Tapi rancangan Allah lebih baik, jantung bayi kembali berdenyut setelah 2 jam terhenti. Waktu kehamilan memang stress. Waktu yang sama anak sulung baru setahun 2 bulan. Memang tengah pulun membesar. Kandungan macam biase cuba berzikir banyak2. Kurangkan tekanan. Setiap bulan pergi cek keadaan bayi.

Sampai waktu untuk scan. Aku tertanya jantina anak aku yang kedua ni. Yang sulung perempuan. Kalau boleh nak lelaki. Tapi tak kisah kalau perempuan pun. Padan muka babah tak ada kawan, hahahaha.Tapi selalunya, kalau scan mesti doktor kata. Tak nampak jantina. Tak nampak, tak nampak. Jadi, pada usia kandungan 7 bulan aku fikir anak kali ni pun perempuan. Alhamdulillah. Barang kakak pun banyak. Xperlu beli lain. Aku cuma beli sehelai baju putih baru sahaja. Biarlah org baru dapat baju baru di hari pertama dia keluar nanti.

Sejak kandungan 7 bulan. Aku selalu dapat mimpi. Mandi sungai. Duduk atas batu. Ada nenek tua yang mengusap perut aku. Seolah2 membaca sesuatu dan ditiup kat perut. Kerap mimpi. Boleh kata setiap minggu. Oleh kerana mimpi aku tu tak seram, sebab nenek tu baik, bukan muka hantu aku tak cerita pun kat ustaz Z pasal mimpi tu. Sampai lah kandungan 8 bulan 2 minggu. Makin merepek mimpinya. Nenek tua yang tengah usal perut aku tu tiba2 diterkam harimau lah, kena panah lah, macam2.

Sejak kandungan makin sarat. Rumah kerap di singgah cik langsuir dan cik penanggal. Rumah duduk tingkat satu masa ni. Memang rutin lepas mahgrib kami akan mengaji sampai isyak. Pernah sekali tengah mengaji, tengok ada kepala manusia bersama isi perut melanggar2 cermin tingkap tak boleh masuk. Masih ingat lagi macam mana anak sulung aku mumtaz menjerit2 bila dia tengah main ada langsuir capai tangan dari tingkap. Siap mengilai bagai. Satu blok dengar. Semua org keluar tengok iblis tu ganggu rumah kami. Sebab awal lagi time tu jam 9 malam baru dah buat hal.

Lepas mumtaz kena kacau sampai demam tarik bagai. Aku cakap aku nak pindah kat ustaz Z. Sampai bila nak kena ganggu camni. Ustaz Z biase lah. Aku nih tak biase. Aku kadang2 salahkan ustaz jugak, mana tahu kot dia pegi mengubat orang terbawak balik kan. Aku dah dekat nak bersalin. Anak kecik. Lagi takot. Kali ketiga di ganggu penanggal. Dia pusing keliling rumah. Jiran depan pintu rumah aku tu whatsapp aku. Cakap ada kepala kat luar.

Ustaz Z kebetulan kena keluar malam tu sebab urusan kerja. Aku call dia mintak balik. Ustaz Z cakap dalam masa sejam baru sampai. Dia pesan tutup pintu, tingkap semua. Tapi, aku nih terlebih geram dan bijak pandai. Apesal kau nak kacau aku hah penanggal. Aku mmg nak tahu sangat sape punya kepala ni. Aku pegi dapur, aku cari bakul yang ustaz z selalu bawa pergi mengubat orang. Aku jumpa sebungkus garam kasar dalam tu. Waktu tu mumtaz dah menangis. Trauma agaknya. Benda tu masih berlegar2 kat kawasan tingkap rumah aku.

Aku nekad kali nih. Aku gendong mumtaz dengan kain batik panjang dengan perut 9 bulan. Aku siap2 pakai tudung dan burkah. Mana tahu nak lari satgi kan. Hahaha. Aku ikat mumtaz. Aku cakap kita main hide n seek ok. Tapi bonda nak dukung mumtaz. Mumtaz kena kira. Yang mumtaz ni panik plus takut sama. Dia pun kiralah tunggang tebalik yela budak setahun lebih. Aku genggam garam kasar. Dalam hati aku niat betul2.

