Kembar Nain 2

Assalamualaikum FS. Kita sambung cerita jela ye. Macam biasa ni ninjamom. Yang curi2 menulis masa anak2 tido. Jadi janganlah marah tau kenapa hakak lambat sambung cerita. Tq fs. Bagus page ni. Menulis satu terapi diri untuk aku. Sambungan kisah kembar Nain bahagian dua. Setelah kes penanggal dan langsuir berlaku dengan jayanya ketika kandungan 9 bulan. Kawasan kejiranan lega dan aman.

Aku? Ok je. Alhamdulillah. Tapi mumtaz. Dia tak ok. Aku tahu. Sebab dia jadi penakut. Dan kadang2 menangis tiba2 tunjuk ke tempat2 kejadian dalam rumah tu. Ustaz z buat air yang di isi ayat seribu dinar, yassin, alfatihah, dan surah al kausar yang dibaca selepas solat hajat. Benar2 memohon di pulihkan semangat mumtaz. Nasib la kakak. Babah awak ghost buster. Hari sabtu yang dingin, seawal 3 pagi baby dalam perut dah menendang kuat. Contraction yang suam2 kuku. Tak panik macam anak 1st. Tengok mumtaz elok tido kat celah ketiak babahnya.

Dalam hati terdetik besalin hari ni ni. Maka aku pun bangun, nak mandi, nak solat sunat mohon Allah permudahkan. Mandi air suam untuk relaxkan badan. Waktu bawah shower. Rasa sesuatu berpaut pada bahu. Kasar. Terpegang. Tangan!!!! Perut mengeras lagi. Aku sandarkan badan ke dinding. Ambik wuduk dan solat. Seusai solat. Jam baru 4 pagi. Perut mengeras 20 minit sekali. Ambik gym ball. Duduk dan golek. Betulkan teknik benafas. Sambil makan kurma. Untuk tenaga.

Malas nak kejut lagi ustaz z. Target kalau beranak pun mungkin lepas zohor. Hahahha. Konfiden kena tinggi. Waktu kat gymball tengah golek2 rase sesuatu memeluk perut dari belakang. Merayap dengan kuku yang panjang. Bingkas aku bangun. “Celaka iblis. Kenapa nak susahkan kelahiran anak adam ni”, dalam hati aku bercakap. Aku yakin itu tangan. Tangan yang kelihatan tua. Kulit seperti kulit kayu. Kuku yang kehitaman.

Cuba betenang. Tiba2 mumtaz bangun. Meluru belari kat aku. “Bonda jangan tinggal kakak ye,” dia cakap. Hah sudah. Petanda nak m**i time bersalin ke ni. Aku sedih. Tapi, semangat tetap semangat. 5.30 pagi siap mandikan mumtaz. Ready nak jemaah sama2. Lepas solat subuh, Mumtaz duduk je kat aku. Masa tu amatlah tak selesa. Perut mengeras. Mumtaz duk kepit. Then, baru aku cakap kat ustaz z. Rasenya orang baru nak keluar hari ni. Seperti yang aku jangka. Ustaz z ni time aku nak beranak. Ya Allah, panik dia. Kelam kabut angkat bakul semua masuk kereta. Siapkan barang mumtaz nak tinggalkan kat tok ma dia.

Jam 10 pagi baru sampai ke rumah tok ma. Perut mengeras dalam 10 minit sekali. Ustaz z biase lah dia punyalah kelam kabut. Bawak pergi hospital. Aku pun ikut jela. Time ni tak banyak cakap dah. Tahan sakit. Bernafas. Tak cakap pun apa jadi kat rumah pagi tadi. Waktu kat hospital. Hospital ni hospital besar. Pack sangat orang bsalin. Kena duduk kat bilik menunggu. Nak masuk ward tak boleh katil tak de. Ha melilau la aku duk pegang perut tunggu nak beranak. Sebelah bilik menunggu ni labour room. Dari jam 11 pagi sampai 2 petang. Masih duk jalan2 sebab tak beranak lagi. Tiba2 nurse panggil,

“Awak tak rase sakit ke jalan2?”

Aku jawab, “kalau duduk lagi sakit. Baik jalan2”.