Memang dah sampai limit dah aku rase dengan hantu ni. Aku baca ayat bismillah tujuh. Ala2 mawi nyanyi pulak tu aku tiup kat garam. Asbab garam ni m**i lah kau penanggal. Tak jumpa badan lah kau malam nih. Kiraan tiga, mumtaz bonda nak bukak tingkap ni. Mumtaz peluk, kepit aku punya kuat. Bukak je tingkap. Penanggal tu meluru datang.

Puhhhhh. Aku p*****l genggaman garam kasar aku tu tepat ke isi perut penanggal tu. Terus aku tutup tingkap. Aku dengar benda tu macam ayam kena sembelih, melaga2 ke dinding bangunan blok kami. Aku peluk mumtaz. Zikir.

Tiba2 pintu ada orang bukak kunci. Jeng jeng jeng… Ustaz Z sampai. Orang surau kat bawah dia kata. Nak tak nak kita tangkap malam ni kepala tu. Aku pun cakap aku nak ikut turun. Mumtaz dah pucat muka. Aku cakap takpe ke bawak mumtaz. Pengsan kang budak ni. Ustaz Z kata kena bawak jugak. Tak de arah dah. Aku ikut je. Waktu aku sampai bawah kepala tu dah diserkup dengan kain pelekat pak cik surau mana tah. Hahahaha. Nasib pakai seluar pendek pak cik tu.

Benda tu masih macam bunyi ayam kena sembelih. Ustaz Z kata. Dia kena hantar aku balik rumah mak. Bahaya kat sini. Malam tu aku ngan mumtaz balik ke penang. 2 jam dalam kereta. Aku cerita kat ustaz Z. Pasal garam yang aku baling tu. Ustaz Z cakap. Bagus. Garam memang sangat tajam pada si pengamal ilmu hitam.

Waktu tu orang surau simpan kepala tu sampai subuh. Elok azan subuh kepala tu terbakar sendiri. Dan jasad nya jumpa kat rumah nenek usia 97 tahun. Sedih..

Kenapa benda kacau kami?

Sebab ustaz Z mengubat musuh nenek ni dan b***h hantu raya belaan dia. Apa ganti yang dia nak?

Anak dalam kandungan aku.

Kenapa tak boleh benda ni masuk rumah?

Pagarlah rumah dengan solat dan ayat suci al quran. Semuka sehari pun memadai.

Sampai sini jelah ye. Ehh….kenapa tajuknya lain…sabar…tak bersalin lagi.. Sambungannya nanti. Apa jadi bila bersalin.hohoho..sorry ehh..sambung.. Banyak nak cerita. Sebab selalu jugak ikut ustaz Z mengubat orang.

Jangan lupa solat ye.
Mengaji pun sama.

Love,
Ninjamom

ninjamom

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

13 thoughts on “Kembar Nain 1”

  1. fuhh seram giler kot penanggal kat luar rumah ninjamom.ingat zaman skrg dah xde penanggal ni.nt sambung cepat sket tau..xsabar tunggu cte bru.btw nak tau gak nenek 97thn tu kat mana?dekat ke ngn rumah ninjamom?

    Reply
  2. Fuiyoooo…
    Sempoi je ust Z ngorat dlu ekk key in ni henfon dlm BB…
    Berjodoh akhirnye…
    Xleh imagine ade kepala berisi perut dok berlegar2 keliling umh siap hentam2 tingkap.bagai…
    Seram kot…

    Reply
  3. ni yg aku tak suka baca cerita yg lepas2 pastu ada sambungan. tertanya2 padahal aku dah baca yg pertama cuma itulah banyak yg aku dah baca dekat fs ni. huhu

    kuat juga jodoh dgn ustaz ea..alhamdulillah .

    nak tak nak bila dah sekeluarga dgn org yg mengubat ni kena juga
    tempiasnya. kena la bertolak ansur n belajar pertahankan diri bila dia tak ada. huhu

    bertabahlah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.