Dokter panggil cek jalan. Dah bukak 6 cm dorang suh masuk labour room. Aku pun baring kat katil bersalin. Elok je aku baring nahh kau, terjeler binatang kat atas kepala aku. Allah, dalam sakit macam ni aku zikir bnyak2. Benda tu merangkak kat siling katil bersalin aku. Gaya nak turun. Aku jerit panggil nurse. Aku cakap cek jalan sekarang. Boleh push tak sekarang. Nurse cek jalan dia kata boleh dah. Aku dah tak pikir apa. Walaupun tak cukup 10 cm aku dah mula kumpul tenaga. Bila perut mengeras dah mula teran. 3 nurse kelam kabut cakap tunggu dulu, tunggu dokter. Ahhh aku tak peduli. Elok nurse bertentangan dengan posisi aku bebaring tu dia duduk je.. Binatang tu balakang dia, menjalar tangan ke tangan nurse yang nak smbut baby. Lidah terjelir2 menunggu d***h gayanya.

Aku mula panic. Nak curi nafas bercakap pun tak boleh. Kali ketiga perut mengeras aku teran. Aku pejam mata rapat2. Jeritan Allah je yang mampu keluar. Dalam hati tuhan je tahu. Selamatkan zuriat aku ya allah. Bayi masih tak keluar. Seorang nurse genggam tangan aku kuat. Bisik kat telinga aku, “Puan. Sabar. Anggap je benda tu tak ada”. Aku mengalir air mata. Ya Allah bukan aku sorang je yang nampak binatang tu. Hampir asar. Bayi masih tak keluar. Dokter sampai. Beri tempoh 30 minit. Jika bayi tak keluar kena czer. Hujan selebat2nya mencurah ke bumi sehingga angin kencang menyebabkan air masuk.

Hujan masuk ke dalam bilik bersalin. Sampai nurse mengucap panjang. Angin kuat sangat. Dokter bersembang dengan seorang pelatih. Dia cakap aku last yang bersalin. Tak ada lagi dah. Tepat 4.15 pm aku kumpul tenaga aku teran sekuat hati. Pluppp. Anak aku pun selamat dilahirkan. Menangis sayup2 sebab hujan kuat. Bila dokter sahkan bayi aku lelaki aku dapat pegang baby aku untuk skin to skin.

Ini part paling meroyan sekali. Bila saat uri nak keluar, semua orang biarkan aku sorg kat situ katanya akan ada sorang nurse yang akan datang keluarkan uri dan jahit. Allah. Apa yang aku nampak? Dari siling katil aku. Meluru datang binatang yang menjelir2kan lidah turun ke bawah. Aku dengar. Dia seolah2 menghirup d***h dalam baldi. Ya Allah, uri aku tak keluar lagi. Aku peluk anak kuat2. Tiba2 seorang nurse menjerit, “Allah, Allah, Allah”. Datang panik. Selimutkan aku dengan selimut hospital yang kain putih tu. Aku syak dia nampak benda tu.

Secara tak langsung nurse berzikir sama, “puan, teran sikit untuk keluarkan uri”. Selesai. Binatang tu menjauh sedikit. Aku cakap kat nurse tolong mandikan anak aku dulu. Walaupun tak sampai sejam aku skin to skin. Tak pe, aku berdoa dapat katil dan boleh masuk wad cepat. 8.30 malam baru dapat katil. Lega dapat katil paling hujung dekat dengan toilet. Alhamdulillah, senang nak pergi mandi wiladah. Sampai je kat katil aku bedung anak aku. Susukan dia sampai lena. Kemudian aku pesan kat akak sebelah katil aku untuk tengokkan baby.

Katil sebelah aku nama dia kak yanti. Bersalin anak keempat. Dari tempat keje drive sendiri sebab nak bersalin. Sebelum tu hantar anak dulu minta pengasuh jaga. Memang respect kak yanti. Sorang2 hadapi proses bersalin. Suaminya bekerja di selatan tanah air. Esok baru sampai ke utara. Kesian, tabah betul. Kak yanti pun cakap, “tak pe lah. Pergi mandi. Akak tengokkan baby”. Dalam kepayahan aku bangun. Walaupun sakit, aku memang tak reti tak mandi. Peluh, geli, keadaan hospital pun panas. Aku pun pergi ke bilik air. Tong kuning disediakan untuk buang pad yang mengandungi d***h.

Memang jadi kebiasaan aku akan basuh dulu sehingga hilang d***h, tapi sedihnya ramai yang lempar sahaja dalam tong kuning tu. Sebab nurse pun cakap buang je kat dalam tong kuning tu, bimbang ada yang pitam lama2 dalam bilik air atau pitam tengok d***h sendiri. Aku pun niat mandi wiladah. Mandi untuk bersihkan diri. Ya Allah banyak dosa aku pada-Mu. Ustaz z cakap. Setiap kali lepas melahirkan anak. Aku bersih dari dosa. Tapi, hati ni kadang2 malu pada tuhan. Allah. Dari bilik air dengar bayi sahut menyahut menangis. Dengar seorang wanita cina bercakap melalui telefon. Suaranya seakan menengking. Suara bayi ramai2 menangis. Dalam hati aku, “tak kan lah baby aku yang nangis”. Tadi aku tinggalkan dalam keadaan lena dan kenyang. Aku segerakan mandi dan menyarung kain hospital untuk segera keluar dari bilik ari.

Keluar dari pintu bilik air terus nampak katil yang mana aku lihat baby tak de. Tak de di tempat yang aku letak tadi. Atas katil tadi. Kak yanti pun tiada. Bayi kak yanti pun tak da. Allah…mana anak aku. Meluru aku pergi dapatkan nurse. Mana anak saya? Mana anak saya? Tiba2 bahu ditepuk kuat dari belakang. “Adik, nah ambil anak ni dik”. Aku tengok kak yanti pegang baby. Cepat2 aku selak bedung tengok kaki baby betul ke anak aku. Sebab kat kaki baby ada ikat tag nama aku. Alhamdulillah. Aku dan kak yanti berjalan kembali ke katil. Malam tu kami masing2 tak boleh tidur. Cina yang berada di depan katil aku pun datang. Tengok baby. Dia masih belum bersalin.

Dia cakap pelan2, “Adikk, u punya anak ada benda tak elok suka. Tadi itu kakak bawak lali u punya anak pasai ada lampak itu benda bawah katil u. Tadi i call i punya suami mintak bawak itu sembayang punya pin. Takot oooo. Tadi semua baby nangis tau. Anak u pun nangis. Manyak kuat”. Kata wanita cina tu. Aku pun tanya kak yanti. Nampak apa kak sebenarnya. Kak yanti kata bawah katil aku ada binatang macam rubah. Membongkok. Tangannya lebih panjang dari kakinya. Cuba capai anak aku dari bawah katil. Mujur kak yanti nampak. Kak yanti angkat anak aku bubuh sekali dalam troli baby dengan anak dia. Duduk di tengah wad tu sebab cahaya paling terang di situ menempatkan ibu2 yang bersalin secara pembedahan.

Aku lega. Dalam hati, “anak cepat la berak kencing. Esok kita boleh balik. Kita jumpa babah”. Balik rumah kami perasan dzulkarnain tak pernah meragam. Tak pernah kembung, tak pernah kena apa2 gangguan sehingga la genap umurnya setahun pada september 2016. Aku dihadirkan dengan mimpi bertemu budak seusia nain. Baru berjalan jatuh. Saling tak tumpah wajah sebijik nain. Di belakangnya ada nenek tua yang aku kerap mimpi waktu aku hamilkan nain. Wajahnya nampak tua tapi berseri. Dia hulurkan pada aku satu uncang berwarna kuning. Bila aku bukak. Ada tali pusat kering dalamnya. Nenek tua tu pesan. Nanti bangun pegi tanam tali pusat ni. Dalam hakikat nain seorang. Tapi dalam maya ada kembar nain yang akan bersama dia sehingga dewasa.

Terjaga dari mimpi memang betul ada uncang bwarna kuning di tangan. Aku cakap kat ustaz z. Tali pusat ni nak tanam ke macam mana. Ustaz z kata ikat semua tali pusat anak2 baru tanam. Kebetulan tali pusat kakak memang aku simpan sebab tak tahu yang tali pusat pun kena tanam. Sehingga kini, Nain kadang2 tunjuk sesuatu. Bermain dengan sesuatu. Dan kadang2 aku rasa ada budak seusia nain bermain dalam rumah. Bagaimana tingkah laku nain begitulah tingkah laku kembarnya.

Alhamdulillah membesar dengan baik.
P/s. Kembar nain, bonda tak tahu nak panggil awak apa. Tapi wallahi bonda rasa awak bersama kami. Berharap awak antara golongan yang baik2 yang Allah titipkan untuk bonda dan babah.

Solat jangan lupa. Allah tak pernah lupa kita.
Al quran jangan tak baca. Nanti kubur gelap tak de sapa boleh tolong.
Love,
Ninjamom

Ninjamom

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

8 thoughts on “Kembar Nain 2”

  1. Sedih plak ending die wpon hakikatnye memule td mse kt wad bersalin tu punyelah berdebar2…
    Alhamdulillah…
    Selamat semuanya…

    Reply
  2. Alhamdulillah, selamat bersalin.
    Tapi nak tanya, masa bersalin tu, sah mmg lahirkan seorang bayi je?
    Soalan macam tak puas hatikan…ekekeekk..sajer je tanya #ninjamom

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